Followers

Monday, July 12, 2010

Interview with the Vampire.

haha. bukan citer pasal twilight ke apa ok.
ni citer pasal aku interview penguasa kastam aritu.
to be exact, jam sebelum 8am wajib terpacak di lokasi temuduga.

bayangkan, jam 5.30 pagi aku dan en alang bertolak ke ipoh.
patotnya, lepas solat subuh dah boleh gerak. tapi sebabkan haritu hari jumaat,
dah tentu2 kereta akan banyak dengan budak sekolah dan orang pergi kerja.
5.30 pagi tu memang olek bebenor la kami bergerak dari sitiawan.

preparation macam alat tulis, fail sijil2 original dan fotokopi memang dah ready dari petang.
cuma baju, tudung dan kasut, baru pagi nak pergi tu terhegeh2 nak siap matchingkan.
ye la kan, malam dan pagi lepas bangun tu aku study bagai nak rak isu2 semasa.
sampai hal2 kastam pon aku boleh terlupa. haha.

ok. berbalik pada cerita kami bertolak jam 5.30 pagi tu.
dah tentu2 awal pagi kan, so aku pagi2 sangat ni memang tak minum dan makan la.
bertolak kami dengan perut yang kosong. tapi tak rasa apa2 lagi.

sepanjang jalan kat pasir puteh, jalan jam ya amat.
aku boleh terlupa kat jalan tu ada sekolah2. so jam 6.40-7.00 pagi tu memang jalan hectic la kan.
tapi takpe. maintain lagi. ingatkan bila bertolak awal, leh la sampai tempat temuduga tu awal.
dan bolehla kami breakfast sama-sama kat restoran berhampiran.
hampeh ok!
elok je sampai kat office temuduga SPA tu, jam elok je pukul 7.20 pagi.
aku dalam hati, "sempat ni nak pi kedai makan kejap."
sampai2 je kat ofis temuduga, orang dah ramai2 tunggu kat bawah building.
oh. ofis temuduga tu tingkat 5.so diorang ni tunggu la pegawai SPA datang bukak ofis.
aku masa tu dah kelam kabut dah. tangan dah seram sejuk biarpon tak pi tengok tempat temuduga lagi.
hahaha. ok2 tau poyo.

en alang berulang kali tanya, "ayang ok ke ni tak breakfast? nanti ayang pengsan pulak."
haha. aku bukan jenis tak makan boleh pengsan2 ok.
biarpon masa tu tekak dahaga ya amat, perut pon dah start berkeroncong, tapi disebabkan ketar seram sejuk nak interview tu, aku gagahkan jua. chewah!

en alang naik tingkat 5 skali ngan aku. tapi bila nak masuk ofis SPA, aku tengok semua orang independent je lepak dalam tu tunggu giliran.
so aku cium tangan en alang, minta restu, minta didoakan yang baik2, terus aku masuk ofis.
sebelum kita duduk berjemaah, sila daftarkan diri ye puan2. bagitau kat pegawai pendaftaran tu jawatan yang dipohon dan nama korang.
dan korang akan diberi kertas checklist dokumen2 yang sepatotnya dibawa dan nombor giliran.

lepas tu, korang bolehla duduk dan semak semula dokumen2 yang wajib ada kat checklist tu dengan dokumen yang korang bawak. lepas dah susun2 semua dokumen, boleh la borak2 dengan orang sebelah menyebelah tanya2 korang dari mana, keje kat mana, dulu belajar apa dan sebagainya.

macam budak sebelah aku, budak ni dari taiping. tapi keje kat kl.
bayangkan, hari jumaat tu dia interview, sabtu tu dah nak menikah wei...hahaha.
aku tengok minah tu rileks je.
siap sebelum dia masuk bilik interview tu, boleh gurau2 ngan aku. agak kelakar la minah ni. muda 3 tahun dari aku.
terasa ahkak sangat tua ok dalam ofis SPA tu. semua muka ala2 muda umur lingkungan 24-25 camtu.
aku rasa, aku la calon yang paling tua dalam ofis SPA tu.

Ofis temuduga SPA ni ada 4 bilik temuduga. masa aku interview aritu, ada 3 jawatan lain lagi diinterview sama.
tak silap, lagi 3 bilik tu untuk jawatan juruteknik. tapi lain2 bidang la kan.
jawatan aku mintak tu kat bilik 2. hahaha. dahla kat depan mata je bilik tu.
memang la ala2 ketar je bila tengok orang masuk bilik, muka senyum2,
tapi bila keluar bilik, muka masam mencuka. buat aku cuak gila ok!

aku dapat giliran 2005. budak sebelah aku tu 2002.
so, kiranya lepas budak sebelah aku tu, tunggu 2 orang baru sampai giliran aku la kan.
korang bayangkan je la, semua yang kuar dari bilik interview muka masam je.
takde keceriaan langsung ok.
budak sebelah aku tu, lepas temuduga dia duduk balek sebelah aku.
aku tanya2 la apa yang penemuduga tu nak tanya. so budak tu citer, orang tu tanya apa yang awak tau tentang isu semasa?
so budak ni bukak citer pasal tax ke apa jadah ntah. so orang ni suruh la budak tu huraikan.
bila budak ni berbuih2 mulut huraikan apa yang patot, terus dia kena bambu ok dengan penemuduga tu.
siap ada ayat, awak ni, appearance ada. tapi tak guna otak.
boleh???

aku dah start mulut kumat kamit baca macam2 doa dah ni. hahaha.
gile pengecut jugak aku ni. so lepas je budak sebelah aku pegi, aku bukak balek nota apa2 yang patot dan cuba study last2 minit tu.
elok je nak sampai giliran aku, sikit punya lama kena tunggu diorang panggil nombor aku. ada la dalam 7 minit jugak.
bila nombor dah dipanggil, dengan langkah ala2 gadis ayu melayu terakhir aku menapak ke bilik. ketuk pintu, bukak pintu.
laju je aku terpa penemuduga tu beri dokumen2. aku berdiri sebelah kerusi. tunggu diorang suruh duduk, baru aku duduk. oh. penemuduga ada 2 orang.
kiranya, macam kita datang umah orang la. tunggu orang jemput dulu. gituuu...~

ni antara tips2 yang aku dapat dari internet dan dari orang2 sekeliling. tips ketika ditemuduga.
duduk kena tegak. jangan nak meleser2 kaki lintang pukang.
kaki perlu rapat, tangan diletakkan atas paha dengan sopan.
jika nak bercakap dan perlu goyang2 kan tangan, jangan over macam bercerita kat kedai mamak pulak.
tone suara perlu tegas dan yakin. jika tak pasti dengan soalan yang ditanya, boleh minta penemuduga menyoal sekali lagi atau minta penemuduga berikan makna yang terdekat.
jawab dengan sejujur mungkin. dan yang peling penting, SENYUM sentiasa.
tidak perlu buat muka berkerut2 bagaikan memikirkan masalah negara.
senyum selalu pasti buatkan penemuduga sejuk hati. jika tak dapat menjawab soalan yang diberikan, sebolehnya berikan jawapan yang hampir sama atau berkaitan dengan soalan tadi.

aku ikut jugakla tips2 yang aku ingat. seboleh mungkin aku jawab setiap soalan yang ditanyakan.
dan senyum biarpon penemuduga tu buat muka serius tak hengat. gile ko...dah 4 orang sebelum aku semua kena bambu ngan dia ni.
so kita beri senyuman semanis gula2 kapas kat dia. hehe.

tapi tu a. tang aku diorang tak tanya soalan sangat. i mean, kat budak2 lain diorang tanya isu semasa.
tang aku, diorang macam clueless nak tanya2 aku. maybe aku takde background finance kot.
yang aku tau, ada 2 orang sebelum aku tu berlatarbelakangkan finance.
penat aku study gelombang kemorosatan ekonomi la, 1malaysia la, bajet 2009, RMK10, pakej ransangan ekonomi. siap hafal berapa juta peruntukkan bagai semua. sekali tak ditanya langsung???

harusla aku pulak yang naik angin dalam bilik temuduga tu. hahaha.
takla. dalam hati ada senang jugak diorang tak tanya. tapi rasa macam bimbo je bila diorang just tanya2 background aku dan soalan basic pasal kastam.
bila diorang dah abis interview, aku rasa macam, e eh, kejapnya ko nak soal2 aku. tanya la lagi...tanya la lagi.. camtu.
boleh?
bayangkan, bila aku kuar je dari bilik, orang2 lepas aku tanya, nape cepat sangat?
ha.nak jawab apa tu? aku just jawab kat diorang, ala...diorang tanya biasa2 je.
hikhik...sebab dah memang itu yang diorang tanya.
average masa interview orang2 sebelum aku adalah 30-35minit seorang. tang aku cuma 20 minit je. tidakkah itu sesuatu????

haih...yela, aku ni dah tua. takde background finance. mesti diorang tak minat amek aku kan?
takpela. at least aku dah ada pengalaman interview ngan gomen.
hikhik...

so korang, itulah pengalaman aku berinterview dengan gomen. best sebab boleh jumpa macam2 orang masa interview tu. tak best bila terkena macam aku la..haihhh~

8 comments:

  1. hmm..org yg interview intan tu lagi tua ke atau lagi muda dari intan?

    ReplyDelete
  2. PUTERI,
    MANA TAU YG SEKEJAP TU DAPAT? KITA TAK TAU..HUHU..

    LAMA DAH RASANYA TAK PEGI INTERVIEW..MAU TERKETAR NAK PEGI LAGI.LAST PEGI INTERVIEW PON 6 KE 7TAHUN SUDAH.

    ReplyDelete
  3. ade rezeki insyallah dear...
    mane tau rezeki tuk adik khalish..heee

    ReplyDelete
  4. haih..
    bila ampa cakap pasal intebiu ni, tingat pasal kami tebiu nk dapat qeja ni..hehe..
    insyaAllah, mana tau rezeki baby dalam pewut tu..:)

    ReplyDelete
  5. intan, mana tahu rezeki kan..xtahu lagi.huhu

    ReplyDelete
  6. huuu xsbr nk tggu result dia..
    hehe
    insyaAllah ade rezeki 4branak ni nanti..
    *4branak?* :p

    ReplyDelete
  7. kak intan, mana tahu kot-kot diorg amik kak intan. jangan pikir negatif sangat. insya-Allah ada tuh rezeki. ;)

    ReplyDelete
  8. semoga mendapat jawapan yang gembira...!!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...