Followers

Thursday, November 25, 2010

Okla! Enough with that crazy lady story. Jom kita bercuti!!!

esok kami sekeluarga akan berfamily day (tajaan company aku bekerja) kat pulau jerejak. ramai kot yang tanya apa ada kat sana? bukan ke pulau tu dulu tempat buangan orang2 jahat dan ada penjara bagai?

hehe. memang pulau tu dulu ada penjara sebagai tempat pemulihan para banduan . dan jugak pernah jadi tempat sanatorium untuk mereka yang ada penyakit batuk kering dan ada hospital kusta jugak dulu2. tapi skang ni tempat2 tu dah takde. tinggal jadik tapak sejarah je skarang ni. leh rujuk wikipedia eh.

kami akan menginap di Jerejak Rainforest Resort nanti. takpe, balek nanti aku akan citer best ke tidak tempat ni. ok? doakan kami selamat pergi, selamat pulang dan dengan adanya cuti2 camni, takdela kepala otak aku ni serabut nak pikir pasal perempuan gila tu lagi. :)

Ok. Boleh pulak aku terlupa pasal ni.

merujuk kepada entri sebelum ni. en-alang-diugut-oleh-kekasih-lama

semalam aku ada cakap kat en alang pasal aku ada wat entri pasal ugutan ex dia tu. en alang laju je nak baca entri yang aku tulis. kemain teliti dia satu2 perkataan yang aku taip. selesai baca, en alang pandang aku dan senyum. dia kata alangkah bagusnya kalau pompuan gila tu yang baca entri aku ni. biar dia sedar sket betapa kami bahagia menjalani kehidupan yang sederhana ni. dan dia bukan sesiapa untuk menganggu gugat rumahtangga kami. entah berapa kali en alang ucapkan terima kasih kerana memahami masalah yang dia hadapi dan membantu mengatasinya. sehingga sekarang perempuan gila tu tak berani nak balas sms aku apatah lagi nak kaco2 en alang. takpe. kita tunggu hari ni pula. mana tau tetiba dia nak jumpa kitorang pulak ke?

dan semalam juga, en alang tiba2 buka cerita.

sayang ingat tak tahun lepas masa sayang beranakkan khalish, abang ada cerita yang mak cakap perempuan gila tu ada datang beraya umah mak?

eh? ye ke bang? ada eh? entah la bang. ayang tak ingat. beraninya dia datang jumpa mak abah? tak malu ke?

dia jumpa mak abah bawak mak pak dia ngan bakal suami dia. abang malas nak amek tahu masa mak citer tu. abang dengar tak dengar je.

eh, beraninya? takde pulak ye nak pulangkan cincin risik tu? eee..betul2 tak malu. apa jenis perempuan tu bang? sib baik abang tak kawen ngan dia.

haa..tu la. 

entah2 kan bang, dia bawak bakal suami dia jumpa mak abah agaknya nak tunjuk la bakal suami dia hebat dari abang. (wah..aku ni. keje nak menghasut plak. haha)

agaknya la kot yang. aahh! biarlah dia. pastu skang ni sebok2 nak abang balek apsal? lelaki tu taknak kawen ngan dia ke?

haha. agaknya kot bang. dia pikir dia dah tak laku kot. 

*kitorang gelak bersama2*

terima kasih kepada semua yang memberikan kata2 semangat dan tumpang rasa simpati pada keadaan kami. dan tak kurang juga pada yang memberi nasihat serta kata2 pengajaran untuk panduan di masa hadapan. terima kasih banyak2. kehadiran korang di sisi biarpon jauh di mata tapi dekat di hati ni amat2 bermakna.

oh, terlupa nak bagitau. smalam zaza adik aku ala2 berasap la bila baca entri aku ni. so dia call la nombor yang aku paparkan semalam tu. nak tau, lelaki ok yang jawab! so zaza cepat2 letak dan antar sms. e eh, boleh pulak dia jawab sms zaza tu kata dia tu lelaki takkan nak kaco laki aku, dia bukannya gay. aku betul2 rasa dia nak cover malu tu. entah2 yang jawab call tu adik lelaki dia atau abang entah2 suami dia. sebab berani pulak balas sms adik aku, tapi sms aku yang penuh provokasi tu tak pulak dibalasnya. nampak sangat dasar pengecut. so, apa kata korang pasal hal ni?

note: berkali2 aku check nombor dalam entri semalam dengan nombor yang aku ada dan dari sms yang en alang terima. memang sebijik sejibon takde satu nombor pon yang berubah! nampak sangat penakut nak mengaku diri sendiri. siap la. kalau dia berani buat onar lagi, aku tak agak2 buat laporan polis dan check alamat dan id orang tu. memang dia silap besar la kaco kitorang kan. akan aku cari dia sampai ke akar umbi kalau dia berani kaco kitorang lagi.

Wednesday, November 24, 2010

En Alang diugut oleh kekasih lama.

Adoi la...aku tak tau nape ada je orang yang busuk hati kepala dunga wujud kat muka bumi ni. ok..camni citernya...

dah seminggu dua ni en alang asik la dikacau oleh satu nombor yang tak dikenali. en alang ada jugak ngadu2 kat aku kata ada pompuan dok kaco2 dia guna nombor tak dikenali. aku cakap tak payah la layan. orang tak betul gila seks perhatian agaknya. so en alang take note apa aku pesan kat dia dan dia pon malas nak layan pompuan gila tak betul tu.

so oleh kerana en alang tak layan emosi gila perempuan tu, terus dia ngaku yang dia adalah ex gf en alang. en alang apa lagi, terus ngadu kat aku kata perempuan tu dah ala2 gila talak pulak dah. nak jumpa en alang la apa la. aku cakap kat dia, jangan terpengaruh semua pujukan dia. abang wat tak tau je. jangan balas satu pon sms dia. nanti dia ingat abang memang nak layan dia lagi. so en alang buat apa yang aku minta. see? laki ai sangat baik tau. semua pon rujuk isteri.

dan harini perempuan gila tu betul2 cabar kesabaran aku. sebab apa tau? dia dah start main ugut2 plak. meh sini aku paparkan 2 sms yang dia beri en alang.

sms 1: Awk jd x kuar ngan sy.lau awk x nk kuar ngan sy.t sy tpn org umh awk ckp awk pnh cium sy macam2 g yg awk pnh buat.


sms 2: Sy tau sbt2 nie awk jmput sy lau x tau la awk.

aku yang mintak en alang forwardkan sms2 ni kat aku. sms2 dulu2 yang dia beri en alang, en alang buang pulak. haihhh...kalau tau leh aku paparkan semua sms2 perempuan gila tu.

ok. en alang ngadu2 la kat aku dia dapat ugutan dari perempuan gila tu. so aku terus mintak nombor phone perempuan gila tu dan call. tak jawab eh. sebab en alang awal2 lagi dah pesan, perempuan gile tu takkan jawab call dari nombor dia tak kenal. ok fine. masuk voice mail, aku tinggalkan voice mail. kata aku bini en alang tak heran apa yang dia ugutkan en alang tu. dan sudah tentu aku tak puas hati lagi. aku sms pulak perempuan gile tu. dan sampai skarang aku tunggu dia reply tapi takde pon reply. kecut perut la tu. hehe. meh sini aku paparkan.

Salam.aku isteri kpd lelaki yg ko gila2kan sgt tu.ko ni xde life ke apa ha kaco rumahtangga org?kalau stakat korg pernah bercium atau beromen skali pun waktu dulu2,ada aku kesah?past is past la beb.ko x puas hati tgk ktorg happy ke?atau ko nk jd bini no.2 laki aku?eh perempuan, jgn harap ok!kalu ko brani sgt,xyah tggu sbtu,ptg ni jgk kt boleh jmpa.ada bran?


en alang jenis jujur kalau bercinta. masa bercinta ngan aku lagi dia dah cakap pasal hubungan dia ngan ex dia ni. memang skali tu je diorang kiss. ala, tu pon cium pipi je. bukannya french kiss ke hape ke. and jauh skali nak beromen sebab en alang pernah mengeluh dia kata sepanjang berkawan ngan perempuan ni, nak pegang tangan pon susah. korang bayangkan la kalau nak beromen camne padahal nak pegang tangan pon asik main tarik tali je ngan en alang. tapi laki aku ni baik sesangat. sebab pikir perempuan gila ni beria nak kawen ngan dia dan suruh masuk merisik, en alang hantar rombongan merisik. okla, memula tu famliy dia tu setuju la nak jodohkan diorang berdua. tapi last2 putus jugak sebab perempuan ni tetiba rasa dia ada class up sket dari en alang. and nak sambung blajar kat kelantan dan tetiba kata takmo kawen lagi. pulak dahhhh~ so ok la sampai situ je hubungan korang. tapi nak buat lagi haru, cincin risik tu harammm nak pulangkan eh. buat harta dia pulak. betul2 tak malu punya perempuan.

masa ni en alang betul2 frust sampaikan dia pernah bersumpah takkan percaya pada mana2 perempuan lagi. ala laki aku tu poyo je. jumpa aku terus cair kata kau. haha.

oh. ni nombor perempuan gila tu. 014-9407454. aku galakkan korang tumpang rasa tak puas hati kat dia. nyampah gila la bila ada onar2 yang datang camni. benci!

Bila Khalish berjalan...



ada permintaan untuk lihat aksi khalish berjalan. sori video adalah senget sebab tak perasan terlupa nak lintangkan handphone masa nak record. video ni pendek je. :)

Khalish seronok dalam kolam plastik

hah! dah sebulan lebih orang beri hadiah baru nak guna kan. aritu kan ada blogger, princess_N beri hadiah kolam plastik kat khalish sempena birthday dia? memang tak dapat nak guna immediately sebab lepas je dapat hadiah tu aku dan khalish asik la bergilir2 demam. so, bila ada kesempatan yang mak dan anak 2-2 sehat, terus je aku minta en alang isikan air dalam kolam ni. masa ni kitorang biarkan khalish enjoy himself dalam kolam. en alang bubuh air cetek je sebab risau budak2 baya khalish ni mana la reti nak berenang ke apa.

memula macam tak paham nape kena duduk dalam kolam ni. dahla air cetek je.

try kocak2 air. eh, cam best je.

baru nak warm up. rambut pon kering lagi.

eh, best la mama kolam ni! khalish suka!

dah start main2 suka2. rambut pon dah lencun maksu kerjakan. nampak tak ada mainan dalam kolam dia tu? haram nak main ok! dia just suka kocak2 air je.

haa..ni la aktiviti utama dia dalam kolam ni. mengocak air dengan tangan. sampai aku dok risau dia ni tak saket ke tangan tu dok kocak air je? tapi sebabkan dia happy, aku diamkan je.

apapon, thanks princess_N sebab hadiahkan kolam ni kat khalish. dia suka sangat main dalam kolam tu. tapi baru kesempatan mandi sekali tu je la. maybe lain kali boleh la mandi lagi. biasala..kami mak pak dia ada masa hari ahad je. sabtu en alang keje. :)

Tuesday, November 23, 2010

APA? Lagi 60 hari je lagi? (Ok. Panik dah ni)


tak sangka ada 60 hari je lagi. 60 hari bersamaan 2 bulan. 60 hari ni kiraan kalau 40minggu. dulu masa khalish minggu 37 dah kena paksa keluar. maknanya masa khalish dulu 60 hari tolak 21 hari hanyalah tinggal 39 hari. lagilah panik. manalah tau tetiba jadi macam kes khalish dulu. elok2 ada lagi 60 hari, tetiba hanya tinggal 39 hari.

keje menimbun. tapi punyalah malas nak buat. keje yang bukan2 aku buat dulu. esok kena buat keje betul2. fokus. siapkan mana yang larat. nanti dah cukup bulan memang takde sapa leh tolong ko kalau ko betul2 tak larat karang.

kiraan kat atas ni ikut due aku 22.01.2011. aku ada 2 due date sebab jumpa 2 doctor. sorang lagi doc bagi due date 26.01.2011. tak kesah la mana2 pon. asalkan baby ni nak kuar on time. jangan kuar awal2 sangat ye nak. mama tak terkejar nak buat keje ni ha.

Di pagi hujung minggu

Good morning mama & papa! Khalish dah bangun ni. Jom kita jalan2 nak?

Oh! Mama amek gambar eh. Hai semua!!! Khalish suka bangun pagi2 dan mandi awal2. Mandi awal bagus tau!

Cepat la mama mandikan Khalish. Nanti kita boleh jalan2 kat taman. Khalish suka taman! :)

Good Luck Adik!


adik yand masham rupa macam along slalu orang ingat dia kakak kepada zaza padahal dia lah yang paling bongsu. buat betul2 eh SPM ni. 

Monday, November 22, 2010

Anak beranak sehati sejiwa

amboi! tengok je la khalish ngan papa dia. tengok muka khalish yang macam orang angau tu. dia ni betul2 tak boleh berenggang ngan en alang. en alang nak ke toilet pon susah tau. kena pi sembunyi2.

muka terkejut sebab tetiba ada flash. haha.

cubaan nak grab handphone mama. tapi tak dapat la sebab en alang dok main gigit2 tangan dia tu.

gigi khalish masih tak bertambah. tetap 8 batang tu jugak. haha. maybe nak tunggu khalish betul2 terer berlari kot baru nak tumbuh lagi giginya tu. skang ni khalish dah boleh berjalan keliling umah. tapi dia kerap jatuh2. harap jatuh2 tu tak lama la. sebab lutut dia dah hitam lebam asik jatuh. jumaat aritu lagi best, dia jatuh dan dagu tersadung meja terus dalam bibir luka tergigit. apa lagi menjerit sekuat hati la mamat ni. merasa la kejap bibir tu sebesar bibir ning baizura. tapi tak lama. lepas nanges, dia tido. bangun je tido dia melasak balek. anak jantan la katakan. :)

Sunday, November 21, 2010

Tak rasa penat pon.

Kalau tipikal ahad, biasanya kami sekeluarga akan bergolek2 atas katil sampaila jam 10am atau 11am. yang pasti perlu sebelum jam 12 kalau taknak kena jeling ngan ibu. haha. ye la, kalau umah sendiri lain citer. ni awak pon dok numpang umah mak sendiri. apa ko tak reti2 ke nak bangun awal buatkan sarap untuk suami sendiri atau uruskan anak?

tapi harini adalah ahad yang lain sket. sebab awal2 lagi ibu dah pesan pegi kenduri kawen anak kawan lama dia kat ayer tawar. and lepas tu kena pi ipoh hantarkan ajik ke ipoh sebab next week selama 2 minggu dia ada kursus kat poli arau. nak2 pulak dijadikan citer pagi2 lagi tadi adik en alang call cakap tayar motor dia pecah kat area stewan ni jugak. so aku cepat2 suruh en alang pi tolong adik dia dan minta belikan roti canai buat breakfast.

entah kenapa, harini puas tawaf satu ipoh. kalau diikutkan,memang kaki akan lenguh2 macam hape je. alangkan aku turun naik tangga ofis 2-3 kali sehari pon rasa nak terpatah pinggang dan tercabut lutut. ni tak ok. siap aku plak dok suggest, nak ke sana tak?  nak ke sini tak? betul2 bukan aku ok! dan skarang masih kagum dengan diri sendiri. kalau hari2 camni kan bagus. ni tak, belum jam 9pm biasanya aku dah rengek2 kat e alang mintak sapukan flanil kat kaki sebab tak tahan terlalu lenguh.

khalish dah tido tu. malam ni agak mencabar nak tidokan dia sebab maybe dia excited jalan2 tadi. seronok bukan main lagi dia. dahla sepanjang jalan suara dia je dengar. semua benda nampak, semua pon nak tegur. kitorang layankan je. bukan slalu dapat jalan2. skali skala jalan2 macam ni seronok la jugak.
:)


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...