Followers

Friday, December 24, 2010

Khalish alien? Haha.

Khalish dah sehat sket2. suhu badan normal. cuma still ada batuk2 dan selsema sket.

aku rasa kat kepala khalish ni macam ada antenna cuaca. sebab apa tau...kalau nak tau haritu hujan ke tak, tengok je dia. kalau tetiba hingus meleleh je tu namanya tak lama lagi nak hujan la tu. haha.

ok. ni serius ok. memang cam lawak tapi dah banyak kali terkena camni. so memang aku agak khalish ada antenna cuaca.

semalam khalish wat aksi gaya seorang abang yang prihatin. merangkak slow2 ke perut aku time aku tengah baring borak2 ngan papanya dan gosok perut aku. susah ok nak tengok dia buat baik ngan perut aku. slalunya dia main terjah atau lepuk2 je. dan tetiba sesekali dia raba2 tetek dan suakan mulut dia ke tetek macam nak menyusu. eh? teringin nak menyusu badan lagi ke nak? en alang dok gelakkan je gelagat anak bujang dia tu.

dan semalam jugak lepas aku mandi, khalish sebok merengek dalam cot dia. aku pon pi la kat cot dia tanya dia nak apa. tetiba dia berdiri dekat ngan aku dan tepuk2 manja perut aku. whoaaa...macam tau2 je adik dia nak kuar tak lama je lagi. ni kes nak amek hati ke apa ni? hehe.


semalam kan papa dia sampai umah. aku sengaja ambil cuti dan bagitau kak mis awal2 yang aku tak hantar khalish semalam. so kami bertiga spend masa sehari suntuk bersama. hampir separuh hari (petang) berkurung dalam bilik je. catch up here and there. seronok jugak dengar citer pasal keje en alang tu. pagi aku ada appointment minum air gula kat KK. tensen gile ok. siba baik result aku ok2 je. sebab kalau result kantoi, semalam petang lagi diorang dah calling2 aku. so sepanjang petang aku dok melekat ngan phone tunggu klinik call. elok sampai kul 6pm, diorang tak call nampaknya result gula aku ok je la tu. alhamdulillah. serik dah nak buat amek darah 3 kali sehari tu. tadi klinik call. tergamam la jugak apsal klinik call ni. rupanya nak bagitau aku ada appoinment ngan hospital untuk check jahitan c-sect aku on 4hb dan suruh pi klinik amek surat appoinment. hehe. ingatkan apakebenda la tadi. terkejut cheq. :)

ibu ada ajak ke kl next week. tapi terpaksa aku tolak pelawaan ibu sebab rasa perut dah rasa berat sgt dah. lagipon by that time aku tinggal tunggu hari je. kang tetiba ada anak ber i.c kan KL pulak. hehe.niat kat hati tu memang la best kalau dapat shopping brg2 baby kat sana kan. tapi tu la..mesti sesak gila dan aku mesti tak larat. ngan si khalish lagi..adoi...takmo la. skang ni khalish dah makin buas. pi giant pon tak nak berdokong atau duduk dalam troli lagi. dia nak berjalan sendiri2 je.

ramai tak sangka aku tinggal menanti hari je skang ni. kala tengokkan size perut, memang comel je la. tapi en alang kata perut kali ni besar sket dari ngandungkan khalish. entahla. mak tak kesah noks. asalkan baby sehat2 je. :)

doakan kami ye. semoga kami sehat sampai waktu melahirkan. :)

sila sediakan cukup bekas untuk tampung muntah meluat korang eh! ;)

hati berbunga2.
cinta hati dah kembali ke pangkuan.

:)

Wednesday, December 22, 2010

Baru balek dari KK. Klinik Kesihatan daaaa~

ada appointment khalish dan appoinment diri sendiri yang aku terlupa mati dari minggu lepas. huhu.

khalish sepatutnya diberi ubat cacing je harini. tapi disebabkan mamat tu demamnya makin kuat dan suhu asyik turun naik je, jadinya rawatan untuk demam pula ambil alih. dari masukkan ubat demam kat bontot, ambil darah dan menggunakan nebulizer untuk mencairkan kahak mengamuk sakan. mungkin kerana badan tak selesa kerana demam...menambahkan keadaan menjadi huru hara harini. apabila nurse ambil darahnya, kemain meronta bagai nak rak. buktinya? baju nurse abis terpercik darah khalish. masa menggunakan nebulizer juga sama. amuknya makin bertambah. aku tabahkan hati memeluk khalish kuat2 demi nak menghabiskan dos yang diberikan. saket2 badan aku kerana rontaan khalish bukan calang2.

sepanjang berada di klinik khalish hanya ingin memerap dengan aku saja. menyesal pula tak ajak kak mis skali ke klinik. kalau tak, senang sikit urusan aku. taklah mengendong dia saja dengan perut terboyot2 ni.

habis segala urusan di klinik jam 11.20am. hantar khalish ke rumah kak mis dan zaza ke rumah ibu dan seterusnya memecut kereta ke pejabat. dan sekarang aku berada di sini menaip selaju mungkin kerana terdapat urusan kerja lain perlu dibereskan.

en alang flight dari miri malam ni. esok pagi dapatlah ketemu cinta hatiku itu. tak sabar ok! :)

Tuesday, December 21, 2010

Papa risau sampai menggigil2 badan

Khalish demam. batuk2 dan selsema. dari semalam aku tuam dan beri syrup paracetamol je. dan malam tadi jam menghampiri 2pagi dia muntah berlambak2 atas katil aku. menangis2 takut aku marahkan dia. puas memujuk sambil membersihkan badan hero sorang tu. kesian sungguh.

malam tadi kan hujan. so sejuk la. slalunya kalau dia demam, aku biarkan berlengging je. tapi sebab sejuk, aku pakaikan baju tapi tak pakaikan seluar. selimutkan dia dengan selimut nipis just buat syarat je.

pagi ni pulak tak pernah2 mandi nangis2, harini dia nangis masa mandi. nak akta air tu sejuk sangat pon tak la jugak. biasa2 je. maybe sebab badan tak selesa, tu yang ngada2 lebih tu. berat hati nak tinggalkan dia kat umah kak mis tadi. tapi sebab harini ada meeting, terpaksa jugak aku masuk keje.

khalish bertahan ye sayang. petang nanti after keje mama bawak khalish ke klinik ok.

oh. en alang dapat tahu anak dia demam, terus badan dia menggigil2. tak senang duduk la tu. sabar ye abang. ayang jaga khalish. insyaAllah takde apa2 tu.

Monday, December 20, 2010

Suami romantik?

Bila suami berjauhan, menghantar pesanan ringkas berbunga-bunga jiwang menyatakan rindu dendam tiada berkesudahan...serasa diri ini amat disayangi dan dihargai.

terima kasih abang. ayang pon rindu abang. tak sabar tunggu abang balek khamis ni. ayang tunggu.

Kalau nak kata anak sendiri cerdik terlebih adakah itu satu riak?

apa kata korang?
riak? bangga diri atau itu satu perasaan biasa2 saja?

aku tak kata la anak aku si khalish tu cerdik bebenor. budak baya tu...pegang pen pon tak reti nak buat apa. paling2 dia hempas ke lantai je. haha. haritu aku bagi dia krayon, konon2 ajar la dia camne nak conteng2. haram ok! dipegang pastu dicampak2 je batang krayon tu. huhu.

tapi aku lihat si khalish ni jenis memerhati. perhati benda yang bukan2. macam aku bagitau sebelum ni, dia suka main wayar, tgk cross-stitch dan main bayang2? oh. dan dia juga melakukan hal sama dengan cermin seperti dia main dengan bayang2. badan akan mengadap cermin dan tangan akan dinaik turun seakan menguji cermin itu. sangat comel!

okla. kang aku bagitau lebih2 ada kata aku riak. haha. yela, yela. lenkali aku cakap je anak aku tu yang buruk2 je.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...