Followers

Monday, April 2, 2012

Kami di Langkawi - Part 4

Sambungan dari:

Lepas je cukup masa kami kat Pulau Beras basah, pakcik bot bawak kitorang pi bagi helang makan a.k.a eagle feeding. memang masa ni masa yang kutunggu2...tak sabar nak tengok helang sambar makanan live depan mata.

ada 3-4 bot dah ada masa kitorang sampai. kena tunggu giliran bagi helang2 ni makan.

sape nampak dia pandai. haha.

puas zoom dan puas nak still kan handphone ni. pakai camera phone je. malas nak gendong banyak2 gajet.

aaa....canteknya dia!

bot2 yang tunggu giliran selepas kitorang.

budak2 ni macam takde perasaan. puas tunjuk2 kat diorang, tapi buat tak pandang je. maybe tinggi sangat kot helang tu terbang. 

pacik bot taburkan roti. so helang2 tu akan grab dan makan. masa dia landing nak grab roti2 tu aduhai...cantek betul!

err...gambar sesat takde tujuan.

then dah puas tengok helang2 tu semua, kitorang gerak lagi. tetiba je pakcik bot berentikan enjin. pelik jugak nape pakcik ni berentikan enjin bot kat tetengah laut. rupanya nak tunjuk bentuk bukit bukau tu rupa orang ngandung tengah baring. yang pakcik ni cakap melayu, aku plak jadi keje translatekan pada english apa yang pakcik ni cakap pada foreign tourist tu. diorang kekaguman tengok bukit2 tu.

nampak tak? belah kanan kepala, kiri kaki.

akhirnya sampai....aduh! masa ni dah flat sebenarnya. pikir nak nasik je. hahaha. padahal baru kul 10-11am camtu.

saya yang dah tak larat. khalish lak tak reti dok diam asik nak berlari sana sini. last2 ku kendong je.


antara pemandangan sebelum naik tangga, turun tangga.

tangga ni nampak je landai. tapi jenuh lenguh jugak kaki weiii...kalau pi ngan orang tua tu kesian la. kami yang muda2 ni pon tak larat ok. ceh! muda la sangat intan oi!

maintain control lubang hidung. haha. mengah!

masa ni khalish very behave la. tak mengeluh atau merengek pon kena panjat tangga/turun tangga curam. senyummmm je. penyejuk hati betul budak ni.

sampai2 je celup kaki jap. tak larat weiii...air sejuk gila.

nampak tak tangga belah kiri tu? sayup sket la. hahaha.


orang ramai gile nak mamps. 

gerai tu jual air setin rm3 ye. sila tabahkan dompet anda. haha.




ife jacket semua abis. jadinya kami just celup kaki je la. masa ni ngan panasnya, melekit, penat...fuh! 100plus 2 tin aku sorang je yang minum. 




ok dah2. jom balek. tak larat dah ni. lepas je naik bot, khalish ngan jazly terus ketidoran. aku plak menikmati hembusan angin dan percikan air laut. puas rasanya!

1 comment:

  1. Kalau island hoping ni agak2 untuk pregnant woman boleh ke? Teringin plak nk tgk helang mkn and tgk tasik dayang bunting

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...