Followers

Wednesday, September 29, 2010

Itulah. Lain kali jangan gelakkan orang.

Agaknya aku kena tulah kot. Pagi semalam baca entri peeja pasal dia demam gigil2 aku baca sambil tersengih2. korang pon tau la kalau peeja bercerita kadang2 benda serius pon macam benda kelakar je.

sekali....tengahari semalam aku tetiba gigil2. ok, permulaan cerita camni. aku kan dah ngadu2 kat korang yang aku kerap kencing before ni. aku ada twit dalam kul 11am camtu yang aku ngantuk. memang ngantuk gile2 la. tapi tekak aku rasa loya2. takpela, maybe kalau aku tido, loya2 tu hilangla kot. so, marila kita ke surau untuk menidurkan diri. tapi tak sampai 5minit aku try nak tutup mata, tak boleh nak tido la pulak sebab aku sebokla nak batuk2 bagai.

takpela, aku naik balek ke meja sendiri dan duduk elok2 kat meja. masa tu dah rasa badan tak sedap sangat. macam rasa dedar2 nak demam. tapi aku wat bodo je lagi. elok je aku dok borak2 ngan sorang kolig lain. elok je kolig aku tu blah, aku rasa sejuk sangat2. hoih. sejuk macam dalam freezer ok. cecepat aku naikkan suhu aircond.

entah kenapa, biarpon suhu tu aku dah naikkan tapi tak rasa panas pon. makin sejuk adala. dan aku semakin menggigil2, gigi terketap2, bibir dah pucat, kat tangan dah naik goosebump dan kaki rasa kebas2. cecepat aku kemas handbag dan turun ke ofis bawah minta tolong sesiapa yang boleh tolong aku.

azim yang tolong aku. sepantas kilat dia sambar kunci kereta dan hantarkan aku ke emergency. memang cepat la khidmat kat situ. aku baru nak duduk. diorang dah panggil nama aku. so aku dgn tergigil2 berjalan dah macam ayam patuk dah. huhu. jumpa doktor, yang aku pelik doktor ni maybe doktor praktikal la kot. tanya satu2 soalan sama berkali2. dia ni doktor cina lelaki. sampaikan aku leh naik darah dengan dia. haha. lepas tu barula dia berfikir dulu sebelum nak tanya aku apa2. dahla aku tergigil2 macam orang parkinson dah ni haa....~

ada sorang doktor india ni lembut je orangnya, oh dia lelaki. tapi baik je selimutkan aku, bagi makan ubat pon kalau boleh dia nak suapkan aku. haha. pastu, masa dia nak amek darah, lembut je dia tekan2 tangan aku ni nak cari urat. tak macam nurse2 klinik yang biasa aku pergi, kemain kasar lagi. tapi tu la, memula aku macam tak yakin doktor ni leh jumpa urat aku. sekali dia jumpa ko. seronok aku bila tengok darah tu dalam picagari. haha. ye, saya saiko.

lepas aku makan ubat, dah rasa macam dedar2 badan aku. so doktor suruh aku amek sample kencing.sebelum tu doktor cina tu ketuk2 belakang aku kat area buah pinggang tanya saket ke tak. aku cakap saket belah kiri. so doktor saspek kencing aku kotor. tanya2 aku kencing saket tak? aku cakap ada sikit dan kencing kerap.

lepas je amek urin dan amek tekanan darah dan suhu, serta check kandungan ok ke tak, aku disuruh tunggu kat luar sambil keputusan keluar. bila diorang panggil dan aku tak perlu dimasukkan wad, wah...bersyukur berkali2 aku dalam hati. muka ada senyum ok. oh, dan masa ni aku tetiba je dah ok dari demam. tapi tetap minta mc untuk hari tu sebab aku terlalu lemah nak naik tangga dan drive. sepanjang aku kat spital, en alang yang temankan. sib baik la suamiku masa tu tengah rehat. so tak perlula nak timeslip bagai. tapi dia mintak jugak la kat doktor in case bos dia tanya2. baikkan suami saya? hehe.

oh. dan keputusannya kencing aysa kotor ye. oleh itu kena minum air kosong BANYAK2!. huhu.

zaza hantarkan aku balek umah dan kereta sengaja aku tinggalkan kat ofis. sampai je kat umah, terus aku makan nasi dan amek ubat terus kebabom tidor. berpeluh2 toksah cakap la. memang macam ujan je peluh aku time tu. so malam tu lepas amek ubat kali ke dua terus badan rasa selesa. tapi, pagi ni badan saket2 semula. kali ni kat bahagian buah pinggang belah kanan pulak. haihhh...

takpela. ni tak makan lagi. lepas makan karang nak makan ubat. lepas tu kita tengok sama ada saket ni beransur pulih. oh, kencing dah rasa biasa2. je. takla kerap macam semalam.

itulah report saya untuk hari ini kenapa saya tetiba je hilang dari ofis tengah hari semalam. ;)

6 comments:

  1. N penah rase sakitnyerr kne UTI tu kak...siksa kjap..

    ReplyDelete
  2. mgkn symptom pregnancy kot, tapi itu ler tu, jgn gelak kat orang ek.... pengajaran... anyway, suka tgk darah ker? aiyaya

    ReplyDelete
  3. lorr... kesiannya sampai gigil2. risau lah skang nih, macam2 jenis demam dah. maybe cuaca kot yg tak menentu lately nie.

    ReplyDelete
  4. puan kure2..minum ayaq kosong + ayaq barli suam banyak2 :)

    ReplyDelete
  5. N, siksa kan? huhu.

    maksu, haah. saya suka tgk darah. dah ala2 vampire saya ni haa...huhu.

    armoris, thanks for the info.

    amy, ha...tu la. nak2 macam2 virus dok tersebar sana sini. risau jugak.

    coklat vanilla, thanks ye. nanti nak cari air barli la. :)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...