yup.
pada sesiapa yang biasa baca blog aku dari dulu lagi, memang dah tau yang aku takut c-sect.
dan benda yang aku takutkan tu la aku dapat.
aku rela bertarung nyawa meneran anak daripada diorang dok toreh2 bawah perut aku ni.
sampai skang, kalau tengok parut c-sect,
rasa nak nanges. sebab dah berparut2.
buruk.
ok. meh sini aku nak cerita macam mana aku dalam dewan bedah.
masa mula2 diorang dah start tolak aku masuk bilik bedah, en alang dah tak boleh nak iring aku masuk.
laju2 salam minta ampun maaf kat en alang,
dan diorang pon tolak aku masuk dewan bedah.
oh. sebelum masuk dewan bedah tu, ada satu ruang.
tak pasti ruangan apa, tapi ada tv dan kerusi2.
aku saspek runagan ni tempat nurse2, pakar bius lepak2.
relax je diorang.
aku je yang cemas tak tentu pasal.
sib baik diorang baik. jawab je soalan2 aku.
saket ke tak, rasa apa kalau kena potong, kena bius saket ke, macam2 la.
dalam amsa ni jugak pakar bius datang minta aku sign surat kebenaran bius.
dia tanya jugak, aku prefer bius separuh atau penuh.
aku tanya balek, mana lebih berisiko.
dia jawab bius penuh lagi berisiko. kalau aku dah tak sedarkan diri, diorang belah2 aku, aku still rasa saket, diorang tak tahu.
sebab misterinya bius ni, tak semua badan orang boleh terima.
ada orang bius sikit je dah lali.
ada orang bius bubuh dos standard tapi still boleh rasa saket.
(takut kan?)
terus aku pilih bius separuh.
dan sign surat kebenaran.
masa ni dah gigil2 toksah cakap.
takut gile weiii.....sign pon tak berupa sign dah. rupa conteng ada la.
dalam 6-7minit pastu, lepas diorang dah siap2kan aku,
pakai penutup kepala, dan tutup badan aku ngan kain.
doktor sampai je, terus diorang tolak aku masuk dewan bedah.
masuk2 je terus terasa sejuk yang menyucuk2.
badan aku menggigil2.
mulut terketar2. gigi sampai berlaga2.
sorang nurse ni tanya, akak sejuk ke?
aku jawab sejuk.
dia kata, nanti kite selimutkan akak dengan kain panas.
then, aku disuruh duduk dan tundukkan badan ke depan & peluk bantal.
masa ni pakar bius tu bius aku.
ramai kata masa bius ni la yang saket, tapi tak bagi aku.
kalau kite relakskan badan, bius tu rasa lebih sket je dari kena gigit semut.
lepas dah kena bius, diorang suruh aku baring semula.
tunggu dalam 2 minit camtu, diorang pegang ibu jari kaki aku tanya rasa tak?
aku jawab rasa apa?
ni saya pegang ibu jari awak.
memang tak rasa pon. maknanya bius dah jalan dengan sempurna.
adakah korang tau bahawasanya katil bedah adalah cukup2 saiz badan kite sahaja?
i mean, kalau ko pusing ke kiri atau kanan, memang sah2 ko akan terjelepuk ke lantai.
dan tangan korang akan ditampung dengan satu alas yang lain.
masa diorang dah alas tangan aku dan ikat, (kena ikat ok!)
terus aku terfikir, apa aku buat ni?
biar betul kejap je lagi anak nak kuar dah.
ready ke aku? betul ke nak bubuh nama khalish?
masa doktor dah start belah, aku still boleh rasa pisau lalu2 atas perut.
tapi rasa yang biasa2 je.
sebab bius kan.
dan masih boleh berborak2 dengan nurse2.
asik bertanyakan aku kerja di mana, pernah scan atau tak,
(diorang ni memang dah dilatih tanya2 soklan agaknya. supaya kite tak rasa takut sangat mungkin)
alih2 je, tengah syok2 borak2 ngan nurse2,
ada sorang nurse ni bagitau,
hah, jap lagi doktor nak bawak kuar baby dah tu.
akak dah ready ke?
hoih...jantung aku dup dap ok.
hahaha!
terus rasa teruja gile.
pastu, aku rasa doktor macam goyang2kan badan aku.
masa ni nurse bagitau doktor tengah seluk dalam sikit sebab baby dah kat bawah.
tu yang kena goyangkan sket badan akak.
aku macam....OOOooooooOOOO....camtu rupanya.
then, tetiba rasa macam badan ringan je.
(serius, aku rasa ringan gile ok.)
aku saspek doktor dah bawak kuar baby masa ni.
dan aku terdengar suara baby; ek, ek. halus je suara.
nurse pon cakap, haa...anak akak dah kuar dah.
akak rasa akak dapat anak apa?
aku senyum, jawab lelaki.
nurse tu cakap, takpe2...nanti mesti akak terkejut.
heh? perempuan pulak ke?
pastu, masa doktor tengah jahit, terus aku jadi macam tak peduli.
teruja lebih nak tahu pasal baby.
tanya kat nrse, kenapa tak dengar suara baby pon?
nurse kata, nanti saya tengokkan kejap ye kak.
ok. aku tunggu. penantian adalah satu penyeksaan.
tiba2 je, terus terdengar suara baby nanges. halus. sejuk hati ni dengar jeritan dia.
tersenyum aku. sambil ucap alhamdulillah tak tau berapa kali. macam beratus kali.
dan tiba2 je, nurse datang.
bawak baby. aku nak cium baby, nurse tak beri.
sebab baby masih tak bersih sepenuhnya, hanya diberikan aku lagakan kepalanya pada pipi aku.
rupa baby masa tu samar2. sebab aku masih mamai dengan penangan ubat darah tinggi.
nurse suruh aku teka lagi jantina baby ni.
aku jawab lelaki. nurse gelak. akak ni macam confirm je dapat anak lelaki.
aku senyum. nurse beritahu aku betul. baby lelaki.
ucapan alhamdulillah yang kesekian kalinya terpacul lagi.
selepas semua selesai, aku ditolak keluar dari dewan bedah. bertemu kembali dengan suami tercinta.
ucapan terima kasih dan ciuman bertalu2 aku terima.
sambil menyatakan rasa kasihan pada aku.
aku cuma mampu senyum. dan tutup mata kerana letih.
hari yang panjang,
melalui kontraksi selama 8jam.
di adilfitri pertama.
selepas nurse2 tempatkan aku di katil wad,
nurse pastikan aku baring tanpa berbantal.
masa ni en alang aku lihat agak kelam kabut.
kemaskan barang2 aku dan menyediakan air untuk isteri tercinta.
menyusun setiap barang agar aku mudah capai.
ambilkan gambar anak pada jam pertama.
terima kasih juga pada nurse2 yang baik hati berikan en alang peluang untuk layan aku selama setengah jam di dalam wad.
kebetulan dah tengah malam.
makanya, en alang bebas juga ke hulu hilir memandangkan patient lain dah tidor.
keesokan harinya, aku bangun dari tidur jam 6am.
dan saket pada tempat bedah mula terasa.
pada ketika itu, nurse2 sedang mengagihkan ubat2 kepada setiap katil yang ada.
aku makan ubat. dan nurse berpesan agar aku mula gerakkan badan sedikit demi sedikit.
untuk persiapan agar dapat menyusukan anak.
wah! masa tu aku bukan main bersemangat.
tapi, baru nak angkat bahu, dah rasa saket. perlahan2 aku cuba gerakkan badan.
mengiring, telentang. agar badan kuat semula. tak sabar nak jumpa baby.
jam 9am, baby dah mandi,
terus diberi baby dan diajar aku cara untuk menyusukan.
perasaan? tak terkata. tak tergambar. sungguh besar kuasa Allah.
mulut kecil itu tercari2 puting mamanya dan pabila terjumpa,
dihisapnya seperti tidak mahu lepas.
nurse2 yang ketemu aku, pasti terkejut melihatkan si anak yang tak padan dengan saiz badan yang kecil,
tapi begitu bersungguh2 menyedut setiap titisan susu mamanya.
masa ini, aku tatap sungguh2 wajah anak.
periksa setiap inci badan anak.
periksa jari2 tangan dan kaki.
adakah sempurna, adakah punya luka.
sampai waktu melawat tengah hari, berduyun2 pelawat untuk aku.
dari family aku dan mertua.
ibu dan ayah beria2 cium aku (tapi aku tak mandi lagi. huhuhu.)
bila semua orang terpandangkan wajah baby, semua jatuh hati.
ibu memegang cucunya bagaikan tidak sabar mahu membelai cucunya bila keluar dari hospital nanti.
ayah senyum lebar bila dah bergelar tok ayah.
en alang? muka bangga tak habis2. agaknya tidor pon penuh dengan senyuman.
fakta yang aku tak tahu ketika itu, tapi baru tahu setelah keluar dari hospital:
1. en alang call ibu dan ayah minta datang ke hospital bila dia dapat tahu aku perlu dibedah. tapi ibu dan ayah menolak untuk datang.
2. ayah dan ibu membaca yaasin di rumah tatkala aku dibedah.
3. en alang tak putus2 berzikir, berdoa agar kami anak beranak selamat.
kami ditahan di wad 4 hari selepas bersalin.
kerana darah tinggi aku dan baby yang kena jaundice.
setiap kali terpandangkan anak di bawah uv ray, hati meronta2.
tak sanggup lihat anak berbogel di bawah cahaya lampu yang panas.
tertekan kerana orang di sebelah katil bertukar ganti, tetapi aku masih di situ.
sungguh tertekan.
alhamdulillah, semua itu berbaloi bila terpandangkan wajah anak.
segala sakit, penat akan hilang sejurus terdengar suara anak.
ok. c-sect adalah saket.
hehehe.
aku bukan nak takutkan korang ok.
tapi kenyataan.....!
:P
huu baru igt future nak c-sect saje..
ReplyDeleteskrng kena fikir 32kali da:P
terharu.......
ReplyDeleteterharu baca..tapi saya memang takut nak beranak..itu pun fakta bukan auta..huhuhu..
ReplyDeletetak kesahla c-sect ke...normal ke..bius ke..hape ke..huhhuhu..camno nieyh...haiz...
oh my god, ngeri la baca.... Tapi sedih pon ada..
ReplyDeleteTakut pon ada..
huhu..rs mcm bc luahan hati kat majalah..boleh msk satu column kat majalah mingguan wanita tu tp lupa nm column..hehe..
ReplyDeleteAduh terharu ira bca n3 ne. .mmg takot kalau kena c-zer. .
ReplyDeleteheh...watashi..watashi
ReplyDeletetakut!
terharunye bce n3 nie =(
ReplyDeletehope pas nie khalish jd gud boy ye..
huwaaaaaaaa syedihnye.terimbas sy pon kena mergency c-sect arituuu..syedih sgt after dah bertarung seharian tup2 kena belah pewot..siyes sgt takottt kan?
ReplyDeleteyat time tu cam tak sedar tapi pas ilang biusssss ya allah sakitnyeeee time tuuu.teros hubby sabarkan..time tu tak dapat tgk baby lagi coz tak bleh bgnn,tgk kat gambo hp yg hubby amik je.
betul kata awak..siyes sakit kena c-sect.hmm semoga anak2 tgkap kite jd anak soleh :)
kak...thanx sgtt share experience akak...btl2 N hayati...besarnyaa kuasa Tuhan kan..
ReplyDeletesedey la yang entry ni,
ReplyDeletehadoi..
tp ape cara skalipun kite melahirkan tu,
asalkan ibu dan ank slamat kan?
alhamdulillah..
;)
baca ni sedih pon ada. hampir menitis air mata. pengorbanan seorang ibu memang tak ternilai kan? ni belom lagi kes menjaga baby kecit yang meragam tatau apa yang salah.
ReplyDeletec-section pun sakit gak ke? ramai kwn nurul kata tak sakit. sakit normal paling sakit.
ReplyDeletenurul nie raina dah 3 bulan pun still teringat2 sakit bersalin nomal. betul2 berjuang abis-abisan.
hi,salam perkenalan,
ReplyDeleteyup,,mmg sakit pun.sakit bersalin mmg sakit.hihi cuma beza dgn normal..sakit tu seblm bersalin.lps bersalin blh bergerak dgn bebas nya.cuma jaga tang tuttt tu je
tp kalau c-sect..alamak ngeri nya.part parut tu kena jaga.luka di luar nmpk ok kan..di dlm kita tak tau..
Kalau orang lain terharu baca cite akak, diya dah ternangis ni haaaaaaa. Huhuhuhu
ReplyDeletebest nyer..hopefully one day is my day :)
ReplyDeleteOrang kata buat kali pertama c-sect kurang sakit... tapi kali kedua klu c-sect gak...akan terasa lebih sakit dari yang pertama....
ReplyDeleteAlhamdulillah akak c-sect gak lahirkan Aqilah.. tapi pada akak yang belum rasa melahirkan normal ni... akak rasa ok lagi... perit memang perit... tapi stil leh tahan lagi... so far... tak la sengeri yang diceritakan... pada yang lelain klu one day u all diberitahu doktor tak dapat melahirkan normal... jangan fikir negetif... c-sect atau normal... sama je... c-sect tak sengeri yang disangka so... think positif... tak la sakit mana... klu tak tahan leh mintak ubat tahan sakit... ok je.. yang penting kena jaga makan bebetul... dalam 6 bulan pertama... insyaallah tak de apa...
orang kata pantang c-sect kene betul2, tapi masa kat hukm ada sorang ni sempoi je makan segala weh..baru je bersalin makan segala macam..huhu..
ReplyDeleteMemang rasa sedih kan kalau nak bersalin nape tah..kite lagi la..tak jumpa pon mili mak abah sume..dah kat tgh jalan nak buat camno? kalau mati masa tu..hmmm..tak sempat nak ciom2mintak maaf sume..huhu..
kite pon takut gak c-sect, masa odw dr k.kangsar ke taiping duk tanya nurse kene operate ke tak sbb bila scan baby songsang..tapi nasib dia kecik boleh kuar normal.
Intan... kita senasib.. bezanya ida dah tau awal2 mmg kena czer coz baby mmg duk melintang dan tak move ke bawah pun.. masa tu tawakal je la.. mcm rasa nak ke tali gantung pun ada.. redha je.. takde perasaan nak masuk bilik OT tu... mak ngan hubby kat luar punyala tak senang.. berdoa.. hubby lak asik kuar masuk toilet punya risau.. hihihi kelakar pun ada...
ReplyDelete... tp kan bila fikir balik.. ya allah kuatnya aku sebenarnya boleh hadapi semua ni... bangga kan bgelar ibu ni.. baru kita tau susah senang nak jaga anak ni...
intan..ingat kite lg x?kawan kat fajar bakti usm...
ReplyDeletekite pun kena c-sect.sbb uri kat bwh..kena warded dekat 3weeks sbb placenta previa tu..boring giler..org keluar msk..kite still kat spital..nak blk rmh, Dr x bg sbb tkt bleeding..tp, alhamdulillah selama pregnant tak prnh bleeding, detect pp pun sbb g scan..kena c-sect at 38weeks, tp..tu la mmg x rasa lgsg skt bersalin..mgkn sbb tu jgk kite x rasa sakit kot kena bedah..cuma mula2 tu je punggung berat sbb kesan bius..lps tu dah ok dah
ala, takut la plak bila baca nih!huhu..waaaaa..kami mmg normal, tp sakit la jugak..tp kawan kami yg csect dia cakap sakit ya amat..huhu
ReplyDelete