Followers

Friday, August 5, 2011

Bersedekah amalan mulia. Nak2 di bulan yang mulia ni. Bertambah2 mulianya.

Semalam aku kan demam. Badan dah siap gigil2 sejuk apdahal orang lain rileks je aku tengok. Sampaikan Bos Besar tengokkan keadaan aku dah suruh aku berbuka pi makan ubat. Jadinya, aku terus shoot ke 7eleven beli panadol actifast dan air mineral (ngehngeh...jadinya, semalam saya tak puasa ye!). Elok lepas aku bayar, budak kaunter tu tanya aku, "nak beri sumbangan pada yang memerlukan tak kak?"

aku macam..."hah? sumbangan? ok2..." aku terus kuarkan not rm beri pada budak kaunter tu.

budak tu senyum. "tak kak, sumbangan ni akak beli je apa2 dari kedai kami, letak dalam dalam kotak kat bawah tu."

aku mula2 blur la jugak. lepas budak tu explain kat aku 2 kali...(ye, orang demam lambat pick-up sket ye.) baru aku faham. hehe.

so aku grab je apa2 yang aku nampak, bayar dan letakkan barang2 tu dalam kotak.


yela kan, namanya kita ni nak ke rumah anak yatim ke, rumah penjagaan orang2 tua ke memang la payah tul tak. so bila ada pihak buat inisiatif camni rasa macam..e eh. bagus la...ada jugak pihak yang nak panjang-panjangkan amalan memberi ni.

kalau u olls kurang faham atau nak lebih detail tentang apa yang aku repekkan ni, klik je kat sini ok ---> http://www.7eleven.com.my/html/default.aspx?ID=234&PID=235

*ini bukan iklan ditaja/berbayar. just dari pengalaman dan sekadar berkongsi sahaja.

No comments:

Post a Comment

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...