1
bersedekah kepada pakcik, makcik, kanak2, orang dewasa yang kurang upaya.
cacat penglihatan, cacat pendengaran, kudung kaki tangan, kadang kala ada yang sempurna sifatnya.
ada yang bermain muzik, ada yang berlagu zikir, ada yang berdiam sahaja.
terdapat di depan pasaraya, tepi2 jalan, pasar malam, restoran & gerai makan, di tengah2 jalan jem.
meminta sedekah, menagih simpati.
bagi aku la kan.
orang2 macam ni memang la mereka tiada upaya.
nak bekerja mungkin perlukan tenaga mereka yang tak terjangkau kudratnya.
tapi aku selalu berpegang. sentiasa ada rezeki kalau kite usaha.
tapi meminta2 bukan jalannya.
Allah butakan mata tetapi masih ada kaki dan tangan untuk bekerja.
Allah kudungkan kaki atau tangan masih ada lagi penglihatan dan deria lainnya.
aku tau orang2 yang punya kekurangan ni boleh bekerja.
kerana pakcik aku sendiri buta.
yup. Paksu aku. suami kepada Maksu aku. Maksu=adik ayah.
alhamdulillah. Paksu biarpon buta,
tapi tak pernah dia meminta2.
malahan banyak memberi.
Paksu seorang yang sangat cekal hati. bekerja selagi daya.
dari dulu hingga sekarang Paksu bekerja di Jabatan Pertanian.
mungkin Paksu bernasib baik kerana bekerja dengan kerajaan.
tapi percayalah. jika Paksu tidak bekerja dengan kerajaan sekalipun,
aku percaya Paksu juga akan berjaya dalam bidang lain. kerana apa?
kerana banyak peralatan dalam rumah Paksu yang baiki sendiri.
Paksu pandai menganyam bakul, Paksu pandai buat penyangkut baju, Paksu pandai bertukang.
lihat! menjadi seorang yang cacat penglihatan tidak bermaksud tidak boleh melakukan apa jua pekerjaan.
bagi Paksu, menjadi buta hanya satu ujian dari-Nya. untuk Paksu lebih berjaya dalam hidup.
Nah! sekarang Paksu punya rumah, kereta yang dibeli hasil titik peluh sendiri.
anak2 berjaya dalam bidang masing2. untuk menambah kekaguman kamu semua, Paksu ingat setiap nombor telefon rakan2 dan saudara maranya. bahkan alamat rumah skali.
cuma satu deria Allah tarik dari Paksu, berbagai lagi nikmat lain Allah beri pada Paksu.
Subhanallah!
tapi, aku akan hanya beri sedekah pada mereka yang benar2 berusaha.
bagi aku makcik pakcik kurang upaya yang main muzik dan berlagu zikir tu buat usaha juga.
2
salam kaut.
ala....kalau korang pegi kenduri kawen ke, kenduri doa selamat ke, cukur jambul ke...mesti ada salam kaut ni. 'salam berisi' kata orang.
ini sebagai tanda terima kasih tetamu kepada tuan rumah yang menjemput dan sedekah untuk mereka yang diraikan.
bagi pengamatan aku, slalu ibu dan ayah kalau beri pada tuan umah takkan kurang dari rm20.
tak kesah la kan. ikut kemampuan. macam aku juga, paling kurang pernah beri rm3.
yup! rm3. dan aku menyesal sampai skarang.
kenapa la aku beri rm3 je...makanan yang aku makan tu pon dah harga rm5-6.
tak balek modal. kesian tuan rumah.
aku tak tau la kat tempat lain. tapi masa aku kawen dulu, alhamdulillah hasil salam kaut tu, suku darinya ayah beri pada kami untuk tanggung honeymoon kami. (so, dah jimat kat situ. hehehe)
tapi, bila kat kenduri umah en alang, sedih sangat.
banyak sampul kosong dari berisi. sampai hati orang2 kat situ beri sampul kosong sahaja. kalau ye pon tak mampu nak beri, tak payahla beri harapan dengan beri sampul kosong pulak.
dahla masa tu, mak mertua aku tengah happy2. tak sampai hati nak bagitau kat mak dia dapat banyak sampul kosong.
last2 aku ngan en alang pakat nak tipu sunat je kat mak. serius aku tak faham dengan perangai orang kampung en alang ni.
so korang semua, jangan la tiru pangai orang kampung en alang ni ye.
dan tolong la beri rm5 ke atas. makanan yang korang makan tu mahal tau.
ye la. rate skarang ni satu kepala paling kurang rm8. itu paling kurang ye.
bukanlah nak korang pi tanya tuan rumah brapa rate korang makan tu.
tapi beri la seikhlas yang boleh. semampu boleh.
ala...anggap je macam korang makan kat kedai. kalau makan kat kfc makan 2 orang dah kena bayar rm20 kan.
haaa...korang beri je banyak tu kat tuan rumah. takde apa yang rugi.
korang dapat makan, dapat pahala lagi!
kan ke bagus tu. :)
3
membeli barangan dari mereka yang kurang upaya.
oh! korang pernah tak dulu2 beli poskad dan lukisan dari orang kurang upaya cacat anggota?
ala, yang lukis2 pakai kaki tu....aku kagum gile ok!
dan slalu paksa2 ayah beli poskad dari diorang. (ye la. masa tu skolah lagi. mana ada simpanan)
bagi aku kalau kes camni, korang beli la sebanyak mana yang mampu.
korang dapat hasil seni, dapat pahala jugak. gituuu~
tapi...kalau ada budak2 dari skolah agama sekian2 yang jual2 kalendar, buku nota, buku2 agama,
aku kuatkan hati taknak beli dari diorang.
ada ke patot cikgu2 ni gunakan budak2 jual barang2 camtu kat tepi2 jalan?
menyalahi undang2 buruh tau! budak2 tu kan ke bawah umur lagi.
pulaknya kalau ye pon nak diajar cara berdikari...tolongla! bukan dengan cara ini.
pernah ada sorang budak dari sekolah agama mana ntah nak jual kalendar kat aku masa aku tengah isi minyak.
paksa2 ok. pulaknya main tahan2 aku nak jalan.
skali kena tengking ngan aku. aku mintak no telefon sekolah, pandai pulak budak tu lari.
aku rasa budak2 ni tak salah. tapi cikgu2 yang salah dedahkan mereka dengan benda2 camni pada usia yang muda. memaksa2 orang untuk beli produk mereka.
aku nak buat apa dengan kalendar berbelas2 kat umah tu? ni lagi nak tambah kalendar pulak. haihhhhhh~
4
zakat.
oh. ini wajib!
korang jangan nak ngelat2 nak elak bayar zakat ye.
sila tunaikan tanggungjawab anda.
:)