Followers

Friday, June 20, 2008

apa-apa aja

pagi tadi bangun, kepala sangat pusing.
macam biasa, lepas solat subuh, nak masak untuk en alang.
tapi, disebabkan aku berjalan pon rasa nak jatuh je,
last2 aku cuma masak air.
lepas tu aku terus baring balek.

kesian kat en alang.
ntah apa la dia makan skang ni..
(padahal aku sendiri pon tak breakfast lagi ni)


takpe, tengahari ni dah janji dia akan balek umah.
nak lunch sama2.


mungkin nak balek gelung pepuyu wiken ni.
tapi, rasa cam nak lepak umah ibu je.
tapi, dah nak dekat sebulan tak balek gelung pepuyu.
camne ek?


aku skang ni tertanya2, ke mana peginya blogger shasha...
dia dah tutup blog.
bila aku nak kontek dia, slalu sangat terlupa.
ntah apa criter dia skang.
almaklumla..dah jadi isteri orang...
tapi kisah hidup dia sangat la mencabar.
memang dia sangat tabah.
kalau aku la..
hmm...si dia dah jadik sejarah kot.


shasha,
kalau awak baca ni,
sila respon ok!
rindu tau!!!
:)



skang ni semua ex-terendakians tgh excited nak pi jubli perak tu.
aku?
tak pegi sebab cuti tinggal sikit dan keadaan kewangan kurang mengizinkan.
lagipon aku dah jadi isteri, harusla mintak izin suamii kalau nak kemana2 pon kan.
aku dah propose kat en alang, dia bagitau satu je.
"kalau ayang nak pi, pi la. tapi ingat, kita banyak lagi tanggungjawab."
hohoho..makan dalam tau!
mungkin kalau aku masih bujang, dah lama dah aku cabut ke melaka nun...
kepada sesape yang pi tu, ingat2 la aku ek.
huhuhu~





meh layan hiburan di hari jumaat...
bagi korang layan gambar2 ni sampai hujung minggu.
:D





ini aku ketika berumur setahun++ nak masuk 2 tahun. aku lambat berjalan. tapi, bila dah besar, memang kaki jalan. huhuhuhu..



aku ketika bercuti di langkawi bersama famili. ni kat underwater world. setahun yang lepas. bentuk badan tak jauh beza dari zaman kecik2.





meet bobby. kucing yang ada kat umah ibu skang ni. kucing kesayangan iqa. kesayangan aku jugak. aku pernah bergaduh dengan iqa sebab bobby kencing merata2 kat dalam bilik. aku ugut nak buang dia. dah start enjin kereta pon. tapi bobby pandai amek hati aku. duduk diam2 atas seat, sambil aku membebel kat dia kata nak buang dia. bila aku abis cakap, dia gesel2 kepala dia kat paha aku. aku tersentuh. tak jadik buang bobby. skang ni aku rasa umur dia nak masuk 3 tahun kot. kalau aku balek umah ibu sekali-sekala, suka mengendeng kat aku. ke mana2 aku pegi, dia mengekor. rindu la tu!



teringin nak makan cendawan goreng. semalam gigih aku pi econsave kul 9.30pm semata2 nak cari cendawan tiram tu. tapi dah abis. aku hampa. teringat2 cendawan goreng panas2 di cameron highland yang sejuk tu. sedapnyeeeeeeee.............

Thursday, June 19, 2008

ada lagi...

gambar kawen ida...

ada pada fotopages senior kitorang, kak zaitie...

http://zaitie.fotopages.com/

enjoy! :D

tak dapat lagi...

...tapi adik perempuan ida ada post entri pasal kawen ida tu.

sila ke blog adina.

to adina,
kak intan promote sket blog dina. hehehe....

si siti tu sampai ke sudah tak send kat aku lagi gambar2 tu. takkan la hari2 nak paksa2 dia kan. nanti pressure lebih plak. huhuhu~

apa2 pon, sila nikmati pemandangan indah sepanjang majlis tersebut.
:)

Wednesday, June 18, 2008

haihhhh.........



sangat sedih...
sedih skali....

first time aku try bubuh minyak full tank sejak minyak naik harga.
slalunya rm70-75 saja..
skang ni dah rm101 pon masih tak sampai takuk teratas.



aku berkabung skejap...


oh ya,
kereta ku hanyala satria 1.3 sajork.
huhuhu~


apa2 hal pon,
aku tak nak tukar kereta yang ada skang ni.
cukuplah dengan apa yang ada.
terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap keretaku itu memberi nasihat supaya tidak menjualkannya kepada sesiapa.

aku tau korang sayang aku..hikhikhik...(gelak gatai)

Tuesday, June 17, 2008

check this out!

http://gbonegallery.fotopages.com/?entry=1534791&page=4

dan

http://gbonegallery.fotopages.com/?entry=1479974&page=8

serta

http://www.flickr.com/photos/gbonegallery/sets/72157604172990249/






hehehe...
disebabkan gambar2 ida kawen lambat sangat dapat, aku selitkan di sini gambar2 kawen aku yang mungkin ada lagi korang tak tgk. dia ni antara fotographer aku masa aku kawen haritu.

Monday, June 16, 2008

penat........

aku seperti ini skarang ni...agak keletihan tapi dipaksa buat kerja..huhuhuu........



semalam baru sampai manjung kul 11pm.
sebab banyak sangat berhenti2 sepanjang jalan balek dari kl.
ajik nak pi toilet la..ibu nak pi solat la...
iqa lapar nak makan la..
asik berenti2 ok!
rasanya setiap perhentian yang ada sepanjang highway tu kitorang berenti.
huhuhuhu......

perkahwinan ida dan maiza sangat meriah.
tetiba rasa lega bila semua kawan2 dah nikah.
lepas ni, kira anak2 kawan la plak ek?
:D




mood ayah sangat baik sepanjang wiken aritu.
bagus!
aku pon tenang je dan tak ngeluh2 penat sangat sepanjang kat kl biarpon 2 hari berturut2 kena drive dari putra lestari ke gombak.
mungkin excited agaknya.
member kawen la katakan...


ida nampak sangat gorgeous!
simple but yet meriah.
cam ne tu?
ntahlaaaa......hehehhee..


folks, sori sesangat.
kamera buat hal sepanjang majlis.
gambar2 akan dipublish hanya setelah aku terima gambar2 dari kawan aku, siti.
ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...