Followers

Wednesday, January 13, 2010

mari merepek sambil makan kerepek

aku bet 90% dari korang tengok AJL baru2 ni.
sebab semua lagu2 adalah best. (kecuali lagu hafiz. hahaha!)

paling tak sangka yuna boleh dapat no.2.
bagusla. tu namanya rezeki datang bergolek.
lagu yuna tu faveret en alang.
melompat menjerit en alang bila yuna menang.
aku cuma tengok sambil kunyah keropok udang jenama econsave.
(sedap ko...tak sangka keropok jenama ni sedap melampau. hahahaha!)
sebab tak sokong mana2 penyanyi atau lagu.
cuma suka tengok dan dengar je.

tentang gandingan 3 pengacara berpengalaman,
aku rasa memang makin mantap.
skrip yang sinis, kelakar dan menghiburkan.
paling tak sangka, skrip tu ditulis sendiri si elly.
sebab masa AJL dah elly yang banyak 'terkena' kan.
siapa lagi yang tahu pasal diri sendiri melainkan diri sendiri jugak.
bravo elly! keep it up!
(err..betul ke dia pernah melamar si fasha sandha dulu2 kala ek?)
macam tak sesuaiiii jek.
i mean, elly deserve better women than her la.

korang faham kan apa yang aku maksudkan ni?
tak faham takpe.
kite citer benda lain plak.

oh. sabtu haritu berjaya pindahkan barang2 dengan hanya 1 lori je.
terer gak la en alang dan kawan2 susun barang atas lori.
korang bayangkan je la,
1 set meja makan 6 orang,
1 set ruang tamu (1 kerusi panjang, 3 kerusi single dan 1 side table dan 1 coffee table)
1 set bilik tidor (almari baju, set meja mekap, katil queen size)
2 peti sejuk
1 mesin basuh
1 almari buku
2 almari dapur

baru kawen 2 tahun barang dah banyak cenggini.
kalau dah 10 tahun, korang bayangkan je la.
huhuhuhu~

tu belum kire tv. tv en alang bawak balek ngan kereta.
risau terlebih hentak ngan lori, tetiba takde gambar plak.
hehehe~

en alang dan kawan2 yang tolong angkut semua barang2.
aku cuma susun2 je.
ibu dah pesan awal2. tak beri aku angkat barang.
dan aku masak sket untuk kawan2 en alang.
dah orang tolong, tak reti2 ke nak balas jasa?
aku cuma masak nasi, ayam masal lomak cili api, sayur kobis goreng, sambal goreng.
tu je.
tu pon dah kire dinner la sebab diorang angkut barang masa maghrib.
macam pencuri pon ada.
hahahahaha!

okla.
dah abis merepek.
kerepek pon dah abis.

aku rasa aku dah gain weight ni.
perlu ambil inisiatif untuk turunkan berat.
macam aku pernah baca kat suratkhabor,
jadilah sehat, bukan kurus!

=)

9 comments:

  1. 2 peti sejuk? owh, okeh.

    ayam masak lomak. feveret tuh.

    ooh, ally iskandar mmg boleh pilih yg better dr fashak. bukan susah pun.

    eh, tetiba bukak topik ngumpat lak neh.

    tidak tidak!

    ReplyDelete
  2. jiey,
    ho yeah! mari sehat bersama2...

    akeji hiroshi,
    1 peti tu dah rosak. lagi 1 tu peti baru.

    ayam masak lomak sonang yo nak buek.

    aku tau ko tak suka fasha. hahaha!

    ReplyDelete
  3. pehh, masin laa entri neh.

    tetiba mak aku masak ayam lomak cili api pulak malam neh. baru lepas bantai dua pinggan.

    huhu.

    ReplyDelete
  4. psl elly tu, sy pun hairan gak. sgt hairan.

    ReplyDelete
  5. N,
    sila2 dapatkan satu ok! hehehe~

    akeji hiroshi,
    wakakaka! masin betul entri aku ek. bagus2 agaknya mak ko baca blog aku tak? ngee~

    nurul,
    1 peti dah rosak. 1 lagi peti baru. huhu~

    nur'ain,
    hehehe. mari kite naik hairan sama2.

    ReplyDelete
  6. kita suka AJL tahun ni.. pengacaraan best.. and semua persembahan tak de yang boring.. semuanya hebat.. kiranya kita x terlelap la. ahhahaa

    hebat la en alang & kawan2 dia...
    barg2 tu awak letak mana yang?



    ATS SHOPPE - Macam-macam ada!!!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...