Followers

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Tak rasa penat pon.

Kalau tipikal ahad, biasanya kami sekeluarga akan bergolek2 atas katil sampaila jam 10am atau 11am. yang pasti perlu sebelum jam 12 kalau taknak kena jeling ngan ibu. haha. ye la, kalau umah sendiri lain citer. ni awak pon dok numpang umah mak sendiri. apa ko tak reti2 ke nak bangun awal buatkan sarap untuk suami sendiri atau uruskan anak?

tapi harini adalah ahad yang lain sket. sebab awal2 lagi ibu dah pesan pegi kenduri kawen anak kawan lama dia kat ayer tawar. and lepas tu kena pi ipoh hantarkan ajik ke ipoh sebab next week selama 2 minggu dia ada kursus kat poli arau. nak2 pulak dijadikan citer pagi2 lagi tadi adik en alang call cakap tayar motor dia pecah kat area stewan ni jugak. so aku cepat2 suruh en alang pi tolong adik dia dan minta belikan roti canai buat breakfast.

entah kenapa, harini puas tawaf satu ipoh. kalau diikutkan,memang kaki akan lenguh2 macam hape je. alangkan aku turun naik tangga ofis 2-3 kali sehari pon rasa nak terpatah pinggang dan tercabut lutut. ni tak ok. siap aku plak dok suggest, nak ke sana tak?  nak ke sini tak? betul2 bukan aku ok! dan skarang masih kagum dengan diri sendiri. kalau hari2 camni kan bagus. ni tak, belum jam 9pm biasanya aku dah rengek2 kat e alang mintak sapukan flanil kat kaki sebab tak tahan terlalu lenguh.

khalish dah tido tu. malam ni agak mencabar nak tidokan dia sebab maybe dia excited jalan2 tadi. seronok bukan main lagi dia. dahla sepanjang jalan suara dia je dengar. semua benda nampak, semua pon nak tegur. kitorang layankan je. bukan slalu dapat jalan2. skali skala jalan2 macam ni seronok la jugak.
:)


Thursday, August 5, 2010

pergi kenduri kawen orang ado2.


ni citer 2 minggu sudah rasanya. dapat jemputan dari jiran ibu. jiran kami ni orang ado2. kalau orang stewan ni kenal snagat ngan ali bagas ni. dia ada stesen minyak shell kat stewan. dan diapon pemaju rumah juga rasanya. tapi biarpon diorang ni orang ado2, tapi ramah dan baik.

majlis dibuat kat marina island pangkor. tempat ni sedang dalam pembinaan lagi. tapi area dewan dan jeti dah siap. kiranya marina island pangkor ni antara projek yang diusahakan ali bagas ni jugak. marina island ni dekat je ngan pengkalan tldm lumut tu. memang agak jakun la kami ke sini. dan kekaguman jugak sebab dewan dia cantek la sangat2. hehe.

gambar2 kat bawah takde langsung makanan atau pengantin atau suasana. sebab budak2 ni sebok amek gambar masing2. buat penuhkan memory hp aku je. 


masa ni baru lepas makan. khalish terkejut sebab tetiba ada bunga api kuar dari belakang aku cross the hall. dasat sungguh la. terus khalish nanges kuat2. so tengah memujuk la ni.

budak2 yang memenuhkan memori hp saya dgn gambar2 tak berkenaan.


my favourite picture! khalish nampak malu2 tersipu2. susah ok nak amek gambar camni. hehe.


kejap je dia nanges tu. tengok. dah happy2 semula.


kami. susah kan nak ada gambar berdua?

Tuesday, June 22, 2010

Serba Salah.

aku dah janji dengan bekas rakan sekerja untuk pergi ke kenduri anaknya di kl nanti.
dan aku juga sudah berjanji untuk berjumpa dedalie untuk urusan rasmi di sana.

tapi.....
apakan daya.
buah cempedak dah jadi nangka.

tetiba je dapat berita mak sedara en alang nak kawenkan anak.
pada hari yang sama aku berjanji dengan mereka2 sebelum ini.
en alang dah muka kelat2 je bila sampaikan berita ni.
dia sendiri tau betapa pentingnya aku untuk hadirkan diri ke majlis bekas rakan sekerja tu.
masa aku nikah dulu, dia yang beria beri puding bagai.
masa aku baru kawen, dia lah yang beri pinjam periuk kukus.
:(

camne ni???
ibu dah suruh pegi kenduri mak sedara en alang tu.
tapi aku dah berjanji dengan mereka2 awal lagi dari tu.
dan sekarang aku takde mood.
:(

sungguh takde mood.
kalau korang, korang pi mana?

Wednesday, June 2, 2010

khalish cukur jambul

maybe ada yang tahu yang kami sekeluarga berwiken dengan kenduri sahaja.
kenduri sepupu pulak tu.
kalau tak pergi, memang keji la kan.

so, jumaat tu ada majlis nikah.
khamis kenduri belah pengantin perempuan dan ahad pengantin lelaki merangkap sepupu aku tu.

sabtu tu, lepas je balek dari kenduri belah perempuan, 
pi jalan2 umah sedara en alang.
dan malam pulak, lepak kat umah pengantin lelaki sebab dengarnya ada marhaban.
so, tunggula kami sampai marhaban habis rancangnya.

tapi, dalam pukul 8lebih camtu,
ucu aku merangkap mak pengantin suruh aku siap2. katanya nak buat skali cukur jambul khalish.
ha kooo....terkejut gile ok.
sebab tiba2 je kan. dah la masa tu tgh melantak sup daging, tetel & tulang.
perghhh...terbaik la!
hehehe~

so, cepat2 siap, siapkan khalish jugak,
dan turun ke dewan untuk majlis.


kanan bawah tu la ucu aku. adik ayah yang bongsu. dah ada menantu dah ye ucu! :)

masa ni ala2 ngantuk jugak la. khalish awal2 je behave. lepas tu dah boring agaknya. rengek2 nak tido pulak. haihh~

acara marhaban/cukur jambul ni dalam 2 jam jugakla.
lama kitorang dok kat tengah2 bulatan tu.
oh. masa ni buat skali ngan anak sepupu.
sebaya khalish, tapi dah terer merangkak dan duduk sendiri.
jeles gila ok!
huhuhu~

sebabkan lama sangat sampai 2 jam, ramai dah tertidor2.
termasuk jurugambar skali teridor. hahahha~
jadinya, gambar masa aku keliling bulatan, diorang sapukan air zam2 kat kepala dan suapkan khalish takde ok.
TAKDE!
hangin je masa ni. tapi nak wat camne kan. semua dah penat sangat.

at least, khalish rasa jugak cukur jambul bagai ni.
:)

tengah upload gambar2 masa kenduri ni.
tak banyak, tapi pening nak susun.
huhuhu~

Wednesday, May 12, 2010

ko tengok. skali datang 2 ok!

2 kad ok.
bukan 2 boyfriend ke apa ke.
hehehe.

oh. semalam tengahari en alang bagitau, ada 2 kad kawen sampai umah.
atas nama aku pulak tu.
so...aku masa tu dapat agak siapa punya kad kan.
dan bila bukak je sampul kad tu, aku dah sengih2.
tapi bila tengok tarikh, start berkerut dahi aku.
camne nak pi 2-2 majlis ni?


kad belah kiri ada karikatur tu dari cikgu shalin. kad kanan kaler pink lembut tu dari princess_N.



nampak ke ek? shalin majlis 5hb Jun.


N pulak majlis 6hb Jun. haihh~ pening2....

so pagi tadi ngadu la kat ibu camne ni. takkan nak berkejar sana sini kan.
plus end of May ada kenduri kat kl.
tu wajib pi sebab sepupu yang kawen.

iso skang ni masing2 tgh perah otak camne nak penuhi jemputan.
dah ramai wooo blogger2 kawen aku tak dapat pi.
rasa segan pon ada gak.
sebab diorang beria antor kad, aku tak pi.
seingat aku, aku pi kenduri ceera je.
haihh...teruk kan aku?

korang ada idea tak camne nak selesaikan masalah ni?

Wednesday, July 29, 2009

aku tau korang mesti suka ngan gambar2 ni.

menu hari sanding,

ikan sambal, umbut pisang masak lemak, sambal belacan.



udang tepung, daging masak black pepper, tembikai dan bubur kacang campur sagu (tiada dalam gambar)


menu malam berinai,

urap (pronounce:urep)

keropok goreng, ikan keli goreng masak pecal, masak lemak nangka.


mee rebus.

aku suka sangat menu2 sepanjang kami kat kampung.
masa makan nasi ngan urap, aku tambah nasi 3 kali ok!
memang perak takkan dapat la.
kat kampung johor je leh dapat urap ni.
:)


kalau korang terer, kuih apakah ini?

kalau korang dapat teka, memang korang terer aaa!!! sebab kitorang adik beradik tak pernah jumpa ok! huhuhu~

lokasi: kelapa sawit, kulai

ni masa baru sampai waktu malam berinai. nampak skema je. huhuhu~


adik2 yang sengal.


atok dan pak ngah.


pak mat ngan nabila.


en alang, pak itam ngan ayah.


ni plak capture masa hari sanding (ahad).

pada sesiapa yang cam pelik nape masa malam berinai baju ijau, pelamin oren, ni la jawapannya. tema hari sanding sebenarnya adalah oren. hehehe.

ok. tu je la kot pasal balek kampung aritu.
kenduri kawen biasala.
makan, makan, dan makan.

:)

Monday, July 27, 2009

terlalu keletihan. boleh pengsan macam ni.

ehsan dari pakcik google.

malas. penat.
malam tadi baru sampai perak jam 12am.

bagai nak pengsan ok.
dalam kereta dari jam 3pm sampai 12am.
tak larattttt!!!!!!!!!

nanti aku update pasal balek kampung ek.
skang ni masih longlai.

Thursday, February 12, 2009

di rumah mak long

malas nak describe panjang2.
aku citer sket2 la ek.
pandai2 korang la agak2 cerita disebalik gambar.
hehehe.

iqa. pakai baju aku. masa ni baru sampai kat umah mak long.


anak2 sepupu aku. dah besor2 deme ni. rajin lak tu.


2 budak gumuk. amek gambar dari bawah memang terserlah kegemukan aku.


makcik2 sebok buat preparation untuk kenduri malam kang.


tengah tunggu turn nak mandi.


solat maghrib jemaah bersama keluarga.


menunggu ketibaan ahli masjid. snap2 gambar sebelum kejadian.


elok je terbentang saprah ni.


orang masjid dah sampai. tengah boring. orang ramai gile. kena halau dok dapur. tak tau nak wat apa.


zaza kendong anak sepupu aku.


barang2 dalam paperbag untuk diberi pada ahli masjid. ada oren (sedap gile!), lai, mug dan aneka jenis gula2.



makcik2 tgh sebok cedukkan lauk2 untuk ahli masjid.





antara juadah2 yang dihidang malam tu.
1. kuih2
2. nasi
3. pecal (dalam gambar)
4. asam pedas ikan
5. ikan masin dan sambal belacan
6. sayur campur masak lemak

marvellous!
mamma mia!
hehehe.


yang lain2 tu,
gambar2 repek je.
sebab aku tak sehat kan.
aku serahkan kamera kat iqa.
ntah hape2 gambar dia amek.
ni pon puas tapis.
huhuhuhu~

Thursday, December 18, 2008

persandingan ceera dan ciput

sebelum tu, mesti korang pelik apsal gambar2 aquaria tu gelap2 malap je. kat situ leh amek gambar, tapi takleh pakai flash. takut ikan2 terkejut. ada faham?

(tapi ada jugak yang degil pakai jugak flash! geram tul aku...grrrrr! diorang ni tak reti nak hormat tempat orang lain agaknya)


sebelom bertolak, kite snap2 dulu. tak tau la nape en alang suka amek gambar menempel kat aku. manja sangat. huhuhu~


dah sampai area umah pengantin. sonang jo nak cari. tak sesat pon. (wat muka bangga)
hahaha!
tgk en alang, dah nampak rupa laki orang kan? dengan gaya tangan kat poket. sebijik macam rupa seorang suami.



duduk2 je, terus salam2 tuan umah dan makan dulu. sebab tuan umah kata ceera lom abis bersiap lagi. carik2 jugak ayu, tapi tak jumpa (sebab dah janji ngan ayu nak lepak ngan dia). bila tetengah makan tu, capai phone, call ayu. rupa2nya, ayu dah kena lindung oleh sekumpulan bloggers lain (diorang ni aku tak kenal). dan masa ni jugak kenal2 ngan bloggers ni.


tgk. muka kitorang. happy je. yela kan. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati. makan sedap gile wei. rugi plak tak amek gambar. gulai perut ngan rebung tu memang marvellous!


suasana majlis kenduri ceera.


then, lepas makan, ayu dan lain2 ajak naik atas umah. so, bila naik2 je, pelamin ni dah tersergam indah. puas pujuk en alang nak amek gambar kat pelamin, tapi dia malu...~ hehehe...


sambil tunggu pengantin bersiap. masa ni en alang tgh layan ngantuk. sebab cuaca dah sejuk2 kat luar. tunggu masa nak ujan.


sambil2 tu, ternampak plak viruspadu. cantik je aku tgk. penuh kelembutan. aku dapat tau, dia baru kuar ward. yang budak comel tu, nisa. takmo kat orang lain. nak melekat kat parents dia je.


bila dah agak2 ceera dah abis mekap, kitorang pon terjah la bilik dia. wah! terkesima sebentar ok. memang cun jelita ayu abis la!


jangan cakap apa2. aku tau aku nampak gelap. ni salah diri sendiri. sebab tak bawak tudung yang kena ngan baju. last2, rembat je tudung hitam zaza ni. huhuhu~


ceera tak selesa ngan subang yang dia pakai. asik pasang bukak je. cian dia.


antara gambar2 pengantin. aku suka sangat gambar ceera baling kelopak bunga tu. nampak cantik!


ayu dan angah (sugarshay). angah ni anak sedare ayu. blogger jugak. angah! apsal kite tak bergambar ek? huhuhuhu~


tgh tunggu pengantin lelaki sampai, ternampak dak jepun ni. terus capai dia dan ajak bergambar. zack_u ni la jadi fotographer masa aku ngan en alang nak amek gambar ngan pengantin.


bersama blogger jugak. bee. wah! memang tak sangka akan terjumpa. sebab bee ni tak cakap pon dia nak pi kenduri ceera. skali bila dia kenalkan diri, terkejut kejap. memang tak sangka betul!


pengantin bersanding. oh ya! ciput datang dalam ujan lebat tak terhingga.


tgk en alang. suka je ngendeng2. grrrr.....


tgk tu. betapa ramainye jurugambar bertauliah dan tak bertauliah ni.


ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.


salam2, cium2 pengantin dulu. "ambil berkat". apakah?
masa salam2 ni, ciput tak perasan kitorang ni sape. bila aku pandang ciput, dia baru perasan, "eh? ni dari sitiawan kan?" siap tunjuk2 kat kitorang. wah! tak sangka ciput ingat lagi. terharu tau.


sebelum balek, udang panjat perlu diambil gambarnya. memang nampak menyelerakan! nyum!


antara hidangan untuk pengantin yang ada. :)

sebenarnya, ada lagi gambar blogger yang aku ambil. a'an. tapi demi menghormati privasi a'an, aku tak siarkan gambar dia kat blog aku ni. melainkan kalau a'an dah bagi green light, baru aku letak ok?

ada lagi gambar2 pengantin. tapi rasanya semua sama je dari blog2 lain. so, aku just letak yang mana aku rasa tak ada kat blog2 lain tu. ok?


buat ceera dan ciput, kite dan alang doakan kalian semoga bahagia dan saksama selalu ok. ciput, jaga ceera elok2. jangan slalu buat dia merajuk ok! ceera, jaga makan minum ciput. patuh setiap kata2 suami. semoga kalian beroleh zuriat yang comel2. aminnnn.....



wah! rasa sebak plak taip benda2 camni. huhuhuhu~
dengan harapan, ceera dan ciput baca la ek.

ok korang. rasanya, hutang entri wedding ceera ni dah selesai.
boleh la aku wat entri2 lain plak ek?

(rasanya, ada hutang tag ni...)


edit jam 4.41pm,

wah! cik a'an dah beri kebenaran letak gambar dia. lajuuuu jek aku nak tayang. tadaaa!!!
pada sesiapa pengikut blog orangelily, inila tuan blog itu!
jangan marah ha a'an. jual kang! hehehehe~


a'an and i. tak sangka dapat jumpa dia. dah la aku tak pernah tgk rupa a'an ni, leh lak tanya kat aku tanya kenal tak dia? harusla aku blur2 sotong kan. hahaha! anyway, really2 have fun dapat jumpa bloggers2 ni.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...