memang purposely aku dan en alang amek cuti semalam. reason 1, nak habiskan masa berdua. reason 2, nak uruskan hal2 peribadi. reason 3, nak tgk wayang. so, pepagi kita hantar anak2 ke babysitter dan taska. lepas tu..jeng jeng jeng....kami menuju ke teluk batik. lama wei tak pegi berdua camni. last time pegi berdua masa aku ngandungkan khalish. lama gile kan? dah 2 tahun beb. haha. biasa2 pegi ngan family.
buah hati pengarang jantung.
ehem. ada sesiapa percaya kami ada anak 2? ngehngeh.
biarpon tak bawak anak2, tetap mereka priority pertama dalam ingatan.
kami abadikan nama mereka pada pasir yang putih.
ni kalau budak ni ada, takde maknanya dapat tulis2 kat pasir. abis tulisan ni dia injak2 pulak. hehe.
lepas bercinta sakan kat tepian pantai, terus kami ke mcd menjamu selera.
tekun ooo makan. padahal sebelum gerak pagi tu dah pekena nasi lemak sambal udang. hehe.
sebabnya, rugi kalau tak guna kupon yang ada ni. terus la guna kan. tapi tarikh tutup sampai 31hb mac je. lusa last!
lepas makan mcd, kami ada urusan sikit dan selepas urusan, terus tgk wayang santak ke petang. seronoknya kalau hari2 camni. indah!