Followers

Friday, July 16, 2010

aku nak tengok filem Mantra sebab nak tengok Zul Handy Black berbogel.

hahaha!
apakah kegilaan yang berlaku ni?

pelik2 la. orang skarang ni dah takde malu.
biarpon ikut tuntutan skrip, tapi perlu ke sampai berbogel bagai?
omputeh sendiri pon kadang2 pandai cover bahagian sulit diorang.
yang ko ni nak tayang2 pulak.

takpela. kubur masing2 kan?
hmmm...~

fikir dan renung2kan. selamat solat jumaat!

dah seminggu. masih tak baik2 jugak.

khalish batuk2. dan kahak yang tak lepas2.
last week pi klinik minta doktor sedutkan kahak tu, tapi doktor kata kalau besar2 khalish biasanya diorang just bagi ubat cair kahak je.

haihhh...susah hati looo...~
kesian kat dia bila batuk2 tu.
sebab tau dia tak selesa. nak kuarkan kahak dia mana reti lagi.
paling2 pon dia akan muntah susu untuk keluarkan kahak yang ada.

ubat cair kahak tu pon tinggal cinonet je. maybe kena pegi klinik tu semula la.

Thursday, July 15, 2010

kegilaan mak buyung yang tak sedar diri.

asik nak kunyah fast food je!
haihhh....~

kalau awak tu kaya raya takpela. makan apa pon tak kesah.
ini nak mengudap je. pulak tu, nak kudap benda2 yang bukan2.

contohnya, ini.

makan sebungkus pon tak cukup2 ok. ni pon baru abis melantak nasi kari bawal goreng masa lunch tadi, elok masuk ofis, perabihkan chachos ni sebungkus.

apa nak jadi ngan mak orang ni ha???
you tell me.

camne ntah leh terjebak. haha.

macam biasa, aku dok la blog hopping blog kawan2.
tetiba terjumpa la sorang dua yang try gajet ni. so aku pon ala2 teruja la jugak, try la benda alah ni.
tapi serius weii...tak ingat sape punya blog yang ajar buat benda ni.
apa pon, korang leh check it out kat http://www.makemebabies.com/


ini adalah hasil dari teknologi. hahaha.

ini hasil dari biologi. :P
serupa tak antara biologi dan teknologi?


bila aku try nak wat yang gegurl plak, diorang bagi rupa sebijik cam boboi tapi pakai kostum itik. apakah???

Wednesday, July 14, 2010

Hampa kerana terlalu berharap yang indah-indah.

semalam. layan sinetron yang ada dimas tuuuu di astro ria.
so masa iklan, ada pulak kuar iklan drama Isabella akn dikeluarkan di astro prima jam 9.30pm hari selasa.
wah. disebabkan terlalu excited, aku dah beria dari awal2 nak tengok drama ni no matter what.
ye la kan. pelakon2 handal. jalan cerita macam gempak. lokasi pengambaran pula bukan calang2.

semangat ye kawan2. semangat.

sekali, bila drama Isabella tu start, kira okla. dah nampak jalan citer dia sket2.
tapi sangat2 spoil adalah scene overseas tu. perlu ke nak dubbing suara sampai out terus dari pergerakan mulut?
betul2 potong stim ok!

yang betul2 buat aku masih melekat kat tv biarpon mulut dok membebel dan hati panas sebab dubbing suara yang ntahape2 adalah kerana demi pelakon2 dan jalan cerita sahaja.
entahla. mungkin itula yang terakhir kot aku tengok citer ni. sayang laaa....~
segala2 dah perfect. tapi tang dubbing suara tu betul2 aku tak berkenan.
haihhh.

maybe la dari awal2 lagi rosyam nor dah bagitau yang diorang sebenarnya curi2 buat rakaman sepanjang berada kat paris/london tu.
sebab kalau nak sewa tempat tu maybe la mahal ke apa ke kan.
tapi still...kalau hasil camni, baik buat pengambaran kat india je.

aku terlalu hampa. sebab expectation aku terlalu tinggi.

more info on drama Isabella ni leh klik kat link ni, link dari hmetro

Sepetang bersama mereka yang kusayang.

ahad aritu, dah boring sangat dok umah,
en alang laju je mengajak keluar petang tu.
so nak ke mana lagi kalau kat area sini kan...kami ke lumut just amek angin pantai.
hehe.

aik. papa tutup mata plak.

budak yang tak reti duduk diam. ada je benda nak tengok.


mama yang pucat sepucat2nya. apsal ntah skang ni tak suka pakai mekap langsung. lipstik pon takmo pakai.




bukan main seronok dapat main enjut2 ni. tapi just duduk je la. mata dia meliar tengok kakak2 dan abang2 happy main kejar2. cian anak aku tak dpaat join. huhu.


tengah mengetap gigi.


pose tunjuk gigi. bam2...bam2...


lepak duduk kejap. penat oo melayan kerenah anak sorang ni. ni baru sorang, lom pandai jalan pulak tu. cuba dia dapat kaki nanti. tak terlarat nak kejor pulak. 


susah nak stay still. pandang kiri kanan atas bawah.


dok pandang apa la kat pokok tu.


termenung pulak. haihhh...betul2 ikan temenung la kamu ni khalish.


papa yang tersengih je tengokkan pangai anak bujang kesayangan ni. 

pssttt...dah lama kan tak nampak baju ijau ni dipakai en alang. sebenarnya, aku sorok. hehe. tapi ntah camne, dia leh jumpa plak. aiseh....punah harapan. lepas ni korang akan nampak more of baju ni lagi dan lagi dan lagi. huhu.

Yeah! Ianya telah kembali!

haritu beria2 la aku tanya2 kat fb adakah toasted pocketful  kfc tu sedap ke tak.
dan ramai kata sedap. tak kurang jugak ada kata tak sedap.
hehe.

since aku teringin nak rasa, last week masa lunch terus ajak zaza pi kfc.
memang masa tu azam nak makan toasted pocketful tu la.
sekali bila elok je sampai kaunter, aku nampak orang sebelum aku order ayam hot & spicy.
aku jeling2 la ayam dia, takde black pepper ok!
wah...terus hilang kempunan nak makan toasted pocketful.
terus je terjah set snack plate hot & spicy satu!
hehe.


cheezy wedges adalah satu kewajiban yang ada setiap kali order foods kat kfc ye!

dia kembali lagi! welcome back hot & spicy. i miss youuuuu~


tiada coleslaw. sebab zaza tak makan sayur dan aku tak gemar coleslaw kfc. hanya whipped potato diorder. 


peneman lunch saya hari2 sekarang ni. zaza praktikal untuk semester ni. tempat praktikal dia pon dalam manjung jugak. sebab tu aku ada kawan lunch. hehe. seronok! (adakah korang percaya selama ni kawan lunch aku kebanyakan masa adalah tiada? sebab diorang kerja kat kapal. sedih ooo makan sorang2...)

elok je abis makan dan basuh tangan, ternampak pulak satu family yang memang dah lama tak jumpa.
nor, norman dan sweet tasnim. tasnim dah besar! geram je tengok dia terkedek2 berjalan.
tak sempat nak amek gambar nor & norman. tapi sempat bermanja2 dengan tasnim.
suapkan dia whipped potato sambil tasnim tunggu nor order makanan.


tasnim malu2 nak makan. ala, mula2 je. lepas tu dia mamam je. hehe.


sempat lagi jeling kamera phone auntie ye tasnim.


see? sweet sangat kan? geram je aku ngan dak tasnim ni. dahla aku memang nak sangat2 baby girl dari dulu kan. sebab tu aku kalau jumpa baby pompuan agak kegilaan ye. haha.

apa2 pon, its a nice lunch. dapat berjumpa mereka2 yang dah lama tak ketemu.
ayam hot & spicy dan nor's family.
;)

Tuesday, July 13, 2010

maybe takde post harini.

sebab takde modal nak citer.
:P

Monday, July 12, 2010

Interview with the Vampire.

haha. bukan citer pasal twilight ke apa ok.
ni citer pasal aku interview penguasa kastam aritu.
to be exact, jam sebelum 8am wajib terpacak di lokasi temuduga.

bayangkan, jam 5.30 pagi aku dan en alang bertolak ke ipoh.
patotnya, lepas solat subuh dah boleh gerak. tapi sebabkan haritu hari jumaat,
dah tentu2 kereta akan banyak dengan budak sekolah dan orang pergi kerja.
5.30 pagi tu memang olek bebenor la kami bergerak dari sitiawan.

preparation macam alat tulis, fail sijil2 original dan fotokopi memang dah ready dari petang.
cuma baju, tudung dan kasut, baru pagi nak pergi tu terhegeh2 nak siap matchingkan.
ye la kan, malam dan pagi lepas bangun tu aku study bagai nak rak isu2 semasa.
sampai hal2 kastam pon aku boleh terlupa. haha.

ok. berbalik pada cerita kami bertolak jam 5.30 pagi tu.
dah tentu2 awal pagi kan, so aku pagi2 sangat ni memang tak minum dan makan la.
bertolak kami dengan perut yang kosong. tapi tak rasa apa2 lagi.

sepanjang jalan kat pasir puteh, jalan jam ya amat.
aku boleh terlupa kat jalan tu ada sekolah2. so jam 6.40-7.00 pagi tu memang jalan hectic la kan.
tapi takpe. maintain lagi. ingatkan bila bertolak awal, leh la sampai tempat temuduga tu awal.
dan bolehla kami breakfast sama-sama kat restoran berhampiran.
hampeh ok!
elok je sampai kat office temuduga SPA tu, jam elok je pukul 7.20 pagi.
aku dalam hati, "sempat ni nak pi kedai makan kejap."
sampai2 je kat ofis temuduga, orang dah ramai2 tunggu kat bawah building.
oh. ofis temuduga tu tingkat 5.so diorang ni tunggu la pegawai SPA datang bukak ofis.
aku masa tu dah kelam kabut dah. tangan dah seram sejuk biarpon tak pi tengok tempat temuduga lagi.
hahaha. ok2 tau poyo.

en alang berulang kali tanya, "ayang ok ke ni tak breakfast? nanti ayang pengsan pulak."
haha. aku bukan jenis tak makan boleh pengsan2 ok.
biarpon masa tu tekak dahaga ya amat, perut pon dah start berkeroncong, tapi disebabkan ketar seram sejuk nak interview tu, aku gagahkan jua. chewah!

en alang naik tingkat 5 skali ngan aku. tapi bila nak masuk ofis SPA, aku tengok semua orang independent je lepak dalam tu tunggu giliran.
so aku cium tangan en alang, minta restu, minta didoakan yang baik2, terus aku masuk ofis.
sebelum kita duduk berjemaah, sila daftarkan diri ye puan2. bagitau kat pegawai pendaftaran tu jawatan yang dipohon dan nama korang.
dan korang akan diberi kertas checklist dokumen2 yang sepatotnya dibawa dan nombor giliran.

lepas tu, korang bolehla duduk dan semak semula dokumen2 yang wajib ada kat checklist tu dengan dokumen yang korang bawak. lepas dah susun2 semua dokumen, boleh la borak2 dengan orang sebelah menyebelah tanya2 korang dari mana, keje kat mana, dulu belajar apa dan sebagainya.

macam budak sebelah aku, budak ni dari taiping. tapi keje kat kl.
bayangkan, hari jumaat tu dia interview, sabtu tu dah nak menikah wei...hahaha.
aku tengok minah tu rileks je.
siap sebelum dia masuk bilik interview tu, boleh gurau2 ngan aku. agak kelakar la minah ni. muda 3 tahun dari aku.
terasa ahkak sangat tua ok dalam ofis SPA tu. semua muka ala2 muda umur lingkungan 24-25 camtu.
aku rasa, aku la calon yang paling tua dalam ofis SPA tu.

Ofis temuduga SPA ni ada 4 bilik temuduga. masa aku interview aritu, ada 3 jawatan lain lagi diinterview sama.
tak silap, lagi 3 bilik tu untuk jawatan juruteknik. tapi lain2 bidang la kan.
jawatan aku mintak tu kat bilik 2. hahaha. dahla kat depan mata je bilik tu.
memang la ala2 ketar je bila tengok orang masuk bilik, muka senyum2,
tapi bila keluar bilik, muka masam mencuka. buat aku cuak gila ok!

aku dapat giliran 2005. budak sebelah aku tu 2002.
so, kiranya lepas budak sebelah aku tu, tunggu 2 orang baru sampai giliran aku la kan.
korang bayangkan je la, semua yang kuar dari bilik interview muka masam je.
takde keceriaan langsung ok.
budak sebelah aku tu, lepas temuduga dia duduk balek sebelah aku.
aku tanya2 la apa yang penemuduga tu nak tanya. so budak tu citer, orang tu tanya apa yang awak tau tentang isu semasa?
so budak ni bukak citer pasal tax ke apa jadah ntah. so orang ni suruh la budak tu huraikan.
bila budak ni berbuih2 mulut huraikan apa yang patot, terus dia kena bambu ok dengan penemuduga tu.
siap ada ayat, awak ni, appearance ada. tapi tak guna otak.
boleh???

aku dah start mulut kumat kamit baca macam2 doa dah ni. hahaha.
gile pengecut jugak aku ni. so lepas je budak sebelah aku pegi, aku bukak balek nota apa2 yang patot dan cuba study last2 minit tu.
elok je nak sampai giliran aku, sikit punya lama kena tunggu diorang panggil nombor aku. ada la dalam 7 minit jugak.
bila nombor dah dipanggil, dengan langkah ala2 gadis ayu melayu terakhir aku menapak ke bilik. ketuk pintu, bukak pintu.
laju je aku terpa penemuduga tu beri dokumen2. aku berdiri sebelah kerusi. tunggu diorang suruh duduk, baru aku duduk. oh. penemuduga ada 2 orang.
kiranya, macam kita datang umah orang la. tunggu orang jemput dulu. gituuu...~

ni antara tips2 yang aku dapat dari internet dan dari orang2 sekeliling. tips ketika ditemuduga.
duduk kena tegak. jangan nak meleser2 kaki lintang pukang.
kaki perlu rapat, tangan diletakkan atas paha dengan sopan.
jika nak bercakap dan perlu goyang2 kan tangan, jangan over macam bercerita kat kedai mamak pulak.
tone suara perlu tegas dan yakin. jika tak pasti dengan soalan yang ditanya, boleh minta penemuduga menyoal sekali lagi atau minta penemuduga berikan makna yang terdekat.
jawab dengan sejujur mungkin. dan yang peling penting, SENYUM sentiasa.
tidak perlu buat muka berkerut2 bagaikan memikirkan masalah negara.
senyum selalu pasti buatkan penemuduga sejuk hati. jika tak dapat menjawab soalan yang diberikan, sebolehnya berikan jawapan yang hampir sama atau berkaitan dengan soalan tadi.

aku ikut jugakla tips2 yang aku ingat. seboleh mungkin aku jawab setiap soalan yang ditanyakan.
dan senyum biarpon penemuduga tu buat muka serius tak hengat. gile ko...dah 4 orang sebelum aku semua kena bambu ngan dia ni.
so kita beri senyuman semanis gula2 kapas kat dia. hehe.

tapi tu a. tang aku diorang tak tanya soalan sangat. i mean, kat budak2 lain diorang tanya isu semasa.
tang aku, diorang macam clueless nak tanya2 aku. maybe aku takde background finance kot.
yang aku tau, ada 2 orang sebelum aku tu berlatarbelakangkan finance.
penat aku study gelombang kemorosatan ekonomi la, 1malaysia la, bajet 2009, RMK10, pakej ransangan ekonomi. siap hafal berapa juta peruntukkan bagai semua. sekali tak ditanya langsung???

harusla aku pulak yang naik angin dalam bilik temuduga tu. hahaha.
takla. dalam hati ada senang jugak diorang tak tanya. tapi rasa macam bimbo je bila diorang just tanya2 background aku dan soalan basic pasal kastam.
bila diorang dah abis interview, aku rasa macam, e eh, kejapnya ko nak soal2 aku. tanya la lagi...tanya la lagi.. camtu.
boleh?
bayangkan, bila aku kuar je dari bilik, orang2 lepas aku tanya, nape cepat sangat?
ha.nak jawab apa tu? aku just jawab kat diorang, ala...diorang tanya biasa2 je.
hikhik...sebab dah memang itu yang diorang tanya.
average masa interview orang2 sebelum aku adalah 30-35minit seorang. tang aku cuma 20 minit je. tidakkah itu sesuatu????

haih...yela, aku ni dah tua. takde background finance. mesti diorang tak minat amek aku kan?
takpela. at least aku dah ada pengalaman interview ngan gomen.
hikhik...

so korang, itulah pengalaman aku berinterview dengan gomen. best sebab boleh jumpa macam2 orang masa interview tu. tak best bila terkena macam aku la..haihhh~

yeayyy! spain menang!!! weeee~

tak sia2 bangun tengok final WC pagi tadi. biarpon dah minit2 terakhir diorang score, tapi puas hati sampai tidor pon tersengih2.
;)

betul ke next WC kat brazil?
tak sabar wei...hahaha.
4 tahun lagi, budak2 pon dah besar dah masa tu. takde hal la kot kalau nak berangkut ke kedai mamak pulak lepas ni. hehe.

tahniah kat princess N sebab dah pregnant. bagus betul la cepat2 pregnant ni. jeles ai. sape kata hubungan pjj susah nak dapat baby? hehe.
jaga diri bebaik eh dik. takmo lasak2 sangat ok.

interview penguasa kastam tu, nanti2 aku citer eh.
buat aku yang first time interview gomen ni, agak jakun pon ye. huhu.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...