Followers

Tuesday, March 23, 2010

Lelaki Sejati


semalam kami sekeluarga layan Nanny 911 di ntv7.
agak menarik. memberi perspektif bagaimana nak handle anak2 nakal.
dan dalam kes semalam, anak2 nakal kerana inginkan perhatian dari ibu bapa mereka.
hubungan ibu bapa mereka pulak tidak begitu baik.

Nanny yang memantau mereka diberi satu minggu untuk merubah keluarga ni.
dari berantakan, anak2 kuat melawan, ayah yang terlalu garang, si ibu yang membuat semua kerja rumah;
menjadikan keluarga ini bahagia, anak2 yang mendengar kata, ayah yang prihatin dan si ibu yang pandai mengagih kerja.

semasa episod ni baru bermula, kami lihat keluarga ni ok je.
biasalah, budak2 terjerit sana sini, pukul adik beradik.
tapi, yang jadik tak elok nya, bila diorang ni takde manners.
tiada perkataan 'please' dan 'thank you' dalam kamus hidup diorang.
mengarah2 si ibu yang lakukan segala kerja di rumah.
si ayah pula, seorang freelance photographer,
hanya tidor, lihat anak2 nakal dari jauh. dan mentertawakan isteri yang ligat handle anak2.
sangat2 tidak patut kan?

bagi aku (dan Nanny itu)
untuk jadi lelaki sejati,
perlu ke segala kerja rumah dan handle anak2 diserah bulat2 kepada isteri?
perlu ke menjadi garang untuk mengajar anak2 dengan memukul mereka?

en alang yang tgk episod ni, menyumpah seranah lelaki tersebut.
sambil mengatakan kasihan kepasa si isteri.
dah tak terurus sebab dok uruskan anak2 dan rumah.
suami, dok melepak saja.
bila diberi tugas membantu, buat muka tak rela.
ada ke patut?

jadi kaum lelaki di luar sana,
sila take note ye.
bantu lah isteri, mak, nenek, mak sedara kamu bila berkesempatan.
kami kaum wanita ni manusia yang lemah.
kami ni hanyalah sebahagian dari rusuk kamu sahaja.
perlukan bimbingan dan bantuan dari kamu.
biarpon kami ni nampak gagah melakukan semua benda serentak,
membasuh, memasak, menyidai, mengemas, menjaga anak2,
tapi kami perlukan sokongan dari kamu.
urutlah kaki, tangan kami juga pabila hendak tidor.
belailah kami tatkala kami keletihan.
ucaplah terima kasih pada kami walau kami memberi segelas air kosong buat kamu.

:)
pesanan dari en alang: "tak macho la biarkan isteri buat semua benda. kalau takmo tolong, buang je k**e kamu tu."
(bukan saya kata, en alang yang kata. hehehe~)

10 comments:

  1. intan ada award di blog saya tuk kamu...:)

    ReplyDelete
  2. setuju!

    hmm..watashi harap king tak camtu arr..
    wisau plak

    ReplyDelete
  3. setuju...kaum lealaki kena tlg ringankan tulang tlg isteri

    ReplyDelete
  4. betul betul betul..

    kerja-kerja rumah, bukan tanggungjawab si isteri aje, sebaliknya sama-sama. nasib baik la en suami seorang yang ringan tulang, bolehlah bantu naja wat keje rumah gak. :)

    p/s : intan, dah tukar jadi 2 kolum semula ke layout blog ni?

    ReplyDelete
  5. ok..klo en alang pon da ckp gtu...so..para lelaki..x tcabar kah..??hihii

    ReplyDelete
  6. kak intan, amy dibesarkan dalam keluarga yg saling bantu-membantu. i mean, my dad boleh tolong basuh2 baju and sometime dia jugak yg masak2 bila mak amy tak dek. and now, adik amy si heri tuh pun tak kisah nak kena masak2 untuk wife dia. see, sifat nak menolong tuh ada.

    amy hope, amy jumpa jejaka yg seperti ayah and adik amy ni. tak pernah berkira untuk menolong nak ringgankan beban..

    ReplyDelete
  7. hahaha..suami kalau wiken jer tolong..tu pon vacuum rumah jer..yang lain saya tak kasi..ye lah..dia kerja penat-penat, wiken bagi lah dia berehat..

    ReplyDelete
  8. Aarin pun minat layan nanny 911 tue, siap ada PC games (games lagi yer)..

    Sib baik en alang suami mithali (bg tau dier ada org puji yer)

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...