Followers

Thursday, December 31, 2009

coti!

cuti hari ini.
hari ini cuti.

keh.keh.keh.

sebab utama nak jaga budak kecik tu.
dia dah nak kena tinggal ngan mak uda zaza dia.
takpe2.
mak uda balek every month.
:)

*sedih gak bila tgk diorang rapat. dah macam anak ngan mak dah. khalish lak suka manja2 ngan zaza. tido petang mesti nak tidor berdakap ngan zaza. tak tau la lepas ni macam mana khalish ngan mak bela dia pulak. isnin ni baru start hantar ke sana.

Wednesday, December 30, 2009

mana satu ye?

ok, aku rasa aku pernah blog pasal nak beli bb la apa la...
tapi bila fikir2 balek, cam perlu ke bb tu?
mentang2 la ada orang offer rm seribu untuk beli phone,
terus terpikir nak beli bb kan.

then lepas tu aku berfikir2.
baca2. tengok2. hp lain.
baru2 ni blogger intan izani beli E72.
ayah aku pakai E71.
so, memang best la kan E series ni.
memang tak dinafikan.

tapi tu la.
bila tengok kat kedai2,
adik2 aku dok cucuk soh beli aino atau satio.
ok, satio memang mahal melampau.
aino tu kire ok lagik.
dan dah tunjuk kat en alang phone aino tu,
dia pon cam berkenan.
oh. nak tanya, yari tu ok jugak ke?

so, nak tanya korang.
mana lagi best?
yari, aino atau E series?
atau bb jugak? kalau bb, series apa yang best?

tolong beri tunjuk ajar ye.
aku ni buta sket tang spesifikasi neh.
ngehngehngeh~

(tak sabar nak tunggu bonus en alang. phone ni pon atas belas ihsan dia gak. phone aku skang ni dah banyak buat pangai. kejap2 mati sendirik, kejap2 tak boleh on, kejap2 skrin blank. huhuhu~ oh. dan bonus en alang ni jugak aku harapkan nak bayar utang korset. hahahaha!)

Tuesday, December 29, 2009

gelagat khalish di kampung...

tido bukan main lena lagi. ye la, umah opah ni atas bukit. sejuk sesaje.


kalau main ngan opah, seronok bukan main. berborak macam faham orang cakap apa.



tengok je la gelagat khalish berjumpa dengan sepupunya, dania arisya. biarpon khalish muda seminggu dari dania, tapi khalish lebih besar dari dania. maybe sebab khalish lelaki kot. masa dia jumpa dania, kemain happy. berborak tak ingat dunia. dok babbling kuat2. si dania plak tak terkata apa. terkejut agaknya tengok pangai si khalish yang excited sangat2. hehehe~


oh. ni bila nampak je kelibat atoknya, kemain happy siap angkat2 kepala mengharapkan ihsan atok supaya angkat dia. dan khalish berjaya pujuk atok. atoknya akan dukung khalish sampai berjam2 lamanya. hai anak...pandai betul kamu pujuk atok ye.

Monday, December 28, 2009

berdosa ke?

hohoho..
bukan sekali,
tapi banyak kali jugak la.

bila aku puji anjing tepi jalan, atau dalam pet shop "comel" atau "cantek",
mesti kena tegur "tegah" dengan orang2 yang aku kenal atau tak.

sebabnya?
anjing itu ANJING.
anjing itu najis.
anjing itu kena samak kalau dipegang.

betul ke berdosa kalau puji?


oh, aku ada wat topik ni kat fb jugak.

berjumpa dengan blackcat, shasha.

semuanya secara tiba2.
kebetulan kami sekeluarga (me, en alang dan khalish) nak balek kampung en alang, gelung pepuyu sebab ada urusan keluarga.
si shasha plak ada kenduri kawen kat gelung pepuyu jugak.
terus ajak berjumpa. dan makan2.
=)
(si shasha yang blanja. aku tunjuk tempat je.)

ingat ah choon restoran?
(yang slalu aku makan masa pregnant dulu)
kat situ la kami makan.
(padahal sebelum tu aku dah melantak cheezy macaroni kfc). huhuhuhu~


dah makan separuh jalan, baru teringat nak bergambar. huhuhu~

antara lauk2 yang diorder; butter prawn, sotong tepung, ikan stim dan kailan ikan masin. best wohhh!!! (nak2 ada org blanja kan? hahahaha!)

dah nak balek baru reti nak amek gambar berdua. huhuhuhu~


banyak bertukar cerita dengan shasha ni.
nak2 kami ni jenis ala2 banyak mulut jugak, seronok la bercerita.
asik makan, bercerita...bila stop makan je tetiba rasa senak perut.
seluar stok ketat gile ah.
hahahaha!

so korang, (kawan2 blog lain)
kalau nak makan seafood best kat manjung ni,
leh la ajak aku. aku tunjuk tempat.
takde hal punyeee....

btw sha, really nice to meet you!
leh la kitornag bertandang kat umah ko lak pasni ek?
hehehehe~

Thursday, December 24, 2009

bersama selamanya...



semoga cinta kita sampai syurga.
semoga cinta kita sampai bila-bila.

Wednesday, December 23, 2009

GH



satu ni je gambar yang ada ok.
huhuhu~

buat suamiku yang tercinta...

ayang sangat2 sayangkan abang.
SANGAT2.

terima kasih kerana cintakan ayang.
terima kasih kerana membimbing ayang.
terima kasih kerana memberi tangan kepada ayang ketika ayang perlu dipimpin.
terima kasih kerana sabar dengan kerenah ayang.
terima kasih kerana memeluk ayang ketika ayang bersedih hati.
terima kasih kerana berjanji tidak mencari yang lain.
terima kasih kerana menyayangi ayang tanpa batas.
terima kasih kerana menyelimutkan ayang setiap malam.
terima kasih kerana mengucup dahi ayang tanpa mengira waktu.
terima kasih kerana mengucapkan kata2 sayang dan cinta abang setiap hari.
terima kasih kerana berterima kasih pada ayang.
terima kasih kerana sentiasa di sisi ayang dalam susah dan senang.
terima kasih kerana sedia berkorban untuk ayang.
terima kasih kerana melakukan tugas seorang suami dan ayah yang sempurna.

ayang terlalu cintakan abang.
terlalu.
terlalu.

harap cinta kita sampai syurga.
harap cinta kita sampai bila-bila.

Tuesday, December 22, 2009

di teluk chempedak








peace!
:)

perkara itu...

sungguh tak terduga.

aku sangkakan ini hanya satu mimpi ngeri.
aku anggapkan ini hanya satu gurauan.

tapi tidak. ini adalah realiti.
biar pahit. biar payau. terpaksa aku/kami telan.

harap biar cepat2 berlalu.
harap ini hanyalah sementara.
harap ini adalah hanya satu singgahan yang gelap terpaksa aku/kami tempoh.

doakan yang baik2.
buat aku.
buat kami.
buat semua.

CH yang dingin

kat dalam kereta. baru sampai CH.


baru sampai kat pasar jual2 buah ngan sayur2 kat hotel equatorial tu. rembat cendawan goreng (wajib!) dan payung. hujan plak tiba2. huhuhu~

kitorang sangat2 happy dapat makan strawberry yang fresh...nyummy!!!


kat ladang strawberry apa nama ntah.


strawberry+krim+coklat. hohoho. sangat2 best! RM10 satu bekas camni.


memang heaven dapat makan bila anak asik tidoq je. plaknya, bapak eh yang bawak dia kehulu kehilir. mama relaks...




bergambar kat kebun orang. hahaha. macam dah takde tempat lain nak bergambar.


at last ada jugak gambar berdua. masa ni kat ladang teh bharat. oh, masa kat sini, ada mat saleh warga california, hollywood datang tegur khalish. sampai skang nyesal tak sudah tak amek gambar khalish ngan mamat tu, hensem gilee....en alang jeles. hahaha!

kitorang kat CH ni tidor satu malam je. pulaknya, semua apartment dan bilik hotel full booked. nak tak nak, kitornag stay je kat hostel. kire satu kepala rm10. bolehla...dari takde bilik langsung.

:)

Monday, December 21, 2009

khalish's blog




boleh la klik kat sini http://khalishdanifitry.blogspot.com/
kalau rasa2 nak tengok si kecik cinonet tu.

kan dah kata awal2 ni blog mama dia.
khalish takmo kaco blog mama ok.
so, mama dia teruskan blog lama dia je.

blog dia ni untuk kesenangan kami jugak.
simpan gambar2 dia kat situ je.
:)

aduh! penatnya....

saket badan.
kepala pusing.

nakkkk je amek cuti hari ni.
tapi mengenangkan cuti perlu dijimat-cermat,
untuk kesenangan kalau2 ada kecemasan,
terpaksa jugak heret kaki ke ofis.

weekend yang best. marvellous!

cukup aku katakan, perjalanan kami sangat2 enjoy.
biarpon melalui simpang siur yang tak terkira,
jalan bengkang bengkok yang berjuta.

mesti korang pelik kan?
kata ke CH je???

takkkk ok! ayah dan ibu telah buat keputusan drastik pada saat2 akhir.
SITIAWAN-CAMERON HIGHLAND-KUANTAN-GENTING HIGHLAND-SITIAWAN
dalam tempoh 3 hari 2 malam.
macam mana kami buat semua ni?
segalanya spontan. macam tak berfikir apa kesan pada fizikal dan mental kami nanti.

dan hari ni dah rasa saket2 badan.
pening2 kepala.

trip ni boleh dikatakan 100% disupport oleh ibu ayah.
terima kasih ibu dan ayah!
:)

oh. ini adalah entri ke-500 untuk blog princesstortoise2.
semoga ada 500 entri akan datang!
bravo!!!

Thursday, December 17, 2009

hmm..nape ek?

adakah semua orang sebok ber'fb'ing dah takmo berblogging?
sebab aku perasan bukan kat blog aku je,
tapi blog2 orang lain pon cam senyap sunyi tak meriah sangat.

aku perasan benda ni sejak aku habis pantang.
mentang2 semua orang ada hp canggih manggih, leh fb dan twit2 di mana2 saja,
dunia blog dah makin hambar gitu.

:(

rindu oo zaman blog dulu2.
2 tahun lepas, masa aku baru kenal blog.
masa tu, punyalah meriah.
dan ramai blogger2 yang lama2 pon dah senyap macam tu je.
:(

ok. pepagi dah ungkit2 pasal dulu2.
huhuhuhu~

Wednesday, December 16, 2009

sambutan birthday en alang

birthday en alang disambut sehari lebih awal. sabtu lepas. birthday en alang jatuh hari ahad.
sebabnya nak sambut ngan semua orang.
dan ajik kat ipoh. masih dalam minggu exam.
tak dapat nak balek stewan.
so, kami lah yang ke sana.
lagipon, birthday boy request kenny rogers.
apa lagi, kami ke jusco ipoh la...



kami bertiga. tak pernah la dapat gambar bertiga secara eksklusif. ni pulak, khalish tertutup dengan carrier dia.

oh. dak khalish ni suka sangat dalam carrier gantung camni. kalau dok dalam stroller, tak sampai 2 minit dah nanges2 rengek2 mengada nak orang dukung jugak. grrr...geram jek! sib baik stroller tu orang beri. huhuhu~


adik beradik yang sengal. huuuuu~


ibu dan ayah yang malu2 nak bergambar. klakor jek.


me with dearest son. tidor jek...


gambar foods ni je sempat ambil. bila ayam sampai, kamera letak tepi. makan, makan, makan!

takde kek pon birthday en alang kali ni.
ala...kek kalau kat umah ibu macam tak berapa laku sangat.
sebab macam dah boring.

sebenarnya tak bagitau en alang lagi pasal nak bawak dia jalan2 cuti2 malaysia.
tengokla camne nanti.
tak tau nak buat mukadimah camne.
sesiapa ada idea camne nak bukak mukadimah?
hehehe~

sedang mengosongkan camera




...dah sesak ngan gambar2 khalish dan cuti2 balek kampung raya haji aritu.

sepanjang bulan ni aku akan sebok dengan kerja.
sebab nak kejor dateline. internal audit nak wat before february.
so, dari skang dah kena siap2kan semua kerja2 remeh2.
pi setiap department, tengok2kan apa yang diorang dah buat.
apa yang tak kena...apa yang kena.
camtula.

seperti yang korang tau,
kami sekeluarga, i mean aku, en alang, khalish, ibu, ayah, zaza, iqa ngan ajik akan ke CH ujung minggu ni.
tapi tak tau lagi dapat tdor sana lagi atau tak.
sebabnya, dah janji ngan family ucu.
ucu nak tanya2kan ada lagi tak apartment kat atas nun.
kalau takde, jawabnya balek hari je la.
sib baik stewan ngan simpang pulai ni dekat je.
:)

ada banyak tag yang aku utang ni.
matikla tak buat2 lagi.
eh, skang ni ada lagi ke musim tag2?
rasanya macam dah expired je.
hehehe~

(ayat ngelat malas buat tag.heh!)

tengah kosongkan kamera, ternampak gambar ni. ada ciri2 bapa mithali tak?


ayah balek dari australia 2 minggu lepas dan belikan kami ini. baju itam dan purse en alang punya, aku dapat purse dan tshirt pink karer, and khalish got this striking pink shirt....yang tertulis,



comel tak? siap glow in the dark okeh!!! hahahahaha! tok ayah sangat comel belikan kat cucu baju camni.

Tuesday, December 15, 2009

u guys...~

aku ada kat office harini.
oh, korang suka tau wat spekulasi...aku pi honeymoon la...apa la...

plan ke cameron maybe jumaat ni.
plan bercuti bertiga tu bawak ke tahun depan.
tahun ni byk benda nk wat.
ni brg2 dari umah sewa pon tak angkat2 pon lg.

internet office mcm hape jek.
geram gile ok!

ni kat umah. balek lunch.
sambil menaip, sambil kendong carl.
:)

boleh ke pendekkan nama khalish jadikkan carl je?
ngehngeh~

Monday, December 14, 2009

i'm not in the office right now

sebab aku cuti.
weeehoooooooooooooooo!!!!!!!!!!

hekhekhek.
:)

Friday, December 11, 2009

pepagi lagi dah mengah!

akibat turun naik tangga.
turun 3x,
naik 3x.

tetiba rasa kain baju kurung ni agak menyesakkan.
mungkin kerana termengah2.
atau aku dah semakin menggemuk?
pepagi dah breakfast nasi goreng kampung ngan telur mata kerbau. nyam2!

ok, think positive.
ni baju adik (iqa)
tang pinggang memang kecik sket dari baju aku.
hahahaha. ayat penyedap hati.

selangor cuti ek hari ni.
bestnye korang!!!
jeles ai.

ni sat gi khalish ibu tinggalkan kat ofis.
sebab ibu dan adik2 kena antar kereta basuh kat kedai.
ayah nak balek harini.
takkan nak bawak baby ke car wash pulak kan?
panas melahang weiii...cian anak aku.

wah! first time bawak anak ke ofis.
harap2 by that time bos aku kuar.
segan la wei.

Thursday, December 10, 2009

latest look

hai auntie2 dan uncle2...saya dah berumur 2 bulan setengah!

anak aku ni kadang2 nampak cerah, kadang2 nampak gelap.

sebenarnya dia ni kulit makan cuaca.
kalau hari gelap, dia nampak gelap.
kalau hari cerah, dia nampak cerah.

nak tau dia ni ikut kulit sape?
kitorang laki bini kulit camni sebenarnya.

nasib kamu lah anak.
terpaksa terima kulit makan cuaca ni ye.
huhuhuhu~

am thinking...

apa patot diberi kepada seorang suami....
pada hari lahirnya yang tinggal 3 hari je lagi.

serius, aku leh terlupa birthday dia on this sunday.
semalam bila tengok kalendar,
adik lia kawen ahad ni...terus terpaku jap bila tgk tarikhnya.

gile ah! nak kata aku sebok kerja, tak jugak.
nak kata sebok kerja2 kat umah, pon tak jugak.

maybe disebabkan kehadiran org ketiga, buatkan fikiran aku hanya pada dia je.
fikiran pada suami on, off sudeyyy....
sorry abang. ayang tak sengaja.
=(

zaza beri satu suggestion yang agak bagus.
vacation for us.
lagipon sejak khalish lahir, tak pernah bercuti bertiga lagi.

sedang jenguk2 web airasia.
en alang always want to go back to langkawi since honeymoon kitorang dulu.
kalau tengok tv atau iklan tunjuk langkawi, mula rengek2 kat aku.
buat muka comel minta simpati. hehehe~

itu akan difikirkan.
sebab kalau nak pergi bercuti dah tentu2 kena makan 3-4 hari cuti gak.
aku takde hal, annual leave masih berbaki 3 hari.
en alang la kesian.. tinggal separuh hari rasanya.

so, kena carry forward to next year la ek!
=)

terfikir jugak nak ke spore.
naik keretapi dari ipoh straight ke spore.
sepatotnya raya haji aritu kami balek spore,
tapi sebab ayah dah kena bergegas to kl on first raya,
terpaksa la tangguh balek spore.

so...maybe takde hadiah material la kot tahun ni.
just cuti2 malaysia je.
harap2 en alang suka.

zaza, jangan bagitau abg alang ok!
along cubit kang!!!

korang rasa sesuai ke hadiah camni rupa untuk suami tercinta?

jom berFLASH MOB!

pepagi ni,
elok kite kuarkan sedikit peluh.

actually,
i found this routine while watched oprah's 24 season celebration last month.
pernah jugak tengok flash mob kat several country (tru youtubelah!),
tapi tak pernah dibuat besar2an macam ni.

rasanya ini flash mob paling besar pernah dilakukan.
memang sangat teruja.
ditambah lagi dengan persembahan black eyed peas,
memang syiokkk oooo...

korang tengok la video kat bawah ni.
pada yang pernah tengok celebration ni atau yang tengok oprah malam tadi,
sure korang pon teruja macam aku kan?
rasa nak join skalik je.
hehehe~

enjoy the video!
dan kalau rasa2 nak menari bersama,
pandang kiri kanan, pastikan line clear ok!
jangan terkantoi ngan boss korang plak.



ni url untuk video ni...

Wednesday, December 9, 2009

lepak2 oldtown manjung

area manjung ni macam2 dah ada.
dulu2 takat kfc stewan je yang ada.
tapi skang dah ada mcd, pizza hut dan oldtown white coffee.

:)


rose float. berkongsi 2 orang ngan zaza. zaza la yang macam teringin sangat.


en alang dengan white tea. siap bersila panggung lagi. kemain rilex je dia.
note:aku rasa nak sorok je baju ni. asik2 pakai baju ni je dia akhir2 ni. haihh~


kipas mini untuk si kecik. sib baik bawak. sebab baru je duduk, dia dah menggeliat2 rimas kepanasan. bila pasang je kipas ni, terus tido.



tuan kecik tidor. bagus anak mama ni.
:)



zaza menyedut hingga ke titisan akhir. sedap sangat la kot. hehehe. memang sedap pon...


mana gambar aku?
hahaha. ada satu. tapi sangat la buruk.
takpela, lain kali aku enterframe kat babak lain ye!
:)

nak potong rambut. ada cadangan gaya apa yang sesuai?

oh. maafkan entri sebelum ini.
bahasa sangat kasar.

susah aku nak describe pengalaman hampir melanggar kereta orang.
jantung ni rasa nak luruh.
peluh jantan dah mula menitik.
tangan dan kaki menggigil2.

gerammmm jek!

sib baik jugak semalam aku tak buat gile pergi ligan makcik tu.
haaiihh!

update on khalish progress;
khalish dah besar.
tidor semakin teratur.
malam tadi tak terjaga langsung.
hanya tersedar jam 6am apabila dia minta susu.

bagus anak mama. camnila baru careee....!
ngee~

see...mamanya sangat malas nak bangun tengah2 malam nak buatkan susu atau tukar lampin. hahaha! (padahal slalunya en alang yang bangun buatkan susu...huhuhu)

update on en alang;
baru baik demam.
makin slim...kerana...en alang kembali merokok.
fesyen botak memang dah jadi idaman.
kalau dia berambut sket je, dah mula bising2 rimas.
dah sama fesyen rambut ngan anak.

update on me!;
takut nak timbang berat.
makan ikut time. kalau lambat, perut berkeroncong lagu rap. (apakah?)
masih muat baju2 sebelum pregnant. (hehehe~)
amat risau jika berat badan kembali naik.
baru buat sit-up 8 kali atas katil dah tercungap2. apa kes?

hari ni nampaknya akan jadi hari yang amat bosan.
kalau bos sampai kul 11am tak masuk2 jugak,
ingat nak cabut ke kedai gunting rambut.
sejak pregnant dah menggila hati ni nak potong.
baru skarang dapat izin dari ibu dan en alang.
dah sampai pinggang weii...panjang gile!
dahla jenis rambut lebat dan gebang2 cam pontianak sudah. rimasss!!!

ingat nak potong boy cut je. senang!
apa kata korang?

Tuesday, December 8, 2009

ko kan makcik, memang nak kena sumpah!

ko tak sayang nyawa ke?
ko tak sayang kereta tu?

suka2 hati nak amek lane orang.
kalau ko tu tengah laju takpe,
ni sedap2 aku tengah laju,
ko leh tunjuk bontot kereta ko yang terhegeh2 pintas kat jalan aku.

nasib baik aku sempat brek.
nasib baik aku punya skil pemanduan yang agak hebat.
(tak caya, tanya en alang. hehehe)

kalau tak, dah lama dah aku sondol kereta ko tu.
ko tau tak aku punya suami dan anak yang masih kecil?
kalau ko tu takpela. anak2 dah besar.
suami pon dah tua.
mungkin ko dah tak sayang nyawa.
apatah lagi kereta yang mungkin tak seberapa untuk duit ko.

biar pon ko tu seorang makcik.
tapi bila melibatkan hal2 nyawa aku dan orang lain,
aku akan terus ber ko aku je.
tiada kompromiii!!!! (macam iklan mister potato la plak)

boleh pulak bila aku hon,
ko wat muka sardin je?
angkat tangan sebagai tanda minta maaf jauh skali la.
kalau ko angkat tangan tu, at least aku maafkan jugak.

ni tak, ngan muka tak semenggah,
memang ko nak kena sumpah!

heh. buat penat aku je marah2 ko ni.
silap aku tak amek no plat kereta ko.
boleh aku paparkan kat sini.
biar jiran, sedara atau keluarga ko kalau tertengok entri ni,
tahu betapa jahilnya ko di jalan raya.
dan betapa sardinnya ko membuatkan nyawa aku hampir2 melayang.

HUH!

terlaksanakah azam dan harapan 2009 anda?

meh sini aku copy paste azam dan harapan aku dari entri tahun lepas.

"azam 2009,

nak baby!
ok. tu je. tak mintak banyak. itu je.
:)

orang kata, kalau nak sesuatu tu, sebut banyak2 kali mesti jadi punya.
so, aku try.


nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby, nak baby.

kalau korang kire, ada 99 kali aku taip words yang sama.
orang kata, cakap tu doa.
so, dengan doa ni, leh la aku dapat baby ek?
hehehe~"


alhamdulillah...termakbul juga doa ni.
dan aku doakan kepada mereka2 yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak agar azam mempunyai anak sendiri terlaksana pada tahun hadapan.

yup. aku faham sangat perasaan orang yang belum punya rezeki menimang anak sendiri lagi.
aku sendiri hampir setahun menunggu.
mungkin bagi sesetengah orang; ala, baru setahun dah kecoh2 nak anak.

tapi adakah korang tahu betapa sayunya hati ini bila melihat zuriat orang lain?
betapa sakitnya hati bila orang asyik bertanyakan bila lagi giliran kami untuk punya anak?
betapa sedihnya hati bila merasakan diri mengecewakan suami apabila buat pregnancy test slalu negatif je?
betapa cemburunyanya mata bila membaca blog orang lain hebat berceritakan tentang anak masing2?

aku pernah rasa semua itu. dan aku faham sangat2 perasaan mereka yang melaluinya.

aku seboleh2 tak nak sebut pasal anak kepada mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan anak ketika berbual dengan mereka.
aku seboleh2 nak kurangkan buat entri pasal anak kerana nak jaga hati mereka yang sedang melalui pengalaman sakit hati, sayu hati dan sedih ini.
sebab aku pernah rasa. aku pernah lalui. aku pernah rasa terseksa.

sebab tu korang jangan tertanya2 plak kalau entri tentang khalish kurang kat blog ni.
aku pernah katakan dulu, blog ini adalah blog mamanya.
blog ini menceritakan kehidupan dan pengalaman aku bukannya dia (khalish).

:)

Monday, December 7, 2009

jangan risau...

aku tak berenti kerja punya lah!

cuma entri sebelum ni nak buat luahan rasa je.
rasanya semua ibu2 yang bekerja nak mengulit anak diorang sama cam aku gak.
kan? kan? kan?

hehehe. bak kata en alang,
kalau ayang berenti, kite makan pasir je la.

huhuhu~

perlu berhenti kerja?

untuk menjaga anak?

aku punya ramai kawan2 yang berhenti kerja demi menjaga anak dan mendidik dengan tangan sendiri.
dan sememamgnya aku teramat cemburukan mereka.
TERAMAT!

kerana sepanjang masa, dapat lihat buah hati pengarang jantung.
mandikan, menyusukan, beri makan, bergurau senda,
dan suatu perkara yang teramat penting,
dapat melihat perkembangan anak secara live!

kelmarin,
aku sangat terkejut melihatkan khalish beria2 nak balikkan badan.
tangan kiri tegak ke atas, dengan harapan bahu kirinya akan mengikut sekali.
untuk mengiring ke kanan dan seterusnya meniarap.
memang satu keajaiban!

naluri ibu mana yang tak tersentuh bila melihat kesungguhan anak kecil itu?
sangat beria2. dan adakalanya sehingga marah2 kegeraman kerana tangan sahaja yang lurus ke atas, tapi bahu tak mahu juga mengikut.
sesungguhnya keadaan itu membuatkan air mata aku bergenang2.
sangat berbangga. seperti anak itu telah perolehi segulung ijazah pula.

aku takut. takut tak dapat lihat kesungguhan khalish dan keazamannya selepas ini.
takut aku terlepas setiap langkah perkembangannya.

haihhh~

tapi apakan daya, aku tak boleh berhenti kerja untuk penuhkan impian untuk setiap masa mengulit anak.
bila difikir2kan semula, aku dikira beruntung.
kerana kerja hanya pada office hour. bukan mengikut shift yang tidak menentu.
kiranya, pada saat aku jejak kaki ke rumah pada waktu petang, khalish masih terjaga.
masih boleh berbual2 dan bergurau senda dengannya.

:)

p/s: hati masih meruntun untuk berhenti. tapi keadaan kewangan kami hanya cukup2 makan kalau en alang seorang yang bekerja. :(

Friday, December 4, 2009

selepas dia mandi

video

sangat happy okeh!
khalish memang suka sangat mandi.
kalau mandi, khalish senyap je.

pengorbanan setelah bergelar mama

ramai orang tanya,
senang ke jadi mama ni?

aku cuma boleh senyum.
sebab susah senang ni bila kite nak kongsi dengan orang, kadang2 orang tak faham.

buat masa ni, aku dan en alang dah rasa pengorbanan yang kami perlu lakukan.
seperti,

1. tidor bergilir2 jika khalish susah nak tidor.

2. kalau keluar jalan2, ada kepayahan sedikit. terutamanya pada baby early stage ni. kejadian minggu lepas, khalish mabuk darat. baru sampai tesco klang, khalish dah muntah berlambak2. kitorang ni baru je masuk tesco. jawabnya, orang lain dah terus meluru pi shopping, aku dan en alang kena tukar baju khalish. nasib baik tesco ada baby room.

3. skarang ni, takde maknanya kalau kuar jalan2 suka2 nak round2 macam zaman berdua. bila dah bertiga, kena fikir si kecik plak. cukup time nak minum ke? kena check lampin slalu, tukar baju dia kalau muak banyak. dan akan ke satu tempat kemudian terus pulang. sebab kesiankan anak tu.

4. kewangan. skang ni kewangan kami hampir 40% tertumpu pada si kecik ni. every month beli baju, beli mainan. memang penting. belum kire benda wajib, susu dan lampin. pendek kata, kalau ke kedai tu, barang2 si kecik ni yang dituju dulu. huhuhu~

5. buat masa skarang ni, aku senang sket sebab zaza da iqa ada kat umah full time. tapi bila diorang dah start skolah, aku susah. semua kena buat sendiri. mampukah aku? risau aku tetiba jadi tekanan pulak.

tapi setelah semua ni dilakukan, end of the day bila tgk muka si kecik ni,
terus jadi tenang semula.
rasa macam apa yang kite perlu lakukan berbaloi dengan kehadiran dia.

:)

lepas dia buat perangai kat mamanya,

mamanya pass dia pada papanya.
nampak sangat khalish attached sesangat ngan papa.

tengok je la.
kemain menyerongeng dia bila kat pangkuan papa.



wah! happy2 ni. siap ajak en alang borak2.


see? nampak gusi saje. kemain lebar sengih dia tu.



dah penat gelak2, baru la dia ni nak dok diam2. ghalit tgk laptop depan aku. hehehe~

Thursday, December 3, 2009

teringin...

...nak ke LIMA lagi.

dahlia cayang, ko tak rindu ke saat2 kite bersama? (tetiba rasa geli lak. hahahaha!)
bila la dapat berpergian ngan ko lagi ek.

2 tahun lepas pi ngan lia dan shah.
biarpon sekejap, tapi rasa puas sangat!


huwaaaa!!! nak pi LIMA!!!!

apa tu?



apa yang boleh didapati di dalam dashboard sebuah kereta?
.
.
.
peta?
lampu suluh?
gula2?
cekelat?
resit?
.
.
.
.
.
.

naaahhh...itu semua hanya sampingan je.
cuba tengok apa ada dalam dashboard kereta ayah aku ni.



telur. 8 biji kesemuanya. mana pergi lagi 2 biji? huhuhu~

ko ada?
(wat muka berlagak)

khalish first parcel!!!

tengok, tengok! khalish dapat parcel dari Rayyan (Ian). bestnyeee....



sungguh baik hati kamu ni Ian. dahla Ian ni anak yang baik. bila2 auntie senang, auntie singgah umah Ian bawak khalish ye!




inila yang khalish dapat dari Ian. memulanya aku nak beli baju kaler biru tu. tapi dah Ian kata nak belanja khalish, alhamdulillah. rezeki khalish nampaknya. terima kasih Ian dan Jiey!

Wednesday, December 2, 2009

terima kasih kerana memahami

tak sangka.
ramai yang berikan pendapat masing2.

dan semua memberi kata2 semangat dan positif.
terima kasih korang.
baik bebenor kome pada mike.
mike tak tau nak balas apa kat kome.
(sila baca cara dialek perak ye)

bab2 susu ibu ni memang kalah la aku.
aku memang respek toing3x pada yang masih menyusukan anak hingga anak berumur 2 tahun.
aku cuma dapat sebulan setengah je.
itu pon setengah bulan tu, on off. tak fully breastfeeding.
jangan kata ibu2 berbadan besar banyak susu, badan kecik takde susu.
itu semua mitos ye.
badan besor ke, tetek besor ke, kalau susu takmo kuar jugak, camne?

oh. dan ada ramai jugak tanya camne aku kurus.
buat pengetahuan korang, aku tak start amalkan jamu2 pon lagi.
entah bila nak start pon tak tau. malas pon ada.
skang ni cuma kalau ingat, aku sekat2 makan.
itu je. sebab ramai kata badan cepat naik lepas beranak.
takat korset plak, tak pakai lagi.
tunggu bulan depan la kot. (alamak! baru teringat duit korset tak bayor lagik)

dan banyakkan minum air suam. bukan air sejuk tau, AIR SUAM.
aku rasa memang benda penting untuk kurus adalah air.
sebab, bila kite kenyang air, automatically makan sikit.
(ye ke? kdg2 mcm tak jalan jugakk..hahahaha!)

oh. dan kerap kudap2.
kudap2 benda kecik2 je.
kacang2, biskut petak tu ke, cam aku, suka kudap biskut weetameal ngan biskut tiger.
cicah soya sejuk...nyammmm!!!!
hehehe~

itu je la amalan aku buat masa ni.
oh, dan aku nak buang baju2 yang besar2.
sebab aku tengok kat iklan the biggest loser,
kalau kite buang baju2 yang besar2,
akan memotivasikan kite untuk jaga badan.
ni yang nak cuba nih.

okla. entri ni takde penutup yang elok.
sekian.

mak korang slalu tegur korang camni tak?

haa...togok la. togok lagi.
kang aku jentik mulut tu.

ni ayat aku slalu kena bila togok air terus dari botol.

tapi, masa on way back dari antar pinangan,
terjumpa kedai ni.
cam comel je....

comel tak?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...