Followers

Wednesday, July 21, 2010

Nota Untuk Lelaki

Luahan perasaan dari seorang perempuan yang dikelilingi lelaki-lelaki yang terdiri daripada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan kerja dan mereka yang tiada kena mengena.

Lelaki,
Aku tak suka kamu meludah merata-rata. Pakai baju dan kasut bukan main berjenama. Tapi meludah di khalayak awam amatlah menjijikkan.

Lelaki,
Aku tak suka kamu kencing merata-rata. Kamu pakai kereta mewah, tapi air kencing kamu mengotori tayar kereta orang lain. Apa perasaan kamu apabila orang lain yang kencingkan tayar kereta kamu? Bukan main kamu menyumpah seranah ye?

Lelaki,
Aku tak suka kamu melihat wanita sebagai objek. Biar secantik mana pun wanita tersebut, kamu tak patut menghampiri mereka dengan niat untuk test market. Perempuan punya hati dan perasaan. Bukan tempat kamu menguji skil mengurat kamu. Jika kamu katakan suka, bilang saja suka. Jika kamu tidak suka, kamu janganlah mainkan perasaannya.

Lelaki,
Aku tak suka kamu angkuh mencanang kepada dunia bahawa kamu adalah kasanova yang terhebat. Perempuan keliling pinggang. Sedih, isteri kamu begitu ikhlas mencintai kamu dan tidak tahu dengan perangai playboy kamu. Namun, demi angkuhnya kamu di depan rakan-rakan, kamu berbangga dengan pencapaian himpunan perempuan-perempuan jalang di sekeliling kamu.

Lelaki,
Aku tak suka kamu merokok di hadapan isteri dan anak-anak kamu. Tahukah kamu asap rokok itu lebih membahayakan kepada orang lain daripada mereka yang menghisapnya sendiri? Setidaknya, kamu merokok sahaja di dalam tandas atau di beranda sahaja. Tak perlu nak ajar anak-anak bahawa rokok itu amat nikmat dihisap.

Lelaki,
Aku tak suka kamu mengeluh ketiadaan wang di tengah-tengah bulan. Dan kemudian menyalahkan isteri kerana beli beras 10 kilo dan gula 4 kg. Beras 10 kilo dan gula 4 kilo itulah untuk menampung perut kamu dan anak-anak selama 2 minggu. Kalau beli rokok harga RM7 sekotak sehari tu boleh pula ya?

Lelaki,
Aku tak suka kamu mengerang-ngerang kesakitan ketika demam atau sakit. Bukankah kamu diciptakan sebagai seorang lelaki? Bukankah lelaki sepatutnya lebih kuat daripada perempuan? Aku pasti sekiranya kamu merasakan sakit senggugut atau sakit beranak, sudah pasti kamu terlolong-lolong. Percayalah, demam dan sakit gigi tidak seperit seperti sakit beranak.

Lelaki,
Aku tidak suka kamu mengarah-arah isteri atau anak-anak kamu melakukan kerja-kerja remeh. Sanggup kamu mengarah isteri untuk membuatkan kamu teh susu kegemaran kamu? Isteri kamu pula ketika itu sedang berperang di dapur untuk masakkan makan malam untuk kamu sambil mengelek anak tatkala kamu sedang enak menonton tv?

Lelaki,
Aku tidak suka dengan perangai kamu yang gemar memaki anak dan isteri. Isteri terlupa menggosok baju kamu, dikatakan bengap. Anak dapat keputusan ujian tidak membanggakan dikatakan bodoh, sial. Tahukah kamu anak dan isteri kamu itu adalah amanah? Di mana janji kamu dengan isteri pada awal perkahwinan untuk membimbingnya? Di mana janji kamu pada anak pada hari pertama kelahirannya untuk mendidiknya?

Lelaki,
Aku tidak suka pada kamu yang suka makan sambil mengecap-ngecap dan mengunyah makanan sambil mulut terbuka. Adakah kamu tahu ada pepatah mengatakan sebagaimana cara kamu ketika makan, begitu jugalah cara kamu di atas katil bersenggama?

 Lelaki,
Aku tidak suka ketika kamu membiarkan sahaja seorang wanita mengandung terkedek-kedek membawa fail-fail yang menimbun naik turun tangga sendirian. Apa salahnya jika kamu membantu mereka meringankan beban mereka? Luak ke tenaga kamu yang dikatakan hebat dan kuat itu?



Kepada lelaki, maafkan aku kerana terlalu lantang menulis hari ini. Aku tidak maksudkan kesemua ciri tidak baik ada pada kamu. Cuma aku harapkan ini semua menjadi pedoman dan panduan untuk kamu kaum lelaki. Aku menulis berdasarkan pemerhatian aku dengan orang-orang sekeliling.

Perempuan juga punya banyak kekurangan. Ada sesiapa ingin buat "Nota Untuk Perempuan"?

12 comments:

  1. saya suke entri kak intan yang ni..i like..thumbs up :)

    ReplyDelete
  2. salam...first time visit blog ni...=)

    dah follow ur blog (^^,)

    ReplyDelete
  3. luahan hati seorg perempuan yg tgh emo ke ni?
    hehe

    ReplyDelete
  4. ouhhh..masa makan sama ngan bersenggama eh? hehe..luas vocab mahasa intan. huhu. sedap baca tau

    ReplyDelete
  5. sume ni memang fakta2 belaka..i loike!!

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. my god.
    semuanya..
    watashi setuju..
    setuju sesangat..

    ReplyDelete
  7. amy pun setuju dengan kak intan. nice entry though.. ;)

    ReplyDelete
  8. hhihiihihi...kebanyakan lelaki at leastmemiliki satu daripada di atas.....
    kawan opis saya yang duk sebelah ni dia makan berdecap..adekah?..ahahahha...ahahahhahha...

    nasib baik most of them Yabang tak begitu..alhamdulillah..bab rokok tu je masih kurang..harap2 dia boleh berhenti...huhuuhuu

    ReplyDelete
  9. kalau boleh, maksu nak tambah gaks, tapi biarlah, hope dorang terdetik hati ;)

    ReplyDelete
  10. ..salam..

    ..tumpang lalu =]..agaknye mmg lelaki gitu kan..

    ReplyDelete
  11. thank you atas pujian dari korang tu.
    ala...mende2 ni memang tak banyak, tempias jugak satu-dua kat lelaki kan?

    entahla. sebabkan bengan ngan sorang mamat ni, terus terkeluar entri ni. haha.

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...