Followers

Thursday, January 14, 2010

agak kerisauan...

...apabila si khalish tunjukkan tanda2 nak demam pagi ni.

dia bangun pagi, macam biasa.
bukak je mata, senyum2 dulu.
then, geliat2.
mengagah mama dan papa yang sedang sebok terkejar sana sini nak bersiap.

masa bukak baju dia, ternampak satu luka berlelas kat pinggang.
aku saspek kulit khalish tak tahan dengan lampin jenama drypers.
so, aku gantikan je dengan huggies.
huggies lebih lembut berbanding drypers.
(ni kes konon2 tengok harga drypers lagi murah, pi rembat satu pek besar. skang sape nak pakai drypers banyak2 tuh?)

masa mandi, khalish cam biasa, happy2.
oh, dia ni memang suka sangat mandi2.
kalau lama2 dalam tab tu pon takpe.
aku la yang tak larat nak pegang dia.
dahla khalish agak excited kalau jumpa air.
abis air tu ditendang2.
huhuhu~

lepas mandi, lap2. sapu baby oil, urut2 sket.
pakai bedak, pakai minyak yu yee,
pakai lampin dan baju serta stokin.
bagi minum susu dan main2 ngan tok ibu.

aku cepat pi breakfast. makan roti telur dan kopi o je.
capai kunci kereta, terus berdesup ke rumah kak mis.

sampai2 je, masa aku nak serahkan khalish pada kak mis,
kak mis tegur. anak kamu ni badan panas neh.
aku dah panik.
kak, kalau apa2 call saya ye. risau saya ni.
jangan risau. nanti akak call ok. dah2 pi keje tu.

ish. sepanjang pagi sebelum masuk kereta, khalish ok je.
tapi aku rasa something.
khalish muka masam je bila masuk kereta.
aku agah2 pon dia tetap masam.
haihh anak. kamu buat mama tak sedap hati tau!

takpe2. kul 10 kang call kak mis.
nak tau apa cer budak sorang tu.
ni cakap2 pasal dia, terindu sudey...
=(

jangan buat mama risau ye. tu papa pon dah risau.

7 comments:

  1. halai sian khalish..
    set in mind yang..budak nak besar gitu lah.. demam beralih bulan kot..

    take care tau.. insyaAllah Khalish x de apa2..

    amin.




    ATS SHOPPE - Macam-macam ada!!!

    ReplyDelete
  2. ni demam beralih bulan kot, demam nak besar :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah takde apa tuh, beralih bulan kot ataupon nak dapat skill baru. anak saya pon bila nak alih bulan or dapat benda baru badan mesti panas². tapi kita sebagai mak sememangnya akan risau kan? don't worry..owh, dah lama baca blog awak cuma tak comment² :)

    ReplyDelete
  4. sy jarang mandikan safiya mase die awal2 setahun dulu..i mean,mmg bwk die gi nurseri mase tu dgn blm mandi ape smue sbb air pagi sejuk sgt,kesian kt sfya.kalo da pukul 9 lebih-10 tu nak mandikan bby xpe kot sbb da panas sket...so mmg nurseri akan mandikan sfya mase tuh.mase sy amik blk pon safiya da siap2 mandi ptg ..around kol 5 gitu...

    hikss..

    khalish dedar2 tu mungkin sbb nak beralih bulan kot.but anw,take precaution action k.standby temperature check.

    ReplyDelete
  5. risau gak!

    eh anak pertama. biasa laa risau. nak timba pengalaman time neh laa.

    harap betul laa panas sbb nak beralih bulan je. huhu.

    ehh bila aku nak buat anak sendiri neh daa...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...