Followers

Friday, September 3, 2010

Berbuka puasa ramadan ke-23

haha. dah ramadan ke-23 baru nak update menu2 eh.
lauk2 dimasak oleh ibu kesayangan. aku just duduk dan ngap je!

ikan masin pembuka selera

kangkung goreng udang kering. yummy!


sup tulang & daging. memang yummy2.


murtabak ayam dan daging. beli. mahal dah eh harga murtabak skarang. bila masa naik rm2.50 ntah. haihh..


pencuci mulut. honeydew dan betik mai dari kamoung en alang. ngeh ngeh ngeh.


teh songket. perasa mangga kot. aku dan en alang kalau berbuka memang cari air panas dulu. tekak takla terkejut sangat.


laicikang sejuk. air ni beli. sedap.


ni masih awal pagi kan. so korang takdela terliur kan? hehe.
ntah apa la ibu masak harini pulak. rasa nak request kuey teow kungfu la...

Thursday, September 2, 2010

Happy2 pulak dia.

kat kampung bruas. kemain happy lagi dia kalau kat umah opah. almaklumla, umah opah bebas nak merangkak sana sini. kalau terjatuh pon, tak saket sangat. umah papan.

happy2 dapat belajar tatih. ni berdiri statik sambil beri pose termanis untuk mama. abaikan kaki papa tu ya.

sayang buat apa tu? kira bulu kaki papa ke?


tengok tu. kemain leka lagi main kaki papa.


mama amek gambar khalish ke? nape tak bagitau?


ok! khalish senyum untuk semua kawan2 mama. ngee~

Berbuka bersama keluarga Nor.

biasalah kan. kalau dah plan awal2, slalu tak jadi.
ha...bila tetiba je nor sms kata petang ni jadik berbuka sama2, terus aku on je. tak banyak kerenah la.
lagipon masa ni kat umah ibu takde sape. so rasa bersalah makan kat luar tu takde la kan. hehe.

nor, sweet tasnim dan norman. rakan sekerja ku dulu2 kala. dan hubungan kami kekal baik sampai skarang. menu kami: sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar, jus epal dan jus karot susu. kenyang sangat2 sampai perut ketat gila!

budak lebor ngan papanya. orang sebok makan, dia sebok tarik baju mama. huhu.


tengok betapa lebornya khalish. by the way, khalish dan tasnim dilahirkan pada tahun yang sama. cuma tasnim awal pada bulan feb, khalish september (yang sepatutnya due on october!)




lihat saja gelagat budak2 ni. bila sorang tengok kamera, sorang lagi tak. and vice versa. haha. takpela. harap2 raya nanti leh la amek gambar proper2 sket eh tasnim. hehe.

Bad mood


Si khalish kalau bad mood memang la susah nak nampak walau secebis senyuman kat muka dia. 
masa ni dia betul2 tengah mengantuk. pulaknya papa dia terlupa nak masukkan stroller dalam kereta. haa...kena la duduk dalam shopping cart ni ha.
memula tu memang la muka excited, tapi bila nak balek tu, terus muka boring dan mengamuk2 kalau salah usik. haihhh.~ ikut perangai siapa la ni. ;)

kat giant manjung. tengok la tu. berlagak duduk sampai macam tu skali gayanya. puas suruh senyum, kamera pon takmo pandang.

tengok tu. monyok je. tu pon papa dia nak tarik tangan dia ke depan, dah ngamuk2. hai anak, anak.

Wednesday, September 1, 2010

tergigil2 tangan



first time nak masuk kontes senang2.
just klik2 refresh je kat blog budak amiys ni.
sebab dia nak nombor kilometer dia tu 29999.
tapi yang aku dapat hanyalah 29997.
bila aku refresh balek. dah 30013. gila laju la!!!

haih. siapa la yang bertuah tu ek?
hehe.

Sahabat sejati

"They say true-friends can go on long periods of time without speaking & never question the friendship. These types of friends pick up like they just spoke yesterday, regardless of how long it has been or how far away they live, and they don’t hold grudges. They understand that life is busy, but you will always love them. Re-post if you have at least one of these friends"


Petikan re-post dari seorang member di facebook. dan aku re-post semula petikan ini kerana ianya adalah benar. Sememangnya benar!


Macam aku, sekolah merata2. dah namanya anak tentera. memang susah nak ada kawan yang benar2 faham susah senang ko dan gelak tawa tangis bersama. dalam ramai2, hanya boleh dibilang dengan jari mereka2 yang benar2 keep in touch dari dulu hingga kini. oh. rakan2 dalam fb yang tiba2 timbul balek adalah tak aci ok. sebab mereka juga seperti aku, e eh, aku kenal la budak ni. add la. hehe.
:)


macam aku, sahabat dari sekolah rendah, memang dah totally out of reach. baru2 ni je thru fb aku dapat jejak mereka. sahabat sekolah menegah pula, yang betul2 keep roger2 biarpon setahun sekali adalah 2 orang. dan itu sahaja sahabat yang benar2 memahami luar dalam aku sejak dulu. keluarga kami bertiga pon telah mengenali sesama sendiri. sangat2 selesa. even sekarang masing2 dah ada keluarga mini sendiri, ingatan terhadap masing2 tak luput dari ingatan. 


sahabat masa uni pula, hoh. memang ada. tapi tu la. memang takde kesempatan langsung nak jumpa. setakat roger2 setahun sekali tu je la. haha. tapi yang penting, dia ingat aku, aku ingat dia. sahabat masa uni pon ada 2 orang.


jangan salah faham. aku ada ramai kawan. tapi dengan mereka2 ini sahaja yang aku selesa. selesa untuk bercerita apa sahaja. tidak seperti dalam blog, sudah tentu hanya 30-40% sahaja kisah hidup diri dan keluarga yang terpampang di sini. hei..setiap orang ada rahsia sendiri bukan?


rakan2 blog juga ada la 2-3 orang yang aku selesa bercerita. dan kamu tahu kamu siapa.

Monday, August 30, 2010

Manusia sekarang sudah tiada hati perut

korang ingat tak pada berita seorang pemain badminton yang telah menceraikan isterinya hanya setelah sebulan bernikah?  sedangkan pada perkahwinan sebelum itu pon hanya bertahan selama seminggu sahaja. korang ingat lagi kan?

tak silap aku, kat paper pada hari yang sama juga ada berita tentang pembuangan bayi. entahla, biasala kita sebagai manusia prihatin for sure akan marah bila benda2 ni jadi kat sekeliling kita. dan kita helpless tak tau nak bantu apa dah pasal buang2 anak ni.

masa ni, aku kat office. baca paper depan sorang kolig yang lain. kolig tu lelaki dan bujang. at first aku taknak la citer benda ni kat blog. but korang pon tau je la aku ni, tangan gatal je ok nak taip2. haha.

aku sambil baca paper: isk. dasat la mamat ni. kawen cerai macam rileks je. apa kebenda la yang dia pikir eh masa ceraikan isteri dia tu?

kolig: aahh..lantak dia la. hal dia. 

ok. masa ni, aku tak kesah lagi la kan. dah nama rumahtangga orang lain. buat apa nak sebok2 kan.

aku selak2 paper, ada citer buang anak.

aku: isk. aku tak paham la diorang ni. buang2 anak selamba je. macam buang sampah.

kolig: ala, citer ni dari dulu2 pon dah ada. tapi skang ni bila dah ada ini (sambil jari tunjuk kat logo KAMI PRIHATIN), kes2 camni heboh2 je.

aku: ye la, buang baby tu. ingat senang ke nak dapat anak? orang yang kawen bertahun2 tak dapat anak tu menangis2 nak anak. ni diorang dah ada rezeki main campak2 je. betul2 tak tau bersyukur diorang ni.

kolig: yang ko sebok2 tu kenapa? biarla diorang.

aku diam je malas aku nak citer lebih2 kat orang camni. orang camni slalunya taknak mengaku kalah. nak dia je menang. atau mungkin sebab dia tak kawen lagi, so sifat kebapaan tu tak muncul lagi. belum ada rasa sayang pada mana2 baby yang dia nampak depan mata. 

tapi, masa aku cakap ngan dia tu, aku rasa macam dia taknak ambil tahu langsung pasal buang anak ni. semacam anak tu tak kesah la nak dibuang2. buat apa ko nak heboh2 dalam paper, dalam berita? haa...camtula. entahla. sebab aku dok teringat2 perbualan aku ngan dia sampai skang, aku terpaksa luahkan jugak dalam blog. sebab hati aku sakit macam disiat2 bila teringat2. dan automatik, aku jadi menyampah bila tengok muka kolig aku tu. Astaghfirullahalazim...

apa pula pendapat korang? kalau korang alami apa yang aku alami ni, apa korang akan buat?

Esok Hari Kemerdekaan. Ramai yang cuti ke?

kat umah agak meriah kala ini. ajik dan iqa ada temankan ibu kat umah.
so, hati meronta...batin terseksa la jugak terpaksa datang keje hari ni.
kalau ikutkan hati, lama dah minta cuti. tapi disebabkan cuti tinggal berapa kerat je, nak tak nak terpaksa la bekerja harini. kalau tak, mesti cuti aku dah straight 5 hari wei. haha. sorga!

 malam ni tak tau lagi nak pi lumut ke tak. konon2 ada pertunjukkan bunga api menjelang jam 12am nanti. entah ye ke tak tu.
cam tahun lepas, hampeh ok. penat2 je tunggu sambil menguap2, tapi sejemput bunga api pon takde.
haha. takpon aku ajak en alang jalan2 kat pasar macam uptown tu je kot.

korang dah abis borong baju2 raya ke? aku tak beli apa pon lagi untuk diri sendiri. takat baju raya yang ditempah tu je la. hmmm...~
aku recycle je baju tahun lepas. tak kuasa ok nak beli2. sebab perut dah ala2 nampak la jugak kan. nak pakai baju kurung, perut dah ke depan. nak pakai baju maxi, aku ni tak kenan sangat.
so...hmm...tengok la dulu camne.

keinginan untuk menjamah nandos belum tercapai lagi. harap2 sebelum aku beranak, dapat la jamah walau sikit. terlupa nak pesan kat ibu dan adik2 belikan nandos kat kl tu haa...haihhh~
doakan aku ok!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...