tak faham.
kenapa perlu takut dengan bayang2 sendiri?
aku dah sejujur habis memberi nasihat,
ikhlas memberi pandangan.
tapi, kalau kamu tak leh terima,
sungguh aku tak boleh nak ubah.
kerenah manusia macam2.
itu aku faham.
kalau setakat nak tunding jari pada orang lain,
sesiapa pon boleh.
aku pon tak terkecuali dengan perangai yang satu ni.
cuma aku hanya akan selidik terlebih dahulu situasi dahulu.
siapa yang bersalah, siapa yang betul.
tapi aku hanya manusia. siapa aku untuk hakimi situasi itu betul atau tidak?
aku hanya berfikiran logik sahaja.
yang mana2 manusia pon akan bersetuju dengan pendapat aku.
aku tak kata bercinta dengan suami orang tu salah.
perasaan cinta tu memang lahir dari hati.
tapi kita dikurniakan akal fikiran.
akal itulah yang diberi Allah untuk memikirkan yang mana baik dan buruk.
dan adakah akalmu memberi keputusan bahawa bercinta dengan suami orang adalah suatu yang halal?
suatu yang diredhai?
suatu yang dimuliakan?
aku tak salahkan kamu.
mungkin lelaki tu beri pelbagai janji manis.
sehidup semati.
gunung sanggup didaki, lurah sanggup dituruni.
lautan api sanggup direnangi.
aku cukup kasihankan kamu.
kamu dah cukup matang untuk membuat penilaian.
kamu sudah dewasa.
malah, lagi dewasa dari kami semua.
harap2 dengan teguran ini,
kamu dapat berfikir semula.
tentang positif dan negatif dari segala tindakan kamu ini.
kalau kamu mahu kita berbicara,
kamu tahu email aku apa.
sentiasa ada tertera di ruangan sebelah ini.
tidak pernah berubah.
kalau kamu perlukan pertolongan,
insyaAllah selagi daya aku tolong.
aku tak nak manusia yang aku gelar 'rakan blog' terus hanyut begitu saja.
aku rasa aku bertanggungjawab untuk menegur kamu.
kerana kamu 'rakan blog' aku.
tapi, kalau kamu tak boleh terima,
apa boleh aku buat.
aku harap kamu terbuka hati.
aku doakan.