Followers

Friday, July 19, 2013

Aku beruntung ada kamu.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kami berlima sihat sejahtera.

Kawan-kawan apa cerita? Sekarang dalam bulan puasa, cuaca tak menentu mesti ada yang tak sihat kan? Kami ada jugak la selsema sikit, batuk sikit...but nothing serious. Masih boleh handle. Cuma ujian kesihatan yang kecil2 saja.

5 tahun kahwin...dan kami pun dah berlima. Pejam celik pejam celik macam tak percaya pun ada. Ada juga yang bertanya, macam mana kehidupan dengan anak2 yang kecil dan tengah melasak? Aku cuma senyum dan cakap, Macam biasala...budak2. Takat melasak melompat, berlari, buat sepah tu memang normal. Kalau diorang duduk diam dan pasif je kita pulak yang risau kan?

Doakan kami suami isteri kuat. Kuat hadapi cabaran dan ujian dari-Nya. Pelbagai ujian telah kami tempoh...telah kami lalui dalam jangka masa 3 bulan ni. Harap situasi yang sulit ni tak lama. Harap ada sinar bahagia menanti kami.

Ujian apa? Korang tengok kami happy je? Ala..takkan semua benda nak cerita kan. Cukup aku katakan ujian ini menguji kekuatan hubungan kami. Alhamdulillah dengan ujian ini kami lebih akrab, lebih menjaga satu sama lain.

Ada juga 1-2 perkkhabaran indah yang kami terima. Tapi yang indah tu tidak menjanjikan apa2 lagi. Masih lagi dalam bentuk harapan. Semoga perjalanan kami dipermudahkan-Nya. Aku boleh katakan ujian kali ini amat perit. Amat menyentap perasaan.

Aku beruntung punya keluarga dan mertua yang memahami. Punya kawan-kawan (u know who u are) yang empati. Pabila aku ceritakan pada mereka, mereka juga mengalirkan airmata. Mereka juga melahirkan simpati. Itu semua sudah cukup bagiku. Kata-kata semangat dari mereka buatkan aku terus berada di sini. Dan berpegang kepada Aku Ada Allah.

:)

Tak kurang juga ada yang mahu membantu. Oh....Allah beri ku ujian hidup...dalam masa yang sama Dia beriku kawan-kawan yang memahami. Yang ringan tenaga dan wang untuk membantu.. Terima kasih korang. Korang la pengarang jantung buah hati mucuk2 aku. (hehe!)

Kami ber5 sejahtera. Kami kuat. Kami boleh tempuh.
Dengan adanya Allah.
Dengan adanya manusia indah seperti kalian.
:)





nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...