Followers

Sunday, October 3, 2010

Rahsia yang bukan lagi rahsia

dan mungkin juga ada antara kamu yang tahu tentang ini.
sebenarnya kan, kami tidak ambil kisah kalau orang nak bertanya atau menyatakan simpati. siapa yang merasa dan berada di tempat kami mungkin juga tidak tahu apa yang perlu direaksikan. mahu2 pula ianya melibatkan orang yang paling anda sayang. tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. nak jadikan bubur tu ke nasi semula adalah mustahil.

tetapi, pada kamu yang belum tahu, biarlah ianya kekal begini. sekiranya kamu mendengarnya dari orang lain atau dari gosip2 liar, mungkin ianya adalah benar. mungkin juga ianya adalah tambahan dari gosip yang entah keberapa ratus orang yang telah mengolah cerita. sekiranya kamu bertanyakan kami, kami hanya akan mengangguk dan senyum sahaja. dalam hati hanya kami dan Allah sahaja yang tahu. semoga saja akan ada sinar yang kembali seperti dulu. semoga saja orang yang paling kami sayang itu sedar akan segala akibat perbuatannya.

pada mulanya, memang agak sukar kami hendak bertatih semula kehidupan ini. mungkin juga atas kesabaran dan kekuatan yang diperolehi dari setiap ahli keluarga, alhamdulillah...kami dapat jalani kehidupan seperti biasa. kami tahu pandangan setiap orang yang melintas di hadapan kami. kami mengerti setiap jelingan yang kami terima pada hujung mata mereka yang memerhati. kami faham setiap bisikan nakal setiap kali kami terdengar di setiap perbualan. kami terima semua itu. ini kerana kami juga seperti kamu ada juga kekurangan di setiap perlakuan. ada juga gosip harian untuk diperkatakan. pasti ada cebikan di bibir. pasti ada simpati yang dipateri.

terima kasih kepada mereka yang memahami. terima kasih kepada mereka yang menyatakan simpati. terima kasih kepada mereka yang memberikan kata2 penguat hati. terima kasih kepada mereka yang menokok tambah cerita. terima kasih kepada mereka yang mengeji. kami terima semua itu. 

terima kasih semua. kami cuba untuk kuatkan iman dan hati atas segala cabaran yang diterima. semoga Allah sentiasa memberikan kami kekuatan dan bimbingan di setiap perjalanan kami. insyaallah.

No comments:

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...