Followers

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Ganti puasa

Colleague wanita semua tengah berlumba-lumba nak settlekan hutang puasa. Aku jugak yang tak berganti-ganti lagi ni.

10 days. Yerp. 10 hari nak settlekan.

Konon nak puasa hari ini. Tapiiii...tak bangun sahur uols. Tak nak tanggung risiko sebab aku ada darah tinggi so takpelah, still ada hari. lagipon period baru je lepas. Marilah pulun mengganti next week dak tan.

Korang dah habis ganti puasa ke?

Azam nak khatam Quran bulan Ramadhan nanti. Sepatutnya start dari sekarang. Sebab Ramadhan biasanya tak cukup2 masa nak masak berbuka, masak sahur, terawih, nak ajar budak2 lagi belom tambah kalaua da homework. Harap2 dapatlah berterawih tahun ni. Ayana pon dah 2 tahun. Dah faham cakap kita.

Doakan kelancaran perjalanan ibadah aku ye. Moga ibadah kita semua dipermudahkan. Aminnn~

Tuesday, August 23, 2011

Semalam berbuka meriah. Perut pon senang hati. Hehe...~

Menu berbuka ramadhan hari ke-22. 

Appertizer - Sandwich ayam bersama mayonis dan cheese. Oh! Teringat2 ok.


Ini namanya pasta. Pasta ini jenisnya penne.


Kuah carbonara bersama cendawan dan udang.

Entree I - Terhasillah penne carbonara yang lazat menjilat sudu! 

Lauk2 kat bawah ni pulak untuk dimakan bersama nasi. Nasi WAJIB ada kat umah biarpon segala mak nenek makanan barat dah ada ye. sebab kami ni perut melayu. nasi tu la buat perut kuat. hehe.

Entree II - NASIK! hehehe~

Ikan kembung goreng.

Paru goreng bersama cili padi.

Sayur bayam masak air.


Air teh o panas suam.

Air longan ais. Yummy2!


Memang terkejut la tengok menu2 ni semalam. Memula nampak zaza buat sandwich. Ok lagi la...sekali tengok2 ada penne tu. Ok lagi. Tetiba nampak lauk paru tu...aduhai...harusla makan semua sekali kan!

Dan perut bagai nak meletup ye kawan2. Pukul 10 dah masuk tido sebab mata dah tak tahan ngantuk layan perut penuh. hahaha.





Monday, August 22, 2011

Di minggu akhir ramadhan, dah rasa malas nak pi keje. Boleh?

Sebab dok terbayang2 bilik yang tak berkemas. Konon2 weekend aritu ingat nak tukar langsir la, cuci kipas bagai...tapi haram! Semua tak buat sebab aku kena jangkitan kuman dari Jaz. Muntah2 dan cirit-birit. Jadinya aku terlepek je la. Khalish pon dah terkena muntah2 dan cirit-birit tu jugak semalam. Kesian kitorang tau.

Itu baru keadaan bilik. Rumah? Toksah kata la...skang ni memang takleh nak kemas sebab ibu dan zaza berperang dengan kuih2 raya. Hehe. Alhamdulillah....rezeki ibu pada bulan puasa memang slalu masyukkkk je. Kuih2 ibu ni dah ada pelanggan tetap. Jadinya, tak perlu nak cari2 lagi customer luar. Cukup dengan orang2 yang dah biasa amek dari ibu je.

Persiapan raya kami alhamdulillah semua biasa2 saja. Rezeki anak2 pulak yang melimpah ruah baju seorang sampai 5-6 pasang (ini pon aku dah kenen2 2 pasang baju lagi untuk budak2 ni. adeh deh deh). Baju mak pak satu pasang pon belum beli lagi ye. Silap2 ada yang recycle baju tahun lepas. Hehe...~

On first raya nanti, kami sekeluarga beraya kat Sitiawan dulu. On 2nd raya. berdesup kami ke Johor beraya kat sana pulak. Teringin sangat2 nak beraya kat umah kawan2 skolah dan kawan2 blogger. Insyaallah kalau diizinkan masa dan kederat, maybe nak jugak singgah rumah kawan2. Kebetulan tahun ni kami keluarga mini berasing kereta dengan ibu ayah. So, dapatla bebas sket. Hehe. Tahun2 sebelum ni kami satu kereta ngan ibu ayah. Tahun ni sebab dah bertambah ahli keluarga, kereta Naza Ria sudah sempit untuk kami semua.

Persiapan raya kalian camne? Mesti meriah kan?





Thursday, August 11, 2011

Juadah berbuka semalam. Sedapnya mee kari itu.

Semalam aku gatal sangat nak makan mee kari. So sms zaza, tanya ibu masak apa untuk berbuka. Sekali dia kata ibu buat tomyam. Hmm..dah dia kata camtu takkan ngada2 mau order itu ini ye tak? Tapi ada jugakla bagitau aku teringin mee kari. Elok petang ibu nak masak, saja la jengah ibu dan zaza kat dapur tanya masak apa. Ibu cakap tomyam ngan asam pedas. Aku pon ok je la terus ke depan balek jaga budak berdua tu kalau biarkan abis terbalek satu umah. 

Elok je lepas masak, aku ke dapur balek, nampak ada satu periuk extra. Terus mata bersinar2 bila tengok kuah mee kari dalam periuk tu. Hehe...ibu betul2 masak mee kari tu. Sayang ibu!



Tomyam. Banyak sayur dari isi. Hehe.


Kari limpa. en alang beli kat pasar ramadhan. Ok jugak la rasa dia.


Asam pedas ikan tenggiri. Faveret ibu dan en alang.


Kuah mee kari yang bersepah2 isi macam2 ada. Syok betul! Ada telur puyuh, ada fish ball, ada ayam, ada udang, ada kacang panjang, ada sawi, ada kerang...banyak wooo!


Mee kuning nak lawan ngan kuah kari. 


Umah ni takleh ada kuih banyak2. Beli agar2 seringgit buat syarat Khalish senyap masa kitorang makan. Dia tak berapa gemar makan nasi skang ni. Budak tu ikut angin jugak.


air cendol. en alang sorang je yang minum.


air kegemaran ramai. PATI TEBU. Fuhh...sampai harini teringat2 kot. mau ada yang mengulang tebu lagi arini. hehehe.





Friday, August 5, 2011

Bersedekah amalan mulia. Nak2 di bulan yang mulia ni. Bertambah2 mulianya.

Semalam aku kan demam. Badan dah siap gigil2 sejuk apdahal orang lain rileks je aku tengok. Sampaikan Bos Besar tengokkan keadaan aku dah suruh aku berbuka pi makan ubat. Jadinya, aku terus shoot ke 7eleven beli panadol actifast dan air mineral (ngehngeh...jadinya, semalam saya tak puasa ye!). Elok lepas aku bayar, budak kaunter tu tanya aku, "nak beri sumbangan pada yang memerlukan tak kak?"

aku macam..."hah? sumbangan? ok2..." aku terus kuarkan not rm beri pada budak kaunter tu.

budak tu senyum. "tak kak, sumbangan ni akak beli je apa2 dari kedai kami, letak dalam dalam kotak kat bawah tu."

aku mula2 blur la jugak. lepas budak tu explain kat aku 2 kali...(ye, orang demam lambat pick-up sket ye.) baru aku faham. hehe.

so aku grab je apa2 yang aku nampak, bayar dan letakkan barang2 tu dalam kotak.


yela kan, namanya kita ni nak ke rumah anak yatim ke, rumah penjagaan orang2 tua ke memang la payah tul tak. so bila ada pihak buat inisiatif camni rasa macam..e eh. bagus la...ada jugak pihak yang nak panjang-panjangkan amalan memberi ni.

kalau u olls kurang faham atau nak lebih detail tentang apa yang aku repekkan ni, klik je kat sini ok ---> http://www.7eleven.com.my/html/default.aspx?ID=234&PID=235

*ini bukan iklan ditaja/berbayar. just dari pengalaman dan sekadar berkongsi sahaja.

Sunday, July 31, 2011

Alhamdulillah...~

Merasa juga ramadhan tahun ni.
Semoga ramadhan tahun ini lebih sempurna.


Selamat berpuasa kawan2!
:)

Tuesday, September 7, 2010

semua orang sudah bercutikah?

dan apa aku buat kat office ni? haha.
baru balek dari klinik, wat monthly checkup. tapi lepas ni kena wat 2 minggu sekali sebab berat tak naik dan tak turun. so, kena pemantauan yang lebih lagi. jangan risau wahai nurse2 dan doktor, lepas raya SURE berat akan naik berkati2 hasil pemakanan secara melampau.

teringin rendang tok weiii!!! sib baik la beraya kat perak. so, leh la makan rendang tok banyak2. haha. rendang tok dengan ketupat palas adalah heaven! huahuahua.

korang semua dah start cuti eh? aku jugak terlantar kat ofis ni ha. sayang cuti oo..dahla tak berapa nak ada ni. terpaksa la feeling raya kat ofis melayan syahdu. selalaunya kalau part2 cuti raya ni aku la juara. orang lain belum start cuti, aku dah cuti dulu. tapi sebab tahun ni beraya kat perak je, so malam raya boleh lagi balek kampung. takde jem, takde kerisauan. takde hal!

:)

belum ada perasaan nak ucap raya kat semua. tunggula lagi sehari dua eh. oh kad raya aku baru pos petang semalam. agaknya lepas raya baru sampai kot. mati2 aku ingat dah pos ok kad2 tu. rupa2nya elok terletak kat dalam dashboard kereta. caitt!!!

masih lagi dalam bulan puasa. selamat menjalani ibadah puasa kawan2!

Wednesday, August 25, 2010

Bulan puasa tak rasa macam bulan puasa pon

sebab brapa hari sangatla yang aku puasa. huhu.

sedih.
takpe2. lepas je pantang, aku berusaha nak abiskan utang2 puasa ni. boleh la kecikkan badan yang macam tempayan ni kan. hehe.

dan berusaha juga hari2 nak pakai korset. hari2 ok! no excuse lagi!
dan juga nak amalkan jamu.
dan juga nak ketatkan pantang.
dan berazam nak jadi sehat dan vogue. hehe.

oh. part vogue tu tipu je. akak ni ala2 selekeh je dik non. tak kemana vogue2 tu. ;)

korang dah tinggal puasa dah ke? nanti jangan lupa bayar balek tau! :)

Thursday, August 19, 2010

Benci betul!

hari ni dah ramadan yang ke-9.

benci bukan sebab apa. tapi sebab badan ni lembik sangat. bayangkan, dari 9 hari ramadan ni, aku hanya dapat berpuasa penuh 3 hari saja!

3 hari. dah 6 hari tuang. haihh...

setiap pagi selepas sahur ok lagi. tapi bila nak mandi pagi je, SURE aku muntah berlambak2 stok kuar dari hidung dan mata merah2. dan automatik badan jadik lembik dan perut jadik kosong dan pedih. aaa...dahla tahun lepas tak berbayar lagi tuang 20 hari tu. ni tambah lagi 20 hari ke? matilaaaa~

camne ni korang... perlu ke aku amek vitamin tambahan atau ada petua apa2 ke untuk kurangkan loya yang melampau sepanjang ramadan ni. aku memang kalau hari2 biasa bukan bulan puasa sepanjang mengandung slalu amek kudap2 dan minum air slalu. tapi bila bulan puasa, tak dapat kudap2, automatik perut masuk angin dan tekak pon meloya sakan la. aku pon hari2 dok pesan kat baby, harini kita puasa penuh ye. kesian kat mama eh. mama nak puasa penuh tahun ni.

tapi resultnya, tetap hampeh. huhu.

Friday, August 13, 2010

Terharu ok!

bila masuk2 ofis je, ada org tegur kat chatbox takde entri ke hari ni. hehe.
sorila niera, akak ada appoinment doc tadi. scan perut. ni baru je masuk ofis sejam yang lalu.

oh. baby dah nampak kaki, tangan, jari2, perut, tulang belakang, jantung. insyaAllah baby sehat2 je.
seronok tgk baby ni tadi. tapi sebabkan baby menelentang melintang, so tak dapat la nak tinjau2 gender dia.
hehe. tak sabar nak tunggu next scan pulak. sebenarnya tak sabar nak beri nama.

hari ni jugak ibu dah start buat tempahan kuih raya. ibu terpaksa siapkan order APMM sebanyak 10,200 keping kuih untuk 2 jenis kuih. haihh...sempat ke tidak nak siapkan tu. ahad plak diorang nak tempahan tu semua siap. yang renyah tu, diorang nak paketkan kuih2 ni 3 biji dalam 1 peket. so, weekend ni kitorang satu family akan sebok seseboknya.

Wednesday, August 11, 2010

first puasa. jam 10.35am. masih gigih dan bertenaga!

haha. agak sadis la.
pagi tadi macam biasa tekak ni nak uwek2. sejak pregnant, itu la rutin asal dan tak pernah berubah.
tapi masa mandi pagi tadi, aku tahan2 muntah tu. seboleh2 taknak muntah.
aku tahu kalau aku muntah pahit2 tu, sure takleh tahan dengan pahit2 payau yang kuat amat tu. dan terus akan bergegas cari listerine dan air nak ilangkan pahit2 tu.


so, harini berjalan dgn lancar masa aku tahan muntah. seboleh2 aku tak nak tundukkan kepala. masa amek sabun terjatuh atas lantai pon, aku rendahkan badan, kepala tetap maintain mendongak dan tangan raba2 lantai cari sabun. haha.


harap2 tahun ni puasa dapatla lebih dari 20 hari puasa. tahun lepas, aku dapat puasa 10 hari je ok. gara2 muntah pahit2 tu. iyekkk!!! (dan puasa 20 hari yang tertuang tu tak terganti lagi ok! huhu)


tadi saja2 la pi petronas round2, rasa boring kat office. tetiba pale otak terus ting! nak survey tapak bazaar ramadhan la. haha. baru first day puasa, pagi2 lagi dah pegi survey tapak bazaar. tak senonoh kan?


ingat nak berbuka kepak ayam madu. yummy!

Semoga kita semua beroleh keberkatanNya.

Thursday, September 3, 2009

b, kul brape ni?

pagi tadi,
aku dahla rabun.
tgk jam kat decoder astro tu, malap2 je.

kejut en alang.
tanya kul brape.

en alang selamba cakap, pukul 4.45am yang...

terus aku melompat.
en alang lak sambung tido.
aku kejut la dia, cakap dah lambat.
sebab tugas dia hari2 masak nasik.
pastu, bila dia dah bangun, nak ceduk beras,
aku teringat ada mee dalam fridge.

terus cakap kat en alang, takyah masak nasik.
kite makan mee goreng jek.

kuarkan udang, isi ketam, taugeh.
terus kecebur2 masak mee goreng.

sap2 soi maaa...hehehe.
cepat dan lazat!

abis makan, kul 5.20am.
borak2 ngan en alang, relax2 minum teh panas.
(sedapnyeee...teringat2 teh tadi..huhuhu)
en alang sebok kacau2 aku.
(korang tau kan maksud kacau di sini? tak faham takpe)
aku marah2 dia. cakap dah lewat nak kacau2 aku pon.
karang kelam kabut nak mandi bagai.
huhuhu~

en alang kehampaan.
itula, semalam keje lagi sampai kul 11pm.
sape suruh balek lambat?
kan dah tak dapat...

hahahahaha!

(apsal tetiba entri aku ni berunsur lucah?)

Wednesday, September 2, 2009

terlambat update...huhuhu~

sebab masuk keje lambat.
ada appointment kat klinik.

baby ok.
oh, lupa nak bagitau.
sabtu aritu pi scan lagi,
baby dah 2.3kg.
kejappp jek.
patotla aku dah tak larat nak bangun dah,
rupa2nya baby dah berat cenggitu skalik.

meh kite layan gambar kuih2 yang ibu buat.
kuih2 ni hanya untuk APMM (agensi penguatkuasa maritim malaysia)
untuk diberi pada mereka2 yang bertugas pada hari raya nanti.

check it out!


bukan cupcake. bukan juga biskut. pelik tak? huhuhu~ ini sepatutnya biskut chocolate cip. tapi versi tak crunchy. dah diorang nak macam ni, ibu buat je la. bab rasa, terbaik wokkk!!!


mereka yang berlambak2.


biskut cornflakes. bukan biskut buah pinggang ye. (faveret aku)


dipaket 3ketul dalam satu plastik. rumah dah macam kilang kuih. hahahaha~


alhamdulillah, pagi ni ibu dah settlekan semua tempahan APMM tu.
setelah bertungkus lumus selama 8 hari buat kuih untuk APMM je.
so, lepas ni boleh concentrate tempahan individu je.
oh, ibu buat kuih almond london dan tart gulung nenas.
2 jenis je. malas nak pikir banyak2 jenis.

ngee~

Friday, August 28, 2009

sejupnyeee.....

tak pernah2 aku terpaksa slowkan kipas.
tetiba pagi ni sebab terlalu sejuk,
terpaksa gigihkan diri putar level kipas.

hoih. dahla kena mandi lak tu. sejuk gileee!!!

malam tadi agak susah nak tido.
sebab baby banyak sangat goyang inul.
en alang terkejut bukan main tgk anak dia berjoget sana, berkungfu sini.
memang dasat laaa...

sejak ramadhan ni, baby dah jarang gerak agresif camtu.
cuma kadang2 je, tu pon sket2.

ni tak.
berterusan adala dalam 2 jam.
huhuhu~

sampai aku dah naik penat.
pujuk2 baby.
gosok2 perut.
tak tau sama ada baby happy sangat ke sebab mama dia pekena nasi beriyani waktu berbuka semalam?
hoih! banyak sedap ooo....

hari ni nak berbuka apa ek?

Monday, August 24, 2009

kurekure berpuasakah?

jawapannya...

YA.
dah 3 ramadhan ni.
masih gigih berpuasa.

alhamdulillah la. dah 3 hari ni pon cuaca elok je.
kejap2 ujan. sejukkk je.
takla rasa perit sangat puasa.
dan baby pon takde la ngamuk2 tendang2 mama dia ni suka2 je kan.
cuma tendang nak bagitau dia sehat, okla tu.

harap2 dapat teruskan puasa ni sampai ke raya.
:)

doakan aku ye!

* nak tanya, baby memang akan slow down movement kalau kite puasa ye? baby memang gerak, tapi tak sekerap dulu.

**bahaya ke puasa time pregnant? ramai orang dah aku tanya, diorang semua ok je puasa2 ni. tapi mertua aku bising aku puasa. takut budak tak cukup zat. betul ke ha?

Friday, August 21, 2009

marhaban yaa ramadhan

ingat lagi tak niat puasa?
ingat lagi tak doa berbuka puasa?

ngehngeh~

kalau tak ingat, cepat2 google ok.
hafal laju2. nanti senang.

sempena masuk ramadhan esok ni, kami (aku dan en alang) ingin memohon maaf dan minta halalkan penulisan, makan minum, perbuatan, percakapan dan tingkah laku kami selama kami berada di dunia blog dan juga realiti.

rasa tak sabar nak bersahur pagi esok. camne la rupa en alang kena paksa bangun masak nasi pukul 4 pagi ni. hehehe~

kami akan berbuka di rumah ibu esok dan rumah mak (mertua) hari ahad.

aku tau ramaaaaiiii yang cuti hari ni sebab nak balek kampung menyambut ramadhan bersama yang tersayang kan? hati2 di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

kenapa ye ramadhan kali ni aku rasa terlebih excited? padahal, tahun lepas kitorang dah start berpuasa bersama. adakah kerana ketibaan orang ketiga ni juga? hehe~

Monday, October 6, 2008

kisah raya aku, dia dan kamu

aku, en alang, ibu, iqa dan zaza bertolak ke kl pada ahad, 28/09.
dari sitiawan pukul 10, sampai kat putra perdana jam 1pm.
oh...sebelum bertolak ke kl,
kami ke kubur arwah angah.
bersih2kan kubur arwah dan sedekahkan al-fatihah dan yaasin.


chiqah, anak sepupu aku. sangat2 keletah dan cerdik. flower girl aku masa kawen haritu.



sampai2 je kat umah ayah kat putra lestari,
terus je lepak2, tidor2, golek2 sampai ke asar.
lepas asar je, kitorang gerak ke kl.
park kereta kat semua house,
then kitorang jalan slow2 ke jalan TAR..cari2 baju raya bagai kat situ.
aku beli baju raya tahun ni kat first lady je.
harga rm99.98 sen.
hehehe~

memang raya ni bajet agak ciput.
sebab kampeni aku ngan en alang bukan cam kampeni orang lain,
bonus dapat nak dekat raya.
so, kite pakai je gaji yang ciput ni untuk beraya. jadila...

tema aku dan en alang?
PUTIH ok!
hehehe~


sorila korang.
family aku sorang pon tak ingat nak bawak kamera.
memang sangat hampeh!
:(


ada la satu-dua gambar kat dalam hp zaza,
tapi, terlupa nak transfer.
so, korang terpaksa la baca je entri raya aku ni.
gambar2, memang takde.
sori.


so,
dari hari ahad sampai ke isnin, kitorang kat kl.
isnin tengah hari, bertolak ke melaka.
saje jalan2 kat MP (mahkota parade)
mengimbau kenangan lama aku masa skolah2 dulu.
dalam mengenang2 tu, sempat jugakla sambar tudung sehelai ngan satu singlet putih.
baju raya kan kaler putih, kalau tak pakai singlet,
abihla aku jamu semua orang ngan dalam-dalaman aku plak.
hehehe~

lepas je jalan2 MP,
bertolak terus ke muar, kat batu 15 ayer hitam.
umah mak/pak uda.
cian mak uda aku, kena penyakit chikunya tu.
aku try google chikunya tu, ntah hape benda merepek dia kuar.
dekat wikipedia pon takde.
so, korang pandai2 la carik sendiri ye.

yang aku tahu, virus chikunya ni boleh tersebar tru nyamuk.
plak tu, dia attack sendi2.
memang tak bleh blah la kan.
mak uda aku tu nak pi kencing pon kena papah.
cian sangat.
sampaikan pak uda aku wat satu kerusi roda khas untuk dia.
tapi aku tak tau plak dia ada pakai ke tak.


ok, berbalik ke cerita kat umah pak uda,
kitorang sampai je kat sana, around 4.30pm
harusla lepak2, tidor2 dulu kan
nak tolong masak, cam awal lagi. hehhehe~


stereng keretaku, WJP 2*73. satria kelabu yang gagah perkasa. kena langgar pon, masih teguh. hehehehe~


macam biasa, masyarakat jawa kat sini ada monjong2.
korang leh refer kat entri raya yang lepas kat ----> sini
masa ni, kitorang adik-beradik sangat2 puas hati.
biarpon tak dapat ayam ungkep, daging ungkep yang ada pon dah cukup dari puas hati.
sedappppp!

oh ya,
nak bagitau,
aku makan seekor ayam masak kicap (ye, seekor ok!) dari berbuka sampai la kitorang mentong jam 11pm.
(aku rasa maksud mentong tu makan berulang2)
(sebutan 'men' macam korang sebut 'pen' ---> ala, pen tulis2 tu..)
bayangkan,
aku, iqa ngan ajiq masa tu masing2 dah berselubung nak tido pon.
tetiba, ajik ngan iqa teringat lemang beli kat melaka,
aku lak teringat2 ayam masak kicap.
harusla beramai2 pi dapur balek.
mentong.
hehehehe~
memang buruk perangai.

then,
lepas makan,
borak2 adik-beradik, (zaza dah tido dulu)
aku teringat nak check ada tak line broadband kat kampung,
kuarkan laptop ajik,
dan pasang celcom broadband,
takde line ok!
hehehe~ nak expect apa kan.
dah memang kampung. takleh la nak demand lebih2.
last, aku main game sampai bateri laptop abis.
pastu, terus tidoq.

esoknya, masa sahur,
sorang pon tak lalu nak makan.
sebab masih rasa kenyang sebab mentong.
tapi, bangun tidor kul 8,
dah rasa lapar.
aku yang tak puasa ni tak pe la...boleh kudap2 dalam kereta.
diorang yang pose, memang kesian.
hehehehe~


pepagi lepas subuh, ayah dah hambat sorang2 bangun pi mandi.
sebab nak bertolak ke umah mak long.
ayah ngan ibu dah plan nak beli ayam ngan daging untuk mak long.
sebab raya first kitorang kat umah dia.
so, pagi2 tu dah bertolak ke parit payong.



abang mamat, anak mak long yang bongsu. umur 35 tahun. masih bujang. bekerja di kl. siapa2 berkenan? meh sini bagi no phone kat aku. ngeh2...


kalau sesiapa perasan,
tentatif program kitorang memang tak berubah dari tahun lepas.
sama je.
so, petang raya tu banyak tolong mak long kat dapur je.
malam tu plak, pi bandor muor dan jalan2 kat sana.
ajik beli songkok, ibu sebok cari tudung, aku plak sebok cari kain dalam (oops!).


raya first,
sebelum solat sunat raya, harus makan beramai2 dulu.
seperti biasa, kitorang yang pompuan ni kena la beralah, bagi orang lelaki mandi dulu.
kitorang yang pompuan tak solat raya pon.
lelaki je.
dan secara otomatiknya, kami yang pompuan ni makan pagi raya tanpa mandi.


lepas semua lelaki pi solat,
kitorang yang perempuan ni pon apa lagi, berdesup la mandi.
so, sampai2 je diorang abis solat,
kitorang dah wangi2...
dah ready nak minta ampun maaf bagai.


malam raya tu, aku ngan en alang asik nak bertekak je.
sampai sebelum tido tu,
en alang ada cakap,
'yang, hari ni ayang asik nak marah2 abang je. nanti pagi2 raya sok, tau la dia tu. mesti minta maaf nanges2'
aku balas, 'eleh, kite tgk la nanti siapa yang sedih2 pagi raya. orang tu kan beraya jauh'

jahat kan aku?

tapi, pagi raya masa minta maaf tu,
ngan en alang elok je aku salam2, minta maaf bagai. takde pon nanges2.
ngan ayah pon sama. cool lagik.
tapi, bila sampai je kat ibu,
terus air mata berjurai2.
hohohoho~
che' malu....


untuk raya pertama tahun lepas punya entri, leh la klik kat----> sini

then, terus je kitoang bertolak ke umah pak uteh, salam2 semua orang
dan terus pi umah pak uda, salam2 semua orang gak.
dan bergerak ke spore.
sampai spore je dah pukul 6 lebih petang.
dan kitoang kuar dari spore jam 8pm camtu.
sebab spore cuti raya sehari je.
memang tak dapat la nak tidor kat sana.
last2 kitorang tidor kat umah pak tam kat kulai.

masa kat umah pak tam memang best!
kami disajikan ikan bakar bermacam jenis!
marbelles abissssss!!!


faiz. anak pak tam. umur 17 tahun. amek spm tahun ni. gud luck faiz!!!


sempat main bunga api dan mercun kat umah pak tam ni.
(en alang tgk bini dia terkinja2 cam budak2, sambil geleng2 kepala)
;)


second raya,
bertolak dari umah pak tam je dah pukul 11am.
so, kami ke yong peng beraya kat sana plak.
then, ke air hitam (umah pak uda),
pastu ke umah maklong,
dan terus ke umah pak uteh.

jap..jap..balek2 umah yang sama je ek?
hehehe~
memang la kan..sebab tahun ni ucu ani balek muor lambat.
dia beraya kat padang rengas, perak dulu.
so, macam kureng sket la nak berjalan2 ni.

raya ketiga je,
kitorang dah gerak ke perak.
sebab ayah dah penat sangat kot.
lagipon, sabtu tu nak beraya umah mak abah en alang plak.
(hehehe..ibu mertuaku)
untuk entri raya tahun lepas pada raya ketiga, keempat.. leh klik kat----> sini

raya keempat,
pagi2 tu, kawan2 ajiq datang umah ibu,
beraya.
ibu masak mee bandung.
so, kitorang ke umah parents en alang tengah hari tu.
abah en alang masak lauk faveret aku, ayam ngan kentang ngan suhun masak kicap black pepper.
mak en alang plak, masak nasi ayam.
ayah makan 2 pinggan tau!
memang susah nak tgk orang tua ni makan bertambah.
kat umah besan gak makan tambah2.
hehehehe~


itu je la kot kisah raya aku dan en alang tahun ni.

oh...
en alang purely orang perak.
so, dia tak tau bara'an tu apa.
korang tau apa tu bara'an?
bara'an=marhaban.
kalau orang jawa johor dan selangor, on 2nd raya je dah buat bara'an dari umah ke umah.
en alang tgk pon dia pelik.
dia tak sangka la raya kat johor meriah cam tu skali kan.
plaknye,
malam raya tu ada plak takbir umah ke umah.
memang best!
:)


jom makan rota dan super ring! my faveret!!!
rota..rota...rota... (sambil buat gaya tangan macam iklan rota)



dah..dah..
aku nak jalan2 kat blog korang plak.
mesti dah banyak korang post ni.


*gambar2 di atas adalah dari arkib simpanan aku ye. tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. peace!

Friday, September 26, 2008

0-0 ye!



sempena menyambut bulan syawal ni,
aku tukar gambar kat atas tu.
bagi feeling raya sket.


kepada regular reader, silent reader, yang sedang berkunjung, atau yang tetiba tersesat ke blog aku ni,
dengan ini aku memohon seribu kemaafan kepada korang sekiranya ada tersalah kata, tersalah laku, tersalah taip dan ada yang terasa hati.
diharapkan korang happy2 je raya ni, takmo sedih2 ok!
:)




aku turun kl ahad ni.
:)
balek kampung muar maybe isnin atau selasa.
dan balek 'kampung' singapore pada raya pertama selepas solat sunat raya.


oh..oh!
en alang tak bayar lagi fitrah.
nak kena ingatkan dia ni.

err...korang dah bayar?

Wednesday, September 24, 2008

tampal koyok~

semalam iftar di rumah anak-anak yatim ummu sopiah, trong, perak.
korang leh tgk sedikit gambar2 kat blog ni dak ni, azim2u.
dah lama tak pi umah anak2 yatim ni. rasa insaf kejap.



hehehe~
seronok je perjalanan nak ke sana.
pergi beramai2. naik van.
chop2!
sebenarnya, memula tu dari umah aku, aku amek kak ani pi ofis.
then, dari ofis ke ayer tawar, aku, kak ani dan en alang naik kereta hasril.
then, dari ayer tawar ke trong, naik van sharul.

korang pening?
aku lagi pening ok!
ngalahkan nak jalan jauh melahang mana ntah.
hehehehe~



naik kereta berganti2 dan jalan tak rata buatkan aku pening2 sampai skang.
aku ni ada mabuk darat sket.
so, peneman aku adalah koyok dari semalam sampai hari ni.
:)



sampai2 je kat sana, elok orang nak berbuka puasa.
so, (aku yang tak puasa ni)
terus sambar gelas air. minum 2 gelas ok!
sebab aku cam mabuk kan.
air tu penting maa!~


hehehe~
buat malu je kan?
dah la orang yang patut diraikan tu anak2 yatim tu sendiri.
aku plak over2 serbu air tu.
nak wat camne, kepala sudah pusing.
ampun!


orang pi solat maghrib, aku ngan kak ani melantak.
lauk daging masak lomak tu sangat sedap!
ohhh!!!!!!! sedap sangat!
and buah oren yang manis...sampai skang aku teringat2.
hehehe.
buruk perangai.


then, lepas diorang solat maghrib tu,
aku abis makan, lepak kat tepi asrama plak.
dok melantak buah oren.
hehehe~
serius sedap oren tu!
;)


then,
ada majlis penyampaian sumbangan.
pastu, abis.

aikk?
cam ada benda tertinggal je. kata ada terawih?
tapi tgk semua orang nak balek, kitorang pon apa lagi, cabut la jugak.
hehehe~



tak sempat nak beramah mesra ngan bebudak ni.
just senyum2 je.
takpela.
kalau ada masa lain kali, nak luang masa lama2 sket.
:)


pernah pegi umah anak2 yatim kat kati, kuala kangsar.
lagi daif.
ramai pulak tu.
memang betul2 insaf kat sana.


apa khabar agaknya merka yang kat sana tu?
itula pertama dan terakhir aku ke sana.
:(





ok ok.
nak share ngan korang.
VC 6ixth sense.
lagu TANPA.
menusuk kalbu.
sangat tragis.
aku suka.
layan ok!





6ixth Sense - Tanpa Lirik :-
resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti


meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti
hooo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati
hooo…

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...