Followers

Friday, September 24, 2010

Abang nak ayang tembam macam dulu2 boleh tak?

tahun 2007. hari pertunangan. muka bam2 teramat okeh. haha.

tahun 2010. 2 hari sebelum birthday khalish.

tadi, masa lepas en alang balek dari solat jumaat, kami bermalas-malasan atas katil. aku baca majalah, dan en alang tenung gambar kawen yang tergantung depan katil.
abang rasa, masa sayang tembam2 dulu laaagi comel.
huh? apa abang ni?
ye la, dulu2 masa sayang tembam kan, abang suka cium pipi ayang tu. gebu2 je. skarang dah kurang gebu dah.
abis tu, nak ayang gemok macam dulu ke?
NAKKKK!!!
haishh..takmo la. orang nak bini vogue, dia nak bini gemok. apa la b ni.
hehehe. ok2. skarang pon comel apa.
eleh, nak amek hati la tu. nyampah!

laki siapa ni? haihhhh~

Mama, i can't stand the sourness!!!


First time try minum ribena. Hehe.

Papa, nak sikit!

nak kacau papa la. papa buat apa tu? oh...papa tengah makan.

pa...nak la sikit...macam sedap je.


mama, tengokla papa ni...takmo bagi khalish pon.

*model pampers huggies dry comfort. hehe.*

Thursday, September 23, 2010

Hello adik abang long Khalish!


gambar kat atas tu masa baby 8 minggu. gambar bawah pulak masa baby 20 minggu. satu keajaiban bukan? dari hanya sebesar biji sawi, menjadi lengkap mempunyai tulang belakang, bertelinga, berkaki dan tangan. sungguh, kalau beribu kali buat imbasan ultrasound pon takkan menjemukan aku. malahan, teramat gembira! entah bila nak buat imbasan 3D atau 4D pula. dengar cerita makan ratusan juga ye? tengokla nanti, kalau ada kelebihan, memang rasa nak buat pon. mungkin tunggu sebulan dua lagi yang pada masa tu jantina bayi insyaallah akan kelihatan. baru lah best! :)

Wednesday, September 22, 2010

Korang nak jadi apa ni hah??!!

Astaghfirullahalazimmm....mengucap panjang aku bila baca pasal budak2 ni. dahla lari macam tu je, buat mak masing2 susah hati dan menangis meratap kehilangan diorang ni. bila dah jumpa, boleh pulak kata tak nak balek??? (oh. kenyataan tak nak balek ni dari paper kosmo!)

astaghfirullahalazim...istighfar panjang2 aku sampai skarang ni.

korang tau tak mak2 korang tu hari2 berendam airmata mengenang nasib anak2 macam korang ni? yang ingat nak suka2 enjoy2 dengan boyfriend yang tak senonoh tu? korang tau tak yang mak korang tu macam separuh gila mencari2 korang? terpaksa buat muka tebal minta tolong orang ramai masuk dalam tv semua tu? korang ni nak jadi anak apa ha? korang ni dah tak ingat mak bapak ke? korang tak ingat ke mak pak korang susah payah cari duit nak sekolahkan korang, nak bagi korang makan. kalau diorang marah tu, maknanya diorang sayang. kalau diorang cari tu, maknanya diorang kasih dengan korang. tapi ini balasan korang pada mereka?

dengan tak nak balekkkk?????????????

astaghfirullahalazim...sabar intan....sabar!

korang bayangkan la budak2 ni baru 14 tahun. tingkatan 2. berani ni pi ikut boyfriend dari umah diorang kat kampar nun pi penang. adik aku yang dah tingkatan 5 tu dia nak pi genting dengan kawan2 sekolah pon aku pesan punya pesan macam2 kat dia. ini dengan luar pengetahuan mak bapak, suka suki je nak lari2 bagai. ingat nak seronok je. (ye, ayat berulang. so?) ingat2la dik, kasih boyfriend tak ke mana. kalau betul diorang tu sayang sangat kat adik2 sekalian, diorang tak amek dadah. diorang tak bawak lari korang. diorang takkan bagi korang tidor kat ruang tamu rumah orang lain. macam tu ke bahagia? macam tu ke happy?

entahla. tak tau nak jadi apa dengan budak2 skarang. even kadang2 dengan adik2 aku pon aku marah kalau diorang berimpit dengan handphone 24/7 je. ye la, tengah elok2 kita borak2 dengan dia, dia tersengih2 depan phone. tak ke rasa macam kurang ajar di situ? aku memang marah kalau orang tak pay attention kalau kita berbual. rasa macam...baik aku sms je budak ni. lagi dia layan kot dari duduk depan mata.

harap kawan2 pantau pergerakan adik2 korang. even anak2 saudara jugak. budak2 skarang ni banyak sangat pengaruh tak baiknya. isk..terkilan sungguh la. minta dijauhkan dari anak cucu adik beradik kita ye!

artikel dari kosmo:

GEORGE TOWN - "Kami tidak mahu pulang."Demikian kata-kata pasangan kembar, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin, 14, kepada polis yang menemui mereka di sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini semalam selepas keluar dari rumah di Taman Sentosa, Kampar, Perak pada raya kedua lalu.
Keputusan itu dibuat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Kampar itu sebaik sahaja ditahan bersama rakan, Suhaili Abdul Razak, 14, dan teman lelaki mereka, Mohd. Akmal Halim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.
Kesemua mereka termasuk teman lelaki Nurulain, Khairul Azhar Anuar atau Roy yang kini sudah pulang ke Kampar, menumpang di rumah pasangan suami isteri yang berkerja sebagai pengawal keselamatan.
Menurut polis, ketika serbuan pada pukul 8.20 pagi, kesemua remaja perempuan berkenaan tidur di atas sofa di ruang tamu manakala remaja lelaki yang merupakan bekas pengawal keselamatan berada di lantai sebuah bilik tidur.


artikel dari hmetro.

GEORGETOWN: Tiga remaja perempuan termasuk dua beradik kembar yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu berjaya ditemui sepasukan polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, semalam. Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan mereka, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar, Perak ditemui bersama dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun dipercayai kekasih pasangan kembar itu di rumah berkenaan dipercayai milik kenalan seorang daripada dua lelaki berkenaan.

Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah yang menumpangkan lima individu terbabit kelmarin sebelum bertindak menyerbu rumah itu, kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Menurutnya, selepas diserbu, pihaknya menemui tiga remaja perempuan itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa bersama teman lelaki Suhaily dan Nurulashiqin di rumah berkenaan yang ditumpangi mereka sejak 18 September lalu.

Katanya, selepas disoal siasat, lima individu itu didapati menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak pada 14 September lalu dan menginap di sebuah hotel bajet berdekatan Lorong Kulit selama tiga hari sebelum menumpang di rumah berkenaan selepas kehabisan wang.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja itu mendapati seorang daripadanya masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi kerana kesalahan mengambil dadah selain gagal memaklumkan tindakannya untuk pergi ke luar kawasan kepada pengurusan balai polis terbabit.

Menurutnya, dua lelaki itu juga diarahkan untuk menjalani ujian air kencing dan jika didapati positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sementara menunggu hasil ujian itu, mereka kini ditahan di lokap balai berkenaan.

Katanya, tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, polis sudah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan berikutan penemuan semua remaja itu, kes aduan orang hilang itu dianggap selesai.

Ke taman dan berbuai lagi kita....

sengaja pakai tshirt yang ditempah dulu. kononnnya nak pakai pada majlis harijadi khalish. tapi, macam lambat lagi je nak buat. huhu. belasah pakai je la dulu.

siapala cameraman ni. haha. ntah apa2 shot yang dia amek.


budak yang dah tak reti duduk diam. skarang ni, kalau menjerit2 excited bagi je kat dia. terer niii...~


anak mama dan papa. :)


ibu, iqa dan zaza. ibu yang beria2 ajak pi taman ni. nak tengok sangat cucu dia main buai.


lepas dapat giliran main, apa lagi cepat2 la naik buai ye! kena cepat2, kalau tak budak lain yang rampas dulu.




cepatla buaikan khalish papa!


weeee!


laju lagi papa, lajuuu!!!!!


yeayyyyyy!!!!!


pak eh jaga belakang, mak eh jaga depan ye. hehe.


papa, belikan khalish swing satu macam ni letak kat umah boleh?


lepas dapat main buai, kemain seronok lagi muka si khalish. muka puas hati tu..


tok ibu plak nak bergambar dengan cucu kesayangan.


birthday boy bersama maksu...


budak yang happy dapat main buai dan jalan2 taman. lepas je main buai, kitorang pekena ice-cream mcd pulak. besttt!!!!

Tuesday, September 21, 2010

Pregnancy kali ini cabarannya berbeza

Alhamdulillah...setakat hari ini pada usia kandungan 22 minggu (5 bulan setengah) semua baik2 saja walaupun aku masih batuk2 dan selsema ringan.
tapi yang peliknya, kali ni tiada darah tinggi, tiada kencing manis. cuma masalahnya berat badan dah 6 minggu hanya statik. tak kurang dan tak pula menaik. (even bulan raya makan tak hengat donia)

tapi bila discan baby dan dengar jantungnya, alhamdulillah semua ok2 saja.
dan kali ni menarik sebab biarpon tiada darah tinggi dan diabetes seperti kandungan yang lepas, kali ni aku diuji darah untuk tiroid pula. dan keputusannya hanya dapat diketahui selepas 2 minggu. sangat2 mencabar kan?
takpela. aku percaya Allah ada rancangan terbaik untuk hambanya. yang penting baby sehat2 saja. kalau aku dibedah kali ke-2 pon takpe asalkan anak ok2.
oh. baby macam tau2 je aku tengah tulis pasal dia. elok je tendang2 aku. hehe.

ramai yang menjangkakan baby kali ini adalah lelaki. bagi aku, lelaki atau perempuan aku dah tak kesah sangat walaupon pada mulanya aku yang beria2 mahukan perempuan. tapi, bila sudah ada khalish membesar depan mata...dan ramai yang mengatakan rupanya persis seorang kanak-kanak perempuan, membuatkan aku sudah tak kesah jika kami dikurniakan anak lelaki sekali lagi. seperti tiada beza jika anak seterusnya lelaki juga kerana aku hampir pasti rupanya akan seperti abang long nya juga. cuma kurangnya tak dapat nak gayakan mereka dengan gaun2 dan headband yang cantek2 serta beropol2. hehe.

takpe. kita tunggu lagi sebulan setengah ok. masa tu nak scan gender baby. tak sabarrr...sebab aku gemarkan memberi nama awal2. sebab aku suka panggil baby dengan namanya sendiri. tidaklah terbaby, baby sepanjang pregnancy. hehe. macam khalish dulu, sejak tahu gendernya, terus sahaja aku ligat cari nama dan selepas berkenankan nama tu, sejak itu memanggilnya khalish sejak dia dalam kandungan lagi. hasilnya? selepas keluar dari perut mamanya, tiap kali dia menangis atau merengek2, mendengar aku memanggil namanya sahaja cukup buatkan dia reda. mungkin selesa kerana tahu mamanya ada berdekatan.
:)

Doakan kami sehat2 sahaja sepanjang tempoh mengandung ni. Mungkin juga pregnancy kali ni tak banyak kerenah sebab kerenah khalish saja sudah cukup buatkan aku pening kepala. hehe.

Mama, saya dah besar la!

budak berumur setahun semalam. satu malam dok bermain dengan mainan baru yang dia dapat dari tok ibu dan makcik2nya. lepas tu, tido malam mengigau2 nanges2 jerit2. hehe. sib baik teringat baca al-fatihah dan 3 qul serta selawat. terus dia lena sampai berdengkur2.

Monday, September 20, 2010

Bergambar bersama di raya ke-10.

Gambar A

Gambar B

hehe. beza antara kedua gambar ini hanyalah kedudukan khalish sahaja. budak ni memang tak reti duduk diam. asik nak bergerak2.

kalau korang boleh tolong pilihkan mana satu gambar yang sesuai untuk dibesarkan alangkah baiknya. minta tolong pilihkan ye.

Sambutan birthday Khalish

sambutan hari lahir pertama khalish tidak seperti yang dirancangkan. pada mulanya, aku dan en alang hendak buat satu majlis dan mengajak rakan2. tapi, ahli family aku pula sudah beransur pulang pada hari ahad. jadinya, terpaksa diawalkan 2 hari (pada hari sabtu, 18/09/2010) dengan membeli kek dan membuat sambutan bersama famili sahaja.

oh. siang harinya, ibu ada buat makan2 kat rumah. dalam kekalutan tu, memang tak terfikir langsung nak buat majlis hari jadi khalish sekali. itu pun ada beberapa rakan rapat yang aku terlupa nak menjemput. harap2 mereka maafkan aku. dan buat sesiapa yang nak datang rumah, bagitau awal2 atau datang sahaja ke rumah ya! insyaAllah...ada rezeki korang, bolehla aku masak2. kalau tidak, biskut raya pon jadi la ye? hehe.

malam tadi en alang bercadang-cadang ingin juga membuat majlis buat putera kesayangannya. insyaAllah, jika tiada aral, mungkin kami akan adakan satu majlis kecil-kecilan. jadila buat koleksi gambar dan tatapan khalish bila dia besar kelak.
:)

aku dan en alang 2-2 berlengas. aku bergegas pulang dari kedai kek. kek ni tinggi sebab ianya kek aiskrim. sungguh lazat dan tak puas menikmatinya lagi. oh, dan sekarang terbayang2 lagi kek ini. hehe.

khalish ralit memandang pada kipas di siling. putera kami ini sangat gemarkan kipas. kipas dalam apa juga bentuk. mungkin ada sesiapa ingin hadiahkan khalish kipas pada hari jadinya? hehe.


sengaja ku suakan khalish pada kek itu. being him, dia memang tak berminat dengan makanan sangat. haha.


3 orang yang menyambut hari lahir pada september. ajik, zaza dan khalish. ajik pada 1 sept, zaza pada 15 sept dan khalish 20 sept. jadinya, kek itu dikongsi 3 orang. pada kek itu tertulis, Happy Birthday Mokde, Pakcik dan Khalish.


our little family. alhamdulillah, khalish menjadi kesayangan semua ahli famili dan buah hati pada rakan-rakanku juga. aku benar-benar berharap agar khalish dapat menjadi manusia yang berguna kelak.


pose istimewa buat semua rakan-rakan blog mama. :)
saya sudah setahun hari ini!

Sunday, September 19, 2010

Happy Birthday Anak Mama & Papa!


Sudah setahun anak mama & papa hari ini. Syukur ya Allah. Kau berikan kesempatan buat kami untuk merasai nikmatmu yang amat berharga ini. Setahun bersamanya bagaikan sekelip mata. Tidak puas rasanya berdodoi, bermanja dan bergurau senda bersamanya. Sungguh pantas anak mama dan papa ini membesar. Alhamdulillah, Kau berikannya kesihatan yang memuaskan dan tidak sukar untuk menjaganya. 

Mama dan papa berdoa dan berharap agar kamu sentiasa dikurniakan kesihatan yang cemerlang, menjadi anak yang mendengar kata, sentiasa menghargai orang sekeliling serta dihadiahkan akal yang pintar dan cerdik.

Selamat hari jadi sayang. Semoga sayang gembira di hari jadi ini. Mama dan papa sangat sayangkan kamu. Kami teramat cintakan kamu. Teramat.


p/s: entri ni patot kuar pukul 12am nanti. tapi dah tertekan publish. haha. takpela. korang faham2 la ye birthday khalish 20/09 nanti. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...