Followers

Wednesday, September 22, 2010

Korang nak jadi apa ni hah??!!

Astaghfirullahalazimmm....mengucap panjang aku bila baca pasal budak2 ni. dahla lari macam tu je, buat mak masing2 susah hati dan menangis meratap kehilangan diorang ni. bila dah jumpa, boleh pulak kata tak nak balek??? (oh. kenyataan tak nak balek ni dari paper kosmo!)

astaghfirullahalazim...istighfar panjang2 aku sampai skarang ni.

korang tau tak mak2 korang tu hari2 berendam airmata mengenang nasib anak2 macam korang ni? yang ingat nak suka2 enjoy2 dengan boyfriend yang tak senonoh tu? korang tau tak yang mak korang tu macam separuh gila mencari2 korang? terpaksa buat muka tebal minta tolong orang ramai masuk dalam tv semua tu? korang ni nak jadi anak apa ha? korang ni dah tak ingat mak bapak ke? korang tak ingat ke mak pak korang susah payah cari duit nak sekolahkan korang, nak bagi korang makan. kalau diorang marah tu, maknanya diorang sayang. kalau diorang cari tu, maknanya diorang kasih dengan korang. tapi ini balasan korang pada mereka?

dengan tak nak balekkkk?????????????

astaghfirullahalazim...sabar intan....sabar!

korang bayangkan la budak2 ni baru 14 tahun. tingkatan 2. berani ni pi ikut boyfriend dari umah diorang kat kampar nun pi penang. adik aku yang dah tingkatan 5 tu dia nak pi genting dengan kawan2 sekolah pon aku pesan punya pesan macam2 kat dia. ini dengan luar pengetahuan mak bapak, suka suki je nak lari2 bagai. ingat nak seronok je. (ye, ayat berulang. so?) ingat2la dik, kasih boyfriend tak ke mana. kalau betul diorang tu sayang sangat kat adik2 sekalian, diorang tak amek dadah. diorang tak bawak lari korang. diorang takkan bagi korang tidor kat ruang tamu rumah orang lain. macam tu ke bahagia? macam tu ke happy?

entahla. tak tau nak jadi apa dengan budak2 skarang. even kadang2 dengan adik2 aku pon aku marah kalau diorang berimpit dengan handphone 24/7 je. ye la, tengah elok2 kita borak2 dengan dia, dia tersengih2 depan phone. tak ke rasa macam kurang ajar di situ? aku memang marah kalau orang tak pay attention kalau kita berbual. rasa macam...baik aku sms je budak ni. lagi dia layan kot dari duduk depan mata.

harap kawan2 pantau pergerakan adik2 korang. even anak2 saudara jugak. budak2 skarang ni banyak sangat pengaruh tak baiknya. isk..terkilan sungguh la. minta dijauhkan dari anak cucu adik beradik kita ye!

artikel dari kosmo:

GEORGE TOWN - "Kami tidak mahu pulang."Demikian kata-kata pasangan kembar, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin, 14, kepada polis yang menemui mereka di sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini semalam selepas keluar dari rumah di Taman Sentosa, Kampar, Perak pada raya kedua lalu.
Keputusan itu dibuat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Kampar itu sebaik sahaja ditahan bersama rakan, Suhaili Abdul Razak, 14, dan teman lelaki mereka, Mohd. Akmal Halim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.
Kesemua mereka termasuk teman lelaki Nurulain, Khairul Azhar Anuar atau Roy yang kini sudah pulang ke Kampar, menumpang di rumah pasangan suami isteri yang berkerja sebagai pengawal keselamatan.
Menurut polis, ketika serbuan pada pukul 8.20 pagi, kesemua remaja perempuan berkenaan tidur di atas sofa di ruang tamu manakala remaja lelaki yang merupakan bekas pengawal keselamatan berada di lantai sebuah bilik tidur.


artikel dari hmetro.

GEORGETOWN: Tiga remaja perempuan termasuk dua beradik kembar yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu berjaya ditemui sepasukan polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, semalam. Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan mereka, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar, Perak ditemui bersama dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun dipercayai kekasih pasangan kembar itu di rumah berkenaan dipercayai milik kenalan seorang daripada dua lelaki berkenaan.

Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah yang menumpangkan lima individu terbabit kelmarin sebelum bertindak menyerbu rumah itu, kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Menurutnya, selepas diserbu, pihaknya menemui tiga remaja perempuan itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa bersama teman lelaki Suhaily dan Nurulashiqin di rumah berkenaan yang ditumpangi mereka sejak 18 September lalu.

Katanya, selepas disoal siasat, lima individu itu didapati menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak pada 14 September lalu dan menginap di sebuah hotel bajet berdekatan Lorong Kulit selama tiga hari sebelum menumpang di rumah berkenaan selepas kehabisan wang.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja itu mendapati seorang daripadanya masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi kerana kesalahan mengambil dadah selain gagal memaklumkan tindakannya untuk pergi ke luar kawasan kepada pengurusan balai polis terbabit.

Menurutnya, dua lelaki itu juga diarahkan untuk menjalani ujian air kencing dan jika didapati positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sementara menunggu hasil ujian itu, mereka kini ditahan di lokap balai berkenaan.

Katanya, tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, polis sudah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan berikutan penemuan semua remaja itu, kes aduan orang hilang itu dianggap selesai.

7 comments:

  1. Lempang je dua2 budak pompuan kembar tuh. Pastu yang budak lelaki pandai2 bawak anak dara org lari tu report je kat polis..!
    Ingat senang agaknya mak dia nak beranak kan dia.

    ReplyDelete
  2. Intan, kat berita harian siap cakap dh buat hubungan seks.. mengucap panjang jiey baca.. siyan kat mak bapak coz satu malaysia da tau..
    sebelum ni giler berkobar nak ank pompuan, tp skrg cam takut plak.. betul2 takut. tp laki pun sama, tak malu..
    haihhh la dunia..

    ReplyDelete
  3. kite pun bace mmg mengucap panjang
    anak kurang ajar
    wat malu mak bapak je

    ReplyDelete
  4. tu la k.intan..
    saya pun tak faham ape kebenda la yang dikejarnya..
    kalu sy,nyesal ngandungkan kembar kalu gni perangainya..nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. Mcm2 cabaran membesarkan anak ni kan. Mintak2 time kita sok jgnlah mcm ni. Takut plak dgn apa yg berlaku zaman skrg ni...

    ReplyDelete
  6. astafirullah..harap2 tak jadilah kt anak2 anak kita inta..hana yang takde anak lg pun dh risau

    ReplyDelete
  7. eeeeeeee geram betul baca...
    mintak2 anak2 kita nie dijauhkan la benda2 macam nie..

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...