Followers

Thursday, June 14, 2012

Devil's Food Chocolate Cake recipe.


resepi ni aku ambil dari mek Nano. dia jugak la yang membuka hati aku nak cuba baking2 ni. :)

so, aku siarkan resepi ni untuk kawan2 blog aku yang teringin bebenor nak cuba buat kek ni. sila la ye kawan2...


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : 
kak ita

Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula pasir dan brown sugar sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ *aku xde lemon, so ganti sunquick

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
1 sudu teh paste vanila 

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. 
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong. 

resepi ni bulat-bulat aku ambil dari blog Nano. Aku ambil je sebijik-sebijik resepi ni sebab penerangan dia senang nak faham. agaknya kalau aku yang tulis resepi, mau juling2 mata kornag nak faham. hahaha.

so....selamat mencuba ye! :)





Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday: Cubaan membakar kek yang pertama. Success!




Tuesday, June 12, 2012

Renungan pagi selasa - Kita sebagai ibu bapa. Pentingkan diri sendiri?


*Pada awalnya ingin post "status" ini pada wall fb. Tapi bila dah panjang berjela, baik ku pindahkan saja ke blog. Huhu...*

Anak-anak kita tidak menilai kita dengan harta yang kita miliki. Tidak menilai kita dengan jenama pakaian yang melekat pada tubuh. Tidak menilai dengan kenderaan yang dipacu. Tidak menilai dengan gajet terbaru.

Apa yang anak-anak kita perlu hanyalah perhatian. Kasih sayang. Pelukan. Ciuman. Renungan. Kata-kata perangsang. Usapan. Gurauan. Senyuman. Gelak ketawa.

Itu semua hanyalah percuma sahaja bukan? Tetapi mengapa sukar benar antara kita yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk bergurau senda, menemani anak-anak membuat kerja sekolah, bercerita bersama...kenapa? Kerana kita pentingkan diri sendiri. Ya. Sikap mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak terabai. Nak buatkan anak senyap? Pasangkan saja kartun 24 jam sehari. Nak buatkan anak-anak leka? Belikan saja permainan mudah alih. Mudah bukan?

Aku buat status begini bukan kerana aku hebat. Tidak sama sekali. Kerana aku khilaf dalam mendidik anak-anaklah maka aku up topik ni. Malam tadi ketika lena tidur Khalish terjaga lalu menangis2 dan muntah2. En Alang marah2 Khalish mungkin kerana mengganggu dia menonton perlawanan bola euro. Aku merasa sangat belas melihat Khalish yang menangis kerana saket tekak muntah ditambah pula dengan dimarahi papanya...membuatkan tangisan semakin mendayu-dayu. Aku ketika itu sedang membakar kek. Cepat-cepat aku datang pada Khalish dan berpesan pada En Alang jika rasa berat nak tolong kemas muntah Khalish, tak perlulah nak kemas..aku boleh buat. Jika nak marah2 pada anak sulung kami hanya kerana masa berhibur terganggu, baik tak usah ditambah kesedihan anak...buat tambah dosa pada anak je. Lalu En alang cepat2 say sorry pada Khalish. Tapi, Khalish terlalu terluka dengan kata-kata papanya sebelum ni, dipeluknya aku kuat-kuat.

Pabila merasa anak yang basah kuyup dimandikan papanya memeluk mama meminta perlindungan...aduhai...luluh hati ni. Terus cair semua. Aku pantas capai tuala dan lap badannya, pakaikan pampers dan baju tidur. Khalish tak lepas mengusap tanganku sepanjang aku menguruskan dia. Apabila hendak ditidurkan, dia menyuruh aku baring disebelahnya. Tidak mahu dipopok. Cukup sekadar aku berada di sebelahnya.

Melihatkan Khalish yang semakin merapatkan badannya pada badanku, aku biarkan saja. Tak sampai hati nak tolak dia ketengah. Biarlah aku sakit2 badan sikit kerana emosinya masih belum stabil akibat dimarahi papa. Papanya datang hendak mencium pipi pon dia jual mahal. Kemain lagi menyorok muka masuk celah ketiak aku. Haihh...ikut siapa ni nak?  =_='

Sebelum tidur, aku bacakan surah2 lazim dan hembuskan pada ubun-ubunnya sambil berniat agar Khalish tidak lagi terjaga dan muntah2. Alhamdulillah malam tadi dia tak meragam sangat. Cuma merengek mahukan susu sahaja.

Pabila melihatkan anak begitu mendambakan belaian seorang ibu, amat tersentuh hati. Pabila melihat mata yang redup itu dimarahi papa...aduh! Sungguh tak sampai hati. Oleh itu kawan2 yang bergelar ibu bapa, sama-sama kita ke arah yang lebih baik dan usaha yang terbaik untuk anak-anak kita ya. Jika mereka melakukan sesuatu yang "nakal" dan mencabar kesabaran, ingat semula. Kita semasa kecil mungkin lebih "nakal" dan lebih mencabar kesabaran ibu bapa kita. Kita cuba didik mereka dengan cara yang lebih positif ye! Dan yang paling penting, jika terasa anak-anak "menyusahkan", baik toksah beranak. Amboi...kemain lagi kata susah bagai ye. Dulu masa belum ada baby kemain lagi nak ada baby, rumah meriah la apa la. Now budak tu dah besar sket, dimarah2, dimaki2 pula. Harap tiada sikap sebegini antara kita. Nauzubillahiminzalik.









nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...