Followers

Friday, June 18, 2010

kala di singapura

masa ni dah nak balek. salam2 semua orang. terkilan tak sempat bergambar ngan atok.
=(

belakang tu mak ana. mak ana ni umur baru 35 rasanya, tapi anak 7 orang ko! hahaha. yang depan tu nenek kami. balek aritu, makan sungguh2 semua masakan nenek. rindu ooo~


ini adalah tempat letak kereta ye puan2. diorang kat sana every block rumah diadakan satu lot parking macam ni. letak kereta tersusun je. takde la bersepah macam kita kat malaysia ni. sampai kena tolak2 kereta lain sebab dah block parking. haihhh~


ini block rumah mak ana. depan rumah dia ni ada mall tau. seberang jalan je. mall tu namanya the sun. siap ada mcdonalds bagai. 


ini imigresen singapura di woodlands. 

satu aku nak puji orang2 imigresen singapura ni, baik2 belaka. ramah. bayangkan masa kereta kitorang beratur ni, hampir 2 jam jugala kat tempat yang sama je. pulaknya, ada sorang pegawai diorang ni datang kat kereta kitorang minta kami bersabar dengan kesesakan tu. sangat2 la bertimbang rasa. masa tu aku puji melangit la diorang ni. pegawai yang bertugas dalam konti cop passport pon ala2 gelisah je bila tengok kereta macam tak bergerak. memang diorang ni keje efisyen abis!

tapi, yang sedihnya, bila sampai imigresen malaysia kat tambak johor tu, ok la. pusat imigresen sana dah berubah baru. rupa ada sket2 macam imigresen singapore ni. canggih la. tapi malangnya, pangai pegawai kita langsung tak canggih. ko bayangkan, setiap konti ada lane kan. pastu setiap lane ada lampu merah atau hijau. merah makna :tutup. hijau makna: buka. masa kereta kitorang lalu lane tu, lampu masih hijau lagi. elok baru sampai konti, diorang leh tutup pagar dengan muka selamba tanda konti tutup. gile apa! dahla berejam kat imigresen singapore, bila sampai malaysia, diorang wat taik lak. sape tak hangin bai? ayah punya la sumpah seranah. saket hati ok. terpaksa ayah reverse kereta dan pergi ke lane lain. isk...memang pengalaman yang betul2 makan dalam la...~

bukannya apa la. bukan nak kata orang sana bagus, orang sini cikai je. tapi mentaliti orang kita ni sama je sebenarnya. orang kita ni kalau jadik pegawai tu, amboi...kemain sombong bongkak lagi. senyum tidak, apa lagi nak beramah mesra. apa yang aku tengok, macam pegawai imigresen singapore, biarpon kereta banyak, berjujuk2 beratur nak tunggu giliran masuk/keluar singapore tu, pegawai diorang dah la muda macam ala2 baru lepas spm je, (hensem2 plak tu) punyala cakap lemah lembut. nak2 bila bertemu sesama orang melayu sendiri. senyum je. suka ok!

so korang, ada pengalaman camni tak? jom kongsi! =)

7 comments:

  1. intan,
    wah, sowi lama kami xtggai jejak kat sini!hhuhu..
    bz nya kami..(btul3x)..hehe
    wendu ngan khalish!kami dan baca ja..nk update blog pun xdan..huhuh..
    bestnya jalan2!!

    ReplyDelete
  2. dear, mmg betul ok..
    imegresen malaysia ade kureng ckit laa...dari segi pengawasan pun sama...endah xendah jer...seronok org singapore dok membeli kat membelah kat m'sia ok...diorg haram xcheck bebetul...kekadang xfhm dengan sikap org kt ni kan...ntahlah..

    ReplyDelete
  3. eh ni kat semabawang ehhh?

    ReplyDelete
  4. Tahniah.....tak lama lg dapat org baru.. :))

    ReplyDelete
  5. maybe shift time keje dia dah abis kot kak intan. tuh yg dia tekan button merah tuh. tapi selalunya diorg akan standby terus dengan pegawai yg baru nak on duty. or maybe dia sakit perut nak rebak ke apa. hehehehe....

    ReplyDelete
  6. hmm..kt sini bagi gaji besau mcmana pun kualiti ttp camtu.

    watashi ada pengalaman teruk kt BSN dulu la..
    sampai watashi tulis dlm utusan malaysia.

    ahahahaha

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...