Followers

Friday, December 24, 2010

Khalish alien? Haha.

Khalish dah sehat sket2. suhu badan normal. cuma still ada batuk2 dan selsema sket.

aku rasa kat kepala khalish ni macam ada antenna cuaca. sebab apa tau...kalau nak tau haritu hujan ke tak, tengok je dia. kalau tetiba hingus meleleh je tu namanya tak lama lagi nak hujan la tu. haha.

ok. ni serius ok. memang cam lawak tapi dah banyak kali terkena camni. so memang aku agak khalish ada antenna cuaca.

semalam khalish wat aksi gaya seorang abang yang prihatin. merangkak slow2 ke perut aku time aku tengah baring borak2 ngan papanya dan gosok perut aku. susah ok nak tengok dia buat baik ngan perut aku. slalunya dia main terjah atau lepuk2 je. dan tetiba sesekali dia raba2 tetek dan suakan mulut dia ke tetek macam nak menyusu. eh? teringin nak menyusu badan lagi ke nak? en alang dok gelakkan je gelagat anak bujang dia tu.

dan semalam jugak lepas aku mandi, khalish sebok merengek dalam cot dia. aku pon pi la kat cot dia tanya dia nak apa. tetiba dia berdiri dekat ngan aku dan tepuk2 manja perut aku. whoaaa...macam tau2 je adik dia nak kuar tak lama je lagi. ni kes nak amek hati ke apa ni? hehe.


semalam kan papa dia sampai umah. aku sengaja ambil cuti dan bagitau kak mis awal2 yang aku tak hantar khalish semalam. so kami bertiga spend masa sehari suntuk bersama. hampir separuh hari (petang) berkurung dalam bilik je. catch up here and there. seronok jugak dengar citer pasal keje en alang tu. pagi aku ada appointment minum air gula kat KK. tensen gile ok. siba baik result aku ok2 je. sebab kalau result kantoi, semalam petang lagi diorang dah calling2 aku. so sepanjang petang aku dok melekat ngan phone tunggu klinik call. elok sampai kul 6pm, diorang tak call nampaknya result gula aku ok je la tu. alhamdulillah. serik dah nak buat amek darah 3 kali sehari tu. tadi klinik call. tergamam la jugak apsal klinik call ni. rupanya nak bagitau aku ada appoinment ngan hospital untuk check jahitan c-sect aku on 4hb dan suruh pi klinik amek surat appoinment. hehe. ingatkan apakebenda la tadi. terkejut cheq. :)

ibu ada ajak ke kl next week. tapi terpaksa aku tolak pelawaan ibu sebab rasa perut dah rasa berat sgt dah. lagipon by that time aku tinggal tunggu hari je. kang tetiba ada anak ber i.c kan KL pulak. hehe.niat kat hati tu memang la best kalau dapat shopping brg2 baby kat sana kan. tapi tu la..mesti sesak gila dan aku mesti tak larat. ngan si khalish lagi..adoi...takmo la. skang ni khalish dah makin buas. pi giant pon tak nak berdokong atau duduk dalam troli lagi. dia nak berjalan sendiri2 je.

ramai tak sangka aku tinggal menanti hari je skang ni. kala tengokkan size perut, memang comel je la. tapi en alang kata perut kali ni besar sket dari ngandungkan khalish. entahla. mak tak kesah noks. asalkan baby sehat2 je. :)

doakan kami ye. semoga kami sehat sampai waktu melahirkan. :)

8 comments:

  1. hope semuanya ok ye intan... :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah everything okay .. sambut anak thn baru okay gak .. 1.1.11

    ReplyDelete
  3. bak la gmbar skeping dua yg nk tgk perot tuu..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. xlame dah kan..bestnyer...!!!muka ade senyum...en.alang sudah balik/...hehe

    ReplyDelete
  5. am so happy for you :)

    apaler kata khalish alien ... sian kat abang long kan.... nanti opah su babap mama ya

    ReplyDelete
  6. haha.sama dgn aleesya.suka terjah pok perut..kadang2 je tetiba die dtg,cium perut.
    tah ek..dorang ni wpun blum faham,mgkn ada ada instinct kot kan,nak dpt adik.hehe

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...