Followers

Wednesday, October 6, 2010

Anak beranak suka bergambar

ahad aritu, lepas je balek dari jemputan open house, en alang dan khalish terus je terjun atas katil.
aku lak macam biasa, tukar baju dulu sebab skang ni kalau boleh nak berkaftan je. baru rasa selesa. huhu.

rupa2nya diorang dok main amek2 gambar kat hp. tengok je la gelagat anak beranak ni.
tengok je la gelagat khalish. kemain posing macam nak masuk america's next top model pulak. hehe. malaysia tak nak buat ke talent show camni untuk toddler eh?
;)

Tuesday, October 5, 2010

Khalish si Cengeng

Monday, October 4, 2010

Meluat gila! Rasa nak pelempang sekor2. Haishhh!!!!!

hari khamis aritu kan aku saket and all. yang hampir2 nak kena warded bagai tu kan.
lepas amek darah kena tunggu lama gila. so terpacak la kami anak beranak kat waiting area. tengah2 tunggu tu, tetiba ada 1 couple ni masuk dan cakap kuat2 macam diorang je yang bercinta (atau baru kawen?...not!). pulaknya dok bergesel sana, teraba sini. siap duduk beriba bagai. meluat gila la kalau korang tengok pon.

aku pasti sangat diorang ni belum kawen lagi. sebab memula diorang macam cakap kau-aku gitu. pastu aku beralih kerusi sebab taknak kipas. duduk selang satu kerusi dengan diorang. terus berubah panggilan ok. tukar papa-ummi pulak dahh....ada aku kesah ke kalau korang tu dah kawen ke tunang ke? tapi duduk tu buat pangai elok2 boleh tak?

kat waiting area tu memang tak ramai orang. hanya aku, en alang, khalish dan sorang pakcik ni je yang stay kat situ tak gerak mana2. orang lain ada jugak masuk keluar. tapi kejap2 je la. aku yang lama2 kat situ rasa tak tahan tgk diorang bergeli-geleman bagai. dahla aku saket kepala, lagi nak buatkan aku saket otak pulak.

yang betina pakai seluar jeans ketat dan shirt pendek. jenis kalau ko duduk dan menunduk memang nampak segala lurah la. yang jantan pulak bertindik sana sini. pakaian pon ala2 lusuh bundle je. bukan nak kutuk pemakaian, tapi kalau dah perangai pon tak semenggah, apa la yang nak dibanggakan. pelik betul aku.

bila diorang dah beriba2 bagai tu, aku memang saket hati, saket mata. malu pon ada. tapi tak lama la budak2 tu wat pangai camtu. sebab diorang kena tegur dengan pegawai kesihatan kat situ. satu, buat bising. cakap nak kuat segema alam macam diorang je yang berpapa-berummi kat situ. dua, kelakuan tak sopan. teraba2, terpeluk2, teriba2.bila diorang ken tegur tu, boleh pulak diorang gelak2 sambil blah dari situ. aku dah geleng2 kepala. masa tu pulak en alang dan khalish takde. pegawai tu pandang aku pon dengan pandangan simpati sebab aku terpaksa hadap pangai budak 2 ekor tu. huhu.

entahla. aku pon takde la baik sangat. tapi takla rasa nak berkelakuan macam tu skali depan orang ramai. ni takde segan silu langsung ye. omputeh yang open minded tu pon aku pasti akan tergeleng2 kepala macam aku kalau tgk pangai budak 2 ekor tu. betul2 tak semenggah.

haih...donia, donia.

Sunday, October 3, 2010

Rahsia yang bukan lagi rahsia

dan mungkin juga ada antara kamu yang tahu tentang ini.
sebenarnya kan, kami tidak ambil kisah kalau orang nak bertanya atau menyatakan simpati. siapa yang merasa dan berada di tempat kami mungkin juga tidak tahu apa yang perlu direaksikan. mahu2 pula ianya melibatkan orang yang paling anda sayang. tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. nak jadikan bubur tu ke nasi semula adalah mustahil.

tetapi, pada kamu yang belum tahu, biarlah ianya kekal begini. sekiranya kamu mendengarnya dari orang lain atau dari gosip2 liar, mungkin ianya adalah benar. mungkin juga ianya adalah tambahan dari gosip yang entah keberapa ratus orang yang telah mengolah cerita. sekiranya kamu bertanyakan kami, kami hanya akan mengangguk dan senyum sahaja. dalam hati hanya kami dan Allah sahaja yang tahu. semoga saja akan ada sinar yang kembali seperti dulu. semoga saja orang yang paling kami sayang itu sedar akan segala akibat perbuatannya.

pada mulanya, memang agak sukar kami hendak bertatih semula kehidupan ini. mungkin juga atas kesabaran dan kekuatan yang diperolehi dari setiap ahli keluarga, alhamdulillah...kami dapat jalani kehidupan seperti biasa. kami tahu pandangan setiap orang yang melintas di hadapan kami. kami mengerti setiap jelingan yang kami terima pada hujung mata mereka yang memerhati. kami faham setiap bisikan nakal setiap kali kami terdengar di setiap perbualan. kami terima semua itu. ini kerana kami juga seperti kamu ada juga kekurangan di setiap perlakuan. ada juga gosip harian untuk diperkatakan. pasti ada cebikan di bibir. pasti ada simpati yang dipateri.

terima kasih kepada mereka yang memahami. terima kasih kepada mereka yang menyatakan simpati. terima kasih kepada mereka yang memberikan kata2 penguat hati. terima kasih kepada mereka yang menokok tambah cerita. terima kasih kepada mereka yang mengeji. kami terima semua itu. 

terima kasih semua. kami cuba untuk kuatkan iman dan hati atas segala cabaran yang diterima. semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan dan bimbingan di setiap perjalanan kami. insyaallah.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...