Followers

Friday, June 19, 2009

muka tak semenggah, badan letih dan azab.

cak!

nampak sembab kan? (dan jari2 yang dah membengkak. semua cincin dah tak muat. huhuhu)
maybe sebab tudung aku pakai tu.
takpon, sebab tak boleh tido lagi.
huhuhu.

tertido jam 10pm,
terjaga jam 1.30am.
kacau2 en alang,
mintak air la, mintak urut la...

nasib baik suamiku itu penyabar.
kalau orang lain, maunya nak layan bini banyak cekadak nih.

it's friday, people!
ho yeahhh!!!

tak tau apa aktiviti weekend ni lagi.
tapi ada rasa nak pi berkelah je.
tengok la dulu camne.
oh, on 21st ni father's day kan?
best2.

:)
ada jugak rasa nak belanja ayah makan je weekend ni.
tengok dulu camne.
zaza, iqa, ajik..kite tong2 duit nak?
kite pi makan pizza or kfc!
hehehe.

apa plan korang weekend ni?

Thursday, June 18, 2009

exhausted.

akan update blog jugak.
tapi petang2 kot. atau esok je.
banyak keje kena siapkan ni.
penat rasa.
sebab otak dok berpikir dari semalam.

kena betul2 settlekan harini.
kalau tak, takleh tidor lagi.
macam malam tadi, aku terjaga kul 3am, dan hanya boleh sambung tidor kul 5.30am.

penat....
letih...
tak cukup rehat...
baby lak tak duduk diam.
senak lagi.
huhuhuhu.

lapar la plak.
bila masa nak makan ni?
huhuhuhu.

Wednesday, June 17, 2009

Big Boss yang tersangatlah concern.

bb: kenapa kurus ni? awak tak makan ke?

a: saya makan Tuan Hj. tapi tak tau nape badan saya ni macam takmo naik.

bb: awak jangan tahan2 makan. jangan diet2. makan untuk dua orang tu.

a: baik Tuan Hj. (sengih2)


cerita lain,
bb: awak nampak bos awak tu? dia kuar dari pagi tadi lagi kan?

a: (jawab terketar2) saya tak tau pulak Tuan Hj. saya pon baru je masuk ofis ni. pagi tadi saya ke klinik.

bb: awak check perut ke? baby dah gerak2?

a: (senyum) dah Tuan Hj. tapi baru gerak sikit2 je.

bb: takpe. skarang ni memang sikit2. nanti dah 7-8 bulan, dia gerak, awak pulak susah nak buat kerja.


concern kan orang tua ni?
macam2 soklan dia tanya aku.
kadang2 macam terketar jugak nak bercakap dengan dia ni.
sebab dia ni kalau bercakap, suara lantang.
macam nak marah pon ada.
huhuhu~

yang penting, hati dia banyak baik ooo...
:)

bowling match

petang ni ada bowling match.
wOoho000!!!

dapat ngelat takyah keje.
kehkehkeh.
dasar pemalas punya olang!

pagi tadi punyala lapar,
2 keping roti canai telur aku balun sorang.
sebab lapar tu dari malam tadi.
nak masak megi, cam malas.
tunggu je sampai pagi nih.

tak tau lagi perlu ke tak lunch ni.
sebab masih kenyanggg!!!!!
huhuhuhu~



gambar ini bukan gambar terbaru.
ini gambar selepas buat facial last week.
tu yang nampak bersih jek.
skang aku tgh itam.
berjemur "berkebun" last weekend kan.

en alang tak abis2 kesiankan bini dia ni. itam dah.
huhuhu.
malu nak tunjuk korang.
aku dah itammm!!!!
:(

Tuesday, June 16, 2009

macam-macam

pagi tadi,
aku secara official telah buat satu kemasukan khas ke dapur.
untuk masakkan bekal untuk en alang.

dan ianya adalah nasi goreng!
kuangkuangkuang.

dan yang kagumnya, takde lagi mual2 dan rasa geli2 kat dapur.
rasa biasaaa je.
en alang penuh dedikasi tolong bini dia tumbukkan cili padi dan bawang.
keje aku cuma gembur2kan nasi dan goreng sajork.
senang!!!

:)
en alang punyala happy, berkali2 say thanks kat aku.
pastu bukak la citer pintu syurga dah terbukak luas kat aku.
sebab masakkan untuk dia.
boleh? saja je la tu nak jek aku..
bagi semangat lebih......


citer lain,
tadi pi klinik lagi amek darah.
tengha tunggu nombor, ada sorang akak yang agak vogue duduk sebelah aku.
memang biasanya sambil tunggu nombor, aku main sudoku je.
bila dah agak2 malas nak jawab sudoku tu,
baru aku ringan2kan mulut menanya orang sebelah.

tapi dalam case ni, akak tu yang bukak citer.
av (akak vogue)

av: dik, camne nak main benda ni ye? anak akak puas suruh akak ajar dia.

aku: ooo...senang je. bagi row ni, ngan row ni dan petak ni takde nombor yang sama.

av: ohh...camtu ke? susah la ye.

aku senyum je. terpandang perut av. sangat comel. maybe dalam 3-4 bulan kot.

aku: dah brape bulan kak?

av: 3 bulan setengah. adik?

aku: 5 bulan setengah. akak anak keberapa ni?

av: jangan ditanya dik. ni dah anak ke-8. anak ke-7 gugur. ni tetiba ada balek. terkejut jugak.

aku: ye ke? saya ingatkan akak baru anak 2 ke....tak nampak macam anak ramai pon.

av: eh. mana ada. anak sulung akak dah bujang dah. umur 20 tahun.

aku: ye? (dalam hati amat2 kagum dengan kejelitaan akak ni dan body sangat mantop okeh!)

aku suka je ngan orang2 camni. tak berbangga2 biarpon dia tahu yang dia sangat cun. anak nak masuk 8 okeh! kulit muka halus mulus, kalah kulit aku. (ye, ye..aku ni mana cantek pon...)

sebelum balek tadi, av minta kalau ada apa2 nak tanya pasal pregnancy, sms je dia. ntah mana aku campak business card dia tadi. kena cari balek dalam handbag.

seronok jugak dapat tukar2 cerita dengan other pregnant mom ni. sebab dari situ, boleh tambah pengetahuan jugakla.

Monday, June 15, 2009

from germany...




dapat coklat german.
korang ingat kat malaysia je ada coklat syiling?
kat german pon ada ok.
hehehe.

tak berani nak bukak.
sebab tau dah, kalau bukak ni, for sure sekelip mata je abis.
tunggu balek nanti.
nak nikmati coklat bersama suami tercinta.
(ngade lebih niii)
:P


skang ni kat ofis aku semua sebok pakat2 beli garmin gps (kat german harga jauh lebih murah). aku je macam takde minat nak beli benda2 camtu. lagi selesa turun kereta tanya pada local people kalau tak tau jalan. hehehe~

pulak dah!!!

hello korang! slamat kembali bekerja dan bersekolah semula!
ngehngehngeh.

hari ni saket2 badan.
sebab semalam "tolong tengok" en alang, ibu dan adik2 kerjakan laman rumah.
abis licin laman umah tu. seronok tengok hasil.
kemasss jeeee!!!!!!!

:)

smalam, lepas je bergotong royong bersihkan laman,
kitorang lepak2 kat beranda.
aku start bukak citer kata babby makin aktif.
skang ni dah pandai tendang dan tumbuk dan gerak2 sampai buat aku senak.
sampai en alang pon terkejut betapa kuatnya baby ni.

i: tu lelaki la tu. maknya dah la malas, rupa lak huduh. takmo bermekap. kalau pakai baju tu, ikut dan dia je.

a: heh? lelaki ke? ala.... (sangat berharap pompuan okeh. huhuhu)

i: ye la, kamu tu skang ni makin malas. sejak pregnant, masuk dapur pon tak. kesian alang tu.

a: hehehe. nak wat camne. budak yang takmo mak dia pi dapur. :P


masa memula aku pregnant, semua kata confirm anak pompuan.
tapi lately ni, ramai pulak teka lelaki.

korang agak?
pompuan ke lelaki?

hmmm.....
bila la dapat tau gender ni. lamanya lagiiii......

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...