Followers

Friday, March 13, 2009

dah sampai ajal ke?

smalam en alang buang tebiat.
bila aku cakap tekanan darah aku masih tinggi,
dia dah sedih2.

aku letak phone.
tak sampai 5 saat macam tu,
dia kol balek.
cakap dengan nada sedih.
macam nak nanges.
ayang jaga diri bebaik ye. abang risau kalau ayang tiba2 pengsan.


aku dah tercengang.
hah? pengsan?
seumur hidup aku, aku ni tak pernah2 pengsan pon.
biar sesaket mana pon, akan cuba jugak ditahan.

ayang janji jangan tinggalkan abang ye?
please makan ok. abang risau.

hah? tinggalkan dia?
bila masa plak aku kata aku ada boyfren lain?

rupa2nya kawan keje dia dah takut2kan dia.
kata kalau bini ada tekanan darah tinggi, bahaya sangat la tu.
konon2 leh bawak maut.

entah.
ajal kat tangan Allah kan?
kalau Dia dah panggil, nak wat camne.
ngadap jela.

aku dah tergelak2 bila en alang cakap macam tu.
memang aku tak sangka sampai camtu skali en alang sayang aku.
slalu2 memang la dia cakap dia sayang aku kan.
tapi taklah sampai nak nanges cam semalam.


biarpon kadang2 suamiku ini nampak macam mat belia, tapi hati dia banyak baikkk ooo....

:)
rindu plak kat dia.
kuangkuangkuang....

Thursday, March 12, 2009

geram tengok anak orang

pepagi tadi kul 8am aku dah terpacak depan klinik desa.
amek tekanan darah lagi.
masih tinggi.
masih menyakitkan hati.

nurse tanya2 aku.
ada rasa pening2 tak? ada.
ada rasa kebas2 tak? takde plak.
loya? muntah? biasala tu. memang setiap waktu ada.
kabur? erkk...ok je mata.
pedih ulu hati? memang takde.

so, camne ek?
kalau sampai ke sudah tekanan darah aku tinggi,
apa akibatnya?
leh sesiapa bagitau?


masa tengah tunggu giliran kat klinik tadi,
ada sorang baby boy ni, sangat2 comel.
kalau diikutkan rupa mak ayah dia, biasa2 je.
tapi baby comel nak mati.
tu la kan.
rezeki masing2.
tak semestinya mak bapak cantek, ensem, dapat anak pon cantek2 kan?

plaknye,
bila bukak blog dina tadi,
dapat tgk gambar anak ida, erdena afeefa.
memang comel abis!
geram je tengok.
hehehe.

tunggu lagi 7 bulan.
ada rezeki aku,
leh dapat anak comel2 ek?
tapi yang paling penting, biar akhlak pon comel jugak.
tul tak?
ehehehehe.


kalau dapat anak comel camni, mau aku berenti keje. mengulit dia je karang. huhuhuhu.


semalam baru dapat balek umah sendiri.
dah nak dekat seminggu dok umah ibu.
bila dapat tido kat katil sendiri,
memang syurga abis.
tido tak sedar2 dah.
letak je kepala, terus lelap.
en alang plak,
basuh baju la, sapu umah la.
aku bangun2 je pagi tadi, tengok semua dah berkemas.
cian en alang.
semua keje dia buat sorang.

malas gile la harini.
rasa nak balek awal je.
boleh ke ek?
hehehehe.

Wednesday, March 11, 2009

af7 melanda! sedap jugak suara isma ek.

smalam pi klinik desa tu,
lama gile ok.
dari jam 10, sampai kul 12 lebih baru dapat jumpa doktor.

maybe sebab isnin tu cuti, so, semua orang punya appoinment diorang letak date smalam.
apa2 je la diorang ni. ngarut2 jek.


tekanan darah agak tinggi. 140/80
doktor risau.
dah tak pasal2 aku kena wat checkup blood pressure setiap 2 hari skali.
malas betul hati ni nak pegi.
kalau tak pegi, harus kena marah ngan doc atau nurse nanti.

jadinya, esok pepagi buta aku kena terpacak depan klinik tu semata2 nak wat checkup tekanan darah.
malas nya nauzubillah.
huhuhuhu.


oh.
dan skang ni aku notice loya2 dah makin kurang.
tapi, saket2 breast dan noning2 tu masih ada.
but, makan pon makin hari makin kurang.
takde selera betul.
semalam timbang, berat susut. nurse tegur.
suruh aku makan jugak.

yang bestnya,
masa tunggu doktor lama2 tu,
sempat la jugak tukar2 cerita ngan ibu2 ngandung yang lain.
seronok dengar citer/pengalaman diorang.
ada yang takleh tgk sabun la,
ada yang takleh masak la,
ada yang halau laki tido luar la.
macam2.

dan yang paling menarik,
ada sorang kakak ni,
memang nampak agak berusia.
aku saspek maybe tgh ngandung anak ke-3 atau ke-4.
bila aku tanya, rupa2nya anak pertama ok!
dia kata dah 8 tahun dia kawen.
lama2, dia cam give-up.
last year amek anak angkat.
tetiba tup2 this year dia ngandung.
tula rezeki kan?
takleh nak jangka.

memang insaf kejap dengar citer akak tu.
terasa sangat aku ni yang tak nyabar2 nak anak.
orang lain terpaksa tunggu bertahun2 nak dapat zuriat.
syukur alhamdulillah,
aku ada rezeki tahun ni.
dan aku harapkan korang2 pon sama jugak.
akan ada rezeki tak lama lagi.

ok?


last saturday, kawan baik aku, ida kat gombak kl,
selamat lahirkan baby girl.
cian dia, aku tak dapat nak jenguk2.
hati aku ni meronta2 sangat nak tgk dia.
tapi ibu ngan en alang tak beri aku jalan jauh2.
risau sebab kandungan tak kuat lagi kan.
apa2 pon,
tahniah buat ida dan maiza.
mesti anak korang comel sangat kan?
kepada dina, kalau baca ni,
sila post entri anak buah anda banyak2.
kak intan tak sabar nak tgk. ok?


ni la pasangan yang baru dapat cahayamata tu. diorang ni bestfren aku sejak skolah menengah lagik. kire dah kawan hampir 15 tahun dah. oh, diorang nikah 15 jun 08. kire rezeki diorang la, bunting pelamin. hehehe.



tengah hari ni nak makan apa ek?
ada cadangan?

Tuesday, March 10, 2009

happy birthday ayah! (dan juga iqa)

birthday boy. hehehe.


birthday girl.


harini birthday ayah yang ke-52.
(tapi ayah cakap kat ibu dia sambut birthday yang ke-25. apala bapakku ini)
smalam birthday iqa yang ke-16.

sambut birthday iqa je smalam.
buat makan2 sket.
mee rebus, kek, puding jelly dan kacang.
penuh jugak la umah.
ngan ajik dan kawan2 dia yang gile2 tu.
kawan2 iqa lagik.
kire habis jugakla semua makanan2.
bagus.
tak membazir.

:)

sempena hari wanita sedunia hari ahad aritu,
en alang blanja makan western. kat bistro teluk batik.
aku amek seafood platter, dia makan steak.
puas hati la makan kat situ.
kenyang melampau!

nak pi klinik desa ni.
jumpa doc. rawatan susulan.
see ya!

(sori tetiba nak stop. baru perasan jam dah kul 10am. huhuhu)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...