Tuesday, June 12, 2012
Renungan pagi selasa - Kita sebagai ibu bapa. Pentingkan diri sendiri?
*Pada awalnya ingin post "status" ini pada wall fb. Tapi bila dah panjang berjela, baik ku pindahkan saja ke blog. Huhu...*
Anak-anak kita tidak menilai kita dengan harta yang kita miliki. Tidak menilai kita dengan jenama pakaian yang melekat pada tubuh. Tidak menilai dengan kenderaan yang dipacu. Tidak menilai dengan gajet terbaru.
Apa yang anak-anak kita perlu hanyalah perhatian. Kasih sayang. Pelukan. Ciuman. Renungan. Kata-kata perangsang. Usapan. Gurauan. Senyuman. Gelak ketawa.
Itu semua hanyalah percuma sahaja bukan? Tetapi mengapa sukar benar antara kita yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk bergurau senda, menemani anak-anak membuat kerja sekolah, bercerita bersama...kenapa? Kerana kita pentingkan diri sendiri. Ya. Sikap mementingkan diri sendiri sehingga anak-anak terabai. Nak buatkan anak senyap? Pasangkan saja kartun 24 jam sehari. Nak buatkan anak-anak leka? Belikan saja permainan mudah alih. Mudah bukan?
Aku buat status begini bukan kerana aku hebat. Tidak sama sekali. Kerana aku khilaf dalam mendidik anak-anaklah maka aku up topik ni. Malam tadi ketika lena tidur Khalish terjaga lalu menangis2 dan muntah2. En Alang marah2 Khalish mungkin kerana mengganggu dia menonton perlawanan bola euro. Aku merasa sangat belas melihat Khalish yang menangis kerana saket tekak muntah ditambah pula dengan dimarahi papanya...membuatkan tangisan semakin mendayu-dayu. Aku ketika itu sedang membakar kek. Cepat-cepat aku datang pada Khalish dan berpesan pada En Alang jika rasa berat nak tolong kemas muntah Khalish, tak perlulah nak kemas..aku boleh buat. Jika nak marah2 pada anak sulung kami hanya kerana masa berhibur terganggu, baik tak usah ditambah kesedihan anak...buat tambah dosa pada anak je. Lalu En alang cepat2 say sorry pada Khalish. Tapi, Khalish terlalu terluka dengan kata-kata papanya sebelum ni, dipeluknya aku kuat-kuat.
Pabila merasa anak yang basah kuyup dimandikan papanya memeluk mama meminta perlindungan...aduhai...luluh hati ni. Terus cair semua. Aku pantas capai tuala dan lap badannya, pakaikan pampers dan baju tidur. Khalish tak lepas mengusap tanganku sepanjang aku menguruskan dia. Apabila hendak ditidurkan, dia menyuruh aku baring disebelahnya. Tidak mahu dipopok. Cukup sekadar aku berada di sebelahnya.
Melihatkan Khalish yang semakin merapatkan badannya pada badanku, aku biarkan saja. Tak sampai hati nak tolak dia ketengah. Biarlah aku sakit2 badan sikit kerana emosinya masih belum stabil akibat dimarahi papa. Papanya datang hendak mencium pipi pon dia jual mahal. Kemain lagi menyorok muka masuk celah ketiak aku. Haihh...ikut siapa ni nak? =_='
Sebelum tidur, aku bacakan surah2 lazim dan hembuskan pada ubun-ubunnya sambil berniat agar Khalish tidak lagi terjaga dan muntah2. Alhamdulillah malam tadi dia tak meragam sangat. Cuma merengek mahukan susu sahaja.
Pabila melihatkan anak begitu mendambakan belaian seorang ibu, amat tersentuh hati. Pabila melihat mata yang redup itu dimarahi papa...aduh! Sungguh tak sampai hati. Oleh itu kawan2 yang bergelar ibu bapa, sama-sama kita ke arah yang lebih baik dan usaha yang terbaik untuk anak-anak kita ya. Jika mereka melakukan sesuatu yang "nakal" dan mencabar kesabaran, ingat semula. Kita semasa kecil mungkin lebih "nakal" dan lebih mencabar kesabaran ibu bapa kita. Kita cuba didik mereka dengan cara yang lebih positif ye! Dan yang paling penting, jika terasa anak-anak "menyusahkan", baik toksah beranak. Amboi...kemain lagi kata susah bagai ye. Dulu masa belum ada baby kemain lagi nak ada baby, rumah meriah la apa la. Now budak tu dah besar sket, dimarah2, dimaki2 pula. Harap tiada sikap sebegini antara kita. Nauzubillahiminzalik.
Labels:
parenthood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
renungan pagi yg bagus...terus insap
ReplyDeleteok, bergenang aku baca citer ko intan... sian khalish. Terasa jugak utk diri sendiri sbab dani pun perangai dia boleh tahan juga kalau nak basuh poopoo atau nak ajak mandi. kusss semangattt, leh buat aku sakit jantung.
ReplyDeleteTerasa nak balik peluk dani kuat2.. huhu
sebak lah Intan..
ReplyDeleteapa-apa pun terima kasih sbb berkongsi ini
jd pengajaran utk aku dan suami juga
renungan yg baik..tq intan
ReplyDeletebetul intan sometimes tu kita pun gitu, bila papanye marah sbb nak main game. ha amek skali mama nye sound. nak anak ke nak game. terus x buat dah, kdg2 lelaki ni kita kene ingatkan sntiasa.
ReplyDeleteSedih plak baca entry ni..sian khalish..walaupun kecik tp diorang ada perasaan jugak..takut dia jauh hati
ReplyDeletetersentuh plk baca cite ni.memang..kdg2,ibu bapa ni senang sangat nak marah kt anak2.pdhl bdk tu kecik lagi.hr tu sy pegi dkt jj maluri,jalan2.ms tgh plih baju..ttiba mcm ada bunyi menda jatuh.kuat jgk.trus sy menoleh.rupanya ada bdk kecik dlm kereta sorong dia terjatuh.terbalik keta sorong.mak dia yg tgh sibuk tgok baju pn trus bkejar kt anak dia.bkn nk angkat bdk tu..tp dia tetiba je marah2.mungkin dia malu agaknya..adehh..apelah slh budak tu.mungkin dia dok buas,sbb tu terbalik.geram plak sy tengok mak mcm ni
ReplyDelete