Followers

Friday, January 15, 2010

kasih papa



tugas2 en alang semakin bertambah sejak kehadiran khalish.
khalish plak kalau malam je, carik papa dia.
kalau aku dodoikan, kemain terbuntang mata dia.
nak papa jugak yang dodoikan.

pabila malam, en alang;
1. dodoikan
2. buatkan susu
3. tidur sebelah khalish
4. pujukkan khalish kalau dia merajuk (pandai merajuk ok dak tecit neh)
(tugas aku hanya tukar lampin je)

aku terfikir jugak, kalau en alang kena outstation, tak ke aku jugak yang susah.
mana nak cekau papa dia kalau dah orang tu takde nun jauh ke selatan malaysia?
(oh. dulu2 kan slalu je en alang outstation ke jb)

ni skang aku tengah nak didik khalish supaya tak melekat sangat ngan papa dia.
macam malam tadi, khalish merajuk, aku yang cuba pujuk.
makan masa la kalau tang aku yang kena pujuk.
ada la dalam 2 jam camtu baru dia nak berenti merengek dan tidor.
huhuhu~
kalau papa dia yang pujuk, setengah jam je dah sap sap soi.


hai anak...jangan melekat sangat ngan papa ye. cian papa kerja kuat2 untuk khalish. papa tu penat tau. khalish behave ok.

Thursday, January 14, 2010

agak kerisauan...

...apabila si khalish tunjukkan tanda2 nak demam pagi ni.

dia bangun pagi, macam biasa.
bukak je mata, senyum2 dulu.
then, geliat2.
mengagah mama dan papa yang sedang sebok terkejar sana sini nak bersiap.

masa bukak baju dia, ternampak satu luka berlelas kat pinggang.
aku saspek kulit khalish tak tahan dengan lampin jenama drypers.
so, aku gantikan je dengan huggies.
huggies lebih lembut berbanding drypers.
(ni kes konon2 tengok harga drypers lagi murah, pi rembat satu pek besar. skang sape nak pakai drypers banyak2 tuh?)

masa mandi, khalish cam biasa, happy2.
oh, dia ni memang suka sangat mandi2.
kalau lama2 dalam tab tu pon takpe.
aku la yang tak larat nak pegang dia.
dahla khalish agak excited kalau jumpa air.
abis air tu ditendang2.
huhuhu~

lepas mandi, lap2. sapu baby oil, urut2 sket.
pakai bedak, pakai minyak yu yee,
pakai lampin dan baju serta stokin.
bagi minum susu dan main2 ngan tok ibu.

aku cepat pi breakfast. makan roti telur dan kopi o je.
capai kunci kereta, terus berdesup ke rumah kak mis.

sampai2 je, masa aku nak serahkan khalish pada kak mis,
kak mis tegur. anak kamu ni badan panas neh.
aku dah panik.
kak, kalau apa2 call saya ye. risau saya ni.
jangan risau. nanti akak call ok. dah2 pi keje tu.

ish. sepanjang pagi sebelum masuk kereta, khalish ok je.
tapi aku rasa something.
khalish muka masam je bila masuk kereta.
aku agah2 pon dia tetap masam.
haihh anak. kamu buat mama tak sedap hati tau!

takpe2. kul 10 kang call kak mis.
nak tau apa cer budak sorang tu.
ni cakap2 pasal dia, terindu sudey...
=(

jangan buat mama risau ye. tu papa pon dah risau.

Wednesday, January 13, 2010

mari merepek sambil makan kerepek

aku bet 90% dari korang tengok AJL baru2 ni.
sebab semua lagu2 adalah best. (kecuali lagu hafiz. hahaha!)

paling tak sangka yuna boleh dapat no.2.
bagusla. tu namanya rezeki datang bergolek.
lagu yuna tu faveret en alang.
melompat menjerit en alang bila yuna menang.
aku cuma tengok sambil kunyah keropok udang jenama econsave.
(sedap ko...tak sangka keropok jenama ni sedap melampau. hahahaha!)
sebab tak sokong mana2 penyanyi atau lagu.
cuma suka tengok dan dengar je.

tentang gandingan 3 pengacara berpengalaman,
aku rasa memang makin mantap.
skrip yang sinis, kelakar dan menghiburkan.
paling tak sangka, skrip tu ditulis sendiri si elly.
sebab masa AJL dah elly yang banyak 'terkena' kan.
siapa lagi yang tahu pasal diri sendiri melainkan diri sendiri jugak.
bravo elly! keep it up!
(err..betul ke dia pernah melamar si fasha sandha dulu2 kala ek?)
macam tak sesuaiiii jek.
i mean, elly deserve better women than her la.

korang faham kan apa yang aku maksudkan ni?
tak faham takpe.
kite citer benda lain plak.

oh. sabtu haritu berjaya pindahkan barang2 dengan hanya 1 lori je.
terer gak la en alang dan kawan2 susun barang atas lori.
korang bayangkan je la,
1 set meja makan 6 orang,
1 set ruang tamu (1 kerusi panjang, 3 kerusi single dan 1 side table dan 1 coffee table)
1 set bilik tidor (almari baju, set meja mekap, katil queen size)
2 peti sejuk
1 mesin basuh
1 almari buku
2 almari dapur

baru kawen 2 tahun barang dah banyak cenggini.
kalau dah 10 tahun, korang bayangkan je la.
huhuhuhu~

tu belum kire tv. tv en alang bawak balek ngan kereta.
risau terlebih hentak ngan lori, tetiba takde gambar plak.
hehehe~

en alang dan kawan2 yang tolong angkut semua barang2.
aku cuma susun2 je.
ibu dah pesan awal2. tak beri aku angkat barang.
dan aku masak sket untuk kawan2 en alang.
dah orang tolong, tak reti2 ke nak balas jasa?
aku cuma masak nasi, ayam masal lomak cili api, sayur kobis goreng, sambal goreng.
tu je.
tu pon dah kire dinner la sebab diorang angkut barang masa maghrib.
macam pencuri pon ada.
hahahahaha!

okla.
dah abis merepek.
kerepek pon dah abis.

aku rasa aku dah gain weight ni.
perlu ambil inisiatif untuk turunkan berat.
macam aku pernah baca kat suratkhabor,
jadilah sehat, bukan kurus!

=)

ok. hari ni dah sehat semula.

dan bersemangat untuk kerja!
ho yeahhhh!!!!!!!!

(gipang plak pepagi neh. hahaha!)
chop! korang tau ke gipang tu apa?
gipang=gile pangkat.

oh. aku tak rasa aku pregnant.
tapi orang sekeliling aku yang cucuk2 kata aku pregnant.
bukan aku tolak rezeki,
tapi kesian kat khalish.
tak sempat nak bermanja2.
dapat adik plak.

*itula, orang suruh amek pil, kamu takmo. jadik camni, mesti orang saspek kamu pregnant.*

korang breakfast apa pagi tadi?
aku makan mee goreng mamak ibu yang goreng.
huhuhu. korang paham ke?
en alang kata sedap sangat. sampai jeling2 kat aku sebab dia nak bawak bekal mee tu pi kerja.
hahaha!
aku sebagai isteri mithali harusla bekalkan dia kan.
kang dicop derhaka plak.

:)

en alang mimpi aku ada jantan lain.
itupon sebab khalish bagitau kat dia.
"khalish ingatkan papa yang jalan ngan mama tadi. rupanya uncle lain."

hahahaha!
khalish yang bagitau dia ok.
en alang tanya,"ayang dah ada jantan lain ye?"
lepas tu en alang tampor aku.
aku plak selambe je masuk toilet.
kuar je toilet aku cakap,
"haah, ayang ada jantan lain. lepaskan ayang."

boleh?

selisih malaikat 44.
jauhkan la segala musibah yang tak dikehendaki ni.

en alang citer masa kitorang tengah breakfast.
hampir tersembur kopi o yang aku minum.
mimpi memang ngarut2.

aku saspek en alang mimpi camtu sebab dah 3 malam tak dapat bermanja ngan aku.
ye la kan, aku demam.
mana la nak bermanja.
tidor pon aku rapat2 badan kat dinding.
sebab aku tak nak dia jangkit plak.
hehehe~

tapi malam tadi dah tidor manja2.
ngehngehngeh.

okla korang.
macam nak jadik entri 18sx plak dah.
baik aku stop.
have a nice day!

Tuesday, January 12, 2010

kurekure kedemaman.

tak sehat.
selsema dan sikit batuk.
tapi paling tak larat, saket tangkap kepala.
saket nyut, nyut, nyut.

haih~

dah 4 hari ni.
makin tak larat rasanya.
makan ubat doc, rasa sehat sejam dua, pastu saket pale lagik.

*jangan aku termengandung sudah. huhuhu~*

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...