Followers

Friday, July 15, 2011

Masa ni baru balek dari kampung mertua. Penat sangat.

Sebab awal pagi dah bertolak ke taiping bawak mertua jalan2 kat sana and lepas tengahari baru bertolak balek ke kampung semula. rehat dalam sejam gitu terus chow balek stewan sebab en alang nak pegi pasar malam. :)

muka berkerut2 sebab panas. terpaksa bukak cermin tingkap sebab bawak balek durian dari kampung. kalau pasang air-cond memang pengsan la dgn baunya sebab kuat sangat2. pening pale.


tudung senget benget. abaikan.


Khalish terlena dengan jayanya. bayangkan dari pagi pi taiping sampai balek takmo tido. kat umah opah dia pon dok ralit main dan lari sana sini. ha kooo..time ni la baru nak tido kan. anak, anak....~


jazly pon kepenatan. haha. ptuing terbalek.


ada yang berkenan ngan puting jazly tu ye? pacifier ni jenama tommee tippee. last week aku beli kat manjaku ada diskaun 20% harga biasa rm14.90 dan harga after diskaun rm11.90. murah kan? rasanya ada lagi kot promosi tu. :)




Thursday, July 14, 2011

Pemenang saguhati #1 : fuadnis.blogspot.com


khalish : adik....cube ko tgk abg..agak macho tak hari ni??mesti ramai awek usha abg jap lg..
ko jgn risau..nanti abg pass la sorang kat ko nanti..hehehehe....




jazly : hok alah.....cakap tak agak2la ko ni bang..ini jazly la....petik jari sekali..10 yg datang tauuu..........jgn lupe..ADIK COMEL ABANG LAWA..kita tgk..awek ramai usha abang ke atau adik....hehehehe....


khalish : arrgghhh.....diam la ko..banyak mulutla....meh abg tutup mulut ko....muahahaha....



pemenang saguhati ini pula datang daripada Blog fuadnis.blogspot.com
suka part dialog first gambar tu. nampak sangat selama ni khalish macam perasan lebih. hahaha.
kepada anis...thanks for joining the contest ya!

hasil usahamu amat kami hargai.



p/s: gift voucher tak send lagi pada pemenang. sebok sket kat ofis. harap fb je yang laju. blogger cam slow la... insyaAllah aku akan beri pada pemenang malam ini. the latest pagi esok la. sorry ye pada pemenang2!




Bila kami tinggal tiga beranak je. Mama jadi photographer, anak2 jadi mangsa.



adik jaz dah mula pandai nak merangkak.


mainan happy meal mcd batman. suka dia main pusing kipas heli tu.


tekun.


bila dah penat buat cubaan merangkak, jaz tido kejap. memang sekejap pon...dalam 10 minit je. 


tengok. dah bangun dah! huhuhu.


golek2 dan muka terkejut bila nampak flash.


cubaan merangkak sambil goyang2 badan.


lepas dah terbalikkan bumbo chair, selerakkan semua kusyen, khalish penat dan baring2 sambil senyum kepuasan pandang siling. huhuhu~


adik sambung golek2 lagi.


main panjat2 pulak. memang camni la keadaan rumah kalau ada budak2 ni. khalish kuat nyepahkan barang!


penat panjat, duduk.


dah penat 2-2 main dan golek2, tetiba je adik rengek2 minta dodoi. elok je jaz dah tido, khalish datang sebelah adik dia peluk mr.Tt dan tido. huh...aman dunia budak2 ni tido. mama pon nak rest jugakla.


baru 15 minit lepas tu, dengar khalish jerit. rupa2nya adik jaz dah tarik rambut dia. huhu. macam2 hal budak2 ni. memang korang tak nak bagi mama rehat ye?

budak2 ni macam ni la...penat nak melayan tapi kalau diorang tido rasa sunyi pulak. 
:)







Wednesday, July 13, 2011

Penyertaan daripada pemenang tempat kedua - blog vaggnini3posen

TAJUK DIALOG: DIALOG KITA BERLANGSUNG DI ATAS TROLI SUPERMARKET, BUKAN DI ATAS KAUNTER CASHIER. (ko ada dialog macam ni ke? sambil tanya jakpar onn? haha).


Jazly: Abang. Mama pergi mana? Bosannya...
Khalish: Ala mama gi beli eserem. Boleh abang makan nanti. Adik duk diam-diam sudah.
Jazly: Hmmm nak susu nak susu.
Khalish: Sabo la dik, lagipon best ooo duk dalam ni. Ada air-cond. Rumah kita kan BLACKLIST, dah la gelap, panas pulak tu.
Jazly: BLACKOUT la weh, bukan BLACKLIST (sambil buat muka boring).
Khalish: Oopss ala ok biasa la tu. Manusia kan tak PREFECT. Abang lagi reti Bahasa Melayu dari English.
Jazly: Dia start lagi dah...PERFECT la bang...bukan PREFECT.
Khalish: WHATEVER. Haaa ni confirm betul. Sebab abang selalu dengar papa cakap gitu bila mama merajuk Kah kah.
Jazly: Nak susu...nak susu (sambil buat muka toye plak malas nak layan abang dia).



Khalish: Ok la. Ok la. Adik boring ek. Kita main teka teki nak?
Jazly: Nak! Nak!
Khalish: Ok kereta papa dan mama pakai gear apa?
Jazly: Soalan apa macam ni senang sangat? Hahaha lawak la soalan.
Khalish: Haa pandai sangat jawab la.
Jazly: Gear MATEMATIK la.
Khalish: Warghkkakakaka gelakkan dia. Gear AUTOMATIK, ok. Nak matematik matematik segala ni nak suruh mengira ke sambil bawak kereta?
Jazly: Ok la tu...adik bukan PREFECT.. semua benda nak betul (kenakan abang balik haha)






Khalish: Eeeee jaga ko jaga ko sadap yu sadap yu. Abang cubit mulut biar lebam macam bibir kena gigit tebuan.
Jazly: Takmo takmo. Maapkan saye maapkan saye! Nanti saya belanja awak makan "A and  BABA BIYU" nak?
Khalish: Hamende? Hamende? apa A and BABA BIYU?

En Alang: A&W la. Tu pun tak tau. (tetiba menyampuk tanpa dijemput).


MORAL: Ok jom pegi a & BABA BIYU anak-anak...tak payah tunggu mama. Haha bweks.



Siap ada moral2 segala ok. haha.Vagg yang aku kenal sepanjang dalam dunia virtual ni memang seorang yang kelakar. tak caya pi kat entri2 blog dia...memang kelakar2. seronok baca.
Blog vagg takleh nak copy paste. so aku taip satu2 ok. gigih ni. gambar2 yang ada Vagg dah edit siap ada caption kat gambar2 tu. tapi tu la. sebab hakcipta terpelihara, so aku just guna apa yang ada je la. nak tengok, sila ke blog vagg sendiri eh.

oh dia pon ada blog kedai tau! Sila2 la terjah k.

:)

Thanks and congrats Vagg sebab menang hadiah tempat kedua. Jadila kan?


Wordless Wednesday (Johnson's baby of the year 2011)





Tuesday, July 12, 2011

Penyertaan daripada pemenang tempat pertama. :)



adik: mama, adik rasa ada bau busuk.. adik rasa abang poo-poo dalam seluar dia.
abang: uish, kantoi plak. camne bleh dia perasan ni (cakap dalam hati)



adik: abang ni jangan le gerak-gerak.. nanti tercicir poo-poo abang tu, malu mama kita.
abang: iye ke? (ayat cover sbb malu). OK, jap abang cek.. betul ke abang berak.. (sambil menghulur jari ke dalam seluar)



abang: Haah la. ada warna kuning kat jari abang ni. cuba adik bau, ada bau macam poo-poo adik tak?
adik: grrrr.. ada yang nak kena ni..

hehe. kelakarkan?
pemenangnya ialah ida, dari ibuafiqku.blogspot.com
tahniah kepada ida!

:)

Dinner berempat. Selalunya menjadi suatu benda yang mustahil. Haha.

Disebabkan jumaat malam tu nak pi bayor tilam kat courts, (ha ko...beli tilam pon hutang ok. hahaha) so malam tu kitorang decide nak makan luar je la. aku kata nak masak, tapi en alang kata toksah la...karang balek dah penat pastu masak untuk berdua je. jomla kita makan luar je. so aku pon on je la. (amek kesempatan dah orang offer nak belanja makan kannnn~ hehe)


awal2 sampai. masih ceria ye. dan masih behave duduk dalam babychair tu.


gaya apa ni ayish? aku saspek dia nak buat gaya tangan peace tapi tersilap teknik. haha.


en alang biasala kalau dgn jazly. sayang bukan kepalang. sikit2 cium, sikit2 cium. aku lak yang rimas. 


tengok tu. dah lama sket mula la khalish wat pangai. en alang tengah geramkan dengan pangai tak reti dok diam sambil jerit2 khalish tu, terus tinggi suara marahkan dia. khalish ni kadang2 faham kalau kita marah, so dia akan tutup muka camtu dan tunggu dalam 5 saat kalau kita tak pujuk, sure akan nanges teresak2. adeh deh deh....ini anak haaa.....


mana la makanan ni. lamanyaaaaa~ jaz macam biasa buat muka boring. huhu. muka makcik mana la yang bulat ni. masa ni pon jaz dah start merengek2. bayangkan, meja sebelah kitorang pon ada anak2 lebih kurang baya anak kitorang. tapi punyalah behave seronok aku tengok. yang kami lak dah macam berperang. (oh. org sebelah meja tu anak2 dia pompuan. maybe anak pompuan lagi senang dgr kata kot ye!)


chicken chop with butter rice. dah makan baru nak amek gambau. ni aku punya.


air laici dan epal. kena letak jauh2 dari budak2 kalau tak nak capai je.


en alang punya nasi goreng ayam black pepper. lebih kurang cam rupa nasi aku gak tapi harga makanan aku double dari dia ye. len kali mintak nasi ni je la. hehe.



apapon, biarpon kami macam pi perang kalau makan kat luar, tapi itula yang akan jadi kenangan kan? bila budak2 ni dah besar sure dah lain pulak pangai diorang buat. takpela nak, skang ni pon mama papa belajar sabar dengan kerenah kamu berdua. macam2 hal tau!

hehe.






Monday, July 11, 2011

Kami di playground. Jumaat aritu.

Jumaat petang camtu, en alang call nak bagitau kata dia balek awal, jam 6pm camtu. aku pon apa lagi, kepala otak ni dah terpikir nak ajak dia berjalan2 je la. haha. tapi terpikirkan si khalish jarang2 dapat bersosial dan bermain2 kat luar, so kami decide nak pegi palygoriund kat area rumah tu je. kat ngan padang astaka. Just janji ngan en alang jumpa kat playgorund jam 6pm sebab slalunya time tu la aku sampai umah lepas amek budak2 ni. 
:)


en alang risau anak dia naik tangga tinggi2. tengokla tu. manjakan sangat sampai naik tangga pon berpegang2.


amboi..seronok ye slide2 nak....


tengok la tu en alang. risau bebenor anak bujang dia terjatuh ke apa. huhu.


budak sebelah baju biru tu sebok nak naik slide ye. means panjat slide bukan panjat tangga. yang mak dia pon tengok anak dia wat camtu senyum2 je. tolong la prihatin ada anak org lan nak main jugak gelongsor ni cik kak.


budak2. seronok la bila sekali sekala dapat main gelongsor ni.

amboi. tengok tu. dia belajar dari budak baju biru tu ye. sebok nak panjat slide tu. no-no ayish. please take the stairs ye. hehe.

mama dan jazly. adik jaz muka boring tak dapat join abang main.


masa ni en alang sebok nak pegang anak dia. aku suruh tengokkan je takya nak pegang2. kalau asik pegang je sampai bila nak pandai sendiri kan?


haih. tengok tu. kasih ayah. sebok jugak nak pegang. grrrrr~


slide turun lagi. weee~

err...lepas ni nak main apa eh papa?

belajar naik sendiri lagi. tapi tangga ni cam bahaya sket sebab pemegang dia ada sebelah je.

lepas je khalish dah puas main slides, aku pi beli air sirap limau dan cikedis untuk buat lepas lelah kat tepi playground. hehe.

jazly diagah papa.


barula nak nampak senyum tu. aduhai anak. mahal sungguh senyuman kamu tu ye.


kami bertiga. mana khalish?


 tu ha main pusing2 benda panjat2 ni. haha. tak reti nak panjat, so main pusing2 je la....



nape ayish main gelongsor je eh? sebabnya...kat playground tu ada banyak jenis gelongsor yang panjang, pendek, bergulung semua tapi takde buaian. huhu. apa punya playground daaaa...~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...