Followers

Monday, September 20, 2010

Sambutan birthday Khalish

sambutan hari lahir pertama khalish tidak seperti yang dirancangkan. pada mulanya, aku dan en alang hendak buat satu majlis dan mengajak rakan2. tapi, ahli family aku pula sudah beransur pulang pada hari ahad. jadinya, terpaksa diawalkan 2 hari (pada hari sabtu, 18/09/2010) dengan membeli kek dan membuat sambutan bersama famili sahaja.

oh. siang harinya, ibu ada buat makan2 kat rumah. dalam kekalutan tu, memang tak terfikir langsung nak buat majlis hari jadi khalish sekali. itu pun ada beberapa rakan rapat yang aku terlupa nak menjemput. harap2 mereka maafkan aku. dan buat sesiapa yang nak datang rumah, bagitau awal2 atau datang sahaja ke rumah ya! insyaAllah...ada rezeki korang, bolehla aku masak2. kalau tidak, biskut raya pon jadi la ye? hehe.

malam tadi en alang bercadang-cadang ingin juga membuat majlis buat putera kesayangannya. insyaAllah, jika tiada aral, mungkin kami akan adakan satu majlis kecil-kecilan. jadila buat koleksi gambar dan tatapan khalish bila dia besar kelak.
:)

aku dan en alang 2-2 berlengas. aku bergegas pulang dari kedai kek. kek ni tinggi sebab ianya kek aiskrim. sungguh lazat dan tak puas menikmatinya lagi. oh, dan sekarang terbayang2 lagi kek ini. hehe.

khalish ralit memandang pada kipas di siling. putera kami ini sangat gemarkan kipas. kipas dalam apa juga bentuk. mungkin ada sesiapa ingin hadiahkan khalish kipas pada hari jadinya? hehe.


sengaja ku suakan khalish pada kek itu. being him, dia memang tak berminat dengan makanan sangat. haha.


3 orang yang menyambut hari lahir pada september. ajik, zaza dan khalish. ajik pada 1 sept, zaza pada 15 sept dan khalish 20 sept. jadinya, kek itu dikongsi 3 orang. pada kek itu tertulis, Happy Birthday Mokde, Pakcik dan Khalish.


our little family. alhamdulillah, khalish menjadi kesayangan semua ahli famili dan buah hati pada rakan-rakanku juga. aku benar-benar berharap agar khalish dapat menjadi manusia yang berguna kelak.


pose istimewa buat semua rakan-rakan blog mama. :)
saya sudah setahun hari ini!

19 comments:

  1. cantik kek khalish sama tema ngan baju dia.. pandai mama dia pilih

    ReplyDelete
  2. heppi besday khalish yg sgt comel.. hope khalish sentiasa sihat n ceria.. mmmuahhh dr anty utk khalish.. :):):)

    ReplyDelete
  3. hepi besday khalish. dah setahun pun khalish. kejap je kan

    ReplyDelete
  4. dah stahun hero kesayangan na neh,
    hehe makin ensem plak tu..
    hepi bday syg !

    ReplyDelete
  5. da besar da khalish,,da pn nk jd along eyh

    ReplyDelete
  6. good...khalish dah besar... sedap betul kek dia..apsal mama tak ajak aunty ek...huhuhu

    ReplyDelete
  7. adui adui adui...khalish khalish..auntie hana rasa tak sabarrrr jek nk ada baby sendiri

    ReplyDelete
  8. happpy bufday cayangggggggg :)

    yay dah 1 year old kawan qies..
    muah!

    ReplyDelete
  9. happy birthday handsome boy..!!!


    yeayyy, dah bujang anak mama yerr..


    p/s : terliur auntie tengok kek khalish tu tawww :-P

    ReplyDelete
  10. hepi besday khalish. kebetulan plak perangai suka tgk kipas sama mcm mya.ada chemistry kot ekekeke

    ReplyDelete
  11. epi besday dear..
    n salam aidilfitri gak.. ;-)

    ReplyDelete
  12. epi 1st besday khalish!dh setahun dah!!hehe..
    harap khalish jadi anak yg soleh dan jaga hati mama tau..:)

    ReplyDelete
  13. senyum die...wuaaa..x tahan ohhh....

    ReplyDelete
  14. happy birthday khalish!! geram tengok pics yg last tuh. ada high chick-bones lah.

    ReplyDelete
  15. affer?? kek eskrem? awat tak habaq awai-awai?

    p/s: intan tak kenal member maksu tu

    ReplyDelete
  16. hehehe.. ariq pun suka tgk kipas syiling...

    ReplyDelete
  17. khalish ni kan.. bila senyum manis sungguh muka dia.. pasal tu ramai org ingat dia gegirl.

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...