Followers

Friday, January 14, 2011

Bayangkan ini...~

Anda baru sahaja melahirkan anak. Masih lemah dan dalam tempoh berpantang.
Anak yang baru sahaja dilahirkan mengalami ruam2 dan kuning. Ditambah pula dengan cirit birit seharian tanpa henti.

Anak anda ditahan di wad. Tiada ruang untuk diri anda di wad kerana katil untuk ibu2 telah penuh. Anda perlu pulang.

Suami anda yang diharapkan untuk menghantar barangan bayi anda ke hospital mengalami kemalangan. Anda bernasib baik kerana suami anda hanya mengalami luka2 kecil dan kaki yang bengkak sahaja.

Ok. Itu yang berlaku semalam pada kami sekeluarga. Doakan kami tabah hadapi ujian Allah ini.

Thursday, January 13, 2011

Jaz kena rashes. Panik tak menentu.

tengokla. makin banyak rashes dia ni. nurse yang datang umah panik siap suruh rujuk kat doc. kitorang pon kelam kabut hantar dia pi klinik. last2 doc kata rashes ni common pada baby. tadi aku rujuk internet pon diorang kata rashes ni takde apa...akan hilang seiring dengan waktu. putih2 kat muka dia tu adalah ubat yang disapu.

dan jaz ada sedikit jaundice. harini kena pi check darah lagi. adoi...cian jaz kena amek darah je.

Wednesday, January 12, 2011

Berdua lebih baik. Ye ke?


gambar pertama berdua. pagi tadi. akhirnya dapat juga capture this moment!

masa ni berkali2 nak snap tapi asik tertangguh sebab khalish jenis pantas tangan. cepat je nak lepuk & cepuk adik dia. bayangkan tangan sebelah dok pegang phone nak snap, tangan sebelah lagi dah ready nak tahan tangan khalish dari hinggap kat badan jaz. hehe. kelam kabut!

gambar satu family takde lagi ye. tunggu la ai kurus dulu. haha. in your dream la intan nak kurus2 ni. skang ni pon asik lapar je apa hal? haha.

Tuesday, January 11, 2011

Kronologi kehadiran Khaliq Dani Jazly

pagi ahad. biasala. pagi yang amat rileks dan tenang. tiada yang perlu dikejar dan hanya ingin bersantai sahaja. kecuali en alang yang perlu membantu rakan kami, nor dan norman berpindah rumah dari pantai remis ke felcra lekir.

so pagi tu aku dan khalish memang tak rancang nak ke mana2 pon. plus iqa ada kat umah dan dia la yang buatkan breakfast untuk kitorang. actually masa pukul 8 sebelum en alang bertolak ke pantai remis, aku dah start rasa contraction yang kuat sket. tapi still rasa macam leh survive lagi dan kalau ikut kiraan, ada lagi dalam 2 minggu camtu sebelum due. so, malas la nak amek pot sangat kan. dahla sabtu tu aku minta en alang balek umah cepat2 sebab aku rasa masa tu macam dah saket sangat dah. tapi rupanya false alarm je. huhu~ siap petang tu sebab terlalu boring dok umah, aku ajak iqa dan en alang ke pasar malam dan jalan2 ke giant. sempat lagi tu. hehe.

dalam pukul 10 camtu, sedang elok baring2 dengan khalish sambil peluk tidurkan dia, tetiba aku rasa macam datang period. rasa berat je kat bawah nun. aku dalam hati terlintas, takkan kuar show dah kot? cepat2 ke toilet dan terbukti ye kawan2, show telah datang dan contraction pon datang jengah sekejap2. tapi masih boleh dikawal sebab aku masih boleh layan tv dan mandi dan siap2 pilih baju nak pakai ke spital. haha. last2 pakai seluar track ngan t-shirt je. call en alang tanya kat ne dan aku pon cakap tanda2 nak bersalin da kuar, kelam kabut dia tolong member tu dan dgn lori2 antar dia balek umah. dalam pukul 11am camtu, kami hantar khalish ke umah kak mis dan terus shoot ke spital. dalam perjalanan sib baik juga en alang tanya nak minum atau makan apa2 tak. aku just cakap nak air yang sejuk. so masa daftar tu dapatla aku minum air laici sejuk. terus rasa macam ok dah takde apa yang diidamkan dah. cukupla tu. hehe.

masa tengah daftar tu, aku dah rasa air ketuban bocor. rasa leleh2 je kat kaki ni ha. aku cakap la kat bidan yang air ketuban aku ni dah rasa kat kaki. cepat2 dia suruh aku masuk bilik pemeriksaan dan diorang check bukaan. masa tu dah bukak 4cm. so diorang suruh aku tukar baju dan terus masuk ke labour room. masa tu dah menginjak ke jam 12pm. aku dok buat kiraan sendiri. agak2 lagi 6cm ni pukul 7pm kot baru baby kuar. en alang pulak aku dah suruh pi lunch, tapi dia degil. takmo makan selagi aku dalam labour room. boleh? so dia la temankan aku kat labour room tu sampai la bukaan dah sampai ke 9cm. masa bukak 9cm tu dah pukul 5.10pm ye.

ok biarpon ni kelahiran kedua yang aku alami, tapi please note that ini adalah first time aku rasa saket beranak normal. jadinya segala adalah baru dan pengalaman aku alami ni adalah suatu yang tersangatla adventure bagi aku. masa mula2 tu aku dah panggil2 bidan dan tanya camne keadaan aku ni? sebab first time kan. dia kata awak doing well. lepas ni, kalau ada contraction lagi, awak cuba push. masa ni aku baring ngiring ke kiri dan dia beri aku satu tiang untuk aku paut masa push2. aku dah macam pelik eh, kenapa kena push2 masa ngiring eh? bukan ke kena push2 masa terlentang? bidan tu cakap lagi senang push ngiring dan. tapi memang betul la. push ngiring lagi best biarpon kena pegang paut sebelah kaki. elok je bukaan dah 9.5cm, bidan suruh aku terlentang pulak. masa ni bidan dah kata, contraction datang je, awak push sekuat hati. awak boleh push, tapi kena lama dan kuat sket. aku dalam hati..ok. i can do it! contraction datang je, terus aku push2 sampai kuar dengusan kat ujung2 push. haha. penat ooo push2 ni.

aku rasa sampai contraction kuat ketiga, doc potong sket bukaan. dan contraction keempat je, terus aku push sekuat hati dan tetiba2 je ada makhluk tergolek2 kuar dari celah kangkang. aku macam...eh? dah kuar??? haha. macam tak caya ok. bidan tu terus suruh aku sedut oksigen yang ada kat situ sebab diorang nak tekan2 perut kuarkan darah beku dan jahit semula bukaan yang diorang potong tu. sempat lagi aku tgk bidan tu ajar doc tu camne nak tgk uri yang sehat dan percayalah...doc yang sambut jazly ni baru first time sambut baby ye. dan aku akui, bidan ni banyak tolong doc tu dan bidan tu sangat2 la sabar ajar doc tu. apa pon, doc dan bidan buat keje yang bagus biarpon masa diorang jahit  amek masa lama sebab dah kata tgh ngajar kan. aku malas nak dengar apa2 just sedut je oksigen tu bnyak2. hahaha.

p/s: contraction yang sebenar adalah saket teramat plus masa tu dah rasa kepala baby dah kat ujung2. tapi penat masa push2.

oh. jazly selamat dilahirkan jam 5.40pm. nak tau, jaz kuar2 je terus nanges nyaring dan kencing. apa saja anak bujang tu. apa pon, ramai kata aku bertuah lahirkan jaz secara normal sebab lepas ni takde halangan sangat dah kalau nak beranak ramai. aku cuma senyum je. sebab nak besarkan anak2 dalam zaman skang bukannya senang. nak beranak pon perlukan duit. nak mati pon perlukan duit jugak.

aku tak makan since tengahari. hanya roti bom yang iqa goreng pagi tu je buat alas perut aku. kuar2 je wad memang aku lapar. tapi kesian pula kat en alang kalau aku suruh2 dia belikan makanan ke apa. tapi as a good husband as always, dia faham dan malam tu jam 10lebih dia bawakkan aku milo panas dan biskut marie. haa....sederet biskut marie aku abiskan. betapa laparnya masa tu. ye la. diorang tolak aku ke wad dah jam 7 lebih. dah tentu2 masa tu makanan spital pon diorang dah collect semula.

apapon, pengalaman bersalin kali ni berbeza dari yang dulu dan harap2 kalau ada next anak pulak biarlah normal juga. tapi kalau dah rezeki aku kat operate juga, nak wat camne kan. :)

We call him Jaz or Jazly

hi everybody!

papa saya kata rupa saya dah macam org korea sebab mama asik layan citer korea je. mata saya pon sepet2.

rambut saya cacak2. tak tau ikut rupa siapa lagi. tunggu 2-3 bulan baru nampak rupa saya kot.


abang khalish yang masih tak sedar saya dah lahir dan jadi adik dia. tapi pagi tadi abang khalish seronok dapat usap saya. 

Monday, January 10, 2011

Khaliq Dani Jazly

putera kedua kami selamat dilahirkan secara normal.
jam:5.40pm
tarikh:9 jan 2011
berat.2.75kg

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...