Followers

Monday, June 4, 2012

Merindui kailan. Eh. Kalian.


Maafkan aku sekiranya telah lama blog ini aku tinggalkan. Kekangan kesibukan kerja dan keluarga membuatkan aku tidak betah untuk menaip panjang berjela. Oleh sebab itu aku lebih memilih untuk fb dan tweet kerana ianya lebih pantas dan menyenangkan. Tidak perlu procedure remeh cuma dgn 2 click terus saja aku boleh update status terkini. Malahan untuk menjengah rakan-rakan blog yang lain juga tidak berkesempatan.

Bercakap tentang kejahilanku tentang kawan-kawan blog, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kelahiran anak baru ashra. Ah! Sangat ralat rasanya bila aku hanya tahu kehadiran nak ketiganya itu hanya setelah anak itu berumur 3bulan. Bayangkan, sepanjang ashra pregnant pon aku tak ambil tahu. Yup...sampai begitu sekali jauhnya aku dari dunia blog. Hampir setahun aku mengabaikannya.

Berkali-kali aku cuba untuk berazam kembali aktif berblogging seperti dulu. Indah menjalin ukhwah bersama rakan-rakan blog yang mengenaliku sejak aku single hingga beranak dua. Tetapi hanya angan-angan kosong. Sering saja aku hanya menatap skrin dengan pandangan kosong tiap kali aku click new entry. Yang anehnya apabila aku jauh dari skrin komputer, macam-macam cerita pula yg muncul dari benakku. Serasa ingin saja aku taip panjang-panjang dalam fb dan twitter. Tapi dah tentu itu kerja gila bukan? Haha.

Aku menaip kerana ku terlalu rindukan rakan-rakan blogku. Pada yang mengenali betapa tembam dan bulatnya aku dahulu. Pada yang mengenali betapa gila-gilanya aku. Pada yang mengenali betapa aku taksub bercerita tentang en alang, jaz serta khalish. Pada yang sama-sama gelak ketawa pada entri lucu ku. Pada yang sama-sama menitiskan air mata tatkala aku berduka. Pada yang mengenali aku hanya dgn memandang en alang. Pada yang mengenali aku hanya dari gambar-gambar 2 hero cilikku. Oh! Aku sungguh beruntung punya kalian. Sungguh!!!

Di sini aku ingin berterima kasih dan sesungguhnya aku menghargai kehadiran kalian. Tanpa korang, tiada puterikurekure. Tanpa korang, tiada intan and the boys. Terima kasih kerana masih sudi bertandang di sini. Terima kasih kerana masih setia menanti. Doakan aku sentiasa mempunyai roh rajin untuk menaip lagi.

Sebelum berpisah, aku sajikan gambar-gambar terkini budak berdua...~

Khalish bersama bakul faveret. masuk dalam bakul dan roll diri sendiri bersama bakul. hahaha.

gambar ni memang terbalik. jazly mengamuk. 

amukan yang buatkan satu rumah bersepah. haih la anak...~

masing2 mengepit kesayangan bucuk. khalish bersama 2 Mr.Tt dan jaz bersama bantal peluk pink. sungguh jambu anak-anakku ini.

mengacau papa basuh kereta. terus mama bukak baju diorang dan biarkan hanya berpampers saja.

aktiviti hujung minggu. mandi kolam!!!

Jaz bersama birthday boy, Dhani Thaqif. 

Bersama di playground. Di mana selepas gambar ini diambil, Jazly jatuh dan luka di hidung. Hoho..

Jalan-jalan di AEON Station 18. Best masa ni takde orang sangat.




Posted via Blogaway

3 comments:

  1. masku pun amat merindui zaman xtif berblogging, tapitak tahu kenapa...... blog terasa semakin menjauh :(

    ReplyDelete
  2. tu la kan maksu...saya pon sama. mood tu banyak ke laut dari nak menulis kat sini.

    ReplyDelete
  3. Rindu k.intan juga....hehe
    Hepinya hero2 tu bermain...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...