Followers

Thursday, May 7, 2015

1st entry in 2015? Really??? Where have you been, Intan?

Well, Nothing much. Masih di tanah bertuah Dinding ni.

2015. Khalish dah berumur 6 tahun. Jazly 4 tahun. Ayana 2 tahun.
Memasing dah besor. Tinggal nak tunggu Ayana diaper-less je skang ni. Lepas tu, Mama merdeka anak2 oi. Hahaha.

Ada anak kecik memang best. Raut wajah yang comel, rasa diperlukan, perasaan apabila menyusu anak yang tidak boleh digambarkan, gelak tawa baby yang sangat-sangat indah. Ohhhh memang best.

Yang tak best? Hoooo jangan dimula. Berderet ni nak list. Tapi cukuplah buat pengalaman sendiri je. Setiap yang datang mesti ada pro and con. Takat benda kecik2 nak komplen buat apa. Allah beri apa kau mintak. Didik mereka dengan betul dan bersungguh. Itu yang penting.

Btw selepas 5 tahun berkampung di rumah parents aku, last year kami tekad untuk berpindah keluar dan menyewa. Alhamdulillah walaupon hanya rumah teres setingkat, cukuplah ada bumbung dinding buat kami berteduh. Kami berpindah pon sebab nak beri ruang pada Zaza yang melangsungkan perkahwinan last year.

Ada banyak benda nak cerita. Nanti aku karang dikit2 ya. Btw, tak sangka dah lama sangat aku tinggalkan dunia blog. Punyalah takde masa (alasan) dan sibuknya (alasan lagi) aku.

There so much more to share with u guys. Wait and see ok.

#jangansekadarmelepaskanbatukditangga
#janganhangat2taikayam
#tolonglahintanaktifsemula




6 comments:

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...