Followers

Friday, June 18, 2010

kala di singapura

masa ni dah nak balek. salam2 semua orang. terkilan tak sempat bergambar ngan atok.
=(

belakang tu mak ana. mak ana ni umur baru 35 rasanya, tapi anak 7 orang ko! hahaha. yang depan tu nenek kami. balek aritu, makan sungguh2 semua masakan nenek. rindu ooo~


ini adalah tempat letak kereta ye puan2. diorang kat sana every block rumah diadakan satu lot parking macam ni. letak kereta tersusun je. takde la bersepah macam kita kat malaysia ni. sampai kena tolak2 kereta lain sebab dah block parking. haihhh~


ini block rumah mak ana. depan rumah dia ni ada mall tau. seberang jalan je. mall tu namanya the sun. siap ada mcdonalds bagai. 


ini imigresen singapura di woodlands. 

satu aku nak puji orang2 imigresen singapura ni, baik2 belaka. ramah. bayangkan masa kereta kitorang beratur ni, hampir 2 jam jugala kat tempat yang sama je. pulaknya, ada sorang pegawai diorang ni datang kat kereta kitorang minta kami bersabar dengan kesesakan tu. sangat2 la bertimbang rasa. masa tu aku puji melangit la diorang ni. pegawai yang bertugas dalam konti cop passport pon ala2 gelisah je bila tengok kereta macam tak bergerak. memang diorang ni keje efisyen abis!

tapi, yang sedihnya, bila sampai imigresen malaysia kat tambak johor tu, ok la. pusat imigresen sana dah berubah baru. rupa ada sket2 macam imigresen singapore ni. canggih la. tapi malangnya, pangai pegawai kita langsung tak canggih. ko bayangkan, setiap konti ada lane kan. pastu setiap lane ada lampu merah atau hijau. merah makna :tutup. hijau makna: buka. masa kereta kitorang lalu lane tu, lampu masih hijau lagi. elok baru sampai konti, diorang leh tutup pagar dengan muka selamba tanda konti tutup. gile apa! dahla berejam kat imigresen singapore, bila sampai malaysia, diorang wat taik lak. sape tak hangin bai? ayah punya la sumpah seranah. saket hati ok. terpaksa ayah reverse kereta dan pergi ke lane lain. isk...memang pengalaman yang betul2 makan dalam la...~

bukannya apa la. bukan nak kata orang sana bagus, orang sini cikai je. tapi mentaliti orang kita ni sama je sebenarnya. orang kita ni kalau jadik pegawai tu, amboi...kemain sombong bongkak lagi. senyum tidak, apa lagi nak beramah mesra. apa yang aku tengok, macam pegawai imigresen singapore, biarpon kereta banyak, berjujuk2 beratur nak tunggu giliran masuk/keluar singapore tu, pegawai diorang dah la muda macam ala2 baru lepas spm je, (hensem2 plak tu) punyala cakap lemah lembut. nak2 bila bertemu sesama orang melayu sendiri. senyum je. suka ok!

so korang, ada pengalaman camni tak? jom kongsi! =)

kuantiti versus kualiti

situasi 1.
pasangan yang mempunyai 5 orang anak.
3 darinya dapat masuk universiti.
seorang darinya masuk ipt juga. ipt yang bertembok tinggi dan berkawat duri.
seorang lagi masih bersekolah.

situasi 2.
pasangan mempunyai 2 orang anak.
anak2 ke institusi tempatan, dan mampu bekerja menampung keperluan sendiri.

situasi 3.
pasangan mempunyai 9 orang anak.
5 darinya berjawatan pengurus, 2 darinya guru besar dan 2 lagi punya bisnes sendiri.

situasi 4. 
pasangan mempunyai 4 orang anak.
seorang berjaya, lagi 3 harapkan duit mak bapak biarpon masing2 dah menjangkau umur 20-an dan bekerja.

situasi aku.
mahukan anak ramai. supaya biar meriah keluarga kami nanti.
tapi ibu kata, biar sikit, kualiti terjaga. 
nak besarkan anak bukannya mudah.
pendidikan mereka sahaja menjangkau ribuan ringgit saban tahun dan makin bertambah.
belum lagi makan pakai mereka lagi.

mungkin ada benarnya. tapi bila dirujuk pada orang2 yang bekerja kampung, hari2 makan ulam dan tempe saja, anak2 bisa saja kerja yang hebat2.
kesusahan yang dialami memberikan mereka iltizam untuk merubah nasib.

tidak seperti aku, terlalu manja. pilihan universiti pon harapkan ayah yang buat pilihan.
tiada pegangan hidup lagi tatkala umur dah 18 tahun.
tiada cita2 yang tetap. dan skarang? bolehla takat cukup2 makan tu.
takla semewah orang lain, dan jugak tak la susah mana.
segala2nya cukup2 saja.

bagi korang? mana yang patot?
anak sedikit atau ramai?

si dia bila meninggalkan papanya...

lihat saja wajah monyok itu. bukan main tak rela lagi bila dapat tahu papa tak dapat ikut bercuti.

dalam bas tidor je. dah nak sampai kl baru la happy2 seronok2. budak2. kejap je dah lupa kesusahan tadi. 
;)

Thursday, June 17, 2010

aku harapkan benda2 camni jauhkanla dari kami...

malam kelmarin, mimpi aku tumpah darah.
banyak sangat.

malam tadi pula, mimpi aku saket sangat kat peranakan sampai macam leh rasa masa mimpi tu.
macam real je.

takut ok!
=(

detik kamu bersama mama sejak dalam rahim. dan kini giliran adik pula.


ketika itu,
kamu sering menendang2 perut mama. mama tak marah. malahan sangat sukakannya.
mama suka bila khalish temankan mama bila mama tak dapat tidur.
khalish gembira bila mama bacakan ayat Quran.
papa sering berbual2 dengan khalish ketika bangun dari tidur dan ketika mahu tidur.

kasih sayang kami pada kamu tidak pernah berubah nak.
kamu adalah permata hati kami.

dan sekarang, mama kandungkan adik khalish pula.
perasaan  mama kandungkan adik serupa seperti mama kandungkan khalish dulu.
tak ada yang kurang, tak ada yang lebih.
mama sayang anak2 mama.

semoga khalish jadi abang yang sempurna di mata adik ya.

kenapa agaknya?

khalish dah 3 malam tidor tak lena.
nak kata waktu tidor tu, every hour akan terjaga dan nanges jerit2.
jerit2 macam takut atau ada orang sergah dia tiba2.
kesian tengok dia camtu.

plus. kami mak pak dia pon dah tak dapat tidor macam dulu.
mana tak nya, setiap jam kena bergilir tengok budak bujang tu menjerit2.
bila dilagukan zikir, meronta2.
dia hanya akan diam bila disumbatkan botol susu.
yang peliknya, mata tertutup rapat, tapi mulut yang bising.
macam mengigau pon ada gak.

kalau korang ada pengalaman camni, boleh tolong bagitau camne nak buat tak?
pening dah ni.
kalau lagi 2 malam berterusan, maybe nak pi jumpa bidan atau orang yang pandai pasal budak2.
mungkin orang tu boleh tengok2kan apa yang tak kena ngan khalish.

Wednesday, June 16, 2010

tekak meloya. selera makan dah berkurang.

oh. aku amek half day harini.
nak kemas umah dan basuh baju. nanti tuanku permaisuri sampai dari kl, tengok baju2 masih tak berbasuh maunya murka dan mogok takmo masak plak nanti.


hai...mana boleh tuanku permasuri tak masakkan untuk anak dan menantu...air tangan tuanku permaisuri la yang paling enak dalam dunia ok!
oh. tuanku permaisuri masak bukan sebab kami yang suruh ye. tapi tuanku permaisuri yang suka memasak.
kalau anak2 masak, dia akan makan sikit buat jamah je. kecik hati ok!
tapi memang tuanku permaisuri masak sedap melampau.
dan tuanku permasiuri akan pastikan setiap kali waktu makan, akan ada makanan atas meja.
bersungguh2 tuaku permaisuri masak2.
terima kasih tuanku permasuri!


penat balek dari cuti2 sungguh tak hilang lagi. nak upload gambar2 pon aku malas gile.
gambar2 tak la banyak mana. sebab dah pegang dak kecik tu, kamera ke mana, aku ke mana, khalish tah ke mana plak kang.
ada la sekeping 2 nak tunjuk kat korang. tu pon adalah tak berapa semenggah.


update pregnancy, alhamdulillah semalam dah pegi wat scan tgk heartbeat segala.
baby elok duduk dalam karung dan dah leh nampak jantung dia berdenyut2.
comel sangat2!


tak sabar nak tengok dia lagi 4-5 bulan, masa tu leh tengok semua yang dah lengkap.
kaki, tangan, kepala...plus leh tahu gender skali.
wah...bestnya!
=)


pagi tadi aku dok mengomel dalam kereta kat khalish.
kata kat dia, 
khalish lepas ni takleh nangis2 takde sebab dah.
khalish nak ada adik. khalish sayang adik kan?
khalish kena behave ye sayang.
mama sayang khalish dan adik. nanti adik keluar, takmo gaduh2 ye.
sayang2 adik tau.


khalish tgk aku dengan pandangan,
ye la mama. khalish faham.
sambil sengih2 yang buat hati cair macam air dah.


malam tadi pulak, en alang gurau kasar ngan khalish.
siap tolak2 khalish sambil cakap,
papa tak sayang khalish. papa sayang mama dan adik je. 
en alang pi jauh2 dari khalish dan peluk2 perut aku.
tapi khalish tetap datang suka2 happy2 kat papa dia.
dia tak paham la tu apa papa dia cakap.
tapi aku yang bergenang2 air mata tengok dia happy2 camtu.
terus aku cepuk tangan en alang kata tak baik cakap kat dia camtu.
skang ni dia tak faham. nanti bila dia dah faham, jangan ulang cakap camtu lagi.
dah besar nanti, dia ingat dan ungkit pulak.


skejap je khalish dah besar. haritu baringkan dia dalam bas, kaki sampai terjulur keluar.
panjang sangat dah budak ni.
dulu, masa dok dokong adik, aku slalu mengeluh penat dan berat.
bila dah ada anak ni, sanggup pangku anak 4 jam dalam kereta.
yang amazingnya, langsung tak rasa lenguh2 kat tangan ye.
besarnya ketabahan seorang ibu kan?

sesiapa yang dah kawen lama, tapi belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata,

boleh ke blog dokter faryn, untuk segala pertanyaan dan insyaAllah, dokter faryn akan membantu.

ni dokter faryn punya topik.  ---> lapan-belas-sx-budak-budak-jangan-baca

cuma nak tolong kawan2. cuma ini je la dapat tolong pon. 

Tuesday, June 15, 2010

semasa di bandar singapura...

sampai je singapore,
terus tuju umah mak ana, jumpa atok dan nenek kat sana.
rehat, solat dan terus kepala otak masing2 nak ajak ayah jalan2 kat town.

masa dalam kereta tu, aku cakap la kat ayah.
ayah, along teringin nak tengok patung kepala singa yang kuar air tu. kat ne eh?
so ayah pon dengan bersungguh2 terus nak cari kat ne tempat tu.
dulu2 tempat tu tempat dating ibu dan ayah tau!
hehehe. sweet!

skali, pusing2 kat town, dah ala2 sesat.
dahla geram je tengok setiap mall tu.
kelakar ok. ingatkan dapatla jalan2 kat mall ke apa ke.
sebabkan kitorang tersangkut dalam jem dan berpusing2 kat tempat yang sama almost sejam,
terus hasrat dibatalkan.

tapi dapat la tengok esplanade.
kagum la. sebab design dia ala2 bulat tu kan.
ntah apa ada kat esplanade tu pon aku tak tau. hahaha.

masa kami berpusing2 tu, sekali ternampak la singapore flyer.
ternganga2 mulut kitorang tengok flyer tu.
cabin dia besar dari eye on malaysia tu.
memang best je. siap ada cabin leh dinner ke apa dalam tu.
bestnyeee~

pastu, kat sebelah singapore flyer tu ada marina bay sands.
pergh...dasat tul buliding tu.
tu pon buat kitorang ternganga2.
rupanya dalam tu ada casino, skypark bagai.
memula ingatkan dalam tu ada theme park ke apa...tapi takde.
huhuhu~

tu je la kot cerita kat singapore.
kitorang dok dalam kereta je. boring!
huhuhuhu~

tiba2 hilang poof!!!

hahaha.
disebabkan rimas header tu senget,
terus aku buang.

buang kejap je.
sementara aku nak betul2kan apa2 yang patot.
hehehe~

ok ke macam ni?

ada rasa amcam caca marba tak?
susunan dan warna blog ni?

oh. tolong aku. nape header aku senget camtu eh?
hmm.....

ohkorang!
hi!!!
aku baru balek dari cuti2 semalam petang.
penat pon tak abis lagi ni.
nanti2 kita cerita lagi k.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...