Followers

Wednesday, June 4, 2008

El-Hikmah sandarkan 'Marhaban Ya Nurulaini'

Biarpun berdepan dengan risiko kelembapan penjualan album komersial sekali gus menyebabkan kesuraman industri seni suara, kumpulan El-Hikmah tidak melihatnya sebagai halangan untuk berdakwah dan memperjuangkan Marhaban yang popular di selatan tanah air.

Dengan bernaung di bawah label Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), mereka yakin kemunculan Marhaban Ya Nuru laini'di arus perdana akan mencipta wadah baru untuk menyebar luaskan lagi khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya itu.

Kumpulan El-Hikmah yang ditubuhkan akhir tahun lalu dianggotai enam pemuda berasal dari Muar, Johor iaitu Md Fadli Yusof, 27; Mohd Halim Paboh, 24; Muhamad Hakim Abd Rahman, 24; Mohd Solehan Yunus, 25; Fahrudin Jamingan, 26, dan Anuarudin Md Som, 25, yang bergiat aktif dalam persembahan Marhaban sekitar Johor.

Menyorot latarnya, kumpulan ini pernah menjadi naib juara dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2006 menerusi lagu Keunggulan Ilmu yang dicipta Syazira.

Selaku ketua kumpulan, Fadli berkata, El-Hikmah bertekad menyemarakkan lagi industri nasyid dengan membawa kon sep Marhaban.

“Jika sebelum ini Marhaban hanya menggunakan vokal secara beramai-ramai, namun perubahan perlu dilakukan untuk menarik golongan muda meminati Marhaban. Itulah sebabnya kami memasukkan elemen muzik seperti perkusi dalam album ini.

“Kami buat semua ini kerana ingin menarik golongan muda meminati Marhaban, memandangkan kini hanya segelintir saja anak muda seperti kami yang tahu bermarhaban.

“Malah tidak mustahil 10 tahun akan datang kita tidak akan mendengar lagi Marhaban di dalam majlis keagamaan kerana mereka yang tahu bermarhaban terlalu sedikit. Kami mengambil inisiatif ini supaya warisan zaman berzaman ini tidak hilang begitu saja,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita baru-baru ini.

Bagi Halim pula, bacaan Marhaban yang ditampilkan dalam album ini sama seperti dialunkan masyarakat, tetapi di modenkan lagunya bagi disesuaikan dengan kehendak semasa yang menyelitkan elemen komersial.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan sejak berada di pasaran pertengahan April lalu. Sasaran album ini untuk semua golongan yang mencintai Marhaban terutamanya pelajar sekolah dan institusi pe ngajian tinggi.

“Sebelum ini ada yang tidak tahu membezakan antara Selawat dengan Marhaban. Dengan adanya album ini, orang akan menilai perbezaannya dan mencintai khazanah bangsa ini,” katanya.

Album yang diterbitkan bersama oleh dua anggota Hijjaz iaitu Faizal Osman dan Munif Ahmad ini mengandungi sembilan koleksi Marhaban popular yang disampaikan dalam melodi berbeza berserta dua bacaan Rawi dan sebuah lagu nasyid berjudul Keunggulan Ilmu, ciptaan Syazira.

Kata Hakim, album yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan ini menjalani proses rakaman di studio HRSB yang terletak di Kota Damansara. Selain dijual secara komersial di kedai biasa, album ini juga dijual secara online menerusi laman web www.hijjazrecords.com.my.

“Kekuatan album ini bukan saja terletak pada kualiti dan vokalnya yang unik, malah muziknya yang diiringi dengan perkusi selain ditunjangi nama perintis kumpulan nasyid kontemporari, Hijjaz itu sendiri.

“Kami harap kehadiran El-Hikmah di persada seni suara tanah air diterima ramai dan dapat bergerak bersama-sama menyebarkan dakwah menerusi kesenian. Walaupun muzik yang dibawakan menjurus kepada golongan tertentu, tetapi situasi sekarang menunjukkan kelainan dan ia diterima ramai apabila digandingkan dengan elemen tertentu seperti rock dan rap.

“Jika kena caranya, tidak mustahil kita akan lihat selepas ini nasyid akan digandingkan dengan irama tradisional seperti zapin dan keroncong mengikut permintaan semasa,” katanya.





petikan dari surat kabor Harian Metro jumaat lepas, 30/5/2008. Sepupu aku belah ayah masuk paper. Beliau yang berada hujung skali belah kanan. memula aku tak perasan, ibu yang bukak cerita udin (nama glamer) masuk paper. hehehe...

ada jugak keturunan aku jadik artis rupanya...artis nasyid lak tu. syukur alhamdulillahhhh....

kepada Udin, sepupu sebayaku, sila belanja makan best2 kalau album laku ok! jumpa raya nanti..

8 comments:

  1. ~ cousin akak nie dah kawin ker belum? ahakss.. :P ~

    ReplyDelete
  2. waaaa....keluarga artis rupanya, hehehehe...x lame lagi hang la pulak jadi artis....dgn alang2 sekali jadi artis, masuk kat citer mega movie...hhehehe...

    ReplyDelete
  3. mama,
    hehehhe..ada la sket2..

    amy,
    haa...dia ni single lagik. tapi tak confirm dah ada yang punya atau tak. almaklumla..jumpa pon setahun sekali jek..hehehe....

    rafflesia,
    ishhh..takmo la jadik artis. cukupla apa yang ada skarang ni. biar sedara mara saya je yang femes. :)

    ReplyDelete
  4. wah, sepupu ngan artis.. leh la mintak otograp.. hehehe

    ReplyDelete
  5. oowhhh..
    ingtkan slh msuk blog td,
    hihihi..
    nano ske dgr marbahan..
    ermm klu de cd free..
    ulur ar barang skeping 2,
    lalalallala..

    ReplyDelete
  6. waaaa...galmer abeh ar pas nie puan kura kura..hahaha..ada sepupu sepapat artis gitu..ahahah

    ReplyDelete
  7. ceera tunangan si ciput,
    nak mintak otograf ngan kite ke? hmm..cam salah orang jek..hehehe..
    :)

    nanonano,
    cd? sekeping dua?
    kite pon tak rasa lagi dengar lagu2 dia.
    marhaban apa bagai tuuu...
    tapi dgr citer, kat rtm1 ada kuar tiap2 petang ahad rasanya..
    check it out ya!

    shalinzz,
    glamer?
    takdela...
    bukan kite yang artisnya tuu...
    hehehhe...

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...