Followers

Thursday, October 20, 2011

Setelah 2 minggu mengidam, akhirnya....



Ini lah budak yang tak reti duduk diam walau seminit kat klinik tadi. aduilaa...penatmaknak...


so sebagai ganjaran untuk diri sendiri setelah bersusah payah mengejar anak kat KK tadi...

itu dia...hahaha. ni first time aku mkn quarter pounder tau. selama bertahun2 burger ni kat pasaran, langsung aku tak heran. tetiba terbukak hati nak mamam sebab tgk iklan dia yang mengiurkan tu. hahaha.

tengok cheese dia..daging dia fulamak...terbaik lembutttt je. 

nomnomnomnomnomnomnom. 
(tu dia hidung kembang setalam...sila kontrol di gambar2 lain ye)


jangan jilat skrin pulak ye. dapatkan di mcd berhampiran anda. :)
(kak jiejah, tiru ayat trademark akak ni. hehe. jilat skrin)





Ketagihan pabila jejak kaki ke pasar malam.

sedap gila ayam goreng uncle bob ni. memang boleh buat orang ketagih. tempat korang ada tak? 
*tu model tak berbayar. hehe*

ayam yang rangup, perisa yang sedap, tiada tulang, tanpa lemak dan tanpa kulit serta portion yang besar! hanya rm5.50 je seketul tu. kat manjung ni memula ada masa bulan puasa aritu. 


skang ni every weekend WAJIB ke pasar malam semata2 nak beli ayam goreng ni.






Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday - Rupa anak-anak bila bangun pagi. Memang tak semenggah.










Sabar ye. (haha. macam la ada orang tunggu ko intann...~)

pagi ni ada meeting. maybe petang la kot dapat update.
:)

wish me luck!

Tuesday, October 18, 2011

Solekan hari kedua. Solekan pengantin.

Pagi masa pi kelas tu, aku terlupa bawak handphone. Merasa la snap gambar bila sampai umah. Huhu.


Ini la hasilnya. Cantek tak mekap mata ni? Ni teknik soket tak silap.

Ada rupa pengantin tak? Hehe.

Bersama Ida yang solekkan aku pagi tu. Ni dah petang, aku dah cuci mekap aku masa ni. (dan mekap sendiri2 je. huhu)

Ida dan solekan pengantinnya. Tak nampak sangat sebab cahaya kot.

Cantek tak mata Ida? Aku buat smokey eyes kat dia tapi tak nampak smokey sangat kan? Kena tajamkan skill lagi lepas ni. 





Bila Adik Jaz geram...~

1. Memula tepuk2 kepala je.
2. Geram sampai cucuk mata papa.
3. Papa terpaksa tutup mata guna tangan. Tak tahan kena cucuk ngan adik.
4. Adik sambung tepuk kepala papa. Kali ni tepuk tepi kepala pulak.

5. Muka Jazly geram. Hahaha.
6. Entah apa yang seronok sangat tepuk kepala papa tu. Taula papa awak tu takde rambut.
7. Tarik telinga pulak. Tang ni memang dia tarik sungguh2.
8. Kita panjat papa!





Monday, October 17, 2011

Korang tengok je la sendiri. Seronok gile kelas ni. Kalau hari2 pi kelas pon takpe kalau cenggini.


kusyuk nampak yang tudung pink tu. hahaha.


ni mesti salah sorang wat lawak ni. dalam kelas ni memang senyuman dan gelak ketawa tanpa henti.


photoshoot hari ke-2. gaya bebas.


gaya skema. sebelah aku yang tudung merah tu cikgu yang ngajor kitorang mekap.


photoshoot hari pertama. gaya skema. cantek tak aku mekapkan Umi? (tudung hitam depan aku)



photoshoot hari kedua. gaya bebas. 

whoa...rindu diorang semua. hari2 kelas mekap pon takpe kalau ngan diorang2 ni. KECOH!!!


gambar-gambar ehsan dari Hidayah dan Hanny. :)

Pengalaman di kursus solekan 1Malaysia.

Harini rasa saket2 badan plus letih sebab tak cukup rehat weeknd haritu. Yela..orang weekend rehat2 ngan family yang aku lak bantai pi join kursus solekan 1Malaysia anjuran Giatmara usahasama Salon Sri Najiha, Sri Manjung selama 2 hari. Tapi..bila dah join tu rasa taknak balek pon ada sebab seronok main dengan warna2 dan lambakan foundation, blusher, eye shadow, lipstik dan lain-lain buatkan rasa nak angkut semua benda2 tu bawak balek. Hahaha.

Apapon, memang betul2 good experience la. Mula2 memang ikut kursus ni sebab nak belajar mekap untuk diri sendiri je. Tapi...bila dah belajar camni punya seronok, terus rasa macam kalau buat bisnes pon bagus gak ni. Tapi tu slow2 la dulu. Mekap diri sendiri pon caca marba je. Haha.

Masa kitorang belajar tu, awal kelas diberi tutorial asas macam mana nak mekap seseorang. Then, bila dah settle belajar, kita lak kena praktikkan pada pasangan. Cam aku, pasangan aku nak mekap aku pada siang hari, aku mekap dia pada petangnya after rehat. Kiranya gilir2 mekapkan sesama sendiri la. Memula gigil gak nak mekap orang...tapi alhamdulillah...semua ok2 saja.

Gambar2 kat bawah ni tak berkualiti mana sebab paham2 je la snap dari kamera je pon. cahaya pon kejap terang, kejap gelap. Plus, ada gambar2 yang aku crop sebab faham2 je la..tak pakai tudung so kita kasi crop mana2 yang tak berkenaan. Ok?


Kat bawah ni mekap untuk ke pejabat:

Muka suci bersih gitu. Baru lepas basuh muka.

After apply foundation. Putih tepung gomak! 

Aku pakai foundation ini ye. Ok melekat elok je kat kulit aku.

Mekap mata. Tetiba jadi glamer semacam je. Haha.

Hasil akhir. Eyeliner bawah mata tu terlebih2 tapi takpela...dah kata belajar kan. So tak kesah la tu.

Ehem. Tetiba ada buai kat belakang. Sebab ada peserta bawak anak. Hehe.

Bersama cik adik Umi yang mekapkan aku pagi tu. Thanks ye Umi!






nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...