Pejam celik tetiba dah jumaat semula. Pepagi ni budak2 bangun kul 7pagi. semua malas nak bangun sebab diorang penat kot every day bangun awal. tu la....bangun awal2 lagi. haha.
Cam korang kan, sebelum hantar anak ke taska atau babysitter korang mandikan anak tak? Sebab ramai kawan2 Jaz kat taska yang tak mandi. Lagipon memang aku tau sejak sebelum kawen lagi budak2 yang dihantar ke rumah bs atau taska slalunya tak mandi. Sebab parents tau bs/taska akan mandikan anak2 diorang. Tul tak?
Cam kes aku lak, anak-anak WAJIB mandi. Sebenarnya benda ni dipraktis sejak dari dalam pantang memang kena mandikan baby awal pagi kan...so sampai diorang besar TERPAKSA mandikan diorang awal pagi. Even kalau weekend pon, jangan harap la kitorang mak pak ni dapat golek2 atas katil sampai pukul 10pagi sebab budak2 dah mintak dimandikan sebelum jam 8pagi. Kalau lambat mandi, mula la keriau merengek je budak2 ni. Tak selesa agaknya. Pelik kan?
Macam kes pagi tadi, Khalish tak sempat kitorang mandikan sebab dia bangun lambat. Last2 tukar pampers dan baju je. Jaz kitorang mandikan jugak sebab dia dah yak2. Haha. Lepas dah tukar baju dan pampers si Khalish tetiba bukak pintu toilet minta dimandikan. Tak dapatla nak, dah pukul 7.30pagi ni. Nanti lambat pulak mama pegi keje.
On the other hand, semalam aku pi lunch ngan en alang. Jarang dapat makan tengahari ngan dia kalau hari bekerja ni. Tengah makan tu, tetiba dia cuit pipi aku pastu kata,"Kesian bini abang ni. Panas eh. Merah2 muka tu. Buat abang geram je. Dahla tembam."
Ok. Part dia kata aku kepanasan tu memang la betul sebab cuaca semalam memang hangat panas membara. Makan pulak kat kedai mamak. Bukannya ada air-cond macam kat KFC ke, McD ke. Hehe. Tapi part dia kata tembam tu tetiba je aku rasa sentap. Terus je makan tunduk je tak pandang2 dah muka suami sendiri. Saket hati punya pasal. Tau la aku dah menambah berat skang ni....takmo la kata tembam. Tensen tau tak.
Bila en alang tengok aku tunduk je, dia tanya aku "nape? Makanan tak sedap ke?" Aiyooo..kita tengah sentap leh lak dia cakap pasal makanan lak. Aku geleng2 je. Terus dia macam teringat..."ooo ayang terasa eh abang cakap tadi. Betul la. Abang kan suka ayang tembam2. Takmo la kurus2 sangat."
Ok. Aku nak kurus sebab nak bagi dia tergoda dan tak pandang yang lain. Tapi dia suruh aku bam2 balek. Apa citer ni??? Kalau korang jadi aku, apa korang buat?
Nasib badannnnn~
auwww so sweet la chating..kalau yana, die kate camtu sukenya..biar ar tembam pun..hahahahah dh die suka kan..
ReplyDeletehihi, oklah tu, ade jugak tempat dia nak cuit2..hehe.. comella..
ReplyDeleteHai intan, sejak sekian lama baru komen kat sini n foloow, padahal selalu borak kat UB..:)
ana dah update url intan..:)
biasela... tu namanya...die redho dan terima je apa2 je bini die ni...tembam pun cantik...die sayang...kurus pun die sayang..
ReplyDeleteasalkan kita pandai melawa utk suami..kann.. =p
selalu gak dia sound2.. 'bila la dpt tgk awak mcm zaman diploma dulu erk yang'
ReplyDeletetapi aku buat tak tau je
malas nak pikir sgt
tp hakikatnya... teringin gak sebenarnya
yana,
ReplyDeletehaha. sentap tau....takmo la tembam. huhu.
(padahal memang kenyataan pon kita tembam.haha)
hi ana!
ok dear...rajin2 la singgah eh.
nik,
tu la..alhamdulillah juga la dia terima kita ni seadanya. tapi part dia kata tembam tu memang sentap ok. haha.
dayu,
ReplyDeletekalau dia dah bersuara camtu rasa tak best kan? terus mood cam down je lepas tu.
hoho...en alang mmg dr dulu suke akak tembam kan..so,tembamkn diri..tp tnye die..nk tembam smpai tahap mane? so,ley laa menten nti.
ReplyDeleteN,
ReplyDeletehaaa..karang takut terover tembam pulak. hahahaha.
ikut keselesaan diri awak. itu yang paling penting. =)
ReplyDeleteSalam intan..
ReplyDeleteintan tanye apa nak buat?.yehhh..boleh makan tanpa bersalah..huhuhu..
ceera,
ReplyDeletehaha. ikut selesa nak maintain je.
fariza,
hahahaha. itu laaagi bahaya. kang terCOMEL terlebih2 kang. hehe.
Kalau Zie ikut cakap suami, and sedang-sedang sahaja.....tak tembam sangat and tak kurus sangat....best of both world..
ReplyDelete