tak silap aku, kat paper pada hari yang sama juga ada berita tentang pembuangan bayi. entahla, biasala kita sebagai manusia prihatin for sure akan marah bila benda2 ni jadi kat sekeliling kita. dan kita helpless tak tau nak bantu apa dah pasal buang2 anak ni.
masa ni, aku kat office. baca paper depan sorang kolig yang lain. kolig tu lelaki dan bujang. at first aku taknak la citer benda ni kat blog. but korang pon tau je la aku ni, tangan gatal je ok nak taip2. haha.
aku sambil baca paper: isk. dasat la mamat ni. kawen cerai macam rileks je. apa kebenda la yang dia pikir eh masa ceraikan isteri dia tu?
kolig: aahh..lantak dia la. hal dia.
ok. masa ni, aku tak kesah lagi la kan. dah nama rumahtangga orang lain. buat apa nak sebok2 kan.
aku selak2 paper, ada citer buang anak.
aku: isk. aku tak paham la diorang ni. buang2 anak selamba je. macam buang sampah.
kolig: ala, citer ni dari dulu2 pon dah ada. tapi skang ni bila dah ada ini (sambil jari tunjuk kat logo KAMI PRIHATIN), kes2 camni heboh2 je.
aku: ye la, buang baby tu. ingat senang ke nak dapat anak? orang yang kawen bertahun2 tak dapat anak tu menangis2 nak anak. ni diorang dah ada rezeki main campak2 je. betul2 tak tau bersyukur diorang ni.
kolig: yang ko sebok2 tu kenapa? biarla diorang.
aku diam je malas aku nak citer lebih2 kat orang camni. orang camni slalunya taknak mengaku kalah. nak dia je menang. atau mungkin sebab dia tak kawen lagi, so sifat kebapaan tu tak muncul lagi. belum ada rasa sayang pada mana2 baby yang dia nampak depan mata.
tapi, masa aku cakap ngan dia tu, aku rasa macam dia taknak ambil tahu langsung pasal buang anak ni. semacam anak tu tak kesah la nak dibuang2. buat apa ko nak heboh2 dalam paper, dalam berita? haa...camtula. entahla. sebab aku dok teringat2 perbualan aku ngan dia sampai skang, aku terpaksa luahkan jugak dalam blog. sebab hati aku sakit macam disiat2 bila teringat2. dan automatik, aku jadi menyampah bila tengok muka kolig aku tu. Astaghfirullahalazim...
apa pula pendapat korang? kalau korang alami apa yang aku alami ni, apa korang akan buat?
"entah2 tu anak ko..sebab tu ko malas sangat nak masuk campur"
ReplyDeletesambil blah dgn laju2..
ahaha..seyes..lelaki macam tu rasanya tak perlu buat laki kot..sebab ini bukan masalah kebapaan atau tau..ini masalaah kemanusiaan..
Pasal baby tu memang sedih kan.. Comel je.. Sihat sempurna.. Haih
jgn menyampah..nanti baby dlm perut ikut muka dia..mau??
ReplyDeleteagaknya dia jenis hal sendiri2 kot...jenis hidup x ambik tau hal orang...ntah la manusia ni ada macam2 jenis dan perangai...kadang orang lelaki ni ada yang jenis x ambik tau hal semasa...penting diri lebih
ReplyDeletehumm kepala sama hitam hati lain2 kan..
ReplyDelete*bru pas nanges kes buang bayi tuh :(*
memang sah hati kering. at least tunjuk lah sikit rasa prihatin. bukan keluar se-sen pun.
ReplyDeletetak suka org gni.sbb tak prihatin dgn isu ni.
ReplyDeletekita mmg kena menyebok,kalu tak nyebok,makin ramai la yg berzina,buang anak tanpa ehsan.hidup cam org barat!
eh..teremo plak.keke
dia takdet anak lagi...bila dah ada anak baru tau laaaaaa
ReplyDeletetak nak lah pikir bukan2 kan, tapi maybe dia tuh lelaki. disebabkan lelaki jugak, ramai baby2 dibuang. if kaum diorg sangat2 perihatin after 'make love', mesti lah dia akan bertanggungjawab kan? berani kerana benar lah....
ReplyDeleteso, he's proving yg dia sama je dgn jantan2 yg mengakibatkan org perempuan buang bayi. sgt tak prihatin...
oppsss.... sorry kak intan, ter'emo plak.
ReplyDeletehurm..sikap kurang perihatin mcm ni lah penyebab jadi macam keadaan sekarang. buang anak mcm buang sampah.
ReplyDeletentah2 dia pn prnh trlibt ke hape... haha.. keji sgt!
ReplyDeleteorang macam ni penuh dengan aura negatif. kalau kita cerita tuh macam negatif je reply dia semua. memang tension kalau kita cakap dengan dia, so lebih baik jauhkan diri (ada experience ni :P) tapi btol la, kesian baby kena buang-buang ni, sedih!
ReplyDeletesedih sgtt ble bace kes buang baby...igt sennag ke nk preggy...then nk buang2..jahanam tol manusia y wat cmtu...bole plak y buang ank ni bsalin normal ekk...x de nk c-sec wutsoeva..grrrr...
ReplyDeleteDah tak larat nak luah, terlampau sakit hati tgk kezaliman spt org kafir!
ReplyDelete