Followers

Friday, May 15, 2009

kaitan botak dan ketam

perlu ke aku potong rambut?

smalam dok ngadu2 kat ibu, panas.
nak potong rambut.
ibu kata jangan nak mengada2.
nanti dalam pantang, rambut kena ikat.
kalau pendek, camne nak ikat?

penting ke ikat rambut masa berpantang?
perlu ke?


memang rimas aaa skang ni.
rasa nak botakkan kepala pon ada.
en alang kata dah,
kalau nak botak, cakap je kat dia.
nanti dia tolong botakkan.
huhuhuhu~

jangan tiru fesyen rambut saya. saya sorang je boleh botak. dan sekaligus kelihatan sangat cute. jika anda botak juga, pasti akan menyerupai alien dari planet #$^&(*)^##@. lu pikirla sendirik!


skang ni tgh ngidam makan ketam masak lemak cili padi.
(zaza, kalau ko terbaca ni, sila minta ibu tolong buatkan ok)
dari aritu mintak2 kat ibu.
slalunya, dia laju je tolong buatkan.
kali ni, permintaan dibuat endah tak endah.
kecik ati wooo..
hari2 dok berharap je.
ketam? ini ketam ke? apa ketam ni? peliknyaaa......


ok. memang harini agak sangap.
datang2 keje je, dah rasa mood tak best tu menyapa.
memang tak best gile la.
biarpon keje tak banyak dah,
tapi tetap tak best.
huhuhu.

mari lah, hiburkan hatiku ini.
:)

oh. apa kaitan botak dan ketam?
tiada.
cuma 2 benda yang aku harapkan saja.
huhuhuhu.

boring, bosan

memang boring.
memang bosan.
cepatla pukul 5pm.

:(

Thursday, May 14, 2009

omg! tak sabarnyaaa!!!!




kalau takleh tgk kat atas tu,
sila ke, http://www.youtube.com/watch?v=qufAFY7FL0U

ini entri balas namanya.

aku nak balas dendam kat nenekrock.
sape suruh pandai2 buat entri pasal buah pagi tadi.
dah buat aku mengidam haa...


tembikai potong kecik2.


jambu batu ada 5 keping.


mereka bersama...



huahuahua.
aku buat korang plak terliur.
jemput2 makan ek.
nyum, nyum!!!

blog ni, hidup aku

tag dari ibu baru, norash.
kawan keje kilang ayam dulu.
tapi, skang ni dia dah keje kat library desa.
banyak kenangan aku ngan mak budak ni.
masa tu masing2 solo lagi.
dan kami sama2 bertemu jodoh kat kilang ayam tu.
sape kata kilang ayam tak best?
best apa. dapat jumpa en alang yang gagah lagi ganteng.
kehkehkeh.

oh. ni kilang ayam tau. kilang proses ayam.
bukan reban bela ayam.
:)


ok. nak jawab tag, macam2 aku repek plak nih.
jom start jawab tag.




1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
nama blog ni princesstortoise atau puterikurekure. nama ni dipilih hanya sebab aku dan kawan aku (suzy) masa skolah suka ejek masing2 kura2 sebab pakai tudung ke depan sangat. huhuhu~

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
sama je dengan nama blog. malas nak fikir nama lain. huahuahua. sesungguhnya aku ni memang pemalas lipas.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
campur2. semua ada. sedih, happy, kehidupan aku dan en alang. family. entertainment. info. berita. wah. semua ada. kehkeh.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
hehehe. pernah rasa sekali. sebab masa tu rasa semua kawan2 blog macam tak singgah sini je. memang poyo abis la masa tu. tak pasal2 nak emo tak kena tempat. ngan kawan blog pon nak emo. bengong ke hape.

5. Apa pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
blog dia pasal baby Tasnim. baby Tasnim yang aku jumpa tatkala umur dia 2 minggu dan dah tak jumpa2 lagi skang. rindu ooo....

tak nak tag orang. penat tag orang, orang wat tak layan je. (hahahaha. emo lagik.)


buat smua yang beri petua dan pesanan, terima kasih banyak2. seronok ada orang yang care ni. hehehe.

oh. buat lis (takde blog ke yang?), post kitorang berkenalan adalah ini:
http://princesstortoise.blogspot.com/2008/04/5-perkara-yang-pertama-kali-terjadi.html

entri ni kat blog lama. kalau nak tau lebih lanjut, check out la satu2 entri kat blog sana. gile malas aku ni. suruh orang plak. huhuhu.

huahuahua. hari khamis dah?

this is me this morning.


nampak ceria je kan?
patotnya aku amek gambar keadaan aku smalam.
sangat huduh ok.
ibu ngan zaza terkejut tgk.
tudung senget benget,
baju gebeh2,
tak bermekap, berbedak pon tak.
ntah kenapa malas gile smalam.
maybe pembawakkan saket tu agaknya.
tak tau la.

tapi yang penting,
pagi ni aku ada mood.
gosok tudung, pakai baju comel2.
hehehe.
kalau tak, tudung tu satu je la aku dok hentam sampai hujung minggu.
tak tau nape skang ni malas nak bersiap tu makin melampau2.
ehem. orang kata pembawakkan baby pompuan ek?
hehehehe.


minggu ni takde wat keje apa pon.
punya lah malas.
bos aku pandang aku pon sebelah mata je.
aku ada ke tak, dia wat bodoh je.

bagus bos, u memang memahami i lately ni.
macam faham2 je i tak sehat.
oh, u pon dengar i batuk2 macam orang tua kan?
hehehe, bagus2.


dah nak masuk minggu 19 dah.
tapi takde kicking atau punching from baby lagi.
nape ek?
normal ke?

hmm...ada sape2 yang kandungannya sebaya ngan aku?
leh kite kongsi pengalaman tak?
atau pada ibu2 yang sedia ada.
boleh la bagi guide sket ye.
:)

Wednesday, May 13, 2009

apa tu?

nampak ke?


nampak dah?



tengok. budak degil nih. mata bersinar2.



suka sangat main panjat2.



meet tobby a.k.a tommy a.k.a budak kecik. kucing kat umah ibu yang terbaru. buat teman stacy.


skang ni, saket2 kat ankle dah takde sangat.
tapi kat pergelangan tangan tu yang saket sesangat.
nak pusing kunci kereta pon pakai tangan kiri. apahal?

kalau tido toksah kata la kan.
rasa tangan sebelah ni macam mati jek.
i mean, macam berat je. pastu, kebas2.
risau gak la.
harap2 lagi 2 hari dah ok balek tangan ni.
susah oo nak tido.

Tuesday, May 12, 2009

mc hammer

huahuahua.
arini mc lagi.
penat ooo mc ni.
bukan best pon.
seksa nak tunggu doc. berjam2.

kali ni, ankle dan wrist wat hal.
saket tak semena2.

doc kata, maybe sebab nerves.
harap2 betul la.
jangan ada yang retak sudahla.

Monday, May 11, 2009

en alang dah tua.

kat umah...

yang, kalau orang nampak abang, diorang kata abang umur brape ek?

slalunya, diorang kata abang sebaya ngan ayang. takpon, tua dari ayang.

heh? ye ke? tak caya la.

tak caya takpe. memang abang muka matang pon.

ye ke? betul ke ni?


dalam kereta...

sayang, abang lagi tua dari ayang tau.

apasal pulak? memang dah sah2 dalam i.c abang lagi muda dari ayang.

tak2. abang lagi tua. abang dah umur 29 tahun tau. ingat. 29 tahun.

hahahahha. apa la abang ni.

betul la. abang umur 29. ayang 28. sepadan la tu.



en alang tak suka orang tau kalau dia lagi muda dari aku.
tapi, korang2 memang dah tau kan.
shhh...rahsia kita je tau.
jangan bagitau en alang.


ini olang takmo ngaku dia 5 tahun lagi muda dari aku. huhuhu~

hampir2 terlupa.

sori aleena.
sib baik terbaca kat kotak chat tadik.
kena tag rupanya aku ni.
huhuhu.

ok.
here it goes.
kecik bebenor award ni. takpe2. thanks ok aleena. siap ada vespa lagik.

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)


1. dah letak dah. cantek2.

2. hmm. ni kirenya blogger baru la yang aku kenal. tak berapa kenal. tapi dia sangat baik hati bagi aku award dan tag ni. oh. dan dia sangat manis orangnya.

3. fakta tentang diri saya.


a) sangat suka gigit kuku. buruk dah kuku ni.


b) mata suka terkedip2. memang pelik aa.. aku hanya sedar mata aku ni suka sangat terkedip2 bila aku skolah menengah.

c) tau suara tak sedap. tapi sangat suka nyanyi2 sambil menari2 depan en alang. sampai en alang naik nyampah. hahaha.

d) suka ejek en alang. sebab kadang2 dia pon ada habit dia jugak.


e) tak makan cili merah.

f) sedang mengandung 4 bulan setengah. alhamdulillah.

g) akui sedang rindukan teramat sangat pada mee udang gertak sanggul. tak tahu kenapa. ayah, bila kite nak ke penang ni????

h) minggu lepas dapat rasa macam ada benda nak terbang kuar dari perut. itu je la skali. dah takde rasa dah lepas2 tu.


i) smalam sambut hari ibu dengan ibu tercinta. hari sebelum tu dah sambut ngan mak mertua. mak, aku suruh dia amek apa2 je kat kedai tu. kire, hadiah aku, blanja dia la. hehehe. ibu plak, aku ngan zaza kongsi duit belikan kek.


inila kek tu. cantek kan? black forest cake.


j) sape aritu kata nak tgk sangat perut aku? haa..meh sini aku tunjuk.

haa ko. tak cukup air-cond ofis, aku tambah kipas plak. skang ni aku cepat kepanasan. teruk tul. huhuhu.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
orang2 yang aku nak tag:
1. zaza
2. ayu the sun (lama tak tag ini budak)
3. princess N (birthday girl)
4. hana-ni-mo-nai2
5. faramie
6. ayu bakal pengantin

korang paham2 sendirik la ek. aku malas nak bubuh link. huhuhu.


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

sat2 gi la na...


cerita dan peristiwa yang best dan tak best.

sori. gambar takde.
sebab excited terlebih kat kampung,
terlupa terus nak snap2 gambar.

memang seronok.
dilayan macam puteri raja.
semua benda tak payah buat.
duduk dan tengok je.
hahahhaha!

biasala. mak mertua.
dia pon excited jugak.
biarpon bukan cucu first, tapi sebab dah lama takde cucu baru,
dia pon naik seronok bukan main.
dah siap2 buang biji kapas dari kapas.
tunjuk kat aku, nak buat tilam baby.
hehehe. seronok!!!!

oh. aku dan kakak ipar en alang yang kawen seminggu awal dari kitorang tu maybe dijangka akan melahirkan dalam jangka masa lebih kurang sama.
pelik kan? kawen lebih kurang, dapat baby pon insyaAllah lebih kurang je masanya.

tapi tu la,
kesian kat mak. sebab mak kata anak menantu dia yang satu lagi tu biarpon hari2 lalu umah mak,
diorang jarang nak singgah tengok mak.
ish. tak boleh aku.
hari2 lalu umah mak ok.
naik turun bukit ko larat, nak singgah umah mak yang dekat nak mampos tu ko tak larat plak.
oh. umah mertua aku atas bukit. memang pepagi, sejukkkk jek.
best2.
dan umah anak menantu dia lagi satu tu, up sket dari umah mak aku tuh.
kesian aku tengok orang tua tu.
sket2 teringat kat anak menantu yang sana.
entah diorang makan ke idak.
nak dikatakan, every week mak aku akan hantar lauk kat diorang.
diorang ni plak jenis, tau amek, pastu hantar bekas kosong je kat umah mak.
takde nya nak borak2 ngan mak, tanya khabar ke hape ke.

aku ni pon bukannya baik sangat.
ye la kan, dah 3 bulan aku tak balek.
tapi ada sebab ok. doc tak bagi aku drive jauh2.
ko tu, apa sebab ko?
takkan nak singgah setengah jam pon tak boleh?
pastu, ada hati nak kata mak tu tak tolong diorang la, apa la.
la, mak tu bukannya keje pon. harap duit anak2 je.
kitorang anak2 lain every month ada buat contribution sket2.
cuma aku ngan en alang biarpon tak dok skali ngan mak,
yang mana anak2 mak yang lagi 4 orang semua dok sebumbung ngan mak,
kitorang every month tak putus bagi mak duit, belikan mak bekalan beras, barang dapur sket2.
ko tu ada ke? pastu nak harap mak tolong korang plak.
aku pelik. laki bini keje.
biarpon keje kampung je, tapi dah tentu2 barang kat kampung tu jauh lebih senang nak cari.
macam sayur, pucuk2 tu, limau ke, pandan ke, ko petik je kat area umah ko.
takpon, kalau ko malas nak bercucuk tanam,
ko amek je kat umah mak.
mak tu ada inisiatif jugak tanam macam2.
(isk, ruginya tak amek gambar tanaman mak)
mak tanam cili padi, daun pandan, daun kunyit, sayur2 sket, bunga2 tak payah cakap la.
memang umah mak tu berseri2 je dari jauh.
sape2 tengok pon, akan jeles.

ni tak. aku dengar dari mak, korang kadang2 putus beras.
aku pelik la, korang tak bajet ke bekalan korang bulan2?
korang tu berdua je. takat beras 20kg tu aku rasa sebulan cukup dah kot.
sewa umah korang pon takat rm50 je.
bil2, mak citer bil api korang tak yah bayar.
sebab semedang bawah rm20. so, korang dah save kat situ.
takat bil air tu, aku boleh bet mesti bawah rm10 je.
sebab aku ngan en alang pakai pon tiap2 2 bulan dapat bil rm6 je.

pelik2.

tak, tak.
tak pelik pon.
sebenarnya, korang ada masalah lain.
masalah apa?
masalah utang ngan along.
yup. ngan along cina keparat tuh.
aku tak paham sebenarnya, cara utang ngan along ni.
sebab tak sama ngan bank kan.
yang aku tau, utang ngan along ni, senang je nak pinjam, tapi bayar seksa.
aku risau, sampai ke tua korang tak abis2 bayar utang along ni.
actually, sebelum diorang kawen, aku tau diorang ni ada wat pinjaman kat peminjam wang berlesen tu.
tapi aku ni malas nak amek pot sangat. rupa2nya, cara mak citer kat aku,
diorang ni lebih kurang along je.
lambat 2 hari bayar, dah ugut2 nak amek barang2 kat umah.
gile kan?

aku kesian gak kat diorang ni.
semata2 nak kawen, wat pinjaman along la, apa la.
isk. sib baik aku ngan en alang tak pikir nak pinjam kat orang2 camtu.
kalau tak, mesti aku ngan en alang akan terima nasib yang sama.

so, korang, jangan pandai2 buat pinjaman along ok.
tolong la ye. demi masa depan keluarga yang cemerlang, terbilang, gemilang.
bank takpe. sebab bank masih ada tolak ansur.
boleh kaw tim jugak.
:)

ni semua untuk pedoman kita bersama.
aku bukan nak cerca sape2,
just nak kongsi pengalaman je.
ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...