Followers

Tuesday, March 22, 2011

Ada kerisauan di sini. Mari bantu aku. Mama yang kekeliruan tentang anaknya.

anak-anakku. bakal jadi apa ye suatu hari nanti? lawyer? guru? engineer? ahli perniagaan? imam muda? hero remaja? hmmm~

kerisauan pada khalish. secara spesifiknya.
1. suka termenung
2. kuat menjerit
3. gemar merenung bucu perabot dan melihatnya dari hujung ke hujung. means katakanlah sofa, dia akan pandang bucu sofa tu dan berjalan dari hujung kanan sampai hujung kiri. pandang dekat2. macam merenung. apa sahaja dari sofa, meja makan, meja kopi, almari, kabinet dapur. semua.
4. gemar menangis pada waktu malam semasa tidur. kalau dulu sebelum injak umur setahun, normal la. ni dah setahun setengah. takkan masih nak menangis2 lagi?
5. perkataan yang dia boleh cakap hanyalah 'dap' dan 'mamam'. dulu ada jugak dia sebut mama dan abah. sekarang semua dah hilang. tinggal dap dan mamam. tapi suka bercakap dalam bahasa sendiri. bunyi2 yang pelik2 dan bercakap macam mengumam. 

patut ke aku usulkan kerisauan aku pada doktor atau pakar kanak2? atau anak korang pon ada alami salah satu dari di atas tu? aku perlukan sangat2 pendapat korang.

13 comments:

  1. saya rasa normal kot..lagipun budak lelaki memang jenis yg lambat sikit kan

    yg bab suka merenung tu..mungkin sebab dia seoarang yg betul2 teliti orangnya

    ReplyDelete
  2. Jazly bam bam dah nak sama besar dengan abang dia. Sikit hari lagi kalah la abang dia.

    ReplyDelete
  3. amir gitu gak intan... x reti ckp langsung.. kuat jerit gak.. klu aku ckp mkn dia buat bunyi 'chap chap' guna mulut.. ckp pun bahasa german.. x fhm aku.. klu nk benda 'uuu.. uuuu...'.. tu je la bunyi dia.. risau gak ni..

    ReplyDelete
  4. normal kot..tp kalu risau..bwk jela jumpe doktor kanak2 biasa dulu..tanya pendapat die..xsemestinya sakit je perlu bawakkan... =) at least intan xdela rasa was2 dan risau.. =)

    ReplyDelete
  5. jadi hero remaja...jgn masuk majalah mangga dah la intan..heheheh..
    anyway..raanya pun selalu jerit2 marah2 dalam bahasa dia yg sorang pun tak faham..then dia frust bila org tak faham kenapa dia marah2...kesian gak laa...raanya pun suka belek benda macam roda basikal...suis...benda2 mechanical ni...

    ReplyDelete
  6. Khalish baru setahun lebih memang normal la agaknya. Kalau dah dua tahun dia masih taknak bercakap, masa tu baru risau. Dalam buku parenting ada bgtau yang kanak2 lelaki memang lambat sikit bercakap compare dengan yang perempuan.

    ReplyDelete
  7. budk kecik menangis, pastu mak ayah pujuk.. so, dia tau la, bile dia menangis dia akan dpat perhatian.. solutionnye, kalo dia nangis, buat dek je (menangis yang tak tentu pasal la).. jangan la terus je tak layan.. buat la periodically, mula2 kalo 10 kali nangis tu, 8 je layan.. pastu next day 7 je layan.. makin lama buat makin kurang smpai tak layan langsung kalo dia nangis tak tentu pasal.. maknenye, dia tau la nangis tu tak leh dapat perhatina lagi..

    nangis ni sama je macam, budak mengamuk.. pegi mall, dia tgk mainan.. dia mengamuk2 nak suruh beli.. mak ah tak smpai ati, beli la.. jadi, dia tau la kalo dia mengamuk, dia dapat ape dia nak.. sama je konsepnye..

    lagi satu contoh, oang kita, nak tidokan baby, (kebanyakannya) mesti nak dodoikan kat riba la, nak letak dalam buaian la.. dh tu, menyusahkan diri sendiri nak kena dodoi, dan nak kena buaikan.. (sebab baby, budak dah terbiasa camtu, bile takde takleh la nak tido).. pernah tak dengar orang putih beriya2 nak buaikan anak dorang, beriya2 nak tidokan anak dalam ribaan.. takde kan.. dorang letak je anak dorang atas katil.. tido jugakkan?

    huhu.. tips untuk mengelakkan anak jadi cengeng, asek nak melalak, asek nak mengamuk..


    pastu kalo paal lambat cakap tu, maybe sebab mak ayah cakap 2 atau lebih bahasa.. maksudnye, mak tunjuk kereta cakap "ini kereta.. yang ayah pulak tunjuk kereta cakap "this is a car"..

    so, anak tu jadik confuse la.. dia kena amek masa lebih lama untuk ingat sesuatu tu, ape nama dia.. nape mak dia bunyi lain nape bapak dia bunyi lain.. sebab dia tak tau pon, yang ni BM y tu BI.. haha.. nasib baik dua bahasa je.. kalo mak jepun, ayah jerman, dok kat mesia.. tak ke haru namanya..

    ReplyDelete
  8. ziela, camtu eh. hmm...positif betul komen ziela ni.

    ilot, beza kan hasil susu ibu dan susu moo moo...

    amiys, wah! anak kita lebih kurang la.

    nik, betul tu. thanks nik.

    sha, hmm...normal ke eh? tapi dah tahu ada jugak yang macam khalish ni, lega sket.

    ijan, tu la. aku tau tu. tapi kerisauan tu memuncak bila aku cakap kat org lain behaviour khalish ni, diorang kerut2 muka. huhu.

    ReplyDelete
  9. min,
    kitorang memang slalu wat bodod je kalau dia nanges. kalau dia betul2 lapar dan tangisan makin kuat baru kitorang attend dia. memang tak manjakan pon. hehe.

    2 bahasa? kitorang kat umah tu pakai 1 bahasa je. melayu. entahla min. tunggu lagi 6 bulan la kot mana tau dia mahu cakap suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. rasanya normal la k,intan..
    bab nanges tu sama dgn aleesya.da le kecik2 kuat nanges..ni da setahun 10 pun cengeng lagi..

    bab cakap lak..setahun 4 baru boleh point mama papa.kategori lambat ckp.skang pun pelat gaban,pastu blum pandai buat ayat lebih 3..
    setakat 'mama nak susu' 'mama,di' (mandi)
    anak mbr,setahun 9,siap le kira 1-10 (hafal)..sbb die cakap awal..umo setahun da pandai ckp.

    ReplyDelete
  11. pada pendapat kid la kan..
    itu perkara normal..
    lagipun khalish baru setahun lebih..
    bila dia dah 4thn tapi still perkembangan yg sama..
    kid rasa intan kena rujuk dengan doktor kot..

    InsyaAllah..
    anak-anak kita semua akan membesar dengan sempurna ya :)

    ReplyDelete
  12. nurul rasa normal lah intan. raina pun sampai sekarang masih menangis tengah malam masa tido. selalu nurul terfikir agaknya dia mengigau ke apa. tapi selalunya nurul akan bagi kain untuk dia gentel dan pacifier baru dia senyap.


    bab bercakap tu rasanya normal gak intan sebab raina pun sekarang cuma tahu beberapa perkataan je mcm sebut mama, papa, dah, tahu, mamam, air, bunyi kucing mcm miau miau bunyi anjing uh uh bunyi burung cit cit, abang, cat yang simple2 je dia tahu sebut intan.

    yang perkataan susah tu dia tak reti sebut lagi.

    so intan jangan risau okeh

    ReplyDelete
  13. ashra, tu la kan. bila tgk anak kita macam lambat je...terus rasa rendah diri. huhu. takpela. yang penting budak2 ni sehat kan?

    kid, kalau camtu kena tunggu lagi 3 tahun la ye? hehe. ok thanks!

    nurul, waaa...dah banyak words budak raina ni boleh sebut. auntie jeles ok!

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...