Followers

Friday, July 18, 2008

kenapa ek korang?

cam dah tak sudi je singgah blog aku...
korang merajuk ngan aku ke?
tak nak kawan ngan aku lagik?
topik aku boring ek? sori la..tapi ini je yang berlaku dalam hidup aku skang ni. nothing special.



kalau camni la..ingat nak tutup je la blog ni.
nak bawak diri...


biarlah daku membawa diri ini...

Thursday, July 17, 2008

jangan salahkan monitor anda

...kerana template ni sesungguhnya memang sudah berubah. aku telah 'tertukar' template ni.

itula. pandai sangat godek sini sana kan. harusla bertukar menjadi gaban tiba2. hahahha!
kalau korang tak faham, takpe. aku pon tak faham.




telah menerima award dari kemborku, lindosh. thanks kembor!
(daily sangat la kan. tak la hari2 gak aku update. tapi bila dah dapat award ni, rasa bersemangat plak. hehehe)




dapat lagi award..hehehe..
kali ni dari maksu plak.hehehe..
siap ada cik gorilla lagi tuh. huggable kata maksu.
huhuhu~
thank you maksu! :)

Wednesday, July 16, 2008

melawat orang saket...


dah 2 hari berturut2 melawat orang saket kat hospital.
kedua2 orang tu adalah isteri kepada staff kampeni ni.
nak wat camne kan, takkan la orang jantan nak pi melawat bini orang.
ada 4 orang staff perempuan je kat kampeni ni.
sorang manager, so dah out.
jadinya, tinggal kami bertiga pi melawat orang saket.

isnin tu,
lawat orang keguguran. dah 7 minggu pregnant.
keguguran sebab angkat botol mineral yang super berat tu.
ala, yang ada mesin tekan2 air tu..tapi kena letak botol atas mesin tu.
apa ntah namanya.
botol tu la.


panduan untuk ibu mengandung,
tolong jangan angkat barang berat2.
memang boleh mudaratkan baby dan anda juga..ok?


selasa (semalam),
lawat orang saket tapi dah sembuh.
(sebab kitorang terlewat lawat dia)
saket orang pompuan.

disebabkan pesakit dah sehat,
dia plak jamu kitorang makan.
mewah makan ok! ada kuih-muih yang maha banyak...
yang tak bleh blah, siap jamu durian ngan manggis.
:D

memang best...!
(aku suka je pi umah orang makan macam2..)




update tentang ateh;
1. dah sehat
2. tapi masih cirit lagik
3. dah pandai bermanja ngan aku
4. tak ngam ngan en alang
5. clean freak ok! tempat tidor harus di alas ngan kain. kain harus bersih. takleh ada pasir2.
6. akan mengiau bagai nak rak bila tempat tidor dia dah terkena pasir atau air.
7. dah ada kerusi faveret. kerusi tula dia tido. tak kire la atas kerusi atau bawah kerusi tu.
8. setiap pagi diberi makan ubat. ateh tak suka ubat.
9. senang tidor, senang terjaga. tengah main2 ngan dia pon, leh tertidor.


update tentang aku;
1. smalam opening meeting internal audit. alhamdulillah, semua berjalan lancar.
2. dah 2 hari tak masak breakfast dan tgh hari untuk en alang. sebab kemalasan tahap dewa.
3. rajin amat melayan ateh. skang tgh free, layan kan je kerenah ateh tu.
4. terlepas tgk debat semlam. sebab leka masak kat dapur. rasa rugi sangat!




okla korang. aku nak layan ym ni.

Monday, July 14, 2008

monday update

anak kucing;

diberi nama ATEH. sebab dia berwarna putih, betina.
sangat comel.
tapi, dia kena diarrhea.
aku pi gov vet sabtu tu, tutup plak.
nak ke vet biasa, risau kena charge melambung tinggi.
just letakkan dia dalam toilet belakang.
cian kat dak kecik tu, makan tak nak, minum tak mo,
just tercirit2 satu toilet.
setiap 4-5 jam, aku ngan en alang gilir2 basuh toilet.
setiap hari mandikan ateh. sebab cirit, dia tak larat nak bersihkan bontot sendiri.
kesian kat dia...
ekor keras kejung je, sebab saket bontot.
agaknya perit kot.
hari ni, ibu antar ateh ke vet.
aku agak sebok hari ni, sebab esok ada internal audit.

for u guys info:
ateh adalah seekor kucing dari baka birman.
rupa dia ada sket2 macam gambar kat bawah ni...

ateh sebijik macam kucing nombor dua dari kiri...cuma ateh ada kaler coklat2 sket kat hujung telinga dan ujung ekor.



en alang;

sepanjang hari ahad as usual, lepas breakfast kemas umah bagai nak rak.
aku je dok berlingkar depan tivi.
aku ajak dia tgk tv pon takmo.
dok sebok sapu satu umah,
bersihkan toilet la,
basuh baju la..
aku apa buat?
tgk tivi dan tidor ye.
sungguh kurang sopan.
isteri apa la aku nih.
dah tu, semua keje dia nak conquer sorang2...
geram je aku.
aku geram2, aku bantai tidor jek.
hahahhaa!


aku;

sabtu dan ahad,
tak wat apa2.
ahad tu, masak lunch kul 3ptg ye.
sebab dah terlajak tido kan.
aku tersedar bila terdengar en alang balek dari kedai, beli rokok.
aku bukak mata sikit je, dia dok bisik2 kat aku.
'ayang demam ke? nak abang sapukan minyak?'
hahahah..see? aku bantai tido lama2, dia ingat aku demam.
heheh...aku pon jawab la...
'ayang tertidor'.
tak sedar sebab bilik kitorang tu memang la ala2 dalam gua.
ko takkan senang nak terjaga kecuali ada orang tiba2 hempap badan, nak rogol ko.
hahhaha!
rogol?
apa cer nih?

then, bangun je,
aku masak nasik,
kuarkan ikan ngan pedal ayam,
ikan tu aku goreng, pedal tu aku potong kecik2, goreng ngan bendi tapi buat la kuah sket.
simple je.
then, ada sambal belacan sket dalam fridge,
makan la kitorang.



aku, en alang dan ateh;

petang semalam ke umah ibu,
hantar ateh ke rumah ibu sebab ibu tolong antar ateh ke vet.
lepak umah ibu sampai maghrib,
then kitorang pon beransur la balek.

sebenarnya,
mak en alang dah panggil2 balek kampung.
sebab skang kan musim durian,
dok ngajak makan derian le tu..
hehehe...

tgk la, maybe this week kot balek sana. tak pasti lagi.


update jam 10.23am : ibu dah hantar ateh ke vet. doc cakap ateh kena kecacingan. memang ye pon, hari sabtu aritu, kat taik ateh ada cacing panjang. doc dah beri ateh ubat cacing ngan ubat cirit-birit. harap2 ateh sembuh cepat...

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...