Pagi2 dah wat kecoh aku ni. masa nak antar zaza pi ofis dia, memang dah dengar bunyi pelik2 kat enjin. tapi wat derk je la. pastu, disebabkan traffic light merah, aku pon off engine dan cuba untuk start semula tapi langsung tak dengar bunyi apa.
hek tidak, hok pon tidak.
aku idakle panik. sebab dah nak sampai office pon. tapi tu la...dah disebabkan aku block jalan orang lain, aku angkat but kereta. aku try pasang emergency light tapi tak jalan. takpela. takkan orang tak nampak but kereta aku menganga kat tengah2 jalan kan.
so, lepas angkat but kereta, aku masuk balek dalam kereta, tarik nafas dalam2. first, call ibu. tapi ibu cakap, dia takleh datang. ada orang nak datang umah amek kuih. ok, fine. second, call en alang. berdesup dia merempit dari kilang dia tu. third, call officemate. minta tolong sesiapa untuk tolakkan kereta aku ketepi dan tolong tengokkan apa yang tak kena.
okla. aku faham orang2 kat jalanraya tu bukan takmo tolong. tapi masa tu waktu puncak nak masuk office kot. so, semua tengah kejar lampu hijau je aku tengok. takkan tetiba aku nak tahan2 orang kan?
elok aku tengah termenung2 dalam kereta tu, ada sorang officemate aku yang baru nak masuk yard datang tolong aku. dan tiba2 ada pulak lagi 2 motor orang2 kat situ tolong aku tolakkan kereta. wah. tetiba pertolongan datang tanpa dipinta. so apa lagi, terus ucap terima kasih bertalu2. hehe.
bila diorang tengok kat enjin, rupa2nya plag bateri aku sudah longgar daa..tercabut. haha. aku dah tepuk2 dahi. kenapa la aku tak tengok dari awal kat enjin. sebenarnya, malas la nak tunjuk terror kat tengah2 jalan dok terjenguk2 kat enjin tapi sepatah apa pon aku tak faham pasal enjin. tapi, kalau pasal bateri, aku pro kot. haha.
so, diorang pasang balek plug tu, tapi still longgar. disebabkan aku keje kat tempat ramai engineer dan specialist yang terror2, haha. so diorang dengan sepantas kilat membantu ketatkan plug tu. terus selesai semua problem dan huru-hara yang aku bawak.
budak office datang sampai 4 orang. en alang pon yang merempit datang tu kesian la pulak. sebab elok dia sampai, masalah dah pon disolve dengan jayanya.
apapon, aku nak ucapkan sekalung penghargaan kepada mereka yang membantu aku kat tengah2 jalan tadi. pada strangers 2 motor tu, banyak2 la terima kasih. dan pada yang membantu mengetatkan plug bateri kereta tadi, terima kasih jugak. nak belanja makan, bulan puasa. hehe. nanti raya datang umah la ye. saya jemput ni.
:)
bila dapat lesen dan dapat kereta...benda yg pertama ayah sha ajar..adalah camna nak tgk benda2 kat enjin..yg biasanya akan rosak lee...so ada la ilmu sikit2...selain dari suka sibuk2 bila dorang sembang pasal kete...
ReplyDeletesyukur.. masih ramai rakyat malaysia yang prihatin :)
ReplyDeletepengajaran sila la check enjin sebelum bergerak pagi2...heheh tapi pizet x penah buat gak nak check enjin pagi2...ate kalau dah siap pun lmbt sah2 kalut je tiap2 pagi
ReplyDeleterasenye dlu ms baru2 nyewa rumah dah pernah jd kes cmni skali kan?
ReplyDeleteke kes ape tu??
psl kete jugak..
owh,kalau nira mesti panik lebeh2 =)
ReplyDeletesyukur alhamdulillah, ada wira wira penyelamat datng :)
ReplyDeletekita pon pernah enjin mati masa benti traffic lite...start taknak hidup...rupanya timing belt putus..hahaha....nganga sekejap...sangap.
ReplyDeleteklo N..satu hape x to pasal kete..tau bawakk jekk..adoilaa..
ReplyDeletenasib lah dekat2 dengan opis dah. so, senang org nak tolong2. if kawasan mana2 entah, risau gak. kak intan dah lah tengah pregnant.
ReplyDeleteamy nih kalo bab keta memang hampeh... zero!! tak tau apa2 pun, angin tayar pun amy tak reti nak isi. T_____T
heee..intan. orang kata masa pregnant ni hidup memang senang. selalu dapat bantuan. murah rezeki orang kata. farah sekarang kalo g mall senang sangat nak jumpa parking. bestnye-=)
ReplyDeletekita ppuan selalunya pandai bwk keta je kan nak tgk2 keta tu apa yg tak kena tak reti
ReplyDeletehuhuhu..sib baik ada org tolong kan..
ReplyDelete<<---- hanya tahu bawak kreta... nak membaiki~ hadapppp~ ^^ alhamdulillah kak intan ok2 jaaa... nsib tak teruk rosaknya tu~
ReplyDeleterezeki ibu mengandung tak kira dimana dalam bentuk apa pun..!!! :)
ReplyDelete