Followers

Friday, February 25, 2011

i nyampah taw!!!

nyampah tau bila dapat suami yang suka bercakap dalam tidor ni. bercakap satu hal, ni bila kita tanya dia layankan jugak. grrr~

macam malam tadi, aku ngan budak2 kul 9.30pm dah tertido. so jam 3pagi camtu lepas susukan jaz dan tukarkan lampin dia, terus aku main game kat handphone sekadar nak layankan mata yang tengah segar. tapi aku main game dalam gelap la kan. sekali tetiba,

"ayang, ibu cakap nanti nak namakan sangkar burung ni tau"

"hah? ibu cakap macam tu? biar betul abang ni"

"iye...ibu cakap kat abang tadi"

aku dah pelik. ibu takkan bercakap pasal hal2 sangkar burung ni. apatah lagi nak namakan sangkar. pelik gile! "tadi bila? pukul brape? tak nampak pon ibu cakap ngan abang malam tadi"

"ada la yang. tadi. tadi. tadi."

aku suluh muka en alang dengan lampu handphone. elok dia tengah pandang aku. tapi mata kuyu. sah! tengah ngigau la ni.

"abang cakap apa ni? dah2 pi tdo. eee...mati2 ingatkan dia cakap ngan kita tau. rupanya ngigau!"

cis! tipah tertipu pagi2 buta noks. nyampah tawwwww!!!!!!!!!

Thursday, February 24, 2011

Dah khamis rupanya. Cepat betul masa berlalu.


tapak sulaiman saya. 


dah macam salah satu dari bantal2 gamaknya. budak ni rezeki dia banyak bantal. 

khalish mengenen laptop mama. kemain lagi dia.

amboi...kemain happy lagi dia.


masa ni aarin dan kawannya wani datang melawat aku dan budak2 ni. alhamdulillah, aarin akan melangsungkan perkahwinan 13 mac ni nanti.budak2 ni dapat banyak hadiah dari aarin.

Wednesday, February 23, 2011

Tak semua benda kita nak, kita boleh dapat

beberapa hari lepas, aku baca entri dari dalie tentang anak. aku faham sangat la kalau berkaitan tentang rezeki berbentuk anak ni memang kita tak boleh nak kawal benda ni kan. ye la, kalau pasal jodoh, boleh lagi digigihkan cari sekeliling calon jodoh yang berpotensi. kalau pasal duit pulak, digagahkan juga bekerja membanting tulang 4 kerat demi mencari rezeki untuk keluarga. kalau pasal anak, kita dah usaha secara normal, sebulan dua tak de hasil. ok lagi. cuba2 lagi sampai bulan 8-9, mesti dah rasa tensi dah. lepas tu jumpa pakar atau jumpa makcik urut. cuba dalam 2-3 bulan, takde hasil jugak. cuba dan terus cuba, tak sedar dah 2-3 tahun berlalu. orang sekeliling dah tanya2 bila nak ada anak? korang merancang ke? orang2 ni semua tak tau, habis dah segala usaha dah dicuba, tapi tak lekat jugak. orang dah mula mencebik. dalam fikiran masing2 dok kata mesti salah seorang ada masalah. tak semestinya ada masalah, tapi kalau Allah kata Kun Fayakun, jadilah dia.

[Al Baqarah:117]

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."




semalam aku berborak dengan ibu pasal benda camni. ibu kata, dunia camtulah. tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat. macam awak dan alang, bila Allah dah beri anak2, awak berdua pulak selalu sempit duit. belum cukup bulan, awak kena ikat perut nak sampaikan ke gaji. Macam Lia tu (ibu panggil dalie as Lia), ibu nak kamu suruh dia banyak sabar2. Allah beri dia rezeki dalam bentuk material skarang ni. Anak2 tu insyaAllah ada. ntah2 nanti anak2 dia lagi ramai dari kamu tau along. tapi memang betul pon. skang ni aku plan nak 2 je. lelaki pon lelakilah...:)

so Lia, jangan tensi2 lagi ok. insyaAllah ada la rezeki ko tu. bila nak mai umah? boleh aku mintak ibu masakkan asam pedas untuk ko. :)

Kasih tok ibu sampai ke hujung hayat

suka sangat snap shot ni. tok ibu tengah mengulit cucu.

inilah kegemaran ibu. petang2 lepak depan beranda mengulit cucu dan berborak2.

jazly besar nanti jangan lupa balas jasa tok ibu ye. :)

Tuesday, February 22, 2011

Jalan2 tesco lagi. Masa cuti Maulidurasul.

selasa tu memang rasa excited nak jalan2 ngan en alang. at first nak jalan2 dalam petang2 sket. tapi ibu taknak kitorang balek maghrib, so dia paksa kami keluar awal. so kitorang kuar tengahari camtu. biasala hari cuti, breakfast pon lajak sampai kul 11am. masa kuar tu dalam keadaan kenyang lagi sebenarnya.

bila dah jalan2 tawaf tesco tu, aku penat. cakap kat en alang yang aku rasa letih, nak duduk dan minum. tengok kat foodcourt orang punyala ramai. en alang last2 ajak lunch kat chicken rice shop je. nampak selesa dan tersorok sket. so kami pon lepak je la kat crs.

jaz lena sampai kami abis makan. alhamdulillah...budak ni kalau rengek pon tak lama.

khalish sebok nak minum susu. elok kuar je dari stroller dia, terus merengek2 nak susu. sib baik bawak. kalau tak...abis dia amukan agaknya.

hah. rupa tuan tanah sebelum kena bentan aritu. skang ni dah tambah kecik lagi ye. aku tak tau mana pi selera makan aku haa....

oh ya. harini secara officialnya aku dah abis pantang 44hari. alhamdulillah...skang ni cuma nak gain tenaga je skang ni. badan sebab dah terlalu manja, nak kena bawak2 berjalan juga. doakan aku tak demam lagi ye!

Monday, February 21, 2011

Khalish Ago-go

haha. susah betul dia nak duduk diam. ni terpaksa pegangkan tangan dia.

macam uji rashid atau hail amir? ;)

saya suka la pulak pakai spek ni mama. comel tak saya pakai spek ni auntie2?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...