Followers

Friday, July 24, 2009

bunga yang mekar tapi takde harumnya

dijana oleh kuasa sonar solar .
tak payah bateri.
jangan disiram dengan air!




comel tak? ibu belikan. ibu kata murah je, rm5.

ni nak letak kat kereta.
en alang berkobar2 tengok bunga ni.
sebab baru minggu lepas dia kata nak beli satu.
tgk2, dapat free plak.
harusla sukeee.....

:)

hujan lebat, hari gelap.

gelap je pagi ni.
suasana pukul 8 pagi.
ujan lebat plak tu.
sedapnye kalau dapat tarik selimut.

wuwuwuwu~
nanges la kan.
dah la jumaat.

takpela,
sebabkan dah jumaat,
datang jugak ofis.
dengan ceria2 lagik.
membawa bersama 2 keping roti canai telur.
(aku makan sekeping je tau!)

tengahari ni nak makan apa ek?
ada cadangan?

Thursday, July 23, 2009

dekat gilos!!! takdenya nak sesat barat ke hape...


korang tengok la sendirik.
betapa dekatnya spital ngan umah sewa kitorang skang.

naik kereta, tak sempat nak panas enjin.
jalan kaki, tak sempat nak menitik peluh.
:)

semoga dengan dekatnya spital ni, senang kalau ada emergency.

dan. ni aku dah bagi hint umah aku kat ne.
sape2 yang nak datang umah, leh sesat lagi,
tak tau nak kata apa dah.

cemas sekejap

dari malam kelmarin,
dada ni rasa sesak, saket je.
tu pon terasa bila terjaga dari tidor kul 4pagi.

ingatkan bangun pagi, ok dah.
rupanya membawak sampai balek keje semalam dada ni masih saket.
aku dah cuak.
en alang apatah lagi.

so, semalam lepas je maghrib,
laju je kitorang ke spital.

budak jaga kaunter tu cute nak mati ok!
matikla tak sedar diri awak tu tgh bawak perut.
huhuhu~

berdaftar ngan budak kaunter, tunggu tak sampai 10 minit,
terus diorang panggil nama.

masuk.
terpinga2.
sebab nampak 2 katil, satu meja, ramai doktor (3 orang tak silap), dan 3 nurse.
nak pi mana ni?

bagi salam, sorang doc ni jawab,
aku pi je kat dia.
belum aapa2 lagi, dia dah suruh aku baring atas katil.
ok fine, aku baring.

amek tekanan darah je pon.
tapi sampai kena baring2.
tak fahammmmm....

blood pressure ok.
simptom masih diragui.
doc check paru2, dia kata clear jugak.
ok...sesuatu ok.
dahla sepanjang buat bp tadi dada makin saket.

doc cadangkan buat ecg.
aku cuak. tak pernah kena buat.
tapi kena tunggu turn. sebab mesin ecg masa tu ada sorang pakcik tgh guna.

ni la rupa mesin ecg tu. gambar dari google.

tunggu2..5minit camtu.
sorang nurse datang. suruh aku selak baju dengan bra2 skalik.
eh? wat ecg kena bukak baju ke nurse?
nurse senyum, angguk2 je. (malas nak layan aku la nih)
segan gile weii..dahla kat unit kecemasan kan.
katil kat situ ditutup dengan langsir je.
masa aku tgh selak baju, ada sorang doc ni jenguk.
malu.
masa tgh baring kebogelan tu,
2 doc lagi jenguk. laaagi malu!
sebab diorang nak jengah kalau2 katil tu kosong ke.
sebab tu diorang jengah2.
nurse siap jerit2. jangan masuk!
ada patient ni, buat ecg!
baru la takde sape jengah lepas tu.
nurse bubuh benda2 kecik atas badan dan dada,
kepit tangan, kepit kaki,
tak bagi gerak.

aku kan tgh malu masa tu,
asik la dok gerak2.
skali, kena marah ngan nurse.
terus aku diam membatu kat situ.
hahahaha. baru tau nak dengar kata kan.

lepas buat test ecg tu,
tak sabar2 aku nak pakai baju balek.
jumpa doc, doc analyse,
jantung aku ok je.
so, dia saspek aku kena gastrik.
dia cucuk aku ngan ubat gastrik,
terus boleh balek dah.

sepanjang dok kat ER tu,
macam2 kes aku jumpa.
ada sorang india ni, kaki berdarah2. accident kot.
ada sorang apek cina ni, jari kelingking dia terpotong,
darah banyak kuar, kena tahan wad. tapi apek tu degil. takmo masuk wad.
ada sorang makcik ni, mintak 2 jenis ubat gastrik.
doc pon layankan je. bagi semua jenis yang ada. hahahaha!

nyesal dulu tak blajar pandai2.
kalau tak, mesti dah boleh jadik doktor skang ni.
hehehe~

oh, skang aku dah sehat.
dada dah tak saket dah.
:)

Wednesday, July 22, 2009

sedap, tapi senang sangat2!

nasi beriyani (macam rupa nasi beriyani gam kan?). sori presentation sangat sempoi. ni penyakit malas la ni.


kari daging yang meletop2 pedasnya. ada daging, kentang dan carrot.


juadah kami berdua. macam mewah, tapi kos tak sampai rm12. jimat kan?

kalau makan kat kedai briyani,
sah2 rm20++ akan terbang macam tu je.
semua ni aku masak dalam 30 minit je.
senang je!

nasi beriyani- guna perencah hari-hari favourites maggi nasi beriyani.
kari daging - guna perencah hari-hari favourites maggi kari nasi kandar.

cubalah!
memang meletup!!!

en alang ngan aku berlawan2 makan.
sorang 3 pinggan ok.
hehehe.

biapor takde sayur,
tapi makan laju jek.
oh. mesti ada korang cam pelik kitorang ni memang jenis suka makan satu lauk je ke?
sebenarnya, the more, the merrier la kan.
tapi, kitorang ni jenis paling banyak lauk pon, 3 jenis.
main lauk, sayur dan ikan/telur/ayam goreng.
camtu je.

ni makan nasi beriyani, dalam nasi dah ada ayam.
pastu kari daging plak.
aku lak terlupa nak beli kacang panjang.
leh la wat dalca ke apa kan.
tapi tu la, terlupaaa...
macam ni pon dah sedap dah.

disebabkan cubaan pertamaku masak nasi beriyani menjadi (biarpon pakai rencah segera),
boleh la praktikkan untuk jamu tetamu plak.
:)

sape nak?
meh datang umah!

Tuesday, July 21, 2009

sila check ek....

adakah nama anda tersenarai dalam blacklist ptptn?


sila check ekkk.....
http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

gigil aku check no.ic sendiri tadi.
risau kena blacklist je.
bayar ptptn asik lompat2 je skang ni.
huhuhuhu~

sib baik clear!
fuhhhh...lega!
:)

sedapnya nasi goreng berlaukkan butter prawn....

cincau yang segarrr!!!


butter prawn yang nampak sikit, tapi sebenarnya banyak ni. diorang main timbun2 plak. sedap gile! rasa manis2 pedas. nyammm!!!


sori. gambar tak bermutu. nasi goreng yang simple tapi pergghhhhhh!!! hehehe. (faveret zaza)

semalam makan kat kedai ah choon.
jangan risau, kat sini semua halal.
boleh dapat makanan cina dengan harga berpatutan dan rasa yang pure!

len kali nak pekena ikan stim plak.
:)

semalam aku berdua ngan en alang makan 3 pinggan nasi goreng, 3 cawan cincau dan butter prawn untuk 2 orang makan.


aku tau ramai yang berpuasa hari ni. pada yang berpuasa tu, selamat berpuasa ok. anggaplah entri ni antara idea untuk korang berbuka nanti.
pada yang tak berpuasa, silalah terjah mana2 restoran cina halal ok.
:)

bila ditegur aku begini...

"Dalam gambar tu, akak nampak macam penat pulak. Tapi maintain ceria pegang Tasnim. Huhu" - komen dari diya untuk entri bercanda di pasiran pantai.

kan?
memang nampak macam penat kan?
agaknya sebab tu kot orang2 keliling aku tak bagi aku bawak kereta dah.
sebab muka nampak macam penat.
padahal, tak rasa pon dik.
cuma muka tu je tak boleh blah.

dan hidung makin kembang2.
itu la part paling tak boleh blah.
bila hidung dah kembang, aku yang dah sedia kembang ni nampak bertambah kembang la.

:)

takpe.
harap2 ini semua sementara.
bila baby dah kuar, aku sedia vogue kembali.
vogue kah?
wakakakakaka!

macam2 la benda jadi bila pregnant ni.
cincin kawen ngan risik langsung tak boleh pakai dah.
jari kembang2. en alang kata jari2ku ni dah macam jari budak nakal.
dahla itam, gumuk2 lak tu.
haiiihhhh....boleh dia kata camtu.
harusla aku tarik muncung sedepa.
wrist makin bertambah saket. tapi kadang2 tak rasa saket plak.
pelik. macam doc kata, ni semua psikologi je.
harap2 camtu la.

alhamdulillah, kaki takde bengkak2.
sebab aku ni jenis kuat minum, kuat kench jugak.
so, buah pinggang beroperasi seperti normal.
:)

jap gi nak pi klinik.
check perut.
cam klakar je rasa term check perut tu.
misi2 suka tanya, check perut bila?
aku slalu blur2 bila tang ni.
bagi aku, apa yang dah tulis kat buku merah tu, itula datenya.
perlu ke tanya aku lagi?

misi2 klinik aku pegi ni suka uji ke'alert'an kite.
kalau kite jawab teragak2, dia suruh kite alert lain kali.
supaya tak terlepas date.
bagus jugak.
oh, dan diorang rajin telefon ingatkan kalau ada appointment ngan doc.
bagus kan?

k la.
wa chow dulu.
senang2, wa update lagi.
peace and out!
(poyo jek!)

Monday, July 20, 2009

tak sangka ek


dah masuk 3rd trimester rupanya.
patotla perut dah macam bola.

hari demi hari,
baby makin aktif.
dan skarang aku dah mula rasa apa yang slalu orang pregnant rasa.
tak boleh tidor, panas badan...
susah weiiii....
bawah mata pon dah ada dark circle.

pulaknya, bila ngiring kanan,
dia keruk2 perut belah kanan.
bila ngiring kiri,
dia main keruk2 plak belah kiri.
sudahnya?
terpaksa terlentang je.
tu pon puas jugakla gosok2 perut.
sebab dia takmo berenti main tendang2 perut mama dia ni.

hai anak.
kamu keluar nanti, tau la bila kamu tido, mama pulak kaco kamu.

oh.
ramai tanya apakah itu tongkeng.
pernah dengar tongkeng ayam?
tak???
tongkeng ayam=bontot ayam=bahagian banyak lemak2 tu.
kat pasar malam skang ni dah bersepah orang jual bontot ayam goreng tu kan?
tu la faveret en alang.

:)inila bontot ayam. hehehe~
gambar adalah digoogle. jangan nak kata aku curik gambar lak.


edit jam 4.41pm: baru terperasan, tajuk entri bercanda di pasiran pantai sama pulak dengan entri blogger ni. kepada tuan punya blog, maaf ye! tak sengaja.....

bercanda di pasiran pantai

oleh kerana dah lama tak jejak pantai,
dan dah lama tak jumpa kawan lama,
so, kitorang berpakat untuk jumpa kat teluk batik je.

nor dan norman
dan anak perempuan mereka, nur dayani tasnim.
baru 5 bulan.
gerammmm tgk dak kecik nih.

en alang. masa ni kitorang tgh tunggu mak pak budak tasnim tu datang.


okeh. sape nak tgk sangat muka mak buyung aritu? tgk je la muka tak semenggah dan perut tu. haiihhhh...


orang tak ramai sangat. macam best je kalau dapat berendam.



juadah ringan yang kami bawa. tongkeng goreng (faveret en alang), sosej goreng, coklat apollo, chipsmore yang sampai ke sudah tak makan pon ngan keropok jacker.



beserta air 7up dan soya. hehehe.



diorang sampai je, terus aku terkam tasnim dulu. cepat2 suruh en alang amek gambar. takut terlupa. sampai senget2 kepala aku tu nape? tasnim tak heran pon ngan kamera. huhuhuhu~



mak pak budak. nor sebok picit sos.



apa ke benda la yang aku buat tu. en alang ni tak reti amek gambar la. semua angle dia amek, nampak aku gumuk sangat. (wahhh! tak nak ngaku lagi diri tu memang dah gemuk!)
:P





tasnim leka je dibaringkan. budak ni memang pelik. tak suka orang pegang. nak baringggg je. tido dalam buai pon takmo. bagusnya kalau anak aku nanti camni. senang mama. :)
nor, untung ko dapat tasnim senang nak jaga.




mak pak budak tasnim. nor ngan norman ni aku kenal masa keje kilang ayam dulu. kebetulan, alang adik angkat nor. aku, nor ngan norman plak satu dept. haiii..pusing2, kat situ jugakla. skang ni yang keje kat kilang ayam tu cuma norman je. nor dah jadik penjawat awam.


jumpa dalam 2 jam camtu, terus diorang nak blah dah.
sebab nak balek kampung norman, jumpa adik dia yang dah lama tak ketemu.
so, kitorang pon faham2 je la.
bagi diorang balek biarpon tak puas jumpa.
hahahahahahha!
punyala en alang teringat2 kat tasnim,
sampai malam tadi dok cerita2 pasal tasnim tak abis.

hehehe~

korang rasa pelik tak?
en alang kan nak sangat baby boy,
tapi, bila kitorang window shopping barang2 baby,
dia lagi berkenankan kaler pink.
camno tu?

hmmm....

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...