Followers

Monday, August 22, 2011

Di minggu akhir ramadhan, dah rasa malas nak pi keje. Boleh?

Sebab dok terbayang2 bilik yang tak berkemas. Konon2 weekend aritu ingat nak tukar langsir la, cuci kipas bagai...tapi haram! Semua tak buat sebab aku kena jangkitan kuman dari Jaz. Muntah2 dan cirit-birit. Jadinya aku terlepek je la. Khalish pon dah terkena muntah2 dan cirit-birit tu jugak semalam. Kesian kitorang tau.

Itu baru keadaan bilik. Rumah? Toksah kata la...skang ni memang takleh nak kemas sebab ibu dan zaza berperang dengan kuih2 raya. Hehe. Alhamdulillah....rezeki ibu pada bulan puasa memang slalu masyukkkk je. Kuih2 ibu ni dah ada pelanggan tetap. Jadinya, tak perlu nak cari2 lagi customer luar. Cukup dengan orang2 yang dah biasa amek dari ibu je.

Persiapan raya kami alhamdulillah semua biasa2 saja. Rezeki anak2 pulak yang melimpah ruah baju seorang sampai 5-6 pasang (ini pon aku dah kenen2 2 pasang baju lagi untuk budak2 ni. adeh deh deh). Baju mak pak satu pasang pon belum beli lagi ye. Silap2 ada yang recycle baju tahun lepas. Hehe...~

On first raya nanti, kami sekeluarga beraya kat Sitiawan dulu. On 2nd raya. berdesup kami ke Johor beraya kat sana pulak. Teringin sangat2 nak beraya kat umah kawan2 skolah dan kawan2 blogger. Insyaallah kalau diizinkan masa dan kederat, maybe nak jugak singgah rumah kawan2. Kebetulan tahun ni kami keluarga mini berasing kereta dengan ibu ayah. So, dapatla bebas sket. Hehe. Tahun2 sebelum ni kami satu kereta ngan ibu ayah. Tahun ni sebab dah bertambah ahli keluarga, kereta Naza Ria sudah sempit untuk kami semua.

Persiapan raya kalian camne? Mesti meriah kan?





7 comments:

  1. haha.samalah kita k.intan.da berangan da..sabtu ahad lepas ajak hubby kemas umah rumah besar2an..nanti balik kg da senang hati..haramm...kitaorang duk jalan2 plak.

    k.intan malas gi keje.saya minggu terakhir,malas nak masak je rasa..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..untung saya ni sebab tak kerja..boleh la urus umah sume..baju raya pulak sy punye da siap jahit..4 pasang..tp tak tau la muat ke idak..tu ukuran zaman sebelom ade anak..kalau xmuat nanges la nnt raye.

    baju melayu bby n hubby da siap..tok ma jaiht..tp baju kasual as jeans n tshirt belom pi beli lagi..mybe hari kot kuar jenjalan n sopim sekali..harap2 weekday ni xde la ramai sgt org kt jusco..=]

    ReplyDelete
  3. psiapan..tang baju raya rsnyer da ok..tang mengemas rumah...blom lg...hihihi

    ReplyDelete
  4. betul la intan.. badan ke kat opis.. hati dah tak ingat nak keje dah... ingat nak kemas umah dan raya... hihi raya johor singgah bp umah kg sy.. ehhe

    ReplyDelete
  5. haaa! intan! kalau beraye kat johor tuh singgah kl mai beraye umah kite skali yeh! ;P

    ReplyDelete
  6. bukan setakat mals nak pegi keje..ni keje belambak atas meja pon malas jugak nak buat..huhu

    ReplyDelete
  7. Alamak intan..sha raya kedua baru ke sana..tak dpt la nak beraya ek...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...