Followers

Saturday, February 6, 2010

bersama sayang-sayangku...

sebelum masuk kerja lepas solat jumaat. amek gambar manja2 dulu. hehehe~
(abaikan keadaan latarbelakang yang berselerak ya amat tu)

skang ni tgh tgk forrest gump kat hbo.
my god. punyalah lama tak tgk citer ni.
siap meleleh2 air mata.
:)

run forrest, run!

esok atau hari ni maybe balek kpg gelung pepuyu.
tok ngan opah sana dah rindu2 cucunya.


dak bam2 yang dah boring nak pose ngan mamanya. wuwuwuwu~

weekend ni just nak spend time ngan mereka2 yang aku sayang.
(dan mungkin tukar layout blog ni!)
korang ada ke mana2 ke wiken ni?

Friday, February 5, 2010

terasa berada di awangan...

.....

sejak dari tu, en alang layan aku baek punye.
(bukan BESAR PUNYE ok! btw, suke gile iklan megi asam laksa neh. dahla favourite flavor aku tu)
hehehe.

dah rasa cam zaman mula2 bercinta plak.
*malu*

harap2 kekal la camni.
:)

selamat pagi semua!


jom mandi ngan khalish!
:)

Thursday, February 4, 2010

tetiba je lapor....

dalam pale otak ni teringin nak makan nasi panas2 ngan hati ayam goreng ngan cili padi.
itu je.
tak mintak banyak pon.

*biarpon tau hati tak elok dimakan slalu. tapi kalau dah teringin....camno?

korang lunch apa harini?

kufikirkan bila ada broadband kat umah, leh la berbogging dan berfacebook-ing secara tegar...

sangkaan ku meleset sama sekali.
masa sangat2 mencemburui kami.
dan terlalu banyak aktiviti yang peru dilaksanakan.

macam semalam,
balek umah, mandi2, rapikan diri, wangi2, tunggu husband balek.
en alang balek. aku layan khalish.
then, sambil2 tu tengok na o mei dan american idol secara berganti2.
then, makan, solat.
pastu layan berita.
pastu kuar jap pi giant (20minit je)
pastu balek, layan glee (hoih...aku tak pernah miss glee stakat neh...best wooo)
then layan khalish, tidorkan dia.
pastu kami pon tidor.

tengok, mana ada masa nak berblogging?
cuma masa tgk glee tu je aku curi2 masa jeling2 laptop.
huhuhuhu~

bangun pagi lak dah terhegeh2 masak untuk breakfast dan lunch.
sib baek en alang dah terer siapkan khalish.
mandikan dan pakaikan lampin dan baju.
pastu aku kena hantar iqa pi skolah.
then balek umah semula, tukar baju,
siap2kan diri.
hantar khalish.
terus shoot ke ofis.

jeling laptop pon tak ok!

(harap2 weekend ni dapat la dipenuhkan dengan aktiviti mengadap laptop. ingat nak buat perubahan sket kat blog ni. cam serabut pale otak neh. perlukan angin baru.)

korang ada idea untuk cantekkan blog ni?
marilah kongsi ek.

Wednesday, February 3, 2010

tahu dah...memang pon!

*khalish diagah tok ibu*

bulan lepas,
masa antar khalish wat monthly check up.

nurse panggil nombor.
kitorang masuk bilik.
*nurse ni nurse india*
Nurse: let me see...what is your baby's name.
aku senyum je. dia tengah telek buku rekod.
Nurse: khalish dani fitry is it?
Aku: yes nurse.
Nurse: do you know khalish is an indian name?
aku senyum. angguk2.
Aku: i know. saya surf internet, and saya terus suka nama khalish ni. masa tu, i baca orang pakistan ada guna nama ni.

nurse senyum.

Nurse:yes. ada juga indian guna khalish. but i think pakistani pon ada guna juga. like my name, sharmila. india guna, melayu pon ada guna. right?
Aku: betul tu nurse. saya pon ada kawan melayu nama sharmila.
2-2 senyum.

aku dah buat rujukan sebelum guna nama khalish ni.
hehehe.
takpela, india pon india la nak.
asalkan kamu sehat2 dan senangkan hati mama cukupla.
:)


*angkat kaki tinggi2!*

tasnim's birthday party

1 February lepas, Tasnim cukup setahun.
alhamdulillah, Tasnim membesar dengan sehat.
dan comel!
:)

Tasnim adalah anak kepada Nor dan juga seorang blogger.
1 Feb, Nor buat party/makan-makan di rumah ibunya.


sebelum bertolak ke party. khalish pakai 1st overall yang tok ibu belikan. (terbesar sket la tok ibu. huhuhu). mood khalish masa ni sangat2 excellent. :)

sampai2 je rumah sana, tuan rumah dah tercongok tunggu kitorang kat depan pintu. kitorang ngan family Nor ni dah tak segan2. macam family sendiri pon ada gak. adik beradik dia semua kenal kitorang. :)

tasnim dapat je hadiah dari kitorang, terus pegang (pukul2?) hadiah tu. err..Nor, ok tak hadiah tasnim?

family potrait. Nor, norman, tasnim dan khalish. hahaha. khalish pon menempel skalik. ;P

me with birthday girl. birthday girl ni sempoi je. bukan kesah orang nak wat apa pon kat dia. seronok pegang tasnim sebab dia diam je. (harap2 khalish "warisi" perangai tasnim yang baik ni. amin...)

tasnim nak potong kek. tapi ibunya yang beria2. hehehe. tengok muka tasnim. macam kena paksa. tapi comel!!! :)

hero-hero hatiku. tapi sorang dah tidor. patotla dia senyap je sepanjang majlis. melayan mata rupa2nya. hehehe~

tasnim the birthday girl.
happy birthday tasnim!
tasnim, be a good girl ok.
sayang tasnim!
:)

Tuesday, February 2, 2010

bersiaran langsung dari teratak bondaku.

WARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!

hehehe~
takde masa sangat pon nak beron9 bagai dari umah ni.
malam ni khalish wat pangai sket.
kalau aku ngadap laptop, dia bising2 nak nanges.
bila aku ngadap dia, tersengih2 kemain lebar lagik.
so, kite tunggu itu dak kecik titon dulu,
baru leh on9 dgn aman.

ingat leh aman camtu je?
papanya plak take turn mintak dibelai pulakkk...
huhuhu~

gtg. esok sembang lagi ek?
selamat malam!
:)

ngehngeh~



hehehe.
(gelak gataiii!)

mari kite beronline dari umah!
ho yeahhh!!!
:)

Monday, February 1, 2010

mentang2la....

korang yang kat wilayah tu cuti.
semua sunyi seribu bahasa ek.
hehehe.

(berunsur cemburu sket. huahuahua!)

takpela. bagi korang rehat2 cuti2 ni.
esok korang aktif balek tau!
sunyi la....
:)

isnin menjelma kembali!

dan agak bersemangat pagi2 ni.
biarpon tergesa2 baca minutes meeting.
huahuahua~

banyak keje.
otak serabut.

petang karang antor ibu pi stesen bas.
asyik ke hulu, ke hilir.
ni belum anak masuk skolah lagi.
dah sebok ke sana sini.
huhuhu~

wish me luck for today ya!
:)

p/s: oh, broadband dah beli. celcom. tapi belum activate. maybe harini atau esok diorang activate. tak sabar ok nak bersiaran dari umah. hehehe~

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...